Empat serangkai, four musketeers le...
Lukman, loose cannon, Hishamuddin dan Rosli "Sekarang, kita kena buat keputusan...siapa nak duduk sebilik dengan bos! Kaulah Lukman, kau hisap rokok, macam dia," aku dan Wak Jawa bersependapat.
"Aku dengan Wak tak hisap rokok, lagipun kitaorang bukan jenis bodek bos, hahahaha" gurauan kasar aku disambut dengan senyuman daripada Lukman. Dia sedar tak guna lawan cakap aku dan Wak Jawa yang memang dari awal nak pekenakan dia.
Beberapa hari kemudian, aku dan Wak Jawa sedar Lukman "happy" semacam.
"Eh, bukan main lagi kau dengan bos...aku dengar kau teman dia makan sampai dua tiga pagi, main snooker...wah bagus lah! Appraisal up lagi..." aku perli Lukman.
"Hah itulah, kau orang jugak suruh aku tidur sebilik dengan dia. Aku nak ozom kau tak nak," Lukman memulang paku buah keras!
Hishamuddin Aun belum bergelar Datuk ketika itu. Pada 1995, apabila dia, Lukman, Wak Jawa (Rosli Rahmat, jurugambar) dan aku ditugaskan membuat liputan Sukan SEA di Chiangmai, dia
sports editor Berita Harian.
Beg ini muat untuk loose cannon dan konco-konconya Setiba di bandar di utara Thailand itu, Hishamuddin yang kini menghitung hari-hari terakhir selaku
the New Straits Times Press (NSTP) Group Editor in Chief, berpesan ringkas: "Di sini,
I'm your colleague. We work together as a team. Tidak ada bos, tidak ada anak buah."
Chiangmai tidak mungkin aku lupakan kerana itulah
assignment terakhir aku di meja sukan Berita Harian. Beberapa minggu terdahulu, aku menerima surat pertukaran ke meja berita.
Menurut Hishamuddin, dia tidak tahu-menahu mengenai pertukaran aku.
"
I was not consulted," katanya. Aku pula hairan kerana baru setahun jagung di meja sukan dan menikmati beban dan tanggungjawab selaku penulis bola sepak yang digalas bersama Ahmad Khawari Isa, musuh ketat aku ketika itu.
Sehingga kini aku percaya Khawari adalah Hishamuddin's
blue-eyed boy, agaknya disebabkan mereka sama-sama datang dari Perak.
Di Chiangmai, aku melihat dengan lebih dekat etika kerja Hishamuddin, pendek kata
par excellence. Kawan-kawan dari akhbar lain yang membuat liputan di Chiangmai memberitahu aku "bos kau tu sambil naik tuk-tuk boleh buat story." Ingat, ini zaman sebelum wikipedia, google dan wi-fi! Ini zaman kalau nak hantar story kena dial connection...603-2823604.
Aku pergi lebih awal disebabkan jadual bola sepak yang lazimnya bermula sebelum perasmian temasya. Malaysia tewas kepada Vietnam 2-0 tetapi kemudian seri 0-0 dengan tuan rumah Thailand yang diperkuatkan oleh playmaker licik Tawan Sripan dan penyerang hebatnya, Kiatisuk "Zico" Senamuang.
Hishamuddin hanya tiba beberapa hari kemudian dan sebagai anak buah yang
respectful of the boss, sudah tentu memberi laluan kepada bos meliput perlawanan terakhir Malaysia menentang Indonesia.
Lagipun umum tidak dapat menidakkan hakikat Hishamuddin antara penulis bola sepak tersohor seangkatan dengan Fauzi Omar (kini Datuk) dan Lazarus Rokk di New Straits Times.
Anak didik Claude Le Roy tewas 3-0. Hishamuddin tidak berselindung dalam mengkritik Le Roy. Sebulan kemudian Le Roy membulat tekad meninggalkan Kuala Lumpur, manakala aku memulakan hidup baru di meja berita Berita Harian di bawah kendalian Ibrahim Yahaya, kini Datuk yang mengetuai RTM!
Di Chiangmai, Lukman dan aku diberi kebebasan menulis dan mengkritik namun pada dasarnya kami buat
straightforward reporting tetapi menerusi gaya intro yang pelbagai.
Ini kerana apabila Hishamuddin menggantikan Mohd Zian Johari selaku sports editor pada 1 April 1994, dia melakukan satu revolusi kecil.
Dia gemar
chop and change story kami. Sesetengah daripada rakan-rakan aku tidak puas hati. Apa tidaknya, hampir 100 peratus tulisan diubah dengan sentuhan Hishamuddin. Kesudahannya, dia menjelaskan sebabnya.
"
We have to think ahead of the rest. Zaman
straightforward reporting dah berlalu. Kita tidak mahu baca Selangor menewaskan Pahang 2-0 lagi. Intro harus berbeza, lebih kreatif dan mesti
beat angle Malay Mail," Hishamuddin memberi arahan kepada anak-anak buahnya. Mendengar dengan tekun dua penolongnya, A Ghafar Ismail (kini Pengarang Eksekutif Harian Metro) dan Badrulhisham Othman (sekarang Ketua Penyunting Berita Harian).
Loose cannon dan bekas wartawan New Straits Times, Dan Guen Chin, dihambat waktu memikirkan intro di pusat media di Chiangmai. Fikiran aku juga diasak persoalan sama ada artikel 10 perenggan aku akan dicincang oleh Hishamuddin atau tidak. Di bawah Hishamuddin, memang banyak yang aku dan rakan-rakan lain pelajari, khususnya dari segi penulisan. Dia banyak memberi peluang aku mengutip pengalaman berharga, dengan mengirim aku ke Piala Thomas 1994 di Jakarta, Kejohanan Jemputan Bawah 21 Toulon, Perancis pada Jun 1995 dan Sukan SEA di Chiangmai.
Di Chiangmai, Hishamuddin tidak perlu bersusah-payah meng-edit story kami. Aku sudahpun memahami kehendaknya sambil menulis mengikut citarasa Hishamuddin. Aku terkenang ketika aku menghulurkan laptop untuk reviu yang aku nukilkan pada penghujung temasya di Chiangmai, Hishamuddin memberi lampu hijau dan sekadar menambah dua perenggan terakhir.
Bersambung...bagaimana aku dilabel sebagai orang Zian Johari.