Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar bersuara! Dan aku bersetuju dengannya.
Apalagi tuan-tuan, letak jawatan lah!
Setuju atau tidak setuju? Baca di sini
Isnin lalu pula, Kosmo menyiarkan kolum Garis Tepi:
Baru-baru ini, penulis berkesempatan menemu bual Tan Sri Elyas Omar.
Dalam kesibukan beliau, Elyas tetap meluangkan masa untuk penulis. Permintaan penulis untuk membuat temu janji jarang dijawab dengan nada yang mengecewakan.
Bagi penulis, Elyas harus dikenang selaku supremo dengan sentuhan Midas. Apa saja yang dilakukan bertukar menjadi emas.
Sama ada selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur ketiga yang mencorakkan pembangunan ibu negara, ataupun tokoh sukan dan perancang di balik tabir Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persekutuan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia (PKLBM), Elyas menggabungkan idea dengan pelaksanaan.
Tidak ramai di kalangan kita yang mempunyai daya fikir dan seterusnya tenaga untuk melaksanakan idea-idea kita. Elyas tergolong dalam kumpulan yang terkecuali.
Bagi mereka yang tidak mengenali Elyas di zaman kegemilangannya sebagai seorang tokoh pemimpin sukan yang berwibawa dan gah, antara sumbangan anak kelahiran Pulau Pinang itu ialah:
# memperkenalkan dasar semi-pro pada 1985 dengan memastikan pemain bola sepak Kuala Lumpur bekerja sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Liga Semi-Pro anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilancarkan pada 1989.
# membina tapak kekuatan Kuala Lumpur selaku gergasi bola sepak tempatan.
# pengambilan trio Singapura - Fandi Ahmad, K. Kannan dan Malek Awab – untuk menganggotai skuad Kuala Lumpur. Ini membuka mata semua pihak.
# mengirim pemain remaja berkelana ke luar negara, khususnya Eropah, sebagai pendedahan tahap tinggi. Program ini melahirkan antara lain Azmin Azram Aziz dan Azrul Amri Burhan. T. Gopinath Naidu pula antara penerima skim biasiswa bola sepak yang membawanya ke Aston Villa dan Jerman.
# menyuntik unsur profesionalisme ke dalam pengurusan Kuala Lumpur dengan mmbawa jurulatih Piala Dunia Czechoslovakia, Josef Venglos, dari Sporting Lisbon.
# mengilhamkan projek Piala Thomas/Uber/Olimpik (TUO) yang membawa hasil pada 1992 dengan kemenangan Piala Thomas dan gangsa di Sukan Olimpik di Barcelona.
# membawa kepakaran China menerusi Fang Kaixiang dan seterusnya Yang Yang, Chen Changjie dan Han Jian ke Malaysia.
# ketua pelobi membawa Sukan Komanwel 1998 ke Kuala Lumpur
Benar, dedaun masa berguguran dan mengubah lanskap sosio-ekonomi negara namun corak dan kaedah kepemimpinan Elyas masih relevan.
Menggunakan pengaruhnya selaku Datuk Bandar, Elyas mengajak sektor swasta menyumbang dalam sukan menerusi tajaan, sama ada dalam bentuk wang atau barangan.
Elyas supremo sejati, seperti juga Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil. Kedua-duanya diberi kuasa eksekutif untuk membangunkan persatuan masing-masing.
Elyas mendedahkan bahawa beliau tidak berfikir dua kali melawan pakar teknikal dengan hujahnya.
“Kata putus terletak di tangan saya. Selaku ketua organisasi, saya bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya, mengimbas detik beliau menolak cadangan Fang Kai Xiang menurunkan Foo Kok Keong sebagai pemain perseorangan pertama pada separuh akhir Piala Thomas 1988 dan idea memecahkan pasangan Razif-Jalani Sidek pada final 1992 disebabkan Jalani yang dilanda demam.
Di Kedah pula, program pembangunan Allahyarham yang menjadi pemangkin kebangkitan Hijau Kuning pada era 1980-an, kekal mekar sehingga hari ini, terbukti apabila SK Tunku Anum membolot gelaran Piala Menteri Pelajaran dalam kategori bawah 14 dan 17 baru-baru ini.
Pelaksana-pelaksana di akar umbi nampaknya masih setia dengan program Ahmad Basri.
Dalam pada itu, sekalung tahniah diucap kepada pemegang jawatan tertinggi FAM yang bakal terpilih hari ini.
Harapnya, mereka korek semula pelan pembangunan tersimpan dalam kabinet fail dan juga Road Map nukilan Robert Alberts.
Juga kita harus mencari jalan untuk membolehkan bekas pegawai pembangunan FIFA, Windsor John dan Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League (QSL), Saifuddin Abu Bakar, membantu merencanakan bola sepak negara.
Barangkali Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, boleh menggunakan kepakaran dan hubungan akrab mereka dengan dunia luar.
Kita perlukan pemimpin seperti Elyas dan Basri. Kedua-duanya pemikir dan pelaksana, boleh dibawa bersila di rumah usang di Baling dan pada masa yang sama selesa mengapit kelompok bangsawan di Monaco.
Kita tidak perlu pemimpin yang membeli iklan dalam akhbar mempromosi diri sendiri sambil berterima kasih kepada pemimpin tetapi tidak menghargai penyokong yang membayar tiket untuk ke stadium!
11 comments:
Seronok baca rentetan LC mengenai pencapaian lampau Tan Sri Elyas dan sebagainya. Namun tetapi, janggal pula dengar nasihat Datuk Raja Ahmad supaya pegawai FAM letakkan jawatan mereka bersama persatuan negeri. Memang aneh, bila dia sudah tiada dalam FAM, tiba-tiba saja Raja Ahmad suruh orang lain pulak letak jawatan. BTW, rasanya group FAM yang ada sekarang, especially Tan Sri Annuar Musa, would bring about some change. That's good.
Raja Mat nie dah rosakkan FAM masa dia dlm FAM tu dan dia kalah bertanding di PAFA bukannya lepaskan jawatan.
Raja Mat sudah2 lah tu. Dah tewas bertanding jgnlah nak bagi idea busuk kat orang lain plak.... Tunggu jelah barisan yang baru nie buat keje kat FAM.
2 tahun lagi ... kalau tak de perubahan bantailah. SAME GOES TO YOU LC ..
heh .. this guy .. he's a funny one ..
..dedaun masa berguguran dan mengubah lanskap sosio-ekonomi negara..
..sometimes, lc, you outdid yourself..I thought I saw a bit of yr heart here..:) cheers..
bagi lah muka-muka baru ni buat kerja. belum apa-apa hal dah nak hemtam. Tan Sri Anuar Musa ni ada banyak idea.
Wait and see la...
Raja Ahmad you dah kalah. Support lah dari belakang. ni nak hemtam pulak.
DIA juga mungkin dah dapat rasa x akan dilantik semula sebagai chairman JK Pengadil. JAdi chairman pun tak buat apa... 2x5 dengan si ego sorang tu........
Benar rizal, Tan Sri antara pemimpin sukan yang masih relevan. Kesungguhannya untuk membawa pembaharuan dalam industri sukan, khususnya menerapkan elemen tata budi dan teknikal dalam pengurusan sukan negara wajar diberi penghargaan.
bro rizal,
this raja ahmad is just a sour grape. his so called soccer glory is over. take note dear raja.
Raja Uun
Taiping
Salam,
Kalau Datuk Raja Ahmad(DRA) berani menasihati orang lain meletak jawantan, kenapa DRA sendiri tidak menghalakan persoalan itu kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Beliau juga sedang memimpin jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) sekarang.
Jadi kepada LC, adakah anda juga berpendapat seperti DRA. Tak salah menyokong idea DRA, tapi adakah anda juga melihat saranan ini secara menyeluruh.
FAM DULU,KINI,SELAMANYA.... .:
salam LC.
masa dok dlm FAM tak berkokok, senyap je.
bila dah takde jawatan dlm FAM, mula laa cari salah org tu, org ni ....
sedar lah bile kite dh tak layak buat keje bagus, berundur saje dgn hormat.
ayo! i think raja ahmad yang perlu tinggalkan FAM.
Post a Comment