Tuesday, June 23, 2009

Flip-flop FAM

Tony Mariadass, my ex-boss, represented St Johns in inter-school and inter-district tournaments, became a journalist specialising in football and bowling and later managed the Malay Mail football team. So he is in a position to comment on the FA of Malaysia's flip-flop tendencies. Read here. Similarly Christopher Raj has an intimate knowledge of the game as he was once attached to the FAM as a media officer, went on to become a stringer at Malay Mail before broadening his horizons as a regional media officer. Echoing TonyM's sentiments, Chris scoffed at FAM's suggestions to review the format of the league yet again here.

17 comments:

Serindit merah said...

Piala Malaysia musim ni pun dah ubah format dari 18 pasukan (3 kumpulan) kepada 20 pasukan (5 kumpulan). Musim-musim sebelumnya, hanya 16 pasukan saja untuk 4 kumpulan

Dua musim lepas, 18 pasukan ni merangkumi semua pasukan negeri, PDRM, ATM dan 2 pasukan terbaik kelab.

Jadi, tahun ni kalau format lama dikekalkan, dua pasukan kelab terbaik ialah Johor FC dan KM Naza.
Oleh yang demikian, Myteam akan tersingkir...

Maka, hulubalang dan segala pencacai mula memikirkan bagaimana untuk menyelitkan Myteam supaya dapat beraksi pada Piala Malaysia kelak.

Dah perangai FAM lagu ni, nak buat mcm mana kan?


Serindit Merah
Jelapang

Ikan Yu said...

Nak bagi senang citer, PENASIHAT kepada semua Jawatankuasa FAM perlulah diganti dengan orang lain yang mampu dan sanggup mendengar pandangan orang lain serta boleh memberi nasihat yang betul.

Sanggupkan kita tengok FAM terus hancur dan lebur macam hari ni?


Ikan Yu
Tokai

Anonymous said...

biasalah tu bro, secretary punya PA pun boleh bergambar dengan john terry yang tidak berbaju dalam bilik bilik persalinan masa chelsea main kat shah alam dulu....

apa punya PA dia orang ada ........

tukang sapu said...

20 team ke.. 18 ke.. 40 ke... apa bezanya? Yang pasti, suma org dah meluat nak pi stadium.

Kalau menghukum orang tu dan gantung orang ni, hat tu bagi la kat dia. Pantang cakap sikit, mola la gantung.

Nama nak pikir lagu mana nak tarik org mai stadium semola, kem salam jer la. Haram tak de...


Tukang sapu
Jeniang

Belangkas said...

Ikan yu,

Hang kena paham... mamat tu askar yang ada pangkat. Time dia dalam askar, dia bagi arahan kat prebet-prebet jer dan tak pernah terima arahan.

La ni dia buat lagu tu jugak la...

jambu batu said...

Kalau pun presiden tak suruh kaji format liga M pun, puak-puak pembodek FAM ni akan ubah format liga super tahun depan. Apa taknya, kalau kekal macam ni, Pahang gerenti main liga premier tahun depan. So, paham-paham dah le....

Anonymous said...

Kedah kena belasah 8-2 dengan kelab betnam Binh Duong pada Piala AFC semalam.

Team yang menang 3 piala tahun lepas di Malaysia pun boleh kena tutoh sampai 8.

Inilah bolasepak Malaysia.

Anonymous said...

SOME national referees, fed-up with Lt Col (Rtd) Kamaruddin Sakhari - the head of their department - are seeking an audience with FA of Malaysia president Sultan Ahmad Shah to vent their frustration. The referees department, since last year, has come under fire from the media for the unprofessional way it has dealt with some of its members. This year, some referees whose credentials are questionable, have been assigned to local league matches. Appointments of match commissioners and referees inspectors have also been criticised. "We are sick and tired with FAM (for not looking into the matter). We have complained on numerous occasions and have even written to FAM, but until today we have not received any feedback, and the same person is allowed to manage the department," said a current Fifa referee who did not want to be identified. Things took a turn for the worse when a Singapore official, who is also an Asian Football Confederation (AFC) staff member, was appointed as the match commissioner for a recent Premier League match. Also, there were appointments of referees which were not justified, not to mention officials arriving late for matches. All this has been very frustrating for some referees. The late Nazri Abdullah, who was also the FAM referee's committee chairman, had expressed his disappointment and had met with FAM general secretary Lt Jen (rtd) Datuk Azzuddin Ahmad and informed him that the department had to be revamped. Even referees committee deputy chairman Datuk Soh Chin Aun agreed that the head of the referees department cannot be doing as he pleases. "We have rules and regulations and that must be followed. We want to progress," said Chin Aun. Despite Chin Aun's assurance that something will be done regarding the matter, there are unhappy individuals who contacted Timesport to express their disappointment. It is understood that about 70 referees have signed a letter of protest which is expected to be delivered to the FAM president next week.

Anonymous said...

Bro Rizal, you tak payah le buat cerita tentang FAM ni lagi. Buek ngabih bogheh yo....

Adelin said...

Stuju lupakan lah cerita pasal FAM ni. PA nak bukak baju bergambar ke atau bergambar dgn orang bukak baju tak yah la bagitau kat dalam porum ni..Kita smua dah tau FAM ditunjangi oleh siapa? Rasanya empunya goblog ni dah jenuih tulis pasal FAM. Ada response? Tak de kan? So kita lupakan lah dia orang ni. Cerita pasal Bola Jaring lagi bagus la Sdr. Rizal

WUUUEEK! said...

Rizal

This is a circus that doesn't need the clowns to draw laughter.
The blokes never listen as it a known fact that the state FAs call the shots.
No matter what is said nobody listens and nobody cares, The only thing that matters is how they can continue to stay in power.
Please save the Malaysian public from further abuse.
It is an insult to our intelligence.

"FAIR PLAY PLEASE"

WUUUEEK!
Kota Damansara

Man Siam said...

Bak kata org tua-tua, dah berbuih mulut kita cakap pasal FAM ni. Tapi hasilnya?

Orang-orang yang berkepentingan bukannya tak baca blog ni, tapi buat-buat tak baca. Janji kerusi aku selamat dah... apa nak jadi, jadi lah.....

Pengomen bebas said...

Setiap kali lepas mesyorat majlis ka kongress ka, dan-dan puak-puak syok sendiri ni buat PC. Cadang itu, cadang ini... cakap mcm nak rak.

Dua tiga minggu lepas tu, benda tu senyap. Takda apa-apa action pun.

Inilah FAM - dulu, kini dan selamanya.


Pengomen bebas
Sungai Siput

mambang said...

Betul tu Jambu Batu.

Sebelum mulanya musim 1988 FAM kata 8 pasukan teratas dalam liga (masa tu semua 17 pasukan negeri termasuk Brunei/ Singapura / Tentera dalam satu liga) akan bermain di dalam Divisyen 1 Semi Pro yang akan dimulakan pada 1989.

Tapi bila separuh jalan liga nampak seolah Pahang belum tentu dapat 8 kedudukan teratas dan layak ke Piala Malaysia lantas ke Divisyen 1 Semi Pro, peraturan di tukar kepada 9 pasukan teratas akan ke Divisyen 1.

Tak layak ke Piala Malaysia 1988 tak apa asalkan Pahang tak ketinggalan ke Divisyen 1 musim sulong Semi Pro.

Sehinggakan pada hari liga terakhir yang menyaksikan Pahang bertandang ke Stadium Merdeka menentang Kuala Lumpur dan Selangor menentang Johor di Larkin kedengaran usaha untuk memastikan Pahang layak ke Piala Malaysia.

Untuk ini berlaku Pahang perlu menang dan Selangor tewas. Kalau Selangor menang Pahang akan kekal ditempat ke 9.

Kalau tidak masakan Kwai Lam membangkukan tiga bintang Singapura Fandi, Malek, dan K Kannan dalam separuh masa pertama.

Kecurigaan penyokong tegar KL/DBKL bertukar menjadi kemarahan apabila seperti yang kedengaran di persekitaran bilik persalinan sebelah kanan pentas utama "the first one should come on R side five min before half time" menjadi kenyataan.

Waktu rehat menyaksikan suasana kecoh di belakan bangku simpanan KL yang tidak pernah kita saksikan. Kumpulan penyokong tegar KL/DBKL mula menyorak "Kwai Lam rasuah" (akhbar melapurkannya "KL rasuah").

Bertambah hangat suasana apabila salah seorang bintang Singapura naik ke tempat duduk menghalau penyokong tegar KL/DBKL supaya balik ke rumah.

Lebih menarik lagi apabila kedudukan terkini menyatakan Selangor sedang mendahului Johor para penonton mula memberikan sorakan "Seeeeeeelangore" termasuk para penyokong tegar KL/DBKL.

Seolah memahami keputusan semasa tidak lagi memihak kepada Pahang apatah lagi perasaan ramai terhadap pasukan dan dirinya, Kwai Lam membuat keputusan memasukkan bintang Singapura yang akhirnya berkesudahan seri.

Apa pun semua ini membuat Semi-Pro bertambah menarik khususnya di kalangan penyokong dua pasukan lembah Klang.

Ramai yang telah meninggalkan Selangor mula menyokongnya kembali sehingga ke hari mereka di belasah Pahang 0-6 dalam suku akhir Piala Malaysia di Kuantan.

Kuala Lumpur kembali menambat hati mereka apabila berjaya memulihkan maruah Lembah Klang dengan menewaskan Pahang di dalam perlawanan separuh akhir.

-Mambang Merah-

Guru Sejarah said...

Format tahun ni pun nampak ada yang tak kena. Sepatutnyanya penang dan Sarawak perlu diturunkan ke liga premier kerana berada pada kedudukan last two.

Bagi liga perdana pula, patutnya KL dan tentera perlu di turunkan ke Piala FAM.

Perlu diingat, mengapa Kelantan diturunkan ke Piala FAM pada tahun 2005 walaupun pasukan itu beberapa kali membuat rayuan?


Guru Sejarah
Kok Lanas

Anonymous said...

aku setuju dengan semua orang hari ini pasukan yang di ketuai oleh Timbalan presiden pun dah baling towel dah tak larat dah

FAM cuma goyang kaki dan te***

tak guna kita berbicara kalau ianya seumpama mencurah air ke daun keladi

Biarkan lunchai terjun dengan labu-labunya

Anonymous said...

Buat Abg jaga kat FAM,

Tolong tengok-tengok staff kat situ yang seksi dan jangan lupa buat repot kat GenSec.

apalah fam ni, duit dah tak ada .... ambil jaga pulak ....

staff fam tak berdisplin ke ??????

pemain kebangsaan yg ada tak berdisiplin ke?????????

ada kes yg tersorok kot???


alahai fam!!!!!!!!!