Alahai, kasihan penyokong yang datang Stadium Nasional...frust bila Taiwan curi satu gol...
Pengajaran buat team Malaysia - jangan leka bila leading.
Ke Taiwan, yang penting dengar cakap jurulatih...tentu selamat. Tapi coach pun janganlah bubuh Amirulhadi main defence...terkejut orang!!! Tahulah Amirulhadi, S. Kunanlan, Ahmad Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar serba boleh, boleh main kiri dan kanan...tapi hendak bubuh diaorang main defence?
Apapun, tahniah Malaysia dan coach Datuk K Rajagobal. Nice goals daripada Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Radzak.
Posting asal
Rekod tanpa kalah anak didik Datuk K. Rajagobal akan berterusan malam ini. Taiwan harus jadi mangsa ratahan Safiq Rahim dan rakan-rakan.
Corak permainan offensive jadi taruhan Rajagobal. Lebih tiga gol dicatat pada wisel penamat bukan mustahil.
Perhatikan posisi bek kanan, sama ada Mahalli Jasuli atau Helmi Remeli, kedua-duanya akan switch position dengan Amirulhadi Zainal untuk attack penjuru kanan.
Kecederaan Khairul Fahmi Che Mat tidak harus timbulkan masalah kerana Sharbinee Allawee Ramli pun reliable.
S. Kunanlan, Amirulhadi dan Safee Sali dijangka start buru gol awal. Jika Norshahrul Idlan Talaha belum cukup cergas, ada ruang buat Baddrol Bakhtiar atau Ahmad Fakri Saarani bermain di belakang Safee, manakala Abdul Hadi Yahaya sebagai pengganti straight swap buat Safee. Yang penting defence kena protect Sharbinee dan awasi pergerakan Chang Han dan Chen Po Lian.
Chang Han (kanan)
Po Lian
Ikut sejarah, Malaysia pernah kalahkan Taiwan 3-0 di Kuala Lumpur tapi tewas 3-2 di Bangkok pada pra-Piala Asia 2000 bawah teraju Abdul Rahman Ibrahim. Zaman tu Rusdi Suparman, Mohd Noor Derus, Zami Mohd Noor, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Sany Fahmi, B. Rajanikandh dan Bahtiar Osman jadi tonggak.
Pada pra-Piala Dunia 1997 bawah Wan Jamak Hassan, Malaysia menang 2-0 di Kuala Lumpur tapi seri tanpa jaringan di Jeddah. Itu jam Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Nazri Yunos, Khairul Azman Mohamed, Rizal Sukiman dan Rajanikandh bentuk teras pasukan. Sedap team tu...M. Chandran pulak macam Amirulhadi/S. Chanthuru sekarang...attack flank kanan...
Zaman Soh Chin Aun, Syed Ahmad Abu Bakar, Wong Choon Wah dan Dell Akbar Khan serta flanker Looi Loon Teck, Malaysia menang 3-0 waktu pra-Olimpik di Seoul 1971...detik manis buat Syed Ahmad...
11 comments:
Diharapkan pemain kita tidak leka serta memandang rendah keupayaan pasukan Taiwan yang dibarisi pemain kurang berpengalaman. Tunjukkan semangat berjuang habis-habisan untuk mencari bekalan selesa sebelum kita bertandang ke gelanggang lawan.
saya pun yakin juga. based on FIFA ranking, Malaysia jauh lebih baik dari pihak lawan.
wwaaahhhhh...rasanya ni 1st time bro Rizal beri post yang confident tahap 110%..see u @ National Stadium.
http://simple-mzs.blogspot.com/
Rasanya malaysia boleh menang.. striker Malaysia sekarang pun finished dah semakin powe..
P/s Saudara Rizal saya ada baca Satu Artikel ni di internet iaitu satu pasukan hoki sekolah agama dari perlis telah dibanned dari bermain dalam Liga junior Hoki malaysia kerana tidak mahu berlawan hoki dengan pasukan wanita..
Macam tak adil pulak..Kesian kat diorang..macam mana liga hoki ni boleh campur team lelaki dan perempum..Team perempuan ni xdak liga sendiri ke..
kalau tengok prestasi dalam Liga tahun 2010 sekolah Hoki dari perlis ni ok jugak
sumber
Saya harap saudara Rizal Hashim dapat bawa perkara ini ketengah atau pihak yang berkenaan..Saudara Rizal Hashim kan berani dedah isu-isu..hehe.. Saya tengok haritu dalam Dengan Izin,,Macam-macam Saudara Tanya..
Berita Asal The Star
KUALA LUMPUR: Matri of Perlis have been slapped with a suspension and fine for failing to turn up for a Malaysian Junior Hockey League (MJHL) Division Two Group A match against Bandar Penawar Sports School-Women High Performance Centre (BPSS-WHPC) at Taman Daya Stadium in Johor Baru on April 24.
The Malaysian Hockey Federation (MHF) assistant secretary, Hashim Mohd Yusoff, who chaired the technical committee meeting yesterday, said that the reason given by the school side for their absence was not acceptable.
The team manager, Shaari Awang, had said that the school principal did not allow them to travel to Johor Baru to play the match.
“We view the matter seriously and have decided to ban them from playing in the Under-19 league for one season. They will also be fined RM500,” said Hisham.
“Matri had two matches to play in the group and all the results of their matches played have been declared null and void.”
The MJHL league competitions in both Division One and Two will be completed this weekend. UniKL have already been crowned Division One champions.
BRO - harap kita punya team akan perform utk menjulang balik nama kita dalam persada bolasepak antarabangsa.
Menang.. ttp jauh lebih pnting sukan bola sepak malaysia kmbali mnjadi fenomena.. byk hrpn2 br yg smakin mncul skrg.. malaysia smakin hmpir utk cpta sesuatu jika keadaan begini berterusan dan bertambah baik.. Sukan-sukan lain pun mdh2an akn btmbh baik..
assalamualaikum
en. rizal yang arif,
saya ingin bertanya apakah punca pasukan malaysia akhirnya bolos pada pusingan kedua dalam 15 minit terakhir.
2.bagaimanakah cara training pasukan malaysia? adakah lemah, sederhana dan yakin.
3.adakah malaysia hanya mengharapkan hanya sharul idlan, safee sali, abdul hadi sahaja.
Mengenai badminton...
1.bagaimanakah cara training pelapis? adakah lemah, sederhana dan yakin
2.kenapa beregu lelaki asyik tumbang saja?
coach mungkin dah tersilap percaturan. Pemain yg diharapakn main tak bagus terpaksa la tukar dan menganggu taktikal keseluruhan.
Saudari Rizal,
Amirul tidak boleh disalahkan secara total kerana dia beraksi jauh lebih baik dari Helmi sebagai bek kanan, namun risiko bila seorang winger 'convert' kepada fullbek memberi sedikin kesan mungkin dari pengalaman. Kesalahan juga perlu diletakkan kepada Aidil dan Sharbinie. Pertama, Aidil seorang merasakan dirinya sebagai 'stiker' selepas menjaringkan gol dan seringkali meninggalkan posisi hakikinya, Sharbinie juga terlalu senyap dan gagal memberi arahan kepada benteng pertahan menyebabkan terdapat 2 pemain bebas dalam kotak penalti untuk menyambut antara rendah dan seterusnya menghasilkan gol.
raja mungkin sedikit " tersalah congak" percaturan mlm tu..dia juga mungkin tidak sangka taiwan dpt memberi tentangan sengit..memasukkan helmi utk perlawanan pertama berisiko..begitu juga dengan sharbini yg tidak begitu konsisten dan kurang berkomunikasi dengan defend ( walhal berpengalaman )..pujian harus diberikan kepada Kunalan yang "menghidupkan suasana" kerana begitu rajin..
Bola sepak sukan yang No. 1 dikalangan gemaran rakyat Malaysia tapi mutu permainan amat kecewa jika dibanding dengan badminton, hoki, squash atau boling yang, mana amat konsistent dan mempunyai ranking yang tinggi dalam dunia! Apa sebenar masalah kita kerana budgetnya cukup amat besar tapi tahap permainan masih ditahap Asean tapi bawah Thailand, Singapura dll mungkin baik daripada Filipina sikit. Bagaimana nak keluar dari 'belenggu' ini supaya kita setanding balik dengan Korea Selatan, Jepun, Cina dan Austrlia dirantau ini?
Post a Comment