Friday, March 13, 2009

Jawatankuasa tak konsisten?

Ini tersiar dalam Berita Harian hari ini.

FAS, KAFA terlepas hukuman.

JURULATIH Felda United, Reduan Abdullah - digantung setahun pada 26 Februari lalu gara-gara 'bercakap tanpa kebenaran' - mungkin berharap kesnya hanya dibincangkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Kerana berbeza dengan ketegasan ketara apabila menghukumnya, dua minggu lalu, jawatankuasa sama ‘melakar sejarah’ apabila memutuskan untuk tidak menghukum tiga pihak yang dihadapkan kepadanya, semalam.

Paling beruntung ialah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang ‘terlepas’ biarpun terbukti ada insiden penonton membaling kerusi ke arah tempat duduk orang kenamaan di Stadium Shah Alam ketika aksi bertemu Kelantan, 28 Februari lalu.

Turut beruntung ialah tonggak bentengnya, Khairul Anuar Baharom apabila dakwaan ‘mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan pegawai perlawanan’ digugurkan jawatankuasa itu selepas aduan pengadil tidak disokong pembantunya.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) juga bernasib baik pulang dengan amaran keras selepas jawatankuasa memutuskan bahawa sukar untuk mengenal pasti sama ada penyokongnya membaling pelbagai objek ke padang pada perlawanan sama.

“Isunya ialah sama ada FAS menyediakan kawalan keselamatan mencukupi ataupun tidak. Mereka membuktikan ada lebih 300 anggota polis dan jawatankuasa berpuas hati,” kata pengerusi jawatankuasa, Kamaruddin Abdullah.

Ia bermakna jawatankuasa memilih ‘bertolak ansur’ dan tidak terikat kepada Peraturan Tatatertib FAM - iaitu Kesalahan 19.12 untuk dakwaan ‘apabila penonton merosakkan harta benda stadium seperti kerusi, pintu, pagar dan lain-lain.’

Jika jawatankuasa itu patuh - seperti ketika menghukum Reduan sebelumnya - FAS berdepan hukuman ‘denda RM25,000 selain perlu membayar pada kos sebenar kerosakan harta kepada pentadbir stadium’. Jawatankuasa semalam sekadar mengenakan hukuman minimum - penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 - terhadap Khairul dan penjaga gol Kelantan, Halim Napi kerana kekasaran terhadap pemain lawan.

Kasihan Redu...

31 comments:

Lawyer Burok said...

Malas nak komen pasal FAM ni...
try baca ni "Turut beruntung ialah tonggak bentengnya, Khairul Anuar Baharom apabila dakwaan ‘mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan pegawai perlawanan’ digugurkan jawatankuasa itu selepas aduan pengadil tidak disokong pembantunya"

.... MACAM MANA PEMBANTU NAK SOKONG KERANA KEJADIAN BERLAKU DALAM PADANG. YANG DENGAR HANYA PENGADIL SEMENTARA PEMBANTUNYA JAUH TEPI PADANG TU. AKAI ADA KA?

Kelana desa said...

" Ia bermakna jawatankuasa memilih ‘bertolak ansur’ dan tidak terikat kepada Peraturan Tatatertib FAM - iaitu Kesalahan 19.12 untuk dakwaan ‘apabila penonton merosakkan harta benda stadium seperti kerusi, pintu, pagar dan lain-lain.’'

Khawawi,
Yang humban kerusi macam you tulis di atas tu bukan penyokong kelatan atau selangor. Tapi hantu...

Tu sebab JK Disiplin tak boleh jatuh hukum. hahahahahahaha

Sri Ram said...

Isunya ialah sama ada FAS menyediakan kawalan keselamatan mencukupi ataupun tidak. Mereka membuktikan ada lebih 300 anggota polis dan jawatankuasa berpuas hati,” kata pengerusi jawatankuasa, Kamaruddin Abdullah


*** KES KEDAH PUN ADA SECURITY. TAPI BOLEH KENA JUGAK.... ERMMM ENTAH LER!

jejaka tampan said...

DB kena patutnya kena percaya laporan pengadil. Tak kan pengadil memandai gatal tangan nak repot benda yang bukan-bukan. Tak kan dia nak naya org kot. Kalau macam ni, lain kali senang la sesapa boleh tak mengaku dan kata pengadil tu penipu.

sapa yang kena? pengadillll jugak.

Pakar Sejarah said...

Belek-belek blog rizal ni terjumpa la posting bertarikh 29 Oktober 2008:-

Anonymous said...
Pegawai media bertukar ganti. Entah hapa-hapa FAM ni....

Dengar-dengarnya Kolonel pencen (yang juga bekas J/Kuasa Pengadil FAM) pun dah dibawa masuk ke Unit Pengadil, FAM. Kalau betul cerita ni, suatu langkah yang tak berapa sesuai. Patutnya FAM bawak masuk tenaga muda yang boleh menyumbang idea-idea baru. Ini bawak masuk balik org yang pernah duduk di kerusi AJK dulu buat hapa?

Lepas ni mintak-mintak ref FAM tidak jalankan tugas dlm padang mcm tentera udah le....

October 29, 2008 10:02 AM

Anonymous said...

Apa yang mampu diluahkan lagi dengan keputusan terbaru FAM dalam membicarakan kes PB Kelantan dan PB Selangor? Tanpa melibatkan diri dalam sentimen kenegerian, saya turut kecewa dengan keputusan Lembaga Disiplin FAM. Memang benar tanggapan umum bahawa ada sikap double standard dalam penghukuman oleh JK Disiplin. Insiden yang begitu buruk dan mencemar nama baik bolasepak negara, boleh terlepas tanpa sebarang hukuman. Mungkin Pengerusi dan AJK nya kabur pandangan. Tidak perlu mencari punca insiden, apa yang terhidang sudah jelas ada unsur-unsur keganasan yang mesti menghukum Persatuan yang terlibat. Kerosakan harta benda stadium yang perlu diganti dan sebagainya. Setuju dengan Lawyer Burok, dah naik malas dengan kerenah dan sifat pilih kasih. Reduan menjadi mangsa kerana beliau bukan anggota FAM, manakala wakil PB yang hadir adalah koncu koncu FAM sendiri maka mereka terlepas kerana had kuasa yang ada pada Pengerusi hanyalah CIPUT, mana mungkin beliau berani menongkah arus.

Anonymous said...

MOHON FAM pinda perlembagaan. Lembaga disiplin tu ditukar kepada Suruhanjaya Disiplin dan komposisi keanggotaannya lebih kurang macam ni:-

Chairman: Bekas Hakim (At least hakim High Court)
Deputy: Bekas pendakwaraya
Members: -PTD yang ada pengalaman dalam hal-ehwal tatatertib
- Bekas pemain
-bekas pengadil
- Bekas pentadbir pasukan FA negeri
- Bekas CPO negeri
- wakil media

Anonymous said...

kalau suruh hakim federal court pun tak jalan sebab yang jadi pegawai penyiasat masih sekretariat FAM. jadi paham-paham je la....

Anonymous said...

Hoi
apa punya Jawatankuasa tak ada TEL** kan kejadian itu melibatkan fizikal contact dan menyebabkan kerosakkan harta benda stadium, kemudianpengadil yang tunggul tu kena maki pulak.Bukankah itu semua tindakkan yang berunsur negative tapi penggantungannya cuma ciput dan dendanya juga ciput.

Alasan yang di berikan juga tak masuk akak manusia yang sempurna.

Kenapakah jawatankuasa ini tak dapat membezakan antara kenyataan yang berunsur positive dan negative.

Riduan punya komen adalah satu komen yang membangun dan boleh di guna pakai bagi membantu FAM dalam mengemaskinikan sistem yang sedia ada.

So nampak gayanya baik semua pemain dan pegawai pasukan gunakan kaedah lain dalam melepaskan geram ke FAM caranya ialah jangan buat kenyataan media dan jangan kata apa-apa kepada fam sama ada secara bertulis atau siaran.

Cara yang paling afdal bagi meluahkan perasaan adalah dengan cara maki hamun , gunakan segala bahasa kesat yang anda tahu tak kira bahasa Inggris, Melayu, cina , india, iba atau apa-apa pun.

Cara kedua baling kerusi atau apa-apa benda yang keras kepada pegawai FAM yang datang ke stadium dan tak lupa juga kepada pengadil.

Dan juga tidak ketinggalan cuma siapkan wang sebanyak RM1000 sahaja sebagai bayaran denda dan sure tak kena gantung.

So itu lah caranya yang mana FAM menggalakkan Vandalisma di lakukan di semua stadium di Malaysia

Dan juga FAM menggalakkan agar si baju hitam atau Oren atau hijau atau kuning di jadikan sebagai tunggul untuk di maki hamun oleh semua pemain. Mereka bukan hendak mengajar pemain supaya lagi disiplin dan profesional


Cuma saya nak tanya Tuan Rizal Dato Azuddin kita masuk dalam meeting J/Kuasa Disiplin tak, kenapa tak di maklumkan yang mana beliau keluar bila keputusan hendak di buat.

Betul-betul la FAM mutea elek


ANAK TOK BATIN KUNTUM

cari Minum said...

Chairman DB skrg pun cari makan punya kaki. Kena ikut apa yang pegawai penyiasat syorkan....

HIDUP fam....

Anonymous said...

bubarkan saja FAM dan ganti dgn 'MFA'

Anonymous said...

this bloody FAS has dragged the police into the case by stating there were 300 police personnel at the stadium but looking at the most i think only 100 personnel were there, for police to approve 300 personnel for a match at these tuimes are crazy, dont believe you can ask ocpd shah alam. also yu think kamaruddin abdullah x selangor player and lawyer, also asst general secretare saifudin also worked at fas, if the disciplnari board cannot question the police, they still can question fas whether there were certain locations that can be deemd as vulnerable. How did FAS Account for the mineral water bottles and flares all over the pitch? Security may have been adequate but theere were qweaknesses in it but the committee failed to question that.

X SELANGOR FAN

George Washington said...

Jangan salahkan FAS. Tak kira la dia kelengtong 300 orang ke... 100 orang ke... 46 orang ke....itu tak menjadi masalah. Biar kat sana nanti Hamidin jawap.

Isunya di sini bukan brp jumlah anggota keselamatan yang ada, tetapi kegagalan pihak tuan rumah dalam memastikan keselamatan penonton, pemain, dan pengadil selamat dan terjamin.

Tuan rumah juga perlu memastikan harta benda awam yang dibeli oleh wang rakyat tidak dijahanamkan.

Peristiwa di Shah Alam itu sudah jelas menggambarkan pihak tuan rumah gagal mematuhi arahan tersebut.

Apa yang menyedihkan, DB seolah-olahnya menyalahkan '300 orang' anggota keselamatan seperti gagal menjalankan tugas mereka menjaga keamanan di stadium.

Kes mencarut kpd pengadil pun satu hal. Buat jerih jer je George Joseph ada dalam DB tu....
Ok la George, aku nak tanya kau... katakanlan sorang pemain maki hamun dan mencarut kat kau time kau jadi repri dulu. Insiden berlaku dalam padang dan penjaga garisan 100% tak dengar. Apakah linesman perlu buat laporan? Come la George.... You pernah jadi boss unit pengadil. Tak kan itu pun you tak boleh jelaskan pada Kamaruddn dan Azzudin... be fair George, jangan nak cari makan macam tu.

Meriam Buluh said...

KATAKAN LA FAS DAH SEDIAKAN 1 BATALION PASUKAN FRU. LEPAS TU ADA KUTU BAWAK MERIAM KARBAIT DAN MAIN KAT BAWAH SCOREBOARD TU DAN TUJU KAT GENG-GENG KHAWAWI YANG DOK LEKA DENGAN LAPTOP MASING-MASING DI KAWASAN TEMPAT DUDUK MEDIA.

APAKAH INSIDEN INI AKAN TURUT TERLEPAS DARIPADA SEBARANG BENTUK HUKUMAN KERANA FAS TELAH MENYEDIAKAN ANGGOTA KESELAMATAN YANG MENCUKUPI?

ANGGOTA DB KENA PAKAI AKAI LA SIKIT. CIVIL LAW TAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN FOOTBALL LAW DIN!
YOU MACAM MERESTUI KEGANASAN DILAKUKAN!

terkena botol mineral said...

sudah sampai masa nya pihak-pihak yang berkenaan berundur dari fam. Selaku setiausaha kepada jawatankuasa dispilin FAM, anda sepetutnya menasihatkan kamaruddin abdullah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan fakta kes dan bukannya berdasarkan civil law.

KAJANG BERTEMPAT said...

SEMUA orang tao, dalam FAM tu ada sekor dubuk yang suka makan bangkai terutama sisa-sisa yang ditinggalkan rakan lain. Dia malas nak cari sendiri. Hamidin (setiausaha agung FAS) kawan rapat dia. Annuar Musa (Kafa) balaci si dubuk di pantai timur. takkan FAM nak amek tindakan. Pemilihan dah dekat ni. Dubuk lain pun nak makan gak. jadi kena jagalah skit. Khairul Anuar Baharom tu kira tumpang tuah kerana dubuk dah kenyang, dia terlepas daripada serangan.

Mata gelap pencen said...

Itulah bezanya bola di Eropah dan bola di FAM. DAlam EPL kita selalu dengo, pihak FA akan jalankan siasatan melalui rakaman video apa jua salahkalu yang tidak dilaporkan oleh pengadil. Jika didapati ada kesalahan, pemain atau pihak berkenaan akan dijatuhkan hukuman.
DI FAM lain rizal, walaupun pengadil buat report, tetapi dek kerana linesman tak buat report sama, maka report repri tu ditolak. Dengan lain perkataan, report repri tu seolah-olah tak lebih dari satu penipuan semata-mata.

tukang carut said...

mana lebih berat, beri komen membina dalam akhbar dengan kes mencarut, cuba menyerang, menyerang, meludah dan menghina pengadil?

mana juga lebih berat di antara mengemukakan cadangan melalui media dengan kes baling mercun, jahanamkan kerusi stadium dan baling botol ke dalam padang?

sendiri mau fikir la bro....

mercun padi said...

betul kata meriam buluh tu. cuba andaikan, FAS dah sediakan 5000 orang pak guard. Tup tup ada la sorang malaun tu pi bakar mercun roket dan tembak arah Christopher Raj. Berlubang baju belang kuning hitam yang member tu pakai malam tu...

Contoh lain, FAS dan siap buat random checking lagi kat pintu masuk, aleh-aleh ada juga mamat yang terlepas, bawak masuk mercun bola. Kemdian mamat ni pi bakar dan baling arah Mat khawawi. Koyak telinga kawan tu kena penangan mercun bola tu...

Jadi sapa nak salahkan? Chris atau kawawi? atau FAS sendiri tak salah sebab dah cukup sediakan pasukan keselamatan?

Kamon la kamaruddin abdullah, guna la akai sikit...

Mercun padi
Bukit Segantang

Anonymous said...

Dalam FAM kalau ada nama "KAMARUDDIN"
memang ada masaalah.

Anonymous said...

Dalam FAM kalau ada nama "KAMARUDDIN"
memang ada masaalah.

Anonymous said...

Berita lawak dari Wisma Bola Sepak

Setiauasaha Agung Bola Sepak Dunia telah diambil tindakan oleh JK Tatatertib Persatuan Bola Sepak Dungu kerana tidak hadir mesyuarat yang membincangkan kes selangor dgn kelantan. Beliau didenda rotan di pinggul dan denda 8 sen sempena nombor kereta.

Beliau didapati cuba mengamalkan DOUBLE STANDARD dalam persatuan dan kegagalan beliau memasukkan dalam agenda terhadap kes towkey dan ketua pengadil yang memberi kenyataan media
Beliau tidak dapat dihubungi kerana ditahan oleh pihak pihak yang tidak berkenaan yang bersenjata kerusi-kerusi std shah alam.

Isteri kedua yang dihubungi juga menangis dan berharap lakinya meletakkan jawatan dengan serta merta kerana tak tahan menanggung malu.

Mat Sabung
Bukit Katil

coretan_khalayak said...

Mengapa fam berlembut sedangkan sebelumnya mengaum dgn bangganya ketika kes redhuan? budak sekolah darjah satu pun faham , selepas ini fam "terpaksa" berlakon mengadili khairy jembalang di atas kedunguan kenyataannya berkenaan liga malaysia - keputusan yg sudah dijangka jembalang ini tidak akan digantung atas dasar "tolak ansur" yang tiba tiba dipraktikkan oleh fam ,sebagai hukuman pisang yang selalunya diberi sebagai makanan kepada beruk jembalang ini akan diganti dengan buah anggur .

Anonymous said...

Kita tengok macam mana pengecutnya Setiausaha Agung, apabila mbjb tidak bayar duit insuran selepas tamat tarikh dan masa yang ditetapkan. Lepas tu baru nak rujuk pengerusi.

apalah bahlol sangat, ikut je arahan mesyuarat, nak rujuk apa lagi. Nak lepaskan diri la tu.

Kalau dia dah tak bayar, hantar notis, suruh kelab tu tutup. tak payah ambil bahagian lagi dlm liga malaysia.

kau cakap tak serupa bikin. hari tu cakap nak bawa towkey dgn kamrudin tu menghadap db tapi abuk pun tarak.

nampak sangat kau amat bodoh. cakap ikut suka je. Baik untuk engkau, kau buat, tapi nak tunjuk kau bagus kau ikut peraturan.

Kalau ikut peraturan, selangor hari tu tak terlepas. kau nak lepaskan selangor, sebab tu kau tak dtg meeting.

kalau kau tak dapat dtg meeting, jangan panggil meeting. Mana ada meeting, tuan yang panggil meeeting tak datang.

kau punya penolong tu apa dia tau. Kalau dia tau buat kerja, AFC tak kan nak lepaskan dia. Jadi kerana dia tak tau le, afc setuju je dia letak jawatan.

dan kalau dia tu betul tau, dah banyak benda dibuat. Tak ada yang baru pun engkau orang berdua buat.

Kau jangan buat persatuan tu macam bapak kau yang punya. kalau bapak kau punya pun, dah lama dia sepak terajang engkau.

Sungguh memalukan.......

Anak Emak

Former Farmer said...

Orang yang suke herdik-herdik wartawan macam bebudak sekolah atau nak saman wartawan sapa kalau bukan yang bekerja di FAM?

Orang yang fitnah jawatankuasa FAM juga sapa kalau bukan di FAM juga?

Yang tidak boleh ditegur atau dibetulkan jika terbukti ada kesilapan juga sapa kalau bukan FAM?

FAM- Former Army Association of Malaysia.

Anonymous said...

anak mak, ko ni macam kerja kat FAM je lagak ko. Suma benda ko tau dan suma yang ko ckp tu betul. kalau ko bkn keje FAm mana ko tau suma benda ni? aku pun keje fam tau?

Anonymous said...

FAm ni tak tengok ke wisel penamat malam tadi? Lebih 83% penonton kata FAm tak konsisten ketika menjatuhkan hukuman.

Apara FAM ni. Macam siot jerrrr

Lawak Kampung said...

MEMANG FAM ni jadi macam sebuah organisasi yang mengendalikan aksi-aksi lawak pun. Cobak baca berita Harian hari ni:-

HANYA 24 jam selepas menyuarakan ketegasan untuk ‘menyingkirkan’ Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) daripada saingan Liga Perdana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tiba-tiba membuat pusingan-U yang mengejutkan.

Menurut setiausaha agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, kelab itu kini hanya akan ‘digantung sementara’ sehingga Jawatankuasa Pertandingan Tempatan badan induk itu bermesyuarat dan mencari satu rumusan.

“Pada ketika ini MBJB akan digantung sementara. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan memutuskan tindakan seterusnya terhadap kelab itu dan sehingga itu MBJB tidak dibenarkan beraksi dalam sebarang kejohanan Liga Malaysia.

“FAM juga sudah mengarahkan pasukan Proton tidak berkunjung ke Johor Bahru untuk pertemuan menentang MBJB dalam saingan Liga Perdana, esok (malam ini).

“Kami juga akan menunggu maklum balas daripada pihak pengurusan MBJB selepas ini,” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Kenyataan dibuat beliau jelas berbeza dengan ketegasan yang disuarakan sebelum ini bahawa FAM tidak akan melayan sebarang rayuan daripada MBJB selepas kelab itu gagal melangsaikan bayaran polisi insuran pemain dan pegawai berjumlah RM71,092.

Perkembangan ini memberi harapan baru buat MBJB untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana, tetapi ia hanya mendedahkan kelemahan sekretariat FAM dalam membuat satu keputusan dengan kurang konsisten.

Sementara itu, pengurus pasukan MBJB, Nizatul Arif Omar enggan mengulas panjang mengenai kesulitan yang dihadapi pasukan sehingga mendapat maklum balas rasmi daripada Jawatankuasa Pertandingan FAM.

“Saya berasa lebih baik kami hanya membuat kenyataan selepas mendapat surat daripada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM untuk mendapat gambaran lebih jelas.

“Kami sebenarnya dalam proses untuk melakukan pembayaran, tetapi pihak pengurusan MBJB mengadakan mesyuarat pada 13 Mac lalu, iaitu tarikh yang ditetapkan untuk kami melakukan bayaran, ” kata Nizatul.

Rakyat Perihatin said...

APABILA kita membicarakan tentang keputusan yang tidak konsisten ini, tidak dapat tidak, hati kita tertanya-tanya, apakah FAM ini sudah terlalu jauh sesat dan menyimpang dari matlamat asal untuk berlaku adil kepada semua orang?

Tidak keterlaluan jika diandaikan bahawa, bagi semua orang yang masih siuman, FAM perlu berhijrah dari dunianya ke dunia yang lebih realiti.

Secara peribadi, saya ingin mencadangkan supaya pemegang jawatan-jawatan utama dalam FAM supaya berani bersuara untuk membetulkan keadaan. Nasib belum menjadi bubur dan masih ada ruang untuk menampal mana-mana yang bocor.

JIka perlu mengadap tuanku sekalipun, pergi la mengadap supaya FAM tidak terus menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia.


Rakyat Perihatin
Lebuhraya Timur-Barat,
Grik.

Nelayan hampa said...

KALAU di peringkat awal lagi dah tak konsisten macam mana keputusannya nak konsisten?

Cuba tengok siapa yang dipanggil dan didakwa? Cuma Ikan-ikan kecil yang tak gagah berenang. Jerung dan segala paus maus dilepaskan walaupun dan masuk pukat.
(*&^%$#!

Anonymous said...

Yang boleh gunakan budibicara dia ikut buku.... yang kena ikut buku dia pulak gunakan budibicara....
kong kali kong punya FAMMMMMMMMMMMM