Wednesday, January 26, 2011

Borak kes Sathia, Tiga Abdul

Aku menerima panggilan telefon daripada seorang penggiat bola sepak.

"Eh apasal kau tak tulis pasal kes Sathia, ada beberapa persoalan yang kau tak timbulkan?"

Aku: Nantilah, banyak angle sebenarnya

"Kau tulis sikit, mungkin boleh tolong Sathia," katanya.

Aku: "Apa pointnya?"

Kenapa dulu kesnya dibincangkan Oktober, lepas tu ada stay of execution?

"Kan pasal dah dekat final Piala Malaysia..."

Kenapa jawatankuasa rayuan bersidang beberapa hari sebelum sepak mula Liga Super? Kenapa tak terus lepas final?

"Entah, katanya chairman tak de...overseas"

Lepas tu, kenapa tarikh penggantungan berkuatkuasa 24 Januari? Bukan patut berkuatkuasa dulu, Oktober, masa Jawatankuasa Disiplin jatuh hukum? Apa bidang kuasa jawatankuasa rayuan untuk jatuh hukum? Diaorang sekadar mengekal, mengurang atau menambah hukuman...

"Hmm...betul jugak,"

Satu lagi, kalau Sathia bawak kes, mungkin diaorang boleh buktikan ada mala fide...

"Eh ya ke...itu dakwaan berat tu."

Betul, satu dari segi timing, dulu dah dekat final Piala Malaysia, Sathia kena gantung...ini dah dekat sepak mula kena gantung lagi...

Lepas tu aku borak dengan seseorang yang rapat dengan koridor FAM...

Kenapa ya Sathia kena dengan teruk, macam dihukum dua kali?

Mana ada, dulu dia digantung pada Oktober, tapi Kafa buat rayuan, penggantungannya ditangguh...

Apasal pulak, kenapa berkuatkuasa 24 Januari, hari jawatankuasa rayuan bersidang?

Kita kena anggap Sathia tidak pernah digantung...dari Oktober sampai Disember dia bebas bertugas, sama ada melatih atau mewakili Kafa...

Tapi bukankah lebih wajar kalau hukuman backdated kepada Oktober...

Pasal dia tidak menjalani hukuman ketika itu...

Kenapa jawatankuasa rayuan tak bersidang lebih awal?

Agaknya sibuk dengan Piala Suzuki AFF kot, lagipun kau tahulah, di FAM ni, jawatankuasa kena cukup kuorum...

Kalaulah pengerusi ke overseas, timbalan tak boleh chair?

Aku dengar tak boleh, pasal kuorum empat orang...lepas tu kau tahulah, selagi semua ahli jawatankuasa tak boleh find satu date sesuai, selagi itu tak boleh convene...

Pada aku, sebelum kita jatuh hukum, kita kena ambik kira jasa Orang Kena Tuduh (OKT)....dia kan bekas jurulatih kebangsaan, bawak team juara Pestabola Merdeka...berapa peratus pemain yang menang Piala Suzuki AFF anak buah dia dulu, macam Amirulhadi, Safee, Norshahrul...Khairul Fahmi Che Mat pun menonjol selepas diberi tugas mengawal gawang Kelantan...juga jasa Sathia di Wisma FAM lebih 10 tahun...

Bro, kita kena ikut fakta kes, dia kritik badan induk, dah termaktub dalam peraturan tatatertib...

Tapi manusia yang buat peraturan tu kan, kenapa kita tak kurangkan hukuman, minimum satu bulan, maksimum tiga bulan...takkan langsung tak boleh bersuara...asalkan jangan serang peribadi cukuplah...

Banyak peraturan FAM dibuat secara bersama, iaitu dengan input daripada ahli jawatankuasa, ahli exco...jadi tidak patut timbul isu atau pertikaian membabitkan dasar yang dibuat bersama...

Susahlah...macam mana pulak kes Che Ku Marzuki?

Dia tak rayu, katanya...jadi hukuman dia terus berkuatkuasa dari Oktober...hingga April, T-Team pun tak lantik dia jadi coach..lantik Yunus Alif...

Kelantan marah kes tiga Abdul - Indra, Norfarhan dan Azizi - lepas dan bebas bermain untuk T-Team...

Betul la tu, bukan kau tulis supaya Takiyuddin tak chair meeting takut kepentingan dengan Kelantan?

Hahah, itu yang penyokong Kelantan marah aku tu...tapi akhirnya dia declare kepentingan dalam Kafa, jadi Jefferey yang chairkan?

Isunya, surat tawaran lanjutan kontrak daripada Kafa dikeluarkan lewat, melepasi tarikh tamat...kontrak mereka tamat 30 November, kalau ikut kontrak, persatuan/majikan/kelab dibenar beri notis lanjut perjanjian tiga bulan sebelum habis kontrak...itu perkara 10.1 la, 10.2 pulak sebut notis perlu menyatakan terma dan syarat-syarat yang persatuan/kelab/majikan bersedia menawarkan bagi melanjutkan terma-terma perjanjian...
perkara 10.3 pulak sebut pemain akan dalam masa tiga puluh (30) hari selepas menerima notis daripada majikan/persatuan/kelab, menerima atau menolak tawaran itu. Jika pemain tidak membalas kepada persatuan/majikan/kelab dalam tempoh tersebut, perjanjian ini akan terus berkuatkuasa dan digunakan semasa tempoh yang dilanjutkan selaras dengan perjanjian ini kecuali ada peruntukan bagi pilihan lain. Jika dalam tempoh tiga puluh (30) hari pemain memberi notis menolak tawaran ini atau persatuan serta pemain gagal mencapai kata sepakat dalam terma-terma dan syarat-syarat, maka pemain adalah terlepas daripada tanggungjawab mematuhi notis yang dikeluarkan oleh persatuan.

Jadi bila Kafa keluarkan surat?

Tarikhnya 1 September...kontrak habis 30 November, jadi ada tiga bulan penuh....1 Sept hingga 30 Sept, 1 Oktober sampai 31 Oktober, 1 November sampai 30 November...

Oh kalau surat itu bertarikh 20 Ogos, pemain kena jawab?

Tidak juga kerana Kafa tidak menyatakan terma-terma dan syarat baru...ikut surat Kafa, kata ikut terma dan syarat asal...jadi tidak adil kepada pemain...surat pulak ada disampaikan kat LCCT, satu di stadium...

Kes Azidan Saruddin KL ke Selangor pun sama?

Ya sama...aku dengar pemain tak suka cara Kafa kecohkan isu, sampai siarkan gaji pemain dalam Facebook...tak profesional la, kan benda tu sulit, kenapa dedahkan kepada orang ramai, macam nak provoke fans benci pemain aje...

Ya ke...nasib baik juga Takiyuddin tak chair ek?

Dia profesional, dia kan lawyer, aku dengar dia siapkan summary setiap kes, sekarang jangan main-main, jawatankuasa status ada afidavit dan responden...profesional bro...

Ya ke...tapi aku tak puas hati la kes Sathia ni, macam naya dia la bro

Nasihat akukan, kau tulis la, supaya pegawai dan jurulatih berwaspada buat kenyataan akhbar...kadang-kadang akhbar nak sensasi...reporter macam kau ni orang kata satu, kau tulis dua...pasal orang macam kaulah yang buat pegawai dan jurulatih dilanda masalah...

Eh tapi kau kena ingat, sekarang dah ada blog, laman web dan facebook, kadang-kadang kita ambik aje komen dari situ...

Betul tapi akhirnya yang dilanda masalah orang yang tulis tu, jangan nanti dijadikan peluru pulak oleh orang lain...

Nampak macam ada pihak yang ada agenda tertentu lawan Kelantan la...

Tak juga, aku rasa kebetulan aje...


Macam mana kes lain ek? Senyap aje...

Ada, banyak yang dah kena gantung dan denda...

Apasal senyap aje? Kenapa tak dipublicise?

Tak tahu

13 comments:

Anonymous said...

boleh bagi nama penggiat bolasepak tu?

Tengku Firmino said...

Peraturan yg termaktub menunjukkan seolah2 FAM langsung tak boleh kene tegur..That why kekadang aku rasa yang FAM byk ketinggalan MUNGKIN...penggantungan Sathia bagi aku terlalu keras..bukannya dia serang players ataupun pengadil..hmm ntahlah..macam ada yg cemburu dengan kejayaan Tan Sri Annuar Musa jer dalam FAM tuh.oppsss..

Unknown said...

dalam kes ini, sepatutnya FAM mempunyai ketegasan supaya Jawatankuasa Kecilnya, perlu bermesyuarat SETIAP BULAN tanpa gagal. Barulah keputusan itu cepat dan tepat.
sesuatu yang benar, apabila dipamerkan ditempat yang salah, akan dilihat kurang tepat. akhirnya, semua peminta bolasepak marahkan FAM.

Anonymous said...

oversea.. oversea.. Xde ke chair yg bole duk diam dlm negara..? Asik nak kna beradab bersireh junjung pun payah jugak zaman2 FB dan blog ni.

Jalan mesti ke depan bukan ke belakang..

-JediTRW

Anonymous said...

Mcm mana dgn kes Khairul Anuar Baharom? 3 permainan atau 3 bulan? Saya rasa dia patut kena ban from playing sbb dah ada 'excessive aggresive nature' dlm diri dia. Perilaku sebegini boleh menyebabkan kecederaan. Kalau dah ada excessive aggresive nature' dalam diri, ianya susah nak dibuang dan ada kemungkinan berulang in other aggressive form. Kalau perilaku bersifat 'critical mind', saya rasa tak ada physical injury melainkan 'makan dalam'. Jadi, saya rasa individu yang ada 'excessive aggresive nature' perlu dibendung berbanding orang yg ada 'critical mind'.

Pada pendapat saya, org yg 'critical' mendapat hukuman yg lbh berat drpd org yg 'physical' adalah sgt tidak adil.

Bukan nama sebenar

Anonymous said...

Dalam kes Khairul Anuar Baharom fam ttpkan penggantungan slama 3 perlawanan tp dlm kes abe ya plk fam ttpkan hukuman pergantungan selama 6 bln....adil ke mcm nih....???ataupun kes Khairul Anuar Baharom bulih dikira remeh berbanding kes abe ya...kalu mcm tu lain kali abe ya ataupun mana2 jurulatih dikehendaki menghantuk je mana2 kepala pegawai fam sekiranya x puas hati bcuz kes sbegini dianggap ringan je hukumannye.....so LU PIKIRLAH SENDIRI wahai FAM @*$&!$).....

Unknown said...

bg aku la,sathia just jwb pe y reporter tnya dia..sama kes presiden PBNS y jwb soklan reporter y dia mpertikai kputusan fam, slangor lwn klantan u piala smbangsih,bkn ns lwn klantan.tp nape dia xkene pape tindakan?

Lagenda Buaya said...

bila bola sepak nak maju..kalau macam ni..erm....xda harapan nak amsui pila asia,,apa2 pun syabas datuk Taki kerana anda seorang profesional,,pt jadi timb presiden 2....adios

Anonymous said...

bro

semalam aku duduk semeja dengan satu coach dan pentadbir negeri lama, apa pandangan yang di berikan pada aku amat bernas dan perlukan perubahan<

1) Pegawai perlawanan yang di lantik oleh FAM sepatutnya datang buat pemeriksaan di venue sehari sebelum dan bukan datang sejam sebelum perlawanan.

2)Kenbanyakkan perlawanan liga simpanan tak mempunyi kemudahan untuk pasukan serta ciri keselamatan yang perlu di penuhi oleh tuan rumah. semuanya di jalan kan secara cinchai sahaja. Bilik persalinan pemain tak ada dan pegawai polis yang ada cuma 2 ke 3 orang sahaja. Cuba kita fikirkan kalau berlaku pergaduhan antara pasukan dan pengadil tidak dapat mengawal dan di mana penyokong boleh masuk ke padang. APA YANG AKAN BERLAKU PADA PASUKAN LAWAN. Jangan kita hendak bertindak setelah berlaku kejadian yang tidak kita inginkan.

3) ORANG FAM kalau datang ke state FA , mereka kena tanggung from A to Z walau pun arahan untuk datang itu datang daripada FAM.

So kesimpulannya kalau perkara ini di war-warkan ke media oleh hamba allah ini, ADAKAH BELIAU AKAN DI GANTUNG
Pertanyaan kedua apakah tindakkan keatas kakitangan FAM

Kita fikirkan

Cikli said...

salam tuan,

mengungkit dan menyiarkan gaji pemain tu tak pro langsung.
ada tweeter dan facebook pun agak-agak la. kome tu pemimpin.

ariffin, bdr baru bangi said...

FAM......siapa sebenarnya FAM ye?

klu setakat bangunannya.....konkrit biasa je.

Anonymous said...

Sathia menyoalkan ketiadakadilan kepada Pasukan Kelantan....FAM is full of #@% that are there for the glamour!

Anonymous said...

salam

teringat pulak kes Halim napi yg kena gantung 1 musim tapi kairul anuar baharom kena 3 perlawanan jea pastu lmbt lak tu nak gantung..... buat musim lepas...... tapi gantung tahun nih...... mungkin dh budget Selangor akan pegi jauh masa piala Malaysia...........