Friday, August 27, 2010

Tidak ada sebab Annuar Musa tak puas hati

Sebenarnya, aku tidak faham kenapa timbul isu pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi jawatankuasa MSL dan jawatankuasa bola sepak wanita di bawah hirarki baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pertama, Annuar adalah calon paling layak mengepalai MSL kerana kejayaannya merencanakan kebangkitan Kelantan. Inilah masanya Annuar membawa transformasi kepada FAM menerusi cawangan pemasaran badan induk itu, iaitu MSL yang ditugaskan mengisi kantung FAM.

MSL antara lain bertanggungjawab berunding dengan penaja seperti Telekom Malaysia yang menyuntik dana sejumlah RM8.5 juta setiap tahun sejak 2005, penyiar rasmi stesen tidak berbayar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan stesen berbayar Astro serta penaja lain macam AirAsia.

Maknanya, kalau pandai, situ lah Annuar boleh naikkan profil peribadinya. Memang betul, kalaupun Annuar berjaya menarik penaja baru, fulus itu bukan di bawah bidang kuasanya kerana MSL masih tertakluk kepada dasar FAM. Tetapi itulah tugas sukarelawan di FAM, bekerja bukan kerana diri sendiri tetapi untuk bola sepak Malaysia.

Jawatankuasa Wanita pula cabaran baru buat Annuar. Macam mana mahu meniup nafas baru kepada sukan yang pada 1995 menang pingat perak di Sukan SEA Chiangmai. Kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Wanita penting dan mengenal pasti seorang jurulatih bagus yang boleh mengumpul pemain terbaik penting. Bayangkan kalau profil pasukan wanita ditingkatkan. Nama Annuar juga naik.

Ketiga, ramai lupa Annuar diberi tugas memantau pasukan senior kebangsaan di bawah struktur jawatankuasa pengurusan. Kalau K. Rajagobal kata team kebangsaan tak wujud, itu tipu namanya.

Berapa ramai pemain yang lahir pada 1986 dalam pasukannya?

Mana-mana pasukan Bawah 23 yang ada pemain senior, dianggap pemain senior.

Tugas pasukan senior adalah Piala AFF Suzuki. Itu tugas Annuar berganding bahu dengan Rajagobal, manakala Datuk Subahan Kamal memantau pasukan Bawah 23 untuk misi Sukan Asia di Guangzhou.

Jadi, aku tidak setuju dengan bekas schemer negara, Khalid Ali yang dipetik Harian Metro pelantikan Annuar dipersenda dan presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa yang menyebut Annuar Musa mangsa mainan politik.

8 comments:

Emmet Muhamad said...

"Sama macam kita mahu memilih pemain kesebelasan utama dalam pasukan, kalau salah letak posisi pemain pasti pasukan itu hancur"ni Khalid Ali yang cakap, bukan saya yang cakap.

Apa-apa pun tunggu Tan Sri Anuar Musa buat press conference Ahad ni. mari kita dgr kata tuan punya badan la senang

Anonymous said...

Rizal,

Menurut FIFA, tiada lagi kewujudan Persatuan Bolasepak Wanita secara berasingan tetapi dibawah naungan FAM lah !

rizal hashim said...

Emmet, dalam hal FAM, siapa yang nak pilih kapten, playmaker, striker? hahahaha

Anon, betul, sebab itu tugas Annuar berat. tentu ada pegawai persatuan bola macam tengku ellie yang boleh dijadikan rujukan...

Anonymous said...

kita tengok macam mana TSA jaga MSL , bagi aku tak akan ada masalah, cuma dlm FAM nanti masalah apa yang timbul

1) TSA cari duit semua akan di gunakan utk local tournament.
2) Ambiga sure akan claim macam-macam dengan MSL
3)MSL ada 3 kerat punya staff tapi nak cari duit bilion-bilion, tak masuk akal
4)nanti akan dapat cerita yg macam-macam by tuan punya ladang , bukan apa nak lagakan biara jadi macam Dato Gudza

so bagi aku ahli majlis dah tukar, so naw kita tukar :-
1) Ambiga
2) Azuddin
3) Fuad
4) teknikal
5) atau sapa2 yg dah lama sangat kat sana


ANAK TOK BATIN KUNTUM

Ahmad Khawari Isa said...

Saudara Rizal,

Terima kasih kerana mengutarakan pendapat berasaskan kepada tafsiran bahawa semuanya dalam situasi 'ideal.'

Pendapat saya ketengahkan berdasarkan kepada pengalaman dan himpunan asam garam yang saya kutip sepanjang tempoh pembabitan aktif dalam FAM.

Saya percaya, peminat bola sepak tempatan tidak lagi boleh dimomokkan dengan situasi 'ideal', sebaliknya harus didedahkan dengan hakikat sebenar, supaya tidak wujud harapan melampau kononnnya 'revolusi' boleh dimulakan dengan hadirnya personaliti pujaan mereka dalam FAM.

Saudara sendiri pernah berada dalam FAM, seharusnya saudara juga mampu untuk memberikan tafsiran berasaskan realiti yang hakiki, bukan terus melukis gambaran berdasarkan situasi 'ideal' yang cuba dihidupkan.

Saya ada dihubungi Datuk Hamidin, yang juga cuba menangkis pendapat dan ulasan saya. Apa yang saya minta daripadanya ialah katakan, di mana 'argument' yang saya ketengahkan yang tidak betul, berasaskan kepada realiti? Hamidin sendiri setuju bahawa apa yang saya ketengahkan, memang logiknya terlalu nyata.

walau apapun, terima kasih, tuan.

Anonymous said...

Rizal,

Apa yang dikatakan oleh Hawari itu ada isinya. You dua orang pernah bertugas dengan FAM.....you should know them better than anyone else. bagi saya, sesiapa pun yang menerajui mana mana jawatankuasa di FAM HARUS berani membuat perubahan demi kepentingan bolasepak negara.
Now - Pandangan saya pula kenapa FAM tak praktikkan nilai satu Malaysia dalam perlantikan jawatankuasa baru ni !!!!!!hahahahah bahkan ertikata menanam tebu di bibir sahaja !!

Anonymous said...

bukan TSAM yg xpuas hati sekarang...peminat seluruh negara yg xpuas hati...kenapa pasukan wanita...sudah mantapkah prestasi pasukan lelaki kita sekarang?...atau fam ada calon lain yg lebih berwibawa...atau TSAM dlm tempoh percubaan di FAM....hahaha

Anonymous said...

TSAM kena redha. Tak kan semua jawatan penting dia nak pegang. Memadai la dgn MSL yang ambo tengok cukup penting. Pilih la pembantu dari kaum Hawa utk pasukan wanita. TSAM kena pantau je la..

XABI ALONSO
LARKIN