Wednesday, August 18, 2010

Piala Emas Raja-raja - 16 pasukan berentap

Sebanyak 16 pasukan bakal merancakkan kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja musim ini selepas Mesyuarat Majlis Persatuan yang bersidang 8 ogos lalu telah mengumumkan senarai kesemua pasukan yang bakal bertanding pada edisi ke-70 kali ini.

Kejohanan kali ini dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Cabaran awal di peringkat kumpulan akan bermula 5 hingga 7 November 2010, sementara peringkat suku akhir secara timbal balik pada 13 dan 20 November 2010.

Peringkat separuh akhir juga secara timbal balik akan diadakan pada 27 November dan 4 Disember 2010, manakala perlawanan akhir dijadualkan 18 Disember 2010.

Perlawanan akhir tahun lalu di antara Kedah menentang Perlis di Stadium Darul Aman telah mencatatkan sejarah pertandingan apabila dimainkan di hadapan lebih 45,000 penonton dengan Perlis ditabalkan juara Piala Emas Raja-Raja 2009.



Kumpulan A: Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur
Kumpulan B: Kelantan, Johor, ATM, Pulau Pinang
Kumpulan C: Perak, Kedah, Selangor, Melaka
Kumpulan D: MASUM, Singapura, Terengganu, Polis

2 comments:

Anonymous said...

Bosanlah biar 1,000 pasukan bertanding sekali pun, standardnya macam tu juga.

kaki-rayau said...

harap ada liputan yang diberikan oleh pihak media..

harap juga ada live/siaran tertunda (ASTRO ARENA)

sekurang-kurangnya dapat jugak pupuk minat cintakan bola sepak tempatan (harap-harap)