Monday, June 30, 2008

Aku on air bersama Bakar

Aku membuat penampilan kelimaku dalam program bual bicara Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi. Disebabkan aku tidak mempunyai baju Sepanyol mahupun Jerman, tanganku menyambar apa saja yang berwarna merah, biru dan putih - warna Perancis dan juga Johor!

Sambil Mak dan Abah serta Intan dan anak-anak membawa Syahidah mendaftar di UPM, aku menghala ke Sri Pentas. Penerbit Nurul RZ sudah awal-awal memberitahu aku bahawa aku dan hos Yatt akan on air bersama Abu Bakar Atan, senior aku di Berita Harian dulu yang kini bergelar editor sukan TV3.

Aku dijadual muncul di kaca TV jam 9.0 pagi. Sebelum muka aku di"touch-up", aku berbual dengan exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan. Dia dijemput oleh Wan Sab untuk menjelaskan polisi kerajaan negeri yang antara lain melarang wanita Islam di negeri Cik Siti Wan Kembang menggunakan gincu dan kasut tumit tinggi.

Aku sedar dia masih aktif dalam Persatuan Bola Sepak Melayu dan kami banyak bersembang bola. Aku memberitahu ADUN Bunut Payong ini bahawa kali terakhir aku membuat liputan pasukan bola sepak Kelantan ketika ia diterajui oleh Mahadi Yusoff. Aku masih ingat Alex Freeman, dengan kaki kidalnya, menjadi tarikan di Stadium Muhammad ke-IV di Kota Bharu. Aku juga masih ingat berjalan kaki dari hotel Perdana untuk ke stadium. Fikiranku ketika itu jauh sekali daripada gincu dan tumit tinggi.

Tiba jam 9.0 pagi, aku dipelawa floor manager Sdr Nasran yang gemar membuat aksi penguin di belakang kamera untuk mengambil tempat, seawalnya di meja kopitiam tetapi kemudian berpindah ke sofa.

Yatt awal-awal lagi sudah menyatakan sokongannya buat Sepanyol. Aku pula, sebelum kejohanan bermula, memilih sama ada Jerman atau Belanda untuk menjulang gelaran Euro kali ini.




Gambar ihsan Kak Lin (baju yang aku pakai adalah jersi Perancis pada 2000. Deschamps menjulang Piala Henri Delaunay di Rotterdam memakai jersi bercorak sama)

Namun aku memahami mengapa ramai yang mahukan Sepanyol menang. Biarlah mereka menang bagi menamatkan penantian selama 44 tahun. Bayangkan satu-satunya gelaran yang mereka menangi adalah pada 1964, ketika akupun belum lahir!

Aku teringat nasib Perancis sebelum lahirnya generasi Zidane. Pada 1958, Perancis menduduki tangga ketiga dalam Piala Dunia. Pada 1982, mereka tewas kepada Jerman Barat di Seville, dalam perlawanan yang dikenang sebagai detik Schumacher menumbangkan Battiston.
Hanya pada 1984 Platini dan rakan-rakan hulubalangnya muncul juara Euro di depan penonton sendiri.
Apabila Bakar dikejutkan dengan panggilan dari studio, waktu Vienna 3.0 pagi. Selepas Yatt bertanyakan beberapa soalan, aku sekadar bertanya:
"Bagaimana sentimen media antarabangsa, adakah mereka condong kepada Jerman atau Sepanyol?"
"Adakah saudara Bakar membuat liputan dari dalam atau luar stadium?"
Habis giliran aku, aku lihat Salamiah Hassan muncul di pintu. Dia duduk di sebelah meja aku. Aku sempat memaklumkannya lagu Gelombang dendangannya antara all-time favourite aku. Aku sempat bertanya "Apa khabar Atilia?"
Terima kasih kepada Wan Sab, Nurul, Aziz dan Yatt kerana memberi aku ruang dan peluang di TV9. Juga kepada Wak Long dan rakan-rakan yang sentiasa menceriakan suasana dan sudah tentu juga Encik Mohd Noor Ali Akbar, presiden penaja NasiLemakIbu.com. Satu beg plastik penuh dengan nasi lemak berbungkus kemas menemani ku setiap kali aku melangkah keluar dari Sri Pentas. Enak sekali!

7 comments:

Monster Mom said...

Saya mmg menharapkan Sepanyol menang pagi tadi dan tak sia - sia saya n hubby berjaga hingga ke pagi!

Walaupun game tu tak lah best sangat tapi Spain deserve to win the title...

Anonymous said...

macam ni save la di kala harga minyak melambung, rizal hashim kira untung la dapat makan nasi lemak free...jadi tetamu hari2 pun ok gak......hahaha...jangan marah.

Anonymous said...

glamour lah u bang.

love u

Anonymous said...

Hey bro, need to try that nasi lemak.

And you need to change your jersey loh.

Anonymous said...

I just want to find out why there was no nasi lemak for us on your way home from the studio, despite providing the pics for u...

Anonymous said...

I really like when people are expressing their opinion and thought. So I like the way you are writing

Anonymous said...

watch satellite tv on pc
great blog , how are you doing now eeh?