Friday, August 13, 2010

Kemenangan Hamidin - sah ke tidak?

Ini berita gempar yang didedahkan oleh presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa. Baca pemilihan Hamidin tidak sah?

Harapnya keadaan ini diperbetulkan. Jika Datuk Hamidin Mohd Amin layak, dia boleh terus fokus kepada kerja. Jika tidak, nampaknya kena ada pemilihan semula. Bulan puasa pun, bulan puasalah.

7 comments:

Anonymous said...

tak ada masalah. di malaysia semua boleh.

MatRock said...

Bro Rizal,
Klause yg mana satu dan frasa brp yg ada menyebutkan mana-mana individu yg nak cuba nasib dlm pemilihan kabinet FAM mesti terdiri drp Ahli Majlis kelab gabungan?

Raja Ahmad yang kalah tu pun bukan ahli majlis PAFA. Status Wan nizam dan Dato Ibrahim juga sama mcm Dato Hamidin iaitu Setiauasaha yang dibayar gaji oleh FA negeri. Jadi mengapa pencalonan mereka ini turut diterima oleh pihak 'Pegawai Pengurus Pilihanraya'? Adakah ejen "SPR' itu sendiri yang tidak peka dengan peraturan atau kita sendiri yang tidak tahu hal sebenar?

Perlu diingat, Presiden dan Timbalan Presiden I juga rasa-rasanga bukan Ahli majlis mana-mana FA negeri. So Apa cerita ni?

Dirt kon said...

Sdr Rizal
Here the issue must look at FAM ....those who managing the election obviously did not look or they did posses the knowledge nor the experience. Therefore not just the election declared null n void, infect the whole FAM must be null and void. This to allow entirely new people to try run the football in the county.

Anonymous said...

Bro Rizal,

Setiausaha Agung FAM mesti menjawab pemasaalahan ini, He is the custodian of the Statuts. Kalau dia pun diam dan semua ini berlaku dan tidak diberi maklum sebelum kongres, maknanya Setiausaha Agung FAM ni hampeh lah.

Ramli Ghouse said...

SEKIRANYA memang berlaku kesilapan dalam pencalonan ini, ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Terlalu banyak benda yang tak kena dan salah-urus yang dilakukan oleh regim sekarang.
Sekadar mengambil contoh pemecatan B. Sathianathan, yang terpaksa diselesaikan dengan sejumlah bayaran pampasan di luar mahkahmah.

Kakitangan yang dibayar gaji oleh FAM juga dibenarkan mengkritik secara terbuka anggota jawatankuasa kecil FAM yang dilantik oleh tuanku presiden tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Episod raja lawak Slovakia masih segar dalam ingatan. Terbaru kes Azraai Khor dan Bola kempis masih belum selesai.

Yang peliknya, Timbalan dan Naib presiden saling bertukar ganti tapi hanya memejamkan mata....

peminat prehatin said...

bro rizal,i have checked with fa of malaysia... mengikut peraturan pencalonan, sesiapa pun boleh dicalonkan untuk jawatan asalkan mendapat minimal five nomination ....seseorang itu tidak semestinya menjadi ahli majlis persatuan negeri...

Anonymous said...

Salam Ramadahan saudara Rizal,
Mohon buat pembetulan bagi yang dinyatakan oleh saudara MatRock. Semasa saya jadi Setiausaha Johor FA, gaji saya adalah dibayar oleh majikan Johor Corp. Gaji saya tidak pernah dibayar oleh Johor FA. Saya hanya dipinjamkan ke Johor FA, free of charge. Saya bukan lagi Setiausaha Johor FA berkuatkuasa 1 Januari 2010. Harap maklum.

Wan Mohd. Nizam Omar