Tuesday, March 24, 2009

Cikgu Rod pula letak jawatan...

Rod (kananlah...yang kiri itu Ali Daei, takkan tak kenal)

Bekas penolong pengadil FIFA, Mohd Rodzali Ya'cob, sudah meletak jawatan selaku pegawai jabatan pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tindakan mengejut itu menyusul selang beberapa hari sesudah penolong setiausaha agung, Saifuddin Abu Bakar, mengambil tindakan yang sama.
Bezanya Rodzali, atau lebih dikenali sebagai Rod atau Cikgu, sudahpun mengemas barangnya dan hari terakhirnya semalam. Kasihan Rod, dia dilihat sebagai dalang di sebalik beberapa kontroversi dan isu yang membelit jabatan pengadil.
Dikenali sebagai pakar IT di FAM, Rod mesra media. Kalau maklumat di laman web FAM tidak dikemas kini, klik saja ke http://pengadilfam.blogspot.com/ untuk mengetahui pelantikan match commissioner atau referee's assessor.
Bahkan media turut menjadikan blognya itu selaku rujukan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Perdana. Apa akan jadi pada blog itu? Aku dengar khabar dia in-between jobs. Satu perkara yang harus kita, selaku pencinta atau konon-konon pencinta bola sepak negara, siasat ialah mengapa kepakaran dan pengalaman yang ada pada pegawai-pegawai sebegini terbuang begitu saja?

157 comments:

Anonymous said...

Yahooooo, semua geng askar ! Ayuhh kita meraikan kemenangan ini dengan pisang rastali.

Dapatlah geng askar masuk fam lagi lepas ini.

Dengar cerita, belum pun Rod tu keluar pun dah ada geng askar pencen yang masuk.

Cikgu Pencen

Anonymous said...

Sah kau wartawan temberang, mana pernah rod buat game Ali Daei!!!

Kalau nak tipu, tipu bertempat laaaa!

Mawar Putih

rizal hashim said...

Mawar putih, Rodzali pernah diberi tugasan pra-Piala Dunia di antara Iran dan Bahrain pada 2001. Terima kasih.

Anonymous said...

rizal..kenapa kau pun lari dari FAM?? apa alasan kau? aku tengok kau sekarang ni takde kerja tetap..hanya mengharap ikhsan duit dari RTM..RM300 setiap kali diundang dalam rancangan "Wisel Penamat" dan "Sebelum Wisel"..je..

Anonymous said...

Isnin 23 Mac 2009 adalah hari terakhir rod di FAM. tetapi cuba bayangkan, belum sempat dia keluar dari FAM, dah ada mamat askar masuk lapor diri untuk gantikan rod.

FAM nak jadikan Wisma FAM sebagai wisma bekas askar ke?

Semut Api.
Kota Belud

Anonymous said...

Rizal,

Apa lagi yang mampu kita luahkan di sini? Apa lagi yang patut kita tulis di sini?

FAM tidak bijak menilai yang mana satu permata dan yang mana pula satu batu kuari.

Sebenarnya, pemergian sdr Rod penuh dengan tragis zal! Hampir 16 bulan beliau terpaksa bergelut mengharungi badai dan ombak yang mengganas menghempas gigian pantai hatinya.

Selama itu jugalah beliau bertawakal memohon kepada Yang Maha Esa supaya ditunjukkan jalan yang harus dilalui buat merentasi denai-denai yang dirintih sejak sekian lama itu.

Empat bulan terakhir, ombak yang datang kian menggunung dan kini beliau tiada pilihan melainkan berundur demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu.

Sumbangan beliau kepada keluarga pengadil amat besar dan sukar digambarkan dengan kata-kata. tetapi siapalah Rod di mata FAM?

Itulah FAM yang sebenar Rizal.


Insan Kerdil.
Batu Maung

Anonymous said...

selepas ni, FAM akan dipenuhi dengan bekas-bekas askar yang tak tau malu...

Anonymous said...

lepas ni unit pengadil FAM akan tunggang langgang. Sebelum ni dah byk sgt masalah, lepas ni tambah hancur la

Anonymous said...

SEPATUTNYA YANG BERENTI BUKAN ROD TAPI SI KAMARUDIN YANG BERLAGAK PANDAI TU. LANTIKAN PENUH DENGAN KRONI...

Anonymous said...

Yang boleh buar kerja disuruh pergi, yang lintang pukang dipanggil mari.

Unknown said...

Mawar Tak Putih, saya membenarkannya, Rod pernah bertugas game yang ada Ali Daei. Kepada Rod, Dunia itu luas, Rezeki Allah di mana - mana. Maybe ikut jejak langkah Saifuddin sobab u dgn Saifuddinpun kira bole berkerjasama. Wassalam

Anonymous said...

Azzudin kena telus dan berfikiran terbuka jika ingin pengadil Malaysia terus dihormati.
Jika keadaan unit pengadil tidak berubah, lambat laun pengadil Malaysia akan bermasalah

Anonymous said...

Yang sarat dengan peristiwa-peristiwa memalukan seperti lantikan MC singaporean, pengadil tak lulus fitnes jadi pengadil, pengadil tak datang sebab jadual salah, kes bardhan cup, kutuk refri komiti dalam paper dan lain-lain lagi tiada diambil tindakan.
Yang boleh buat kerja pula disuruh pergi. Aneh sungguh FAM

Anonymous said...

Petang tadi mesyuarat JK Pertandingan, betul ke FAM buat keputusan supaya Kelantan lwn Penang kena main semula sebab kes pengadil yang tak sah taraf?
sapa boleh sahkan berita ni?

Anonymous said...

saipuddin letak jawatan.... rodzali pun ikut sama. Selepas ni siapa pula agaknya?

Anonymous said...

SEPATUTNYA REFEREE COMMITTEE PUN IKUT JEJAK LANGKAH ROD. LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI...

BIARKAN ASKAR PENCEN TU TERUS BERMAHARAJALELA DENGAN SARJAN PENCEN YANG BARU LAPOR DIRI .

PAK JENERAL MESTI SOKONG

Anonymous said...

Dah banyak bukti salah laku kamaruddin tu. Mengapa pulak rod yang dibuang. Sepatutnya kamaruddin tu la.....

Anonymous said...

zal,
u minta...
"Satu perkara yang harus kita, selaku pencinta atau konon-konon pencinta bola sepak negara, siasat ialah mengapa kepakaran dan pengalaman yang ada pada pegawai-pegawai sebegini terbuang begitu saja?

...... HANYA SULTAN PAHANG SAJA YANG BOLEH BERTINDAK PADA WAKTU INI.

Anonymous said...

azzuddin askar... kamaruddin askar... pengganti rod yang namanya zulhaidi pun askar.

elok sangat la tu....

Anonymous said...

HAHAHA N HAHAHA

KALAH SENARIO, HAHAHA

PENAT AKU GELAK HAHAHA

INILAH BARISAN KITA
YANG IKHLAS BERJUANG?

This is the trouble with Malaysian sports.Or is the problem with Malaysians at large? Never to see the real issue at hand. Is the fate that we are to resign to? What is coming to this country? No wonder many have left and many more are contemplating leaving.

All this talk takes us no where. The Malays have a beautiful saying:

'MENCURAHKAN AIR KE KELADI'

All the best FAM and my deepest sympathies to the football community.

THE JACKAL
Selayang

Anonymous said...

saminathen pun askar pencen ...

Beb

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

masa zaman polis jadi setiausaha agung, tak de pulak polis yang masuk

tapi zaman askar, lain pulak.

ada apa-apa ke

Pengadil Otai

Anonymous said...

Rizal kau memang wartawan temberang, game tu main kat stadium darul makmur ke, penonton pun tak ada, hanya kerusi kosong

Jangan nak goreng le rizal

Mawar Putih

Anonymous said...

rod, kalau kau betul dah belah dari fam, apa lagi ..... balun le fam, jangan bagi jalan lagi dah .....

depa tu semua otak kat lutut.....

tak de rasa malu langsung

Cikgu Otai
Jelapang

Anonymous said...

fam memang dah tak de cita rasa langsung skarang ni.....

dah jadi tempat orang pencen ....
cari makan ......

eeeeeeeeee.. MALUNYA AKU

sOLJER pENCEN

Anonymous said...

Cik Gu Rod,

Lu patut kasi tau sama itu askar, itu Losdi mana boleh buat itu game sebab dia gagal itu afc punya test.

itu macam kalu danny wong pun ada lulus juga lari sama selangor

kamaludin sama kiat, lu olang kamceng pun tak tak boleh tolong ka

Anonymous said...

Lagi besar kepala la mamat tu.Repri mana pulak nak kena maki hamun dengan dia.Bos dia dah maki hamun komiti.3 orang ni elok hantar p Gaza aje.

Anonymous said...

FAM tidak pandai menilai siapa yang mampu melaksanakan tanggung jawab dan siapa yang hanya pandai menyalahkan orang lain.

Anonymous said...

kepada semua pengadil, kita semua patut bertindak skrg. kalau nak boikot liga M pun ok je. Aku no hal punya sebab skrg ni pun aku bukan dapat game pun... boikot tak boikot pun sama je 2x5.

Semua yang dapat game suma kroni askar. FIFA ref pun tak dapat, cuba bayangkan.

Nampak sangat FAM berat sebelah. Tu sebab orang kata pengadil berat sebelah sebab FAM sendiri yang berat sebelah...

Anonymous said...

INIlah masalah besar yang dihadapi oleh FAM sejak dari dulu lagi. Kes Rod letak jawatan cuma antara kes yang terpencil. Banyak lagi kes-kes kakitangan yang berkebolehan terpaksa melepaskan jawatan kerana tidak tahan dengan corak pemerintahan askar.

Skrg si zulhaidi tu masuk ganti rod. Askar pencen juga...

FAM ni takde orang lain ke? Atau orang awam tak hingin masuk FAM?

Serindit Merah

Anonymous said...

rizal,
you pernah kerja di FAM. you kena bagi tau public apa yang sebenarnya yang berlaku di FAM. Apa sebab musabab you sanggup usung tikar bantal lari malam dari FAM.

Jangan takut rizal. berani kerana benar!

Anonymous said...

askar mana yang masuk ganti rod tu?

japlus? halim?saddon? basith?
oppps sorry basith tak boleh sebab dia askar wataniah jer....



kastam pencen
prai

Anonymous said...

kemasukan askar secara beramai ramai ke FAM akan menguatkan regim yang sedia ada.

walaupun state FA tak boleh campur tangan, tetapi sekurang-kurangnya buka la mulut sikit agar keadaan tak bertambah parah.

Hamidin (bakal SU Agung) kena cuit sikit la FAM tu....

kasturi,
marang

Anonymous said...

pemergian rod satu kerugian kepada keluarga pengadil. kami kesal dengan apa yang berlaku ini. tapi apakan daya... kami juga cari makan

sepatutnya Chin Aun dan barisan exco nya perlu mengadap tuanku presiden. ceritakan apa yang telah berlaku dari A sampai Z.

Anonymous said...

AGAK-AGAKNYA BILA SU AGUNG BARU NAK MASUK FAM?

Anonymous said...

mesti ada sesuatu yang tak kena dengan FAM ni. Banyak sangat yang datang dan pergi dari FAM.
Siapa boleh siasat?

Anonymous said...

aku sokong rod letak jawatan... ikut macam rizal, buat apa tunggu kalau menyakitkan hati saja....

Anonymous said...

FAM patut gunakan budibicara. MBJB dah jelaskan bayaran. Apa salahnya terima saja demi kebaikan sukan bolasepak di Malaysia. Jangan kalah jadi arang dan menang jadi abu....

Anonymous said...

sesiapa yang nak masuk fam ganti rod, sila pastikan anda sekurang-kurangya mempunyai pengalaman sebagai anggota pertahanan awam atau JPA3

Anonymous said...

mengapa skrg baru nak singkirkan MPJB? jika tiada insurans, mengapa dulu keluarkan lesen kepada pemain?
Kalau jadi apa-apa, sapa nak tanggung?

Anonymous said...

zulhaidi mana yang masuk ganti FAM tu? mamat ni askar pencen mana?

Anonymous said...

Rizal,
You menghargai kebolehan yang ada pada diri Rod. tetapi siapa you?
FAM tak perlukan itu semua!

Anonymous said...

Zulhaidi tu bekas askar berpangkat Kapten dan pernah bertugas di Batu Kentomen.

Pernah mewakili ATM dalam Piala Emas Raja-Raja pada awal 80an.

mempunyai sijil pengadil kelas 3 dan pernah menjadi pengadil di Johor.

Anonymous said...

Zal,
Syarat untuk bekerja dgn FAM tak perlu kepakaran IT.

Apa yang penting, seseorang itu mestilah:-
1. Bekas askar
2. Sanggup berkata 'yes datuk, yes tuan"
3.mengutamakan askar dalam pelantikan
4. pandai bermuka-muka
5. bijak putar belit kenyataan
6. berani tibai AJK pengadil dalam berita harian.
7. ada lagi?

Anonymous said...

ZAMAN GEORGE GOSEPH FAM ADA 11 LIGA (LIGA SUPER, PREMIER, FA, PRESIDEN, BELIA, AKADEMI, FAM CUP, PIALA MALAYSIA, BARDHAN, MCFA, UNILEG). ORANG TUA TU OK JER BUAT KERJA. KALAU ADA SILAP, CUMA TEKNIKAL SAJA.

ZAMAN ROD TAMBAH 2 KEJOHANAN LAGI MENJADI 13 (PIALA KPM BAWAH 14 DAN BAWAH 17). SEPERTI ZAMAN GEORGE TIADA 'DOSA BESAR' YANG BERLAKU.

ZAMAN SEKARANG YANG BARU BERJALAN HANYA 4, (SUPER, PREMIER, PRESIDEN, FA)

MANAKALA BARDHAN DAN UNILEG DISERAHKAN KEPADA FAS UNTUK LANTIK PENGADIL, PIALA KPM DISURUH PULA STATE FA YANG LANTIK, MANAKALA BELIA DAN AKADEMI DAH TAK DE KEJOHANAN DAH.

HANYA 4 KEJOHANAN PUN TAK MAMPU NAK URUSKAN KE? BANYAK DOSA-DOA BESAR TELAH BERLAKU. ORANG MACAM NI KE YANG FAM MAHU?

mat kontrak
bangsar

Anonymous said...

rod,

kau nak kemana pulak?
kau dah tak tahan ke?
teruk sangat ke orang tua tu?
apa taik dia dah buat?

pegawai kat sekretariat tu ada akal ke?

ambil best mc afc ? mc afc jaga apa?

jalan pun dah nak bertongkat pun boleh ambil kerja

Soljer Pencen

Anonymous said...

Orang luar tak paham keadaan sebenar. Semuanya menyalahkan pengadil. Tapi kamu tak tau yang
kami kadang kadang pon pening kepala dengan situasi sekarang.

Saya dah dua tiga kali dipanggil pada saat akhir untuk jadi pengganti kepada pengadil yang tidak hadir (sebenarnya pengadil tu dah declined, tapi boss unit pengadil tak cari penggqanti).

Bila saya sampai ke padang, game dah start. Orang ingat saya yang sengaja lambat. Semacam je dia orang jeling saya.

saya yang 'sedia berkhidmat' ni ditempelak kononnya tidak berdisiplin kerana sengaja datang lambat. macam ni mana adil!

Anonymous said...

SURAT TERBUKA KEPADA FAM

Terlebih dahulu maaf dipinta jika surat ini tidak menyenangkan Dato'.

Seperti yang Dato' sedia maklum, sejak akhir akhir ini Unit Pengadil FAM kerap menjadi bahan kritikan, tidak kira melalui media cetak ataupun dalam blog.

Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi memohon dato' dapat melakukan sesuatu agar kemelut ini dapat menemui noktahnya.

Selaku Setiausaha Agung, sudah pasti Dato' kerap mendengar rungutan demi rungutan ekoran dari kelemahan dalam pentadbiran harian unit pengadil itu.

Tidak perlulah saya mengulangi semula tentang apa yang pernah berlalu sejak 3 bulan ini kerana Dato' sendiri pastinya lebih mengetahuinya berbanding dengan saya.

Cuma harapan saya, bersedialah menerima kenyataan, berfikiran terbuka dan bertindaklah secara waras demi menyelamatkan maruah FAM.

Ikhlas dari,

Syed Muzammil Syed Othman
AMN, PJK

Anonymous said...

INGAT LAGI TAK DULU CHIN ANN PERNAH KATA TIADA KRONISME DALAM UNIT PENGADIL.

SEKARANG YANG BAWAK MASUK ASKAR PENCEN DALAM FAM TU APA TOKEY?

HAIYA TOKEY.... ITU KIRA KRONI JUGA LA TOKEY....

Anonymous said...

mana dia jaguh yang berani cakap di belakang .......


tunjukkan la muka kau orang

Lalang
Tanah Lalang

Anonymous said...

kalau kantoi fitness malaysia cup, boleh buat game pereiden atau fam cup tak?

ini sama la kes kes repri yang kantoi fitness afc tu. dia dianggap gagal sehingga lulus semula test yang seterusnya.

itu pun tak boleh fikir ke?

kuat lari
grik

Anonymous said...

repri mata air,
aku sokong cadangan kau. tapi sanggup ke suma repri boikot liga M?

ke nak gertak je ni?

Anonymous said...

hoi anon 10.17am
kau jangan nak memandai jual temberang kat sini. yang masuk FAm tu bukan kapt zulhaidi la. kau ni main tarok jer. mesti kau ni pun askar sebab kau tiru boss kau buat kerja main hantam saja.
yang masuk FAm tu seorang repri kebangsaan (FAM) yang masih aktif. Dia baru jer baru jer berenti askar.

Si rod belum keluar dari FAM lagi dia dah sanggup masuk FAM. Aku rasa dia ni takde masalah dgn rod sebab zaman rod dia banyak dpt game. rod bagi dia sampai kekelantan, perlis dan terengganu. Tapi tiba-tiba dia sanggup tutup periuk nasik rod.

Orang macam ni boleh buat kawan ke?

langsuir
utan aji, perlis

Anonymous said...

Aku pernah dengar dengan telinga aku sendiri askar yang masuk FAM ganti rod tu kata kat kamaruddin:-
"Tuan, lepas ni boleh la bagi saya banyak game sikit. Saya dan habis service ni.....

Ermmmmm ni la mentaliti askar yang masuk FAM tu. Dari atas sampai bawah, sama jer, muka tak tau malu.....


Pemain gitar bass
serendah

Anonymous said...

kalau aku pun jadi rod, dah lama aku letak jawatan. tak guna kerja kalau situ kalau hati tak happy.
Tengok jer nanti apa kamarudin dgn zulhaidi tu boleh buat?

Anonymous said...

Tuan syed Muzzamil,

kalau tak silap ini dah dua kali tuan syed buat surat terbuka kpd FAM.

Macam ni la senang citer tuan syed...
tuan syed tak payah susah-susah mintak azzudin segera bertindak. Buat jerih jer tuan syed tulis...
Kalau ada ketelusan, dah lama si kamarudin tu kena dah.

Kes buat press statment henmtam AJK pengadil, pengadil datang lambat kerana kesilapan unit pengadil tarok tarikh salah, kes bardhan cup, kes MC singapore tu dah cukup berat dah. TApi apa tindakan azzudin?
Tarakkkkk la tuan syed

Tengku pin
besut

Anonymous said...

Apa nak hairan pasal kantoi fitnes?
Lu orang ingat bagus sgt ke?

Rod pun pernah kantoi fitnes di Holland dalam world cup under 17 kalau tak silap...


penggali kubur
Batang Ai

Anonymous said...

semasa zaman kamaruddin ni jadi repri commitee, ramai askar dapat jadi fifa.

skrg dia jadi ketua unit pengadil pulak. banyak askar-askar yang kenyang....


cc pencen
batu laut

Anonymous said...

shahzan muda pun takde insurans pemain. tapi macam mana boleh terus ambil bahagian?

Anonymous said...

sama-sama la kita tunggu detik-detik kehancuran FAM. hanya masa yang akan menentukannya

Anonymous said...

pemain gitar bass,
betul ke apa yang kau dgr? kalau macam ni parah la...
Orang macam ni pun FAM boleh bawak masuk ke? Dia nak penuhkan kantung sendiri dan bukannya nak bekerja demi menaikkan martabat repri Malaysia.


Pemain dram
Ringlet Cameron Highlands

Anonymous said...

LANGSUEI,

INI LAH MENTALITI ASKAR. TAPI BUKAN SEMUA ASKAR MACAM TU. ADA JUGAK YANG BAGUS.

YANG BUKAS ASKAR PUN ADA YANG PERANGAI MACAM TU. MANUSIA NI BERBAGAI-BAGAI RAGAM DAN PERANGAI.

YANG KIRA NAK PENUHKAN TEMPULOK SENDIRI NI MEMANG RAMAI....


HANTU KOPEK
MUAR

Anonymous said...

teratai layu,

jika kau paham FAM tu mcm mana bagus la... kita tengok je nanti apa nak jadi....

Anonymous said...

penggali kubur,

kes rod kantoi fitness berbeza. Lepas dia kantoi, dia tak buat game dlm malaysia lagi sebab tak layak dah sehingga lulus semula.
kes repri kelantan lawan penang ni boleh pulak buat game selepas kantoi. akai ada ka?


tokey batu nisan
cheras baru

Anonymous said...

repri takut,

aku setuju cadangan kau supaya Chin ann dan AJK pengadil mengadap tuanku presiden. Tapi geng-geng kita pun kena buat sesuatu. Jangan harap orang lain saja untuk mengubah nasib kita.

Kita sendiri perlu berusaha dan bertindak

Ref Pembangkang
Bukit Segantang

Anonymous said...

mat kontrak,

itulah yang dinamakan permata. Rod boleh buat kerja seorang diri ketika ada berbelas-belas pertandingan untuk dilaksanakan.

tetapi regim sekarang baru ada 4 pertandingan, dah huru hara dan macam-macam kes timbul

Kepala Kontrak
Sg. Koyan

Anonymous said...

berita terakhir aku dengar, si zulhaidi tu tak jadi masuk FAM sebab dia rasa dia sendiri tak mampu jalankan tugas.
Entah le....

Anonymous said...

dalam sehari dua ni ada lagi cerita-cerita hot mengenai FAM.
Harap sabar menunggu

Anonymous said...

pembetulan....

BUKANNYA ZULHAIDI tapi...

SUHAIDI BIN SEMAN

BUKANNYA KAPTEN tapi...

PW 11 (UDARA)

apalah kau orang ni.......

selidik dulu baru laa tuliss...

Anonymous said...

catatan bob sg besi:

Bob Sg. Besi said...
Rizal, Khawari dan penulis upahan hangpa,

hangpa menyalak la pagi sampai petang. Buat letih hangpa je. Orang
yang hampa kenen dok lagu tu jugak. Langsung tak goyang.

Lagi satu mai nak habaq kat hangpa, dalam sehari dua ni, mai sorang lagi askar akan masuk FAM dok ganti malaun Rodzali tu.

La ni sapa handal. hang rizal? khawari or hamlau upahan hangpa?
Cuba habaq mai.

February 16, 2009 10:03 PM

Anonymous said...

kalau suhaidi bin seman ni aku kenal sangat la.... dia ni la yang dok mintak game banyak kat kamaruddin tu.....

Anonymous said...

yang aku dengar, kamaruddin akan ambilalih tempat saipudin. si suhaidi ni pulak amek tempat kamarudin sebagai ketua unit pengadil.

jika ada askar lain yang berminat, sila mohon segera.

Anonymous said...

mukhriz dikatakan mendahului senarai kiraan undi ketua pemuda....

Anonymous said...

kalau dulu berani mintak game lebih dari kamaruddin, skrg dia dah ada di situ. senangla kowtim masuk nama sendiri

Anonymous said...

Langkah FAM ambil individu yang tertentu saja sebagai staff kurang manis. Nampak ada ketirisan di situ....

Anonymous said...

DENGAN KABARNYA ORANG BARU YANG MASUK FAM NI PERANGAI DIA EGO SEMACAM DENGAN BOSS DIA. SUKA TENGKING REPRI-REPRI BARU DEPAN ORANG RAMAI. KONONNYA DIA LAH YANG PALING BAGUS.
TU LA PERANGAI SEGELINTIR ASKAR (BUKAN SEMUA)


ref baru
sg. udang

Anonymous said...

Tugas pertama mamat bekas askar tu di FAM ialah membuat jadual lantikan bulan April. Ermmm nampaknya tak de chance le kita...
dia tarok nama sendiri la nampaknya....

Anonymous said...

Hai tukang edit. Betul ke yang nak masuk tu askar angin berpangkat PW2 Udara tu. Lagi lah hancur jabatan pengadil FAM tu. Apa yang dia tau tentang pengadil bolasepak ni. Pengalaman pun buat game piala presiden dan KPM jer. Ni pulak nak susun jadual pengadil liga super. Gilo apo FAM ni kalau amik orang macam tu. Buta kayu ka. Speaking pun berterabur.

Anonymous said...

Ada udang disebalik batu dengan perletakan jawatan saifuddin. Beliau juga dikabarkan tidak sebulu dengan pihak atasan.

Anonymous said...

Selepas ketiadaan sdr rod, apakah unit pengadil dapat berfungsi sebagai badan yang menyelaraskan projek pembangunan pengadil. Jangan salahkan sesiapa jika pengadil FAM terus bercelaru pada masa-masa yang mendatang.

Anonymous said...

FAM lebih mengutamakan rakan-rakan taulan daripada memikirkan kelebihan dan kepakaran yang ada pada seseorang.

Itulah FAM abad ini!

Anonymous said...

Jika sudah diketahui ada repri yang gagal fitnes test, mengapa tiada sapa yang memaklumkan hal ini kepada kamaruddin. Atau sudah dimaklumkan tetapi kamaruddin tak ambil pot atau juga tiada sapa yang berani nak bagi tau kamaruddin kerana sifat kamaruddin yang tak mahu mendengar pendapat org lain itu?

Anonymous said...

Semua pengadil termasuk JK Pengadil, MC dan RA hanya mempunyai dua pilihan:-

1. berdiam diri dan terima saja apa yang berlaku tanpa banyak songeh.

2. Boikot Liga M sehingga pentadbiran FAM diubah. Jika tidak, tindakan memboikot akan terus dijalankan.

Pilih la yang mana satu. tepuk dada tanya selera

Anonymous said...

ref muda,tapi sudah lama mya,

Saya rasa lah Fam skerang ini sedang mengalami satu kerugian besar, selepas komiti otai yang hebat hebat bersara, kehilangan saudara Nazri,sekarang pulak cikgu rodzali letak jawatan saya berpendapat kita sudah jauh menyimpang dari referee dept yang ada class.Perlantikan perlulah lebih open jangan perkauman itu merugikan, walaupun saya bukan melayu referee dept dulu bukan melayu saya rasa susah sangat nak bodek pun hanya prestasi yang boleh membantu saya,sekarang kenapa banyak masalah bukan kah otai oatai yg hebat dulu dah tinggalkan pengalaman untuk yg baru gunakan hasil kerja bagus mereka.ingatlah masa depan kita bukan ikut perkauman ye,ikut prestasi jadi saya syorkan supaya panggil balik semua otai otai komiti dan mula semula kita boleh nampak hasilnya siapa boleh lupa sumbangan dato george, dr subra,pak mail,steven johor, othman melaka,kathiravale k.l.refere dept dulu nampaknya high class, sekarang low class.ketepikan hal perkauman berkerjalah dengan jujur tuhan sudah tentu bantu kita mencapai kegemilangan dulu......sekian

Anonymous said...

Jangan susah hati

Korang sume tada keyakinan kepada askar kite.
Mereka boleh buat punya. Dulu pun masa bencana JE, askar kite yang selesaikan dan habiskan peluru basi utk selmatkan negara dari wabak yg di bawak 'ba alif ba ya'

Saya pasti, askar-askar boleh buat kerje menghadapi krisis ini.Banyak lagi peluru basi. Tembak aje le.

Rod tu, jgn risau, dia boleh bawak teksi, boleh ajar tiusyen, ataupun sesak-sesak boleh join syarikat Yaya Putih, atau Loo Wai Kong ataupun roslan Mansor dan lain-lain syarikat yang sewaktu dengannya. Boleh gak carik makan. Tak payah harap kat FAM.
Kejab lagi ramai orang politik pun akan join askar2 dalam FAM. Lepas tu boleh lah ramai2 makan besar.
Saya cadangkan Dato Azalina sebagai Naib Presiden. Mungkin dia buat pusat latihan bola sepak M'sia kat Brazil.

Komiti semua askar

Pengerusi: Capt Halim
N. Pengerusi : Jaflus
Setiausaha: Badrul
AJK : Saminathan
: Mejar Ibrahim Radat
: Marsid
: Suki
: Yusop Parang
: Nadarajan
HOD : Kol Kamarudin
Peon : Suhaidi Saman
Drebar : Syed Azhar
Jaga : Mat Jan

Baru best FAM, mesti mantap punya. Orang2 seperti Rod dan Komiti yang kononya bagus tu boleh BLAH.

COMBAT
Sg Udang

Anonymous said...

Rod dah blah. Kau orang semua busy body apa pasal?

Kau orang dapat komisen ke?

Mana orang-orang kuat rod, tunjukkan lah muka kau orang tu...........

Takut ke.........

Lai Boon Tat
Genting Highland

Anonymous said...

ref muda,

adakah masalah yang anda sebutkan berpunca drp komiti yang sedia ada atau sebab-sebab lain?

jika ianya berpunca dari komiti muda yang ada skrg, saya sokong supaya komiti lama yang average obove 65 tu kita bawak masuk semula melalui proses kitar semula.

cakap pasal kitar semula, ketua jabatan pengadil pun dihasilkan dari kitar semula. Jadi tak salah komitinya pun jenis kitar semula punya.

Bahkan MC mc pun ramai yang cop kitar semula punya.


geng komiti lama
JENGKA 17

Anonymous said...

ref muda bukan melayu,

You kena terang dan kasi siki jelas la. Apa lu punya pandapatan yang sebenar?

Ini problem lepri sapa kasi bikin problem? itu lama punya komiti sudah dikat 20 tahun sana service lu tau ka? kasi org muda bikin kerja pulak la.

Lu punya hati punya dalam, seropa lu punya parti la. Lagi mau itu Sa** Ve***. Lu tengok UMNO, Gerakan, MCA la macha... suma mau muda punya orang jugak. கடந்த பெப்ரவரி 20 ஆம் தேதி kamaruddin kaki pancong நாடாளுமன்றத்தில் மூத்த நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் rodzali yaakub கர்பால் சிங் அம்னோ இளைஞர்களால்?
cit!

S. Maniam
Tronoh

Anonymous said...

SDR REF BARU BUKAN MELAYU,

Masalah ni timbul selepas kamaruddin ambil alih jawatan ketua unit pengadil. Dia tak boleh kerjasama dengan rod sebab dia kata bulih buat sendiri.

pada masa rod lu ada nampak ini problem ka? Zaman rod gua ada bikin super , skrg dia kasi gua presiden cup saja....



G. Mutthu
Estet Sungkai

Anonymous said...

Dey macha lepri baru,

FAM kamaruddin அம்னோ இளைஞர்களை “செலாகா” என்று கூறியதை கர்பால் திரும்பப்பெற வேண்டும் என்பதோடு மன்னிப்பும் கேட்க வேண்டும் என்று அக்கூட்டத்தினர் கோரினர். Refree comittee otai கேட்க வேண்டும் என்று அக்கூட்டத்தினர் கோரினர்?

LU siki pakei wotak siki la mcha...


Ramesh
Penang

Anonymous said...

Dey macha ref baru baru,

Lu kasi tau skrg byk problem...
Ini problem apa punca?

Lu mau panggil mari otai-otai lama betul? Lu kata skrg banyak racist punya lantikan betul?
Lu tau ka sapa itu bikin itu roster punya?


S. Samy
Puchong

Anonymous said...

Jika ada invididu yang terang-terang nak buat kacau dan huru hara, inilah hasilnya....
Semua orang susah dibuatnya. Dia saja yang betul.

Anonymous said...

Kamaruddin, othman omar, mael yakop, maniam, steven DLL tu dah diberi peluang duduk di kerusi AJK pengadil berbelas-belas tahun. Bagi la peluang kepada muka-muka baru. Zaman kita dah berakhir. Biarkan budak-budak tu tentukan halatuju mereka dengan idea-idea baru.

Zaman kita dengan mereka skrg dah jauh berubah.


Bekas ref otai
Kuantan

Anonymous said...

beberapa hari sebelum masuk FAM, si kamaruddin ni dah ada niat tak baik. Seorang ref pernah dengar dia kata lebih kurang macam ni " aku masuk FAM nanti pandai la aku nak AJAR komiti ni"...

Kalau dari awal dah pasang niat nak buat huru hara dan berkonfrontasi dengan komiti, susah le... Hasilnya yang jadi mangsa kami repri suma.

Repri berkecuali
padang tembak

Anonymous said...

Perwakilan UMNO sudah memberi pentunjuk kepada FAM bahawa mereka memerlukan kepimpinan baru yang lebih muda, berwawasan dan dinamik.

Anonymous said...

FAm tak nampak ke lebih 74 peratus mahukan supaya lakukan perubahan terhadap unit pengadil?

Tapi nampaknya bukan nak ubah, dia panggil lagi bekas askar masuk ganti rod.
hancur la FAm ni nanti.

Anonymous said...

Lai Boon Tat,

rodzali vs kamaruddin 他击败两名势均力敌的对手,即前雪兰莪州务大臣基尔以及前首相马哈迪的幼子慕克里兹。随着这次的脱颖而出?

Anonymous said...

minta maaf semua,
aku maals dan berkias-kias dan berlapik lapik. Nanti enkorang tak paham...

FAm ni perlukan tranformasi dari atas sampai ke bawah. Perlu berani buat perubahan.

Kalau mutu bolasepak Malaysia teruk, kualiti pengadil juga akan terjejas. Kalau dapat game yang main macam budak sekolah rendah, macam mana nak perform?

SU Agung dan kamaruddin perlu diganti dengan mereka yang betul-betul komited dan berpengetahuan dalam selok belok pengurusan sukan.

Drebar feri
tioman

Anonymous said...

AKU RASA LAH, MASALAH KITA NI TAK KAN SELESAI SELAGI INDIVIDU TERTENTU MASIH ADA DI FAM.

KITA PERLU BERANI MENGADAKAN PERUBAHAN MACAM YANG UMNO BUAT HARI NI....YANG TUA BUKAN KITA BUANG TERUS, TAPI KITA BAGI PELUANG HAT MUDA PULAK....

bekas ahli semangat 46
gua musang

Anonymous said...

buat apa kita nak panggil otai otai lama tu masuk balik? kan ke depa dah dibagi peluang sebelum ini? apa yang dia orang buat untuk kita?

Yg jadi ketua kita skrg pun bekas otai lama... pun kita bising jugak tak puas hati itu dan ini.

abih camno?


ref kidal
sg penchala

Anonymous said...

aku sokong bekas ref otai... bagi la peluang budak-budak muda pulak. Tak kan dah berbelas tahun masih nak duduk situ.
yang dok kerje kat office FAm tu pun satu... ukur la baju di badan sendiri...aku yang belum masuk 50 ni pun dah malas nak pi kerje kat opis aku. Aku masuk jer 55, aku terus nak pencen...
Bila dah berumur mcm ni, produktiviti menurun. itu tak sapa boleh nafikan...kita kena ukur kebolehan dan keupayaan kita. jika tidak, rosak organisasi kita

peon tua
jasin

Anonymous said...

combat,
eh roslan mansor tu masih buat game masyuuukk ke? bukan ke dia dah jadi mc skrg?

Macam mana fam boleh lantik ketua geng masyuk jadi mc? rosak betul fam ni....

Anonymous said...

FAM perlu serius & harus melakukan penjenamaan semula, dan sasaran mereka bukan sahaja menyegarkan kembali semangat para pengadil tetapi juga menjadikan ia menarik untuk diikuti kepada semua pencinta bolasepak Malaysia.


Putera Sejati
Putrajaya

Anonymous said...

KJ dan Shahrizat menang mudah.

Aku bukan penyokong KJ sebab aku bukan ahli mana-mana parti politik. Tetapi pemilihan KJ aku rasa memang sesuai kerana UMNO perlukan tenaga yang lebih muda.

Mesej daripada keputusan itu, FAM juga perlu berani mengadakan perubahan. Pentadbir yang lebih muda dan mempunyai idea yang lebih bernas mungkin dapat mengubah senario bolasepak negara.

Ketua-Ketua unit di FAM juga perlukan pembersihan segera terutama unit pengadil yang aku rasa yang sudah layak disuruh pergi.

pengundi pos
Terendak

Anonymous said...

Pucuk pimpinan FAM perlu menyedari tanpa sokongan pengadil-pengadil muda muda yang bakal mengibar jalur gemilang di Piala Dunia, impian itu bakal berkubur seadainya silap percaturan.

Anonymous said...

ref baru bukan melayu,

Lu kata ada perkauman di FAM?

kasim kadir bacha, naim nair, krishnan, selvarajoo ரோஸ்னா அப்துல் ரஷிட் ஷிருன், ஐந்து வேட்பாளர்களை தோற்கடித்து, புத்ரி அம்னோ தலைவியாகியுள்ளார்.

அவருக்கு மொத்தம் 245 வாக்குகள் கிடைத்தன.

துணைத் தலைவியாக ஷகானிம் முகமட் யூசோப் தேர்ந்தெடுக்கப்பட்டார். அவர் பெற்ற வாக்குகள் 355?


kugan
Sg. Siput

Anonymous said...

Kepakaran dan pengalaman yang ada pada pegawai-pegawai FAM sebelum ini tidak digunapakai kerana badan induk itu lebih mementingkan kronisme berbanding kualiti kerja

Anonymous said...

FAM tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan lama yang hanya mementingkan agenda peribadi


Mereka mempercayai bahawa FAM boleh dijadikan batu loncatan Umno untuk mencapai cita-cita masing-masing

FAM berpandangan bahawa mereka boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu



Kumpulan Pendesak
Bukit Serindit

Anonymous said...

Combat,

Aku bangkang barisan commitee yang kau cadangkan. Chairman yang kau sebut tu, tak layak jadi chairman sebab dalam poket dia memanjang ada ubat kuat (vigra warna hijau).

Deputy Chairman pun aku tak setuju sebab dia selalu bawak bini masa game. Aku nak tukar spendar pun segan

HOD kena tukar. Aku tak setuju. Dia ni ego sangat. Tak mau dgr cakap orang.

Yang drebar, peon, jaga tu ok la kot... boleh terima.


Sarjan Saunders
Bollywod

Anonymous said...

blog pengadilfam tidak diupdate kerana mendapat larangan dari org ego tu. Kalau ada cara yang lebih mudah dan cepat untuk sampaikan info, mengapa tidak gunakan kemudahan itu?

Itulah yang dinamakan bodo sombong...

Anonymous said...

Firman Allah SWT: Wahai orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. As-Saff: 2-3.

Anonymous said...

BERITA TERBARU AKU DENGAR, PERLETAKAN JAWATAN CIKGU RODZALI MERUPAKAN SATU KEJAYAAN BESAR KEPADA KAMARUDDIN. INI LAH YANG DITUNGGU-TUNGGU.

KONSPIRASI SETERUSNYA IALAH MEMASTIKAN SUPAYA SEMUA KOMITI IKUT JEJAK LANGKAH ROD. LA NI GERAKAN BAWAH TANAH SEDANG HEBAT DILAKUKAN UNTUK MEMAKSA KOMITI LETAK JAWATAN.

KPD KOMITI, JGN MELATAH DENGAN TEKANAN ITU. JIKA ANDA SEMUA LETAK JAWATAN, SI KAMARUDDIN NI AKAN TEPUK TANGAN. MAKA MUDAH LA DIA BERMAHARAJA LELA KELAK.


ref hot
Tamparuli

Anonymous said...

Apa punya mengarut jadual April ni? repri dari negeri sama buat game negeri sendiri? gilo apo FAM ni?

Anonymous said...

AKU PUN HAIRAN. MACAM MANA ORG YANG SAMA BOLEH PERGI NEGERI YANG SAMA 2-3 KALI SEBULAN Dalam tempoh masa yang dekat PULAK TU. COPY AND PASTE LA TU.....



repri hanya layak presiden cup
Tempat Rahsia

Anonymous said...

semakin melalut-lalut nampaknya dah ni. Please la Azzudin, tegur-tegur la sikit kamarudin tu....
nanti game rosak, orang akan salahkan FAM juga....

Anonymous said...

puak-puak askar masih mendominan pelantikan bulan april. kroni lagi.....yang gagal fitnes masih dibagi game....

Anonymous said...

jadual presiden cup ada dua orang mamat selangor dilantik jadi ref game proton. satu lagi game PKNS.

Cuai betul kamaruddin ni.

Anonymous said...

Apa nak diherankan, pengadil pineng pun ada buat (repri) pineng main presiden cup


FAM boleh!

Anonymous said...

ADA PULAK TU HARI NI GAME KAT KL, ESOK GAME KAT JOHOR.DAH SASAU LE TU.....

Anonymous said...

Kepada penyokong-penyokong sabah,

Sila berhati-hati ketika anda menonton perlawanan Sabah - Johor pada 13 APril 2009 kerana ada semua akan digempur oleh 3 orang askar dari Semenanjung.

harap maklum

Mr. T said...

FAM atau lebih tepat si Kamaruddin ni dah tak betul ni...macam sewel je.

banyak yang tak kena jadual April 2009. Ada Ref dari negeri sama buat game yang libatkan negerinya sendiri.

Ada yang malam ni buat game kat premier di KL, malam esok buat Super di Perak pula. Ni Apa cerita ni?

Bab kroni pula jangan ceritalah.. Tiga askar pi serentak ke Sabah.

Yang pasti, aku langsung tiada game bulan ni....

calon FIFA 2012 said...

TAHUN 2010 ada 3 kekosongan pengadil dan 4 penolong pengadil FIFA yang perlu diisi oleh FAM.

Pada tahun ini, tiada seorang pun pengadil yang dicalonan sebagai pengadil baru FIFA.

Sepatutnya FAM telah mula mencuba pengadil-pengadil yang berpontensi supaya diberi tugas yang lebih mencabar dalam persediaan untuk dilantik sebagai calon FIFA.

Mereka ini juga sepatutnya dinilai dan dibimbing oleh MC yang lebih berpengalaman. Bukan setakat jenis mc yang 'janji ada MC' saja.

Penglibatan AJK pengadil juga seharusnya tidak dilupakan oleh Kamaruddin kerana akhirnya, yang membuat keputusan sama ada seseorang itu layak dicalonkan adalah AJK pengadil sendiri.

Sekiranya AJK pengadil tidak pernah 'melihat atau menilai' seseorang itu, bagaimana mereka boleh memperakukan pencalonan tersebut.

tapi tak tau la zaman kamaruddin ni, mungkin beliau boleh 'overule' AJK dan gunakan kuasa vetonya dengan izin SU Agung.

Calon FIFA 2012
Shah Alam

Dinding said...

fam ke ? msl ke? atau rtm ke yang banggang sangat?

siarkan perlawanan siaran langsung dengan stadium kosong?

ituu lah bola sepak malaysia

cencurut
Dinding

Anonymous said...

ref selangor,

saminathan tu kerja sungguh sungguh,jujur. masalahnya bukan perlantikan pilih kasih atau kroni tapi melantik orang yg tak layak.siapa boleh memperkecilkan kewibawaan saminathan selaku staff fam ataupun referee.

Anonymous said...

ref muda, tapi ref lama,

saya tidak menyarankan semua komiti otai perlu dipanggil semula, saya hanya nak tahu kenapa zaman george (bukan melayu) komiti (majoriti melayu) dapat membawa referee unit ketahap tinggi dimana tak pernah sesiapapun dengan terbuka mengkritik macam sekarang ni,zaman merekalah saudara nazri pergi ke olimpik,selearajan no 1 malaysia/asia. halim pergi ke france 98,renjer terengganu pergi ke korea japan,subkhiddin dilahirkan pd zaman mereka, hah sekarang nampak tak dengan jelas komiti sekarang ni apa standard, hod apa standard, come on la bro bro sekalian pijaklah di bumi nyata, tuhan tengah perhatikan kita, barang sesiapa main kroni, menyalah guna kuasa dan amanah yg diberi tunggulah kamu kamu ni bakal bakal disembahyangkan dengan secepat mungkin.........

Anonymous said...

apalah standard suhaidi semang tu nak jadi staff kat referee dept, apalah jadi ngan Fam ni hoi,berucap lah banyak banyak...kalau lantik jalil boleh lah dia sengeh sengeh selalu dengan dibantu kroninya wan tarmizi ok la tu...

Anonymous said...

apalah standard suhaidi semang tu nak jadi staff kat referee dept, apalah jadi ngan Fam ni hoi,berucap lah banyak banyak...kalau lantik jalil boleh lah dia sengeh sengeh selalu dengan dibantu kroninya wan tarmizi ok la tu...

Anonymous said...

Daripada lantik jalil, baik lantik nagor. Biar dia suma berencik-encik dengan MC tu. hahahahahah

otai pertengahan said...

Aku langsung tak respect otai lama tu. Tak telus,utamakan kroni, materialistik, opportunis dan pandai bermuka-muka.

Contohnya, otai sg besi. Kerja dia takde lain....kalau dgn orang lain, kerja dia asyik nak pancung ref je kerja dia. Tak percaya, pi try cuba tanya manjit, kamaruddin mohamed dan lain-lain.

Kalau dengan mat zuhairi perak (sebab dapat jam) , rashdi (dapat kropok lekor) dan puak-puak askar, suma dapat 8 ke atas walaupun game mcm cila** jer.

Otai PJ lain macam pulak. Siap kata nak game sebab nak siapkan pagar rumah baru. Benda-benda mcm ni buat apa cerita ka ref? Malu la sikit.... Skrg ni dinding pun boleh bercakap.

Otai Melaka pulak, tiap-tiap tahun cakap tahun ni tahun last jadi MC. Zaman Chin Aun jadi chairman, siap minta kat Chin Aun setahun lagi .... skrg dah brp kali tukar chairman? ada lagi muka tu....

Lepas tu bila tak dapat game jauh-jauh, mula la pakai handfon bini hantar 'sms layang'. Apa jenis org ni?

Nak apa lagi ni? Dah tua tu buat cara orang tua. Larat lagi ke nak jalan jauh-jauh? Kalau asek menenggek kereta ref boleh la kot....
Ishhhh tak paham la aku...

Otai Johor, memanjang nak game KL sebab ada anak di Kl. Sambil menyelam minum air...

Otai homoepati pulak selalu guna taktik murahan. Kononnya tolong orang itu... tolong orang ini masa meeting AJK. Tapi kenyataannya, masa meeting buka mulut pun haram.....
Yang dia pandai, main cuit-cuit kaki suruh member sebelah cakap. Hat tu bagi kat dia la...

Ini lah kelebihan otai-otai lama yang korang agung-agungkan itu.

Yang otai baru pulak, sikit-sikit merajuk... sikit-sikit merajuk. Macam bebudak...

Aku dpt tau jadual Mac lepas ada otai baru yang langsung takde game. Merajuk la tu....

Bulan April ni pun, dia orang bagi tau ada otai baru yang takde game. Pun mesti merajuk punya tu...

Tak paham la aku dengan enkorang suma ni. Sebab tu la aku gantung wisel awal-awal lagi. Menyampah aku dengan perangai engkorang suma....


Otai pertengahan
bukit selambau

Anonymous said...

Apakah zaman kritik mengkritik secara terbuka ni berpunca dari masalah yang ditimbulkan oleh kamaruddin atau komiti baru?

Anonymous said...

ref muda tapi lama,

macam mana dengan perlantikan pengadil jantung berlubang kat selangor tu, dia dahlah jantung problem ada lubang, ref jantung ok pong boleh kantoi fitness, ini plak referee karburetor berlubang macam na dia boleh buak game, ini undang maut ni, tolong confirm ini hal bro bro sekalian......

cikgu PJ said...

Aku difahamkan kemelut yang melanda unit pengadil tu berpunca dari sikap tidak profesional si kamaruddin tu. Dia agak cuai buat kerja. Nak salahkan dia 100% pun tak adil.... dia bukannya ada pengalaman buat kerja-kerja pentadbiran ni. Jadi salah sapa?

Komiti baru pada aku tak de masalah. Dia orang cuma berpegang kepada apa yang termaktub dalam perlembagaan dan apa yang diputuskan oleh mesyuarat JK Pengadil.

KAlau kamaruddin buat kerja ikut suka hati dia je tanpa mengambilkira peraturan yang ditetapkan, maka inilah jadinya.


Cikgu PJ

Anonymous said...

sapa pulak ref jantung berlubang? Yang aku tau ref poket berlubang tu adala.....

ref hot said...

hantar draf cadangan tu hanya untuk kepentingan kamaruddin tu jer. Kalau kita tak boleh buat game pada tarikh yang dia bagi, then kita bagi tau dia, dia bukannya ganti tarikh lain. dia potong terus. So apa makna semua ni?

Dah le tu jer satu-satunya game yang kita dapat, lepas tu dia tak ganti pulak.

Aku betul-betul tak puas hati cara jadual ni dibuat. Ada yang banyak dapat game, ada yang hanya jadi standby jer dalam sebulan. Apa kejadahnya ni?


ref hot
Batang Ai

Anonymous said...

Dulu jika ada MC tak dtg seminar, dia orang tak akan didaftarkan pada tahun tersebut. Tapi sekarang lain.... disebabkan ada bekas-bekas askar yang tak datang, maka dia orang diambil juga. Ni undang-undang rimba ni...

Anonymous said...

jangan terpedaya dengan tipu muslihat kamaruddin yang tak bagi game kat basith bulan ni... mamak tu kerja out station. tu sebab tak de nama dia. yg game presiden tu, cuma gula-gula nak cover jer. Dia akan gantikan dgn org lain nanti sebab mamak tu takde kat Malaysia. harap maklum.

Anonymous said...

Due the loss of experience of the late nazri, cikgu rodzali and master saifuddin ...FAM must be advised to move quickly and appoint a new asst gen sec AND modify AND renovate the referees committee / department. This should be no problem as the Head of Referees Dept is not confirmed yet.

Malaysia's FIFA ranking will continue to drop as this referee's war rages on.

All this will lead to tragedies like Heysel, Hillsborough and the latest one in the Ivory Coast.



For the Game. For the World.

Anonymous said...

Apala si kamaruddin ni, ada ke dia tarok hasim suib jadi ref presiden Kl lawan pkns. Bukan ke mamat tu ref KL? Apara....

Dan tu sarawak lawan NS pada 30.4.09 langsung takde nama ref. Eeeeiiii macam ni punya orang pun Azzudin panggil masuk FAM....

Anonymous said...

DUA TUAN SYED HANYA LAYAK BUAT PRESIDEN KE? BEKAS FIFA PUN LAYAK PRESIDEN KE?

Anonymous said...

kakakakakakaak syed azhar buat game johor lawan KL. syed tu tef Kl la mangkokkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

MEMANG MENGARUT LA JADUAL APRIL NI............

PUAK PUAK ASKAR TIGA EKOR SEKALIGUS PI SABAH. TAKDE ORANG LAIN KE?

man laksa said...

ZAINAL MUKRI TU APA KELAS NAK NILAI REF? MCM MANA BOLEH JADI MC NI? DIA AKTIF KE KAT KL? HARAP BUAT GAME MASYUUK DGN ZAINAL KHAIRAN BOLEH LA HARAP....



man
sg besi

Anonymous said...

tak payah komen la pasal hasil kerja si kamaruddin ni. jenis tak boleh ditegur...bodo sombong....

Penolong Kanan said...

FAM tidak pandai menghargai dan menilai siapa yang boleh buat kerja. YAng FAm tahu cuma mengutamakan bekas-bekas askar. itu saja. Lain tarak...

Cuba tengok Amir Wong, FAM tak pandang langsung dia ni. Tapi orang luar hargai dan sekarang bertugas sebagai Pengarah Pembangunan Pengadil Maldives.

Cikgu Rodzali pulak ditekan dengan segala bentuk perang psikologi supaya beliau angkat angkat kaki dari FAM.

Benih yang baik tak kira di mana kita campak... dia akan tetap tumbuh...
Sekarang cikgu rod dah berkhidmat dengan FIFA sebagai Technical Instructor. Kalau dia jenis macai dan kokak sangat, tak kan FIFA nak amek dia. Fikir sikit la FAM....

Penolong Kanan
Beserah

penyokong perlis said...

SUMBER-SUMBER YANG TAK RASMI MENGATAKAN, KM NZA AKAN BUAT BATAHAN RASMI KEPADA FAM SEBAB PENGADIL YANG ADILI KM NAZA LAWAN PERLIS MALAM TADI IALAH PENGADIL YANG TAK SAH TARAF KERANA BARU GAGAL FITNES TEST. SAPA BOLEH SAHKAN?


penyokong perlis
Beseri

ref fit said...

macam mana FAM boleh lantik ref yang gagal fitnes? Kalau kamaruddin tu dungu sangat nak paham, aku terangkan satu persatu...

Tak payah sentuh pasal peraturan la.... Kita cakap pasal logik cukup Fitnes test diadakan untuk menguji tahap kecergasan seseorang pengadil.

KAlau dah kantoi fitnes, INI BERMAKNA DIA TAK FIT. KALAU TAK FIT, DIA TAK LAYAK JADI REF....
Jelas tak?

mACAM MANA BENDA MUDAH MACAM NI PUN KAMARUDDIN TAK BOLEH FIKIR. BOLEH KE REF YANG TAK FIT JADI PENGADIL? AKAI TARAK...


ref fit
bukit gantang

Anonymous said...

keputusan KM Naza lwm Perlis malam tadi akan dibatalkan oleh FAM kerana reprinya adalah repri yang tak sah. Jadi angan-angan perlis untuk berada di tahta Liga Super akan berkubur....

ref cukup makan said...

Ref fit, di zaman regim FAM(Football Association of Militery) ni, sumanya boleh. Hang toksah kalut-kalut. Mak bapak je yang depa tak boleh buat. Yang lain suma depa boleh buat punya...

Aku setuju la dengan pendapat hang yang fitness tu untuk mengukur tahap kecergasan repri. Kalau dia lulus bermakna dia fit boleh buat game. Tapi kalau kantoi, bermakna dia tak fit dan tak layak jadi repri mana-mana game.

Tapi FAM abad ini tak kira latest punya result... yang dia kira yang zaman jepun punya.

ref cukup makan
Ipoh Barat

lanang sejagat said...

KATAKAN LA KAN... SESEORANG REPRI TU KANTOI FITNESS MALAYSIA CUP.
JADI DIA TAK LAYAK BUAT MALAYSIA CUP BUKAN?.

TAPI BOLEH KE DIA BUAT LOWER PUNYA LEAGUE SEPERTI FAM CUP DAN PRESIDEN SAJA? PUN TIDAK LAYAK BUKAN?

INI SAMA LA KES REPRI YANG KANTOI AFC PUNYA TEST TU... WALAUPUN PASS FITNESS FAM BULAN 12 DULU, TAPI KENA AMBILKIRA YANG LATEST PUNYA (AFC TEST BULAN 3)SEBAB KAYU PENGUKUR KECERGASAN SESEORANG REPRI TU ADALAH DIKIRA YANG CURRENT PUNYA PRESTASI.

MORAL KEPADA CERITA INI, BILA DAH KANTOI, DIA TAK FIT LAGI. TU SEBAB ADA PERATURAN YANG MENGHARAMKAN SAPA-SAPA YANG KANTOI DRP BUAT GAME SETERUSNYA SEBAB DIA DAH CONFIRM TAK FIT.

FIKIR-FIKIRLAH WAHAI FAM


lanang sejagat
kulim

Peon(B) said...

FAM memang tak perlukan seseorang yang mempunyai kepakaran macam rod. Yang FAM utamakan ialah seseorang itu mestilah ada nama dalam kurungan huruf B. Alaaaa yang macam ni la (B)...

rajoo said...

aku difahamkan semua salahlaku yang dijelmakan oleh kamaruddin ni akan didiamkan begitu saja oleh pihak atasan. Komiti repri pun aku dengar malas nak amek pot dah.

Jadi kita kena la pandai-pandai bawak diri dan cari jalan macam mana nak hidop.

rajoo
permatang pauh

Anonymous said...

hahahahah nak tergelak tengok syed azhar dgn syed botak melaka hanya layak buat game presiden. syawal nasib baik last minit dpt ganti buat premier. kalau tak 2x5 la...

Anonymous said...

TAK GUNA KITA BISING-BISING PASAL LANTIKAN NI. SELAGI FAM TU MACAM NI, SELAGI TU KITA KENA ADAP APA YANG BERLAKU NI

Anonymous said...

FAM kena peka dengan rungutan dan pandangan semua pihak. Jangan anggap diri tu saja betul. Orang lain semua tak betul

Benard said...

BILA AGAKNYA ORANG-RANG SABAH DAN SARAWAK NAK DIBERI PELUANG UNTUK MENGADILI PERLAWANAN-PERLAWANAN UTAMA LIGA M? TAK KAN ORANG SEMENANJUNG SAJA BAH?


Benard
Tamparuli