Thursday, June 18, 2009

Takziah buat Khawari

Izinkan aku menghulurkan salam takziah kepada bekas rakan seperjuangan di Berita Harian, Ahmad Khawari Isa, atas pemergian bapanya, hanya beberapa hari sebelum kita menyambut Hari Bapa. Ku doakan agar roh bapanya ditempatkan di kalangan para solihin, terlepas daripada seksa kubur dan dianugerahi taman syurga. Al-Fatihah.

12 comments:

mawar berduri said...

Khawari,

Takziah atas peemrgian ayahanda tercinta. Semoga roh Allahyarham akan ditempatkan disisi orang yang soleh dan beriman. Insya Allah

Anonymous said...

Our prayers are with him

Graig

Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian said...

Saudara Khawari,

Takziah saya ucapkan di atas kembalinya ayahanda saudara ke rahmatullah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beramal soleh.

AMIN.....

CHRISTOPHER RAJ said...

May His Soul Rest In Peace, and May god provide Khawari and the family the strength that they need. God Bless

Hj. Nordin said...

Khawari,
Takziah atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda saudara yang dikasihi semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang soleh.
Amin.
dari Warga MSN

sukasukan said...

Marilah kita sama-sama membaca surah Al-Fatihah buat ayahanda Sdr Khawari Isa.

p/s: Harap tabahkan hati...ajal maut, jodoh cerai, rezeki dan bala, semuanya datang dari Allah. Alhamdullilah.

Anonymous said...

Sdr. Kawari, salam takziah drp kami sekeluarga. Al Fathihah dan Wassalam

Pelapis-future champions said...

tahziah atas kehilangan orang tersayang. semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman

Anonymous said...

saudara khawari,

takziah dari saya atas kepulangan ayahanda saudara ke rahmatullah. kita doakan agar rohnya ditempatkan bersama2 orang yg soleh. saya dapat merasakan bagaimana kehilangan seorang ayah kerana saya pun telah mengalaminya. ada ketika2nya nanti kita akan merinduinya. oleh itu doakanlah sentiasa kesejahteraannya di sana.

Hj. Alimi

Anonymous said...

my deepest condolences.




for the game. for the world.

Anonymous said...

Buat saudara Khawari,
Salam takziah di atas pemergian ayahanda tersayang yang mendahului kita menemui penciptanya. Semoga arwah diampunkan dosanya, diterima segala amalannya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para anbia. Al-Fatihah

http://bola-kempis.blogspot.com

Anonymous said...

Saudara Rizal dan semua sahabat,

saya ingin rakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga di atas doa, nasihat dan kata-kata semangat...saya amat menghargainya.

Memang kini detik waktu sukar buat saya sekeluarga dan segala kata-kata rangsangan sebegitu sememangnya amat banyak membantu.

sekali lagi, terima kasih tidak terhingga.

Ahmad Khawari Isa dan keluarga