Sunday, January 2, 2011

Astro dapat hak komersil, road to nowhere, arak piala

Yang menarik!

1. Hak komersil Liga M kini milik Astro Media dengan nilai RM220 juta untuk tempoh empat tahun, satu perkembangan yang harus direbut betul-betul oleh penggiat bola sepak bagi menyuburkan semua aspek pembangunan liga, akar umbi dan skuad kebangsaan. Baca di sini.

2. Aku lupa sumbangan Datuk Azzuddin Ahmad dalam perjalanan kerjaya K. Rajagobal. Sebagai pengurus pasukan Bawah 20 pada 2004, Azzuddin pening tengok kerenah Jorvan Vieira yang tidak bentuk core team menjelang kejohanan Asia Bawah 20 di Kuala Lumpur. Dia buat report, bagitau pada Setiausaha Agung FAM, Datuk Dell Akbar Khan, dan Vieira dipecat! Penggantinya - K. Rajagobal. Dalam 10 hari, ganti coach???? Satu tindakan berisiko yang cukup berani. Rajagobal buat pertukaran dalam 80 peratus, bawak masuk Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Safiq Rahim, yang enam tahun kemudiannya menjulang Piala Suzuki AFF...siapa sangka?


Sekali lagi apabila B. Sathianathan ditunjuk jalan keluar gara-gara kenyataan pedas "M-League is not football", Azzuddin cadang nama Rajagobal biarpun ada yang mencadangkan nama Dollah Salleh, Azraai Khor Abdullah dan K. Devan untuk jadi teraju pasukan kebangsaan. Jadi, apa saja orang cakap pasal Azzuddin, dia dah lantik Rajagobal lama sebelum Subahan Kamal, Annuar Musa, Hamidin Mohd Amin atau sesiapa boleh tonjolkan muka dalam suratkhabar dan televisyen!

3. Encik Shaari, seorang pemandu teksi dari Bandar Tun Razak, Cheras, telefon aku.

Shaari: Encik Rizal, saya selalu ikuti rancangan Kafe Sukan dan baca Rembat Kosmo!

Aku: Terima kasih..

Shaari: Ni, saya ni asal Kelantan...nak cadangkanlah, Piala AFF tu dibawa ke satu tempat atau stadium, kenakan bayaran untuk orang ramai datang tengok, duit tu boleh sumbang bagi ganjaran kepada pemain...saya kecewa jugak Kelantan menang Piala Malaysia tapi tak diarakkan untuk warga Kelantan di Lembah Klang....



Yang tak menarik!

1. Road to London ke Road to Nowehere? Beginilah, lupakanlah usaha masukkan bola sepak ke Road to London. Team yang nak layak ke London berbeza dengan team yang menang Piala AFF. Coach pun lain. Lagipun takkan Kerajaan nak belanja besar-besar semata-mata untuk tampung belanja pasukan dalam empat perlawanan saja? Anak buah Ong Kim Swee lawan Pakistan secara timbal balik bulan depan. Kalau menang, ada kemungkinan jumpa Korea Selatan, Bahrain atau kuasa-kuasa besar Asia. Lagipun setahu aku, program Road to London untuk medal prospects, mereka yang ada peluang naik ke podium di Sukan Olimpik di London. Oh dulu Malaysia menang pingat gangsa ke di Munich 1972? Sebaliknya, MSN belanjalah ke jalan yang benar - misalnya, hantar team ke Eropah dengan tempoh lebih lama.

2. Apa jadi Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan Datuk Razali Ibrahim? Betulkah Everton sudahpun dibayar lebih RM200,000 untuk buat pembentangan saja? Cardiff City pun dah bentang pelan, tapi pelan ni semua lebih kurang sama, percayalah. Yang penting perubahan mentaliti di kalangan pembuat dan pelaksana dasar!

3. Aku jangka ada perebutan atau tug of war berlaku di antara FAM dan ahli gabungan...berapa ramai pemain wakil Harimau Muda A dalam Liga Super? Sanggupkah Kedah lepaskan penyerang bertubuh besar, Shakir Ali, dan penyerang ligat, Faizal Abu Bakar?

16 comments:

akok_kedut710 said...

cadangan pemandu teksi itu kawe rasa memang logik...arak satu malaysia nak tangkap gambar kenakan cas...

mohd hafiz bin hashim tumpat

Unknown said...

This is another good sign for the Malaysian football. Our sport really need a support especially from commersial company like Astro and Maxis. I know I'm no one here but I already expressed this thru' my blog 2 yrs back (my previous blog is not active anymore). After the victory in AFF Cup, the fans really demand more from the state and club players to show a competitive football. By selecting Astro will help the fan to at least can watch our local game at home beside visiting and supporting their favourite team at the stadium. Means the football is close to them.

Mawar Berduri said...

Tahniah Astro. Di samping Liga M, harap dapat jelajah ke serata pelusuk kampung untuk menonjolkan kehebatan belia-belia luar bandar yang beraksi di satu dua liga daerah yang masih lagi wujud (sebahagian besar daerah, liga mereka sudah lama berkubur dan jangan terkejut jika dikatakan, Persatuan Bolaepak Daerah juga hanya tinggal batu nesan)

Anonymous said...

SETUJU DENGAN SAUDARA RIZAL..........BOLASEPAK KITA BELUM MENCAPAI STANDARD YG DIPERLUKAN UNTUK DI MASUKKAN DLM PROGRAM ROAD TO LONDON........SASARAN COACH RAJA UNTUK LYK SECARA MERIT KE ASIA CUP 2015 ADALAH LEBIH REALISTIK.

Tengku Firmino said...

Very very very good info saudara Rizal.Tak ramai yang tahu siapa sebenarnya orang dibelakang tabir bawa Rajagopal sebagai jurulatih skuad kebangsaan.Cool, calm, intelligent.Paling bagus, dia tak takut untuk beri peluang pada pemain muda.Shebby Singh pernah cakap semasa skuad kebangsaan mengalamai kejatuhan teruk terutama ketika jadi tuan rumah Piala Asia..''Terlalu banyak General dalam padang berbanding Askar''..So nyata idea menubuhkan Harimau Muda adalah pertaruhan yang tepat..pemain2 ada rasa hormat sesama sendiri dan masing2 dilihat mengikut percaturan yang direncana Jurulatih..Harap2 peminat akan setia kerana dah memang menjadi adat menang dan kalah dalam pertandingan..cuma kalau kalah biarlah bermaruah.Dan terima kasih kepada Astro yang menjadi penaja baru.Hrapnya liga Malaysia akan lebih meriah, kompetitf dan diikuti macam mana kita ikut perkembangan Liga luar...

Rain See Art said...

astro? huhhh..

bodoh bin bengap said...

Astro? Hampeh la

Bila hujan tengok skrin tv hitam!

Anonymous said...

Tahniah kpd Rajagobal & Co semoga akan terus menuju ke depan dalam saingan di pentas a/bangsa. Tahniah juga kpd rakyat Malaysia kerana turut menyumbang kepada kejayaan Team Malaysia. Tahniah juga kepada tangan - tangan ghaib yang berada di belakang Team Malaysia. Kpd pihak KBS, Ketuanya serta pembantu - pembantunya, sekali lagi dinasihatkan jangan cepat membuat keputusan yang merapu (bukan terburu-buru) selepas kemenangan Piala Suzuki. Benar! Bolasepak bukan prospek emas jadi eloklah difikirkan sesuatu yang lebih mantap untuk kejayaan berterusan dengan layak secara merit ke Piala Asia atau yang sewaktu dengannya. Usahakanlah agar minat mendalam dipupuk dikalangan peminat - peminat kecil, ribuan angkanya yang datang ke Bkt Jalil ketika separuh akhir dan final tempohari untuk meminati bolasepak Malaysia degan memperluaskan program peringkat bawahan ini. Ayuh rakyat Malaysia kita meriahkan pulak Liga Tempatan selepas ini.

XABI ALONSO
LARKIN

Rain See Art said...

bola sepak! road to london!?.. fuhhhhh!!!..besar sgt impian kita tu cik rizal,dripada kita hbiskan duit utk road to london smata2,lbih baik kita salurkan saja wang tersebut utk pembangunan bola sepak negara di akar umbi..tp sya xberapa stuju dgn cik teksi 2! piala 2 utk rakyat jgk! xkn nk knakn byaran kot..xaci2! pkir la jln lain,contohnya friendly match ka!..

Blonde Arrow said...

cuma tertarik satu perkara ja saudara rizal...everton buat pembentangan kertas kerja makan jumlah rm 200,000??? biar betul.... buang masa dan wang...

hairan gak saya ni dgn diaorang ni..x nampak negara lain ka selain England?? diaorang pun dah problem nak produce pemain2 muda...mcm mana nak bagi cadangan kat orang len plak???

dari minta tolong everton, baik gi bayern munich ja...lim teong kim kan ada ?? minta ja la nasihat dari dia... kalau dia kenakan fee pun, x sampai la rm 200k..... ish3

Khalifah Kecil said...

erm..saya rasa bolasepak di malaysia ada sinar untuk dikomersial kan...macam BPL...bila dah dikomersialkan...secara tak langsung..income team-team dalam liga M akan bertambah...gaji yang lumayan dapat ditawarkan kepada player..akhirnya player akan menghasilkan kualiti permainan yang baik...dan ianya bagus untuk pasukan kebangsaan...apa pendapat encik rizal?

Anonymous said...

dengarnya akan diadakan sambutan kemenangan piala AFF oleh KBS, jadi ke tidak? en rizal ada apa2 info psl ni? kalau lambat2 nnt makin basi pula, sementara orang ramai masih lg menyambut kemenangan haritu. dan harap2 sambutan dlm bentuk perarakan, mcm di eropah, tp entahlah diorang buat as soon as diorg menang, bukan 2-3 minggu lps tu.

elmaaniq said...

http://sokernet.blogspot.com/2011/01/astro-tabur-duit-2-apa-yang-kita-tidak.html

Anonymous said...

Tahniah Astro kerana menaja bola sepak malaysia..bagi pandangan peribadi saya..Astro lah satu-satunya syarikat swasta yang layak dipanggil KORPORAT..

Anonymous said...

semua orang detik ini bercakap pasal ketidaksampaian pasukan bola kebangsaan ke kelayakan piala dunia. rata2 mempersoalkan pertahanan kurang ampuh... apapun mungkin semua sudah lupa bahawa setiap atlit ada masa 'peak' (meningkat) dan ada masa prestasi merosot. bagi saya pemain yang sedia ada sememangnya yang terbaik sebab dah buktikan bawa dua piala ke Malaysia sejak kali terakhir 1989!. mungkin sudah sampai masanya, suntikan fizikal prestasi pemain dipertingkatkan supaya mencapai prestasi 'peak' yang maksimum semasa AFF nanti.. bagaimana caranya? seliidk pasukan korea selatan (terutamanya badminton) yg bijak untuk mengatur prestasi maksimum sesuai dgn tarikh dan masa kejohanan...

AnasFanMalaysianTeam said...

bagus laa astro dpt hak komersi..good3