Saturday, July 23, 2011

Siapa patut jaga defence?

Sejumlah 16 gol dalam lima perlawanan terakhir cukup memberi gambaran benteng pertahanan yang dianggota tiga pemain berusia 22 tahun dan seorang 23 tahun belum cukup bersedia bersaing di peringkat yang melangkaui rantau ini.

Apabila pemain seperti Aleksandar Duric yang sebaya dengan aku boleh buat turning lalu score gol mudah, apa petandanya?




Apabila aku bertanya Claude Le Roy, jurulatih dari Perancis yang membimbing Cameroon, Ghana dan Strasbourg antara lain, bagaimana membina sebuah pasukan mantap..."Kita bermula dengan penjaga gol, kemudian benteng pertahanan yang mantap, kemudian jentera tengah dan serangan...

Ingat apabila Arsene Wenger mula datang ke Highbury pada 1996? Dia bentuk pasukan berteraskan Lee Dixon, Nigel Winterburn, Tony Adams, Martin Keown dan Steve Bould, penjaga golnya David Seaman...

Perancis 1998 dan 2000? Ada Lilian Thuram, Bixente Lizarazu, Laurent Blanc dan Marcel Desailly...belakang mereka Fabien Barthez...

Sepanyol 2008 dan 2010? Sergio Ramos, Carles Puyol, Joan Capdevilla, Carlos Marchena, Gerard Pique...di belakang mereka, Iker Casillas














Tentu musuh-musuh Malaysia pun dah kaji kelemahan kita...lebih-lebih lagi fitness coach Singapura Aleksandar Bozenko, bekas fitness coach skuad Olimpik Malaysia...lebih dikenali dengan panggilan Sasha



jika Muslim Ahmad dan Fadhli Shas dianggap mentah sekalipun cemerlang sepanjang kempen Piala AFF lalu (kecuali game Indonesia yang kena 5-1), Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Rosid juga bukan jawapannya...sampai bila attacking force nak score apabila belakang asyik bolos!

Dulu masa Piala AFF 2004, aku tulis team Bertalan Bicskei kurang daya memenangi bola di tengah, jadi kena guna K. Nanthakumar apabila bertemu Thailand...Bicskei ikut...tapi aku tak jangka Datuk K akan ikut...

Apapun, datanglah beramai-ramai ke Stadium Nasional, Khamis ini...

88 comments:

Anonymous said...

Bro Rizal,

For a country that had produced luminaries such as Jamal Nasir, M.Chandran, Bawandi Hiralal, Soh Chin Aun, Santokh Singh, D Devandran, Ismail Ibrahim, Wan Jamak,Kamaruddin etc it was really shameful to see our current defenders dish out such sloppiness.
Coach Raja has to do some soul searching to see how best to stop the leaks.
The current defenders, from my observation, have never been comfortable even when we won the gold at the Sea Games/ Suzuki Cup. They were always suspect under pressure but somehow managed to hold on.But, tonite Singapore laid bare the truth and fully exposed our weakest link.
They appeared to be a confused bunch. Poor positional play, failure to neutralise the opponents aerial power, poor communication and aimless clearances was there for everyone to see.We need a commanding figure at the back.
It would be better for coach Raja to revamp the current defenders with the backline that played against Liverpool.....
But all is not lost...we shall prevail at BJ provided we plug the leaks.Midfield and forwards are ok.If Norsharul recovers in time, we have enough firepower to overcome the 2 goal deficit.
It appears "Sudah Tentu" Richard Scully did not do a good job in his spying mission....S'pore's midfield won the game for them and yet "Sudah Tentu" Richard Scully had the gall to say we could nick it this time at Jalan Besar.

Cheers
Manoharan

Tepi Sungai Batu said...

Hanya itu yang kita ada.......
Kalau saya , pilih lah Daudsu dan Marzuki Yusuf.

Anonymous said...

norhafiz zamani layak diberi peluang semula...dia dah biasa dgn skuad ni...keserasian penting...g

leftbek jugak ada kelonggaran...asra dan azmi muslim...slalu tak berada pada posisi yg betul

Tiger Mizie said...

Rizal, Defend adalah sgt subjective. Cuma agak menghairankan bagaimana KingGopal masih kekalkan product gagal.
Pertahanan sgt teruk. Striker penat rapatkan gol, defend main mcm hampeh. Alasan padang tak boleh terima langsung.Script Stadium Bung Karno berulang, Astra dan Fadli Shahz cukup menghampakan.. Tgk aje bola. Muslim pun tak bagus. Mathali bila dah naik.. lambat turun. Andai kata boleh daftarkan pemain lain, masukkan subra, atau zamani atau Mazuki utk saiingi striker singapore. Si Kereta Kebal Sabri Mat Abu pun boleh dipanggil.Heran apasal la amar rohidan lama sgt dipadang. Mana Ashari atau Syakir. Rajagopal pun aku tak faham apasal turun kan Izzat. Dgn Olimpik pun dia dah jadi simpanan.. Tiada nafsu pembunuh langsung.. Gaya lari pun mcm Khalid Jamlus.. Teruk2 Khalid pun dia boleh skor kalau dlam kotak penalti. Yg si Fakri Shaari pun apasal dlm first team. Dia dah lama kemarau jaringan. Ashaari jauh lagi bagus.. Rindunya pada Mat Yo.Pemain perlu ditukar :Asraruddin,Fadli Shaz,Amar Rohidan'Fakri Shaari.Pada Rajagopal, anda perlu berubah. Tektik lama dah basi. Musuh dah boleh baca. Jgn sebut lagi ini team anda.. Ini adalah team Malaysia.
Aku sungguh kecewa...

Anonymous said...

turun tetap turun,,yakin Malaysia BOLEH layak ke pusingan ketiga WCQ 2014,,jumpa semua distadium,pasti penuh stadium BUKIT JALIL NANTI...

merah said...

defend malaysai terlalu memberi ruang pada pihak lawan utk masuk ke dalam kotak penalti..mereka xsekat dari luar..dah masuk baru nak bertahan..tp bila berada dlm kotak penalti..masing2 takut..takut kerana xnak bg free penalti..mcm game td..key player s'pore xiu li..tp xde sapa pun marking dia..bebas buat hantaran..harap di bukit jalil kita perbaiki kelemahan..kaji semula game mlm ni..rantai pemain "import" s'pore..

mufarz said...

At this trying moment, I can vividly recall when our team defeated Singapore 4 - 0 during Year 2002's AFF tourney. The whole winning team's members were quick to be in my mind (i.e. Tg Hazman, Indra Putra, Akhmal Rizal and many more great players).

How great if we can have back that moment of greatness in order to heal the pain that we have to endure now...it is hard to succeed but it is never impossible.

Malaysian Football, may we achieve that much sought-after success, insyaAllah...

Anonymous said...

x guna masukkan defend baru dan salahkan defend sekarang.Jangan samakan defend time main dengan chelsea bab kita perlawanan itu defend berjaya sekat kerana midfield tak tunggu pemain bawa bola sehingga membahayakan GK tapi team senior ni kita tengok lepas aff defend dan midfield lebih suka tunggu bola masuk itulah masalahnya impaknya posisi masing-masing kelam kabut.Defend yang ada sekarang ni staminna ok cuma fokus flip flop...perlu diperbaiki.

halim said...

norhafiz zamani misbah perlu dipanggil utk menguatkan pertahanan.. pemain brpengalaman itu terbukti mampu memimpin pemain pertahanan muda sewaktu menentang chelsea. Indra putra mahyudin juga mungkin lebih baik digandingkan dengan safee sali kerana dia juga kreatif bila bila di depan gol jika dibandingkan dengan fakri saarani ataupun hadi yahya.. mengapa defender kita masih buat kesilapan mudah? mengapa juga mereka masih dikekalkan? x fahamlah... perlu ada fikiran terbuka menerima cadangan orang lain...

Alfazril said...

Bro Rizal..

Saya rase kter tak bole nk salah kn defend 100%. Sbb saye rase defensively as a team kter x solid..midfield kter xcukup aggressive. Plus kter main terlampau open utk away games..smpi 2 attacking mid (Safiq & Ismail) dan Amar keseorangan as Defensive Mid. Saye rase game final AFF 2010 kt Indonesia is the BEST DEFENSIVE PERFORMANCE AS A TEAM. Soaked up the pressure and counter attack. Hope we can learn something fast from this Singapore game.

Anonymous said...

"80 Ribu orang dgn 80 ribu pendapat", "saya tau potensi pemin pemain saya" ... makanya... "SIAPA KAMU UNTUK MENENTUKAN PASUKAN SAYA?????" - FV Craziest

Unknown said...

Saya rasa Subramaniam dan Norhafiz Zamani Misbah perlu dipanggil semula untuk memperkuatkan benteng. Sharbinee memang perlu ditukar, maaf cakaplah sebab saya tak nampak commanding presence dia di pintu gol macam Khairul Fahmi ketika Piala AFF dulu. Masalahnya Apek pun tengah form down, jadi mungkin Farizal Marlias perlu diberikan peluang. Nasril Nourdin sorrylah, tak boleh bagi chance lagi masuk first team.

Anonymous said...

maaf, sy kurang stuju dgn pendapat " x guna masukkan defend baru"...kerana peluang telah diberikan berkali - kali namun prestasi ttp sama tiada peningkatan..alasan kurang pengalaman xblh digunakan lagi..kita nk ke Piala Dunia bukan piala AFF..xboleh amik risiko dgn memasukkan player yg berulang kali buat silap dan tidak kurang juga yg tak berfungsi secara maksimum.

Anonymous said...

Rizal...aku bukan pemain bola..jauh sekali aku bukan seorang coach...
aku cuma PEMINAT BOLA lebih-lebih lagi team kita Malaysia...TETAPI aku tak boleh terima dan aku betul-betul
kecewa dengan KingGopal ulasannya selepas perlawanan hari ini 1. " dia baru tahu defend team..nya yang sangat teruk"
2. " singapura tidak mempunyai banyak maklumat mengenai player ini " dan
3. " letak pemain untuk kajian " ...Persoalannya bagi aku pada KingGopal anda perlu mendengar kritikan dan terima
pandangan orang lain dan BUKAN dengan ulasan masa berbaki 90 min mengikut TEKTIKAL budi bicara anda sendiri...bagi aku rizal...aku sependapat dengan Tiger Mizie " ini bukan team anda lagi..ini adalah team Malaysia..." dan anda
adalah sebenarnya PEMAIN nya...

Koya said...

Rajagopal sekali lagi buat eksperimen pada perlawanan penting...Safiq Rahim main defensive midfielder? apa fungsi Fakri Saarani? kenapa simpan Amirolhadi dan lebih rela guna Fakri yg gagal bermain baik sejak perlawanan menentang Taiwan? Sharbinie kenapa xde usaha langsung utk save bola?

adakah Rajagopal sedang buat filem hindustan, hero kalah awal?

Anonymous said...

Salam Bro Rizal,..

Setuju dengan pandangan anda,.defend kurang pengalaman peringkat international.

Justeru, jawapannya ialah panggil semula Norhafiz Zamani Misbah, dia baru 29 dan masih boleh bantu team.

Muslim, Fadhli dan Aidil,defend yang baik tp perlukan guidance seorang otai, yang tenng dalam keadaan tertekan.

Zamani perlu dipanggil balik, jikas kita mahu mara ke pusingan ketiga.

Hanya dia, pemain yang cukup experince dan mampu bimbing pemain muda.

Aksi dengan Chelsea, bukti Zamani masih mampu beraksi di peringkat tertinggi.

Rugi jika dia tak dipanggil semula, Liga M dah takde otai lain yang boleh pakai.

Takkan nak panggil ah Chong,...paham2 je lah...

Shukor Adan pula, bukan kegemaran Raja, jadi hanya Zamani jawapannya.

Seperti kata bro Rizal, France dulu ada desaily, Thuram, arsenal dengan Tony adams,..Itali dengan Canavaro, Spain dengan Puyol...semua otai yang jadi backbone.

Hope Raja akan sedar,.akan jumpa dia dalam masa terdekat, untuk kongsi pendapat dan yakinkan dia.

Journalist frm Damansara.

mohd amar abdullah said...

Saudara Rizal dan pembaca sekalian,

Jika kita perasan sejak Piala AFF lagi gandingan Muslim-Fadhli ada beberapa kelemahan tetapi kekalahan hari ini tidak boleh di letakkan sepenuhnya kepada pertahanan.Semua pemain perlu menerima padahnya kerana dalam bolasepak moden bertahan adalah kerja semua pemain di atas padang.Dato` Rajagobal perlu melihat semula taktikal beliau kerana secara praktikal Malaysia tidak perlu membuka permainan ketika bertandang ke Singapura. Saya meletakkan kebocoran 5 gol adalah 70% silap taktikal, 30% kurang fokus semua pemain.Pihak lawan telah dapat membaca gandingan Amar-Safiq di kawasan tengah kerana gandingan ini telah di perhatikan sejak Piala AFF.Saya agak hairan seolah-olah Dato` Raja tidak dapat menghidu kelemahan di posisi tengah pasukan negara. Untuk perlawanan ini di tempat lawan yang menggunakan padang rumput tiruan adalah lebih bijak malaysia menurunkan Syakir-Amar-Safiq-Fakri-Kunalan di awal babak.Syakir-Amar diletakkan di depan "backfour",menyerap asakan sebelum sampai ke barisan pertahanan, Safiq di jadi kan "silent position", fakri di jadikan "dirty worker" untuk separuh masa pertama. Jarak antara Amar-Safiq-Syakir adalah tidak boleh lebih 20 kaki di separuh masa pertama.Rehatkan Safiq...biar Fakri buat kerja kotor di atas dan Syakir mengasak untuk Safiq di bawah. Separuh masa kedua baru berikan kunci tempo kepada Safiq sebab di atas padang tiruan pemain cepat letih.lihat la bila selepas 60 minit,pemain2 dah tak bermaya.di waktu ini kita perlukan khidmat Amirul Hadi kerana dia mempunyai kebolehan membaca kelemahan pertahanan dengan pantas dan mempunyai impak ke atas pasukan.Jika Kunalan tak bermaya Ashaari adalah penggantinya kerana Ashaari juga pemain impak yg akan boleh membuatkan pertahanan lawan kucar kacir dengan larian pantas.Kesilapan Dato` Rajagobal adalah mencatur Malaysia bermain terbuka di padang rumput tiruan dan di tempat lawan.Saya hanya nampak 2 posisi yg sememangnya sejak Piala AFF agak lemah adalah bek kiri di isi oleh Asrarudin Putra dan jika gol di awasi oleh Sharbinie.

Sharbinie-kurang fokus dan kurang alert...masalah sejak dulu untuk beliau.
Mahali-mungkin ada kesan selepas cedera, malam ini di asak hebat tapi taktikal yg di terap tidak membantu Mahali.kawasan dia tidak di lindungi oleh pemain tengah.
Muslim- mmg gopoh dan blur tapi penting kerana pantas dan keras
Fadhli-masih baik walaupun sedikit perlahan tapi posisi mereka tidak di lindungi sepenuhnya oleh pemain tengah.
Asra-mengecewakan bila pertahanan memerlukan dia.calon yg dato Raja patut pertimbangkan untuk di keluarkan.
Safiq-tenggelam dan sukar kerana di himpit oleh pemain tengah singapore.di gantung adalah satu kerugian buat negara.
Amar-tidak berfungsi seperti sepatutnya kerana Safiq di asak hebat.
Kunalan-sukar jika safiq dan amar tidak banyak membuka ruang
Fakri-byk membuat kerja kotor tapi tidak cukup utk membuka kepada safiq. mmg ramai tidak suka kepada pemain ini tapi saya berpendapat dia adalah calon untuk berada di atas jika kita hendak bermain secara bertahan.
Ismail- mengecewakan dan hilang di padang
Safee-di tahap terbaik dengan gol berkualiti
Amirul Hadi-sememangnya pemain selepas minit 50.bijak dan memberi impak kepada pasukan.
Hadi-bijak utk positioning

Jika kekalkan corak terbuka separuh masa pertama di Bkt Jalil nanti.Hancurlah harapan rakyat Malaysia hendak tengok Harimau Malaya mengaum lagi.Bagi saya Dato Raja perlu keluarkan Asrarudin dan Sharbini dari kesebelasan utama.

Malaysia Boleh!

Anonymous said...

jadi kat sini ingin di ingatkan kembali.....kat mana kebaikkannya menganjurkan perlawanan menentang game epl tempohari???

al-brangi Online said...

saya setuju dgn anom 12.54 am.

ketiadaan shafiq memang terasa dan bertambah2 tersa direturn leg nanti. zaman chin aun dah berlalu. hakikatnya ini yg ada.
sebelum bola sampai ke gol ia terpaksa tempoh midfielders....dan seterusnya back-four.
di mana midfielders kita? kenapa x sekat dimiddle-third? kenapa wingers x bantu harassing striker lawan.
tapi game semalam ntah le....free kick saja klu x silap 2 ke 3 gol.

tutauzen said...

Rizal, saya amat kecewa apabila Coach DRG meletakkan Ahmad Fakri sebagai 1st 11. Dia tidak tahu membuat larian. Yang dia tahu hanya merempuh pemain lawan utk dapatkan kad kuning, kemudian bantah keputusan pengadil. Dia tiada kualiti diperingkat antarabangsa. Sama juga macam Izzaq. Saya amat hairan kenapa Coach DRG pilih Izzaq dan tak ambil Wan Zack?

tutauzen said...

Rizal, Ahmad Fakri adalah penumpang team yg bukan saja tiada kualiti peringkat antarabangsa, tapi menyusahkan team dgn tindakan rempuhan yg tidak sepatutnya pada masa dan tempat yg tiada keperluan, seterusnya mengundang anugerah kad kuning dan kad merah. Saya sgt hairan apabila Coach DRG memilih dia dalam team, jauh lebih pelik apabila dia diletakkan dalam 1st 11.

Ashraf Norzaimi said...

bro rizal,

bercakap mengenai pemain 'back 4' pasukan malaysia ketika menentang singapura malam semalam, saya amat kecewa dengan persembahan mereka yang agak leka dan kurang berkomunikasi. mereka terlalu memberi ruang dan peluang untuk pemain lawan melakukan percubaan, 'simple turning' dan melakukan hantaran-hantaran pendek di dalam kotak penalti sendiri (gol ke-5 sebagai contoh). mungkin mereka terlalu berhati-hati kerana bimbang memberi sepakan penalti kepada pasukan lawan.

coach rajagobal perlu memberi peluang kepada pemain lain (hafiz zamani & subramaniam) yang telah menunjukkan persembahan cemerlang dalam menentang chelsea khamis lalu. pengalaman mereka amat diperlukan untuk membantu skuad kebangsaan.

selain itu, pemain pertahanan juga perlu berani untuk memegang bola dan tidak melakukan 'clearance' liar yang menyebabkan malaysia kehilangan bola dan kurang 'possesion'.

diposisi pejaga gawang, kita kerap kali mengalami prestasi turun naik dan tidak konsisten tidak kira apek mahupun sharbinee. ramai yang setuju jika farizal marlias diberi peluang semula.

kesimpulannya, malaysia masih ada peluang untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan kelayakan piala dunia 2014. di bukit jalil nanti, pemain perlu berhabisan-habisan (perlu mencari gol awal) dan tidak mengulangi kesilapan sama.

terima kasih.

malaysia boleh!

Anonymous said...

Penguasaan bahagian tengah sendiri amat perlu. Impot Singa smua tua dan gendut, klu brtahan dluar kwasan D, klu pun mreka dpt bola... takkan mpu bawa bola jauh kdalam kwasan pnalti. Dpen Malaysia muda brtenaga tntu boleh kacau sblum smpai kwasan pnalti. Ini yg prlu dberi prhatian oleh coach

-Esnan

Anonymous said...

Awal prmainan.. Tigers hanya prlu kawal bola.. mainkan bole tnpa prlu trgesa-gesa... Penatkan Lion. Last game.. 2nd Half, tigers dah mula tunjuk kelebihan stamina mrk.
Tunjang lion ialah kuda tua mrk..
biar mereka main jauh dluar kotak D.. then they will be useless

Sorry.. I no pengalaman bola... Pleaseeee make Malaysia winnn...

esnan

Ahmad Suhazli said...

Masukkan Zamani dengan subra sebab xder experienced figure kt belakang yg boleh bagi confidence dan order...kt malaysia ni bila dah naik umur 28-31 kira dah dipanggil veteran dan x layak dah nak main national team. diorang ni sepatutnya ada sebab defence kita directionless and morally unconfidence!

Pakcik Zul said...

FMHO,kita kena bagi tight balik defend yg mmg nampak lost semalam...nampak xda leadership di bahagian defend sehinggakan setiap penjuru pertahanan kita menampakkan lohong yg besar utk ditembusi dgn mudah oleh attacking Singapura.seharusnya kena ada seorang defeng senior yg dapat guide dan dapat bermain dgn lebih keras dan sedikit robust.Muslim dan Fadhli lembik utk kawal duric seorang.Mahali mesti kurangkan overlap kerana bila dia hilang bola ,Singapura sentiasa menggunakan ruang kosng di bahagiannya utk masuk ke gawang kita.Asrarudis sbg defend yg senior dlm skuad Malaysia kena lebih vokal disamping lebih tight jaga Sia Jia Yi.dan kena lebih nampak smooth la dlm perebutan bola cross sebab bila pihak lawan buat crossing nampak barisan defend x teratur...apapun peluang masih ada..DENGAN SYARAT DEFEND KENA LEBIH RESPONSIBLE DAN LEBIH BERDISIPLIN

Qazwsx said...

defence bila dah kena gol,benda pertama saya tengok pemain2 sibuk blame sesama dorg.tudng jari sesama dorg.nmpk xberusaha bersungguh nk halang dari gol

duDE@lan said...

kita kena mix kan 2-3 org senior player dlm team ni.. just to give the team stabil and lebih compose.. player mcm zamani misbah (boleh control and command back line so that takde la terjah2 or tackle tak tentu pasal kat bawah), subra, piya, arol perak, roya, joseph kalang tie mungkin boleh di serapkan.. tak salah pun kalau kite bawa a few plyer dlm squad ni. melihat pada game smlm player kat bench pun tak mampu beri impact besar pada team kalau di masukkan.. actually we have the chance now deficit 2 gol boleh kita lunaskan di bukit jalil.. insyaallah.

naruto said...

kenapa malaysia x nak amik Brendan Gan pemain kelahiran malaysia yang mewakili kelab australia sydney FC bagi memperkuatkan skuad nagara...

Thearah11 said...

Setiap brg ad hrganya, utk lahirkan pemain prtahanan yg mntap mmg perlu pndedahahn spt yg dilakukan oleh DR smlm. Kekalahan tersebut mmg klihatan seakan2 ekoran kegagalan defence utk mengekang pemain-pemain lawan, namun bygkn ap yg pemain-pemain pertahanan (yg rata-rata br awal 20-an) dapat timba untuk tempoh 5 thn lg. bknkah ketika itu kita akan memiliki pasukan dgn pemain pertahanan yg lebih baik. Hari ini kita adakah kita sudah bersedia utk WC? klu belum elok juga kita mengambil peluang ini utk membentuk pasukan akan datang. Pemain-pemain (yg dikatakan terbaik ketika ini) juga rata-ratanya mempunyai kelas yg lebih kurang sama sahaja dengan pemain yg sedia ada di atas pdg. namun kelebihan yg ada pd pemain-pemain muda itu tentulah krn mereka MUDA dan boleh bermain utnuk satu tempoh masa yg pnjg lg. Apapun, Pasukan Malaysia masih lg mempunyai peluang, Pemain-pemain Singapura yg tidak biasa bermain dengan pdg sebenar Bukit Jalil akan bermain di sana. Dengan objektif mencari 2 gol, harapannya masih ada. Smg brjaya Harimau Malaya.

ibun_jogho said...

Maaf ckp. Defend defend defend.. Apa lg yg patut dikatakan. Fokus utama skrg adalah pertahanan (termasuk penjaga gol).

Skdr mngambil contoh mudah: Kedah bolos 20 gol, Kelantan 21, Selangor & Perak 24 gol utk musim ini. Rasanya x slh jika kita andaikan pasukan yg mlepaskan gol plg sikit adalah pasukan yg mmpunyai pertahanan yg mantap..

Mmg perlawan tmpatan berlainan dgn pentas antarabangsa, tp inilah pertahanan yg besungguh2 mmpertahankan mengawal kawasan penting sms MSL. Rugi ke jika sandarkan kpd pthanan yg cmerlang dlm liga tmpatan utk serap kemaraan lawan swaktu d pntas antarabangsa?

Harimau Muda A bolos 28 gol musim ini. Siapa defendnya? Samakan dgn pmain ptahanan Malaysia smlm. Dlm liga tmptn pun mrk bolos agak besar, inikan pula perlawanan besar.

Bkn utk mndabik dada dgn ptahanan Kelantan & Kedah, tp inilah pasukan yg kurang bolos musim 2011. Walaupun Kedah berada pd kdudukan k 4 liga, ptahanan mrk hanya melepaskan 20 gol.

Kelantan sbg juara liga. Tp syg, Rajagobal x ttarik dgn pmain Kelantan yg hanya bolos dgn 21 gol.

Datuk Rajagobal masih sayangkan pemain lamanya..

Mudah2an, pemain kesayangan DR akan mmpamerkan ssuatu yg mnakjudkan pd plawanan 28 Julai nanti.

*ini baru pertahan, blm lg ckp psal pmain tgh & pnyerang. Pmain sayap rasanya dh ok.

Anonymous said...

Perlu ade org lama dlm skuad malaysia terutamanye bhgn pertahanan. Norhafiz n subramaniam boleh dipanggil.

Bro rizal, kau slow talk le dgn rajagobal. Izaq, ismail faruqi n fakri shaarani tu x ckp bgs utk skuad senior. Gugurkn aje diorang. Mahali n fadhli sas pun boleh digugurkn sbb main terlalu teruk.

Satu lg ckp le kat die jgn le nk bt experiment tukar taktik n masukkn player yg jarang main dlm 1st eleven bile ade game penting mcm mlm td. Aku x phm apesal ismail faruqi main tpt safiq. Pastu safiq main defend mid. Pastu kunanlan main belah knn.

Lagi pelik amirul hadi n abd hadi direhatkn. Bile diorang masuk baru malaysia main mcm biasa n dpt gol.

Singapore x berapa bagus sbnarnye. Cume player kite benarkn diorang brgerak bebas masuk dlm kwsn penalti malaysia.

Singapore lemah belah knn. Tiga2 gol malaysia sume puncanye dr belah knn singapore.

Semoga harimau bhm singa khamis depan!

Anonymous said...

My first eleven in BJ....(4-5-1 or 4-2-3-1)

Apek..Mahali, Fadli, Aidil Z, Azmi Muslim, Amar Rohidan, Gurusamy, Ashaari, Kunalan, Amirul Hadi & Safee Sali)

why gurusamy kene ada lam team? coz dia leh hold and mempunyai control ball yang baik...leh bantu denfend & serangan. he's better than amar or shakir sbb leh simpan bola. ashaari as attacking mid..hantaran jauh dia kemas..shot on goal pon cntek...xguna kita guna 2 striker klo bola susah nk smpi atas...better ramaikn midfiled..bila leh control midfiled kita mybe leh control game. klo cr ni x mnjadi..maybe leh gantikan hadi yahya & kembali ke formasi asal (4-4-2)..right back terpksa mahali, xde choice..helmi dfend duty bagus...tp serangan kureng...crossing pon xberapa cntik. azmi better than asrarudin dr segi defend duty..namun crossing dia kureng ckit...tp xpela..dfend lg penting skang..kita mmg berupaya hasilkn jaringan. hopefullu aidil cepat sembuh n jika HMalaya dpt pergi lebih jauh....mintak coach King R pilih balik pemain dia. Hopefully, dlm senarai 60 pemain yg didaftarkan...nama2 spt Subramanian, Manaf Mamat, khairy zainudin, Norhafiz, sabri abu, zairul fitri ada lam senarai....

Anonymous said...

apa pun dato K kena tukar tektikal..pihak lawan dah dah tau kelemahan defence m,sia.

Defence & tengah kena rombak ..penyerang kekalkan biar pihak lawan hanya fokus kat safi sali.

cari pemain tengah yang rajin naik dan turun membantu defence..

Anonymous said...

fikir mcm ni je.. red warrior the best kat msia skang ni.. y x dak sorang play utk HM? ramai lagi selain mat yo.. kdg2 saiz tu kalah kpd keberkatan.. soal berkat kena ambil kira wehh.. cari player kuat iman, amal agama wehhh.. ubah lah paradigma.. we have stars in red warriors.. star fizikal n spiritual

tokman said...

Benarkan saya membuat teguran yang membina....1. Semua penjaga gol yang ada sangat lemah dan cukup pendek. 2. Defence kita lemah sangat dan harap penyerang musuh buat kesilapan serta lebih fokus kepada pemain2 daripada bola. Ramai diantara pemain kita semangat main kasar kerana kurang skill dan takut simpan bola. Pasuan Arsenal, Liverpool dan Chelsea buka ukuran sebenar kerana mereka datang untuk 'warm-up' games saja....hanya jaga tak mahu kalah saja. Berapa juta FAM BAYAR MEREKA UNTUK LAWATAN TERSEBUT WALAU PUN DISPONSOR? Lebih bijak jika main dengan pasukan2/kelab2 professional daripada China, Jepun atau Korea untuk segi latihan lain kali kerana mereka main bersungguh2. Masalahnya FAM ni suka seronok sendiri!

Yusrizal Yusoff said...

I was dumbfounded & dissapointed the way we defended. Even Sharbinee was a letdown in goal even though based on current form he is a better bet than Apek.

The 2nd leg is not time for experimenting.No disrespect to Ismail Faruqi but I think King Raja should stick to players to such as Amirul Hadi. Its about time Ashaari Shamsuddin also got gets a start in the team.

King Raja has no choice but to stick with Fadhi & Muslim for the 2nd leg. Just a thought..how about Aidil playing in Amar Rohidan's role?

CIKGU_KLANG said...

subra sepatutnya digunakan utk bergandingan dengan fadhli shas...gabungan senior dan junior.gandingan muslim dan fadli terlalu mudah di perkotak-katikkan oleh pemain singapura dan hilang punca.gantikan amar rohidan dgn shakir...aku tak faham camno fakri boleh 1st eleven.dia dah lama tak main...rajagopal patut pilih pemain ikut prestasi semasa bukan pemain yg dia percaya boleh buat.muka sama jer main w/pun main ntah apa apa...dengarlah pendapat org lain wahai rajagopal..mana ashaari?bagilah dia main...come on lah KINGgopal..

Anonymous said...

call a spade, a spade.

Malaysia mampu main lebih baik. Back malaysia mampu main lebih baik. Tapi mereka lalai.

Jangan sampai rajagopal lupa kenapa tidak lama dulu kita kekeringan sokongan peminat didalam stadium.

tumpang tanya off topic, kenapa dah tak ada rebana besar macam dulu-dulu. Diharamkan FIFA ke?

Jika bukan semasa game, pukulan rebana besar sebelum kick-off mampu intimidate lawan...

kamar

Anonymous said...

salam bro rizal..

aku kurang paham dengan pertahanan Malaysia sekarang sangat mendukacitakan......keeper macam tunggul...sepatutnya kt tidak begitu mudah memberikan gol freekick yang sememangnye mudah untuk ditampan....aku lihat keeper masih tu tidak berada di kedudukan baik...beliau kedepan dan lagi satu harapan aku supaya TOLONG SANGAT2 JANGAN TURUN KAN PLAYER YANG BANYAK MEMBERI MASALAH KEPADA MALAYSIA kenapa..?? 1st aku lihat dari segi defend iaitu fazli shaz sangat tidak menjaga ruang dan selalu memberi tekanan kepada team MALAYSIA dengan melakukan banyak kesalahan so aku harap keeper and defend harus di rombak semula..dan lagi satu amirul hadi patut diberi main separuh masa kedua sahaja kerana beliau merupakan supersub yang paling bagus...jika beliau di turunkan kesebelasan utama...kemungkinan team MALAYSIA akan jadi team yang akan di kecewakan oleh musuh tradisi kita...biar kalah dengan indonesia tp tidak kepada singapura..

Anonymous said...

sy rsa pemain yg perlu ada adalah,,

1]subramaniam-pemain ni laju dan tahu ape prlu buat dlam keadaan kritikal....

2]azizi mat rose[yg ni ade potensi tp prgi men ngn t - team,,skrg da xform..]

3]nurul azwan roya[dia ni lju dan pndai men cross berbanding kunalan.atau gndingkn 22 ni..
hadi yahya kena men...amirul hadi kena keras lagi...mazuki yusof jgn....norhafiz jgn....matyo pn jgn....singapore da thu ape klebihan mat yo,,dia org da bersedia utk itu..farizal marlias mgkin...farisham pn ok tp bia dia men dri mnit pertama...

Anonymous said...

sy rsa pemain yg perlu ada adalah,,

1]subramaniam-pemain ni laju dan tahu ape prlu buat dlam keadaan kritikal....

2]azizi mat rose[yg ni ade potensi tp prgi men ngn t - team,,skrg da xform..]

3]nurul azwan roya[dia ni lju dan pndai men cross berbanding kunalan.atau gndingkn 22 ni..
hadi yahya kena men...amirul hadi kena keras lagi...mazuki yusof jgn....norhafiz jgn....matyo pn jgn....singapore da thu ape klebihan mat yo,,dia org da bersedia utk itu..farizal marlias mgkin...farisham pn ok tp bia dia men dri mnit pertama...

Robot Rosak Jiwa said...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau nak jawab tajuk entri ni, sape2 pun boleh jadi pertahanan..Yg penting, clearance tu hendaklah mempunyai sasaran atau tujuan. Bukan takat nk buang bola jauh2 jer..Fadhli,Muslim, Mahali dan kwn2 mesti lebih tenang dan jangan gabra..
Soal Sharbinee aku xnak sentuh..Sungguh mengecewakan..Langsung xde effort nak try save cubaan musuh langsung..huhu..

Aku doakan Malaysia mampu bangkit dan melunaskan hutang kita dgn Singapore nnt..

Aminnn...

Mr OS said...

Bro Rizal,

Sedikit tips nak menang Khamis ini.Kembalikan Khairul Fahmi kerana Sharbini hilang keyakinan di tembusi 5 gol.Zafuan bergandingan dgn Muslim,di mana Muslim sebagai stopper dan Zafuan sebagai sweeper.Selalu bertahan sam pai middle third saja striker Spore tak ada speed harap crossing.Pertahanan kanan dan kiri kena mengelakkan crossing.Utk itu kedua2 midfield kiri dan kanan kena saling membantu pertahanan tepi.Amirul Hadi perlu diturunkan utk menggantikan Safiq dan Badrul blh bermain di kanan dan Kunalan di kiri.Ketiga2 midfield ini sesekali switch position utk mengelirukan Spore.Safee perlu bergandingan dgn Hadi sbb Norshahrul mkin belum cergas dan dimasukkan awal masa kedua.Midfield kena beri selalu through ball keran Safee dan Hadi ada speed utk tewaskan Bannet.Dead ball situation mesti digunakan dgn baik oleh ZafuaN,Safee atau Badrol.Akhir sekali tumpaun 150% kepada perlawanan sehingga wisel penamat.Insyaalah,lawan akan dpt ditewaskan kalau di atas dpt di praktikkan.Malaysia 3 Spore 1.Selamat Maju Jaya.

duDE@lan said...

Salamzz

Nak suruh peminat2 msia memenuhi stadium tapi tiket ya allah mahal RM50 gstand, RM30 biasa.

Logic la sikit kalau letak harga tu. mayb bro rizal boleh highlight isu ni so that penuhlah stadium bukit jalil kalau game2 msia akan dtg..

cuba tgk spore harga tiket diorang SD7 dan SD 14.. murah dan practical kepada rakyatnya..

zeme said...

Salam Saudara Rizal,

Saya berpendapat Harimau Malaya amat perlu kuatkan pertahanan dan mantapkan bahagian tengah. Saya lihat kelemahan kita kerana tiada "key men" yang boleh handle barisan pertahanan sebaiknya. Saya berharap Rajagobal memanggil S.Subramaniam (pertahanan Kelantan) yang beraksi cemerlang sewaktu merantai Torres dalam perlawanan Chelsea tempoh hari untuk menjadi "key men" menggantikan Aidil Zafuan di barisan pertahanan.

Ya, bolasepak bukan kerana seorang tetapi kita perlu ada "key men" di setiap posisi yang boleh manjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain lain. Kenapa S.Subramaniam?

Kelebihan S.Subramaniam kerana setidak-tidaknya persefahaman beliau bersama Rizal Fahmi atau Farisham Ismail serta Khairul Fahmi (bersama-sama dalam pasukan Kelantan) menjaga gawang Malaysia menjadi kelebihan di barisan pertahanan.

Doa mengiringi kejayaan Harimau Malaya.

pelayar rimba said...

rancak sangat

Anonymous said...

salam...

rasa nya ini bukan kali pertama Dato Rajagopal cerita pasal defend...dari lepas game first dgn taiwan lagi dia dah cakap pasal defend...lepas tu main kat taiwan dia sebut lagi pasal defend...lawan arsenal pun sama gak...defend gak...lawan liverpool pun sama...dan kini lawan singapore lak...adusss...dah 5 game still bende yg sama...x kan tak de improvement langsung...bukan nak kritik tapi mintak di perbaiki je...

Anonymous said...

Asslammualaikum,

Bro Rizal...(my personal view)

Malaysian Defence.

The nation acknowledged the contribution of our defence during the AFF10. However, based on the current form our defensive are too weak to be in the first 11. Based on the league form, the two centre defence should have not be in the squad. Poor Sharbinie...most of the people blaiming him for the lost. But Fadli saas n muslim is the main culprit. Please wake up...they are others better and more hunger then this two poster boys. enuff is enuff, please put the AFF10 glory behind and move forward. Even John Terry/ Lucio will be drop if their form are bad. Please send fazli n muslim back to OKS to re groom..or re shape. Thanks both for the passed glory but the Malaya Tiger need to move on...Subramaniam (Kelantan) n Zamani would be the greater choice. IF Datuk K willing to use un tested Ismail Farouqi as a midfield for whatever reason, I think Datuk K should use subra n zamani for the same reason..

The Defeat...

It was a great start....25 second...boom..here we go, Mas Safee put us infron..after that...we start to play as if we are the one who are chasing the game....1 goal up...we should absort the presure n play a counter game (which bring us the AFF10)..we do not have a well balance squad...but we do have the unsang hero..K Gunalan who can kill those overaged lion full back. Well im not a certified coach..but im Malaysian...then the lion start to kill our ego...2-1...3-1...4-1.... but as a Malaysia...we still believe in Datuk K n Gang....we prays...we cry..we hope....

Second Half...

Oh noooo....the captain....never learn frm passed mistake... anyway,,we dont have much dead ball situation so that nite we will not feel the lost of our captain. A capitano...agrresive...dynamo....a genius in deadball...but must aslo use BRAIN...."Yang dok pi tokak kaki org buat apa?"..hahhaha..but lucky enuff K Gunalan and the rest pick up the pieces...and BOOMMM...we are 3-4 behind... good enuff to bring back to Bukit Jalil...But again...n again...our defence...muslim...look like a school boy when the old me duric show him "Football Defence 101"..

Enuff said....Already bought the ticket through ticket hotline...(which i have to pay extra RM10)...ready to pull up the socks...together with other 80,000 malaysian....Tanah Tumpah Darah ku...forget the defeat...fight back with pride...If we can make it...an achievement...if otherwise...it will be a good lesson.

TANAH TUMPAH DARAH KU....I'M MALAYSIA TILL I DIE...

P/s : a million thanks to the Ultras...Malaysian thanks n love all of you....fill up the curva....Malaysia till We die!!

Zulfikar "GSM" Amizan

pelayar rimba said...

first half (harimau dalam sangkar) musuh serang (tak leh wat apa)second half mula, harimau keluar sangkar deria bau pulak dah hilang (kad merah) selamat kuku masih ada, baru boleh terkam (4-3). taring baru nak keluar masa pulak dah habis, tunggu jer la taring harimau baham singa kat bukit jalil nanti.

pelayar rimba said...

first half (harimau dalam sangkar) musuh serang (tak leh wat apa)second half mula, harimau keluar sangkar deria bau pulak dah hilang (kad merah) selamat kuku masih ada, baru boleh terkam (4-3). taring baru nak keluar masa pulak dah habis, tunggu jer la taring harimau baham singa kat bukit jalil nanti.

Anonymous said...

fadhli tu umur dia bukan 22,tapi 20 lah.

Anonymous said...

defender kita sungguh lemah, striker umur 40an pun tak boleh kawal? carilah defend lain - Zamani & Subra masa lawan Chelsea OK kan?

Doctor Romario said...

Defence is still very young ...perhaps one or two experienced heads will stabilze them...Target...CLEAN SHEET :)

Midfield and Attack sectors were superb to go 3-4 with one two three touch football..many options and combinations here :)

Dont worry about Bozenko because i will personally mark him :)

We can look forward to Malaysia v Korea Rep...Malaysia v Iran and Malaysia v Jordan in the next phase.

ONWARD TO VICTORY MALAYSIA SUPER TIGERS !!!!! :)


Doctor Romario
For the Game. For the World.

Anonymous said...

salam sejahtera kepada semua

saya salah seorang peminat bola sepak yang betul2 rasa kecewa dengan persembahan dari pertahanan negara..
sejak menetang taiwan lg...lepas tu jumpa arsenal,dan liverpool tapi masih lg bermasalah pemain pertahann negara ini ketika dibelasah singapura...peluang tlah diberikan....tp masih tidak mnggunakan dgn bijak...kecewa sgt222....k rajagopal sptutnya sudah mmbetulkan kesilpn ini tp dia ttp dgn ego dia...ini team malaysia buknya team dia...
Rajagopal sekali lagi buat eksperimen pada perlawanan penting...Safiq Rahim main defensive midfielder? apa fungsi Fakri Saarani? kenapa simpan Amirolhadi dan lebih rela guna Fakri yg gagal bermain baik sejak perlawanan menentang Taiwan? Sharbinie kenapa xde usaha langsung utk save bola?

saya harap khairul fahmi dimasukn bila jumpa singpura utk scond round nnti...dia berupaya bertindak sbgi ketua dibahagian pertahanan.... norhafiz zamani misbah, subramaniam,aidil perlu dimasukan....

malas dh nak komen...kecewa sgt

Anonymous said...

lu nie rizal nak salahkan defender pulak...main satu team...yg dah x boleh nak jaringkan gol tu...cepat2 le turun bawah...lu ingat diaorang tu mesin control...lu mcm akal x dak....Datuk K tu dah ketandusan idea, naik motor suzuki je dah lupa yg motor yamaha @ honda boleh lebih laju dari suzuki....lupakan lah bolasepak nie...pembaziran duit rakyat....fikirkan lah wahai RAKYAT Malaysia....

Muse razak said...

Bukan kesilapan Dato' K. Rajagopal 100%. Mungkin ada satu dua tetapi bukan untuk keseluruhan pasukan dan taktikal perlawanan. Saya antara beberapa ratus orang yg menonton perlawanan di Stadium Jalan Besar. Jika kita tengok secara live kita tak nampak apa yg sebenarnya. Kita hanya nampak keadaan di kaca tv sahaja. Apabila saya menonton di kaca tv banyak sekali pendapat yg rasanya tak perlu Dato' hiraukan. Dlm banyk2 komen saya sangat setuju dgn komen dari saudara Amar. Mungkin saudara Amar turut berada di stadium malam itu atau mungkin beliau seorang pemikir yg baik dlm bolasepak negara.

Apa yg saya lihat pemain Singapura ini suka menghantar bola tinggi. Bola rendah pula hantarannya laju. Ini kita faham krn pemain mrk dah biasa dgn keadaan padang dah dapat menjangka kelajuan bola sesuai dgn larian dan gerakan yg akan dibuat. Berbanding pemain kita yg kurang yakin semasa menerima bola mungkin disebabkan kurang mahir keadaan padang untuk menjangka lantunan dan kelajuan bola. Hanya pada separuh masa kedua baru kita boleh lihat Kunalan membuat gerakan dan larian dgn bola. Kami di dlam stadium jelas dapat melihat apabila Kuna,Safee atau Hadi mendapat bola mereka perlu menunggu bola bergolek atau mengawal dengan satu sentuhan dahulu sebelum memulakan gerakan. Ini yg dikatakan pengetahuan ttg keadaan padang dan itu yg digunakan sepenuhnya oleh pasukan Singapura.

Bukan nak mendabik dada atau keyakinan yang melampau, saya percaya Insya Allah jika Singapura bermain seperti mrk bermain di Stadium Jalan Besar, mereka akan kalah. Pemain import mereka tak banyak berlari. Maksud saya hanya apabila bola dihantar kepada mereka baru mereka lari. Separuh masa kedua kita lihat pemain kita mula mengawal bola dan berlari. Apa yg penonton tak dapat lihat di tv, pemain import mereka tercungap dan jelas menujukkan isyarat keletihan. Kita hanya nampak mereka seperti hebat apabila memegang bola melalui tv. Itu yg perlu dieksploitasikan oleh Dato K. Apapun saya berasa sangat kecewa dgn persembahan sharbinee yg langsung tak dapat menyentuh bola apabila bola menuju gawang. 4 gol singapura adalah 4 percubaan tepat ke arah pintu gol yang terus mendatangkan gol kpd mereka. Sangat mengecewakan. Selain daripada itu ada 2, 3 pemain yg saya percaya Dato' K telah mengenalpastinya. Saya cuma minta jgnlah krn satu persembahan yg buruk mrk terus dikecam. Kita bagi mereka komen dgn semangat bukan dgn menghina. Nak tergelak pun ada. Tak sampai sebulan Sharbinee jadi hero selamatkan penalti, dia dipuja bagaikan pahlawan bila satu perlawanan dia out, terus kutuk bagai nak rak!. Mmg Sharbinee out mlm tu, saya akui. Minta Dato' K nilai balik keeper atau do something yg positif utk keeper dan bukannya menghina dan mengutuk individu tadi. Tak betul ni. Pada saya peminat je ni adalah oeminat yg digelar "glorious hunter'. Tak lebih drpd itu. Bila memang puja, bila kalah kutuk. Yakin 100% mrk bukanlah penyokong dr kelompok Ultras Malaya!!

Anonymous said...

Hi

Firstly, it is a pleasure to watch you in the show "Dengan Izin".

We need to change our defence players. Too many goals have been let in easily. It would be good if the defenders from Chelsea could be given a chance.

Whatever it is, we cannot let in even one goal in our chase for the two goals that we must score. Datuk K has to go for broke to ensure we win. I hope coach Datuk K reads your blog.

Lastly, keep up your good work in providing opinions.

Jo Ghazali said...

Sdr Rizal,

Pada pendapat saya, pertahanan sememangnya merupakan punca kekalahan besar malam kelmarin. Malahan, Safee dalam temubual bersama TV menyatakan bahawa benteng belakang HM rapuh dan mudah ditembusi.

Cuba lihat gol pertama Duric, di mana Muslim dan di mana Fadhli? Gol Mustafic, mana komunikasi Muslim dan Fadhli?

DKR mungkin betul mengenai dia mengenali para pemainnya. Tetapi apa yang berlaku ketika ini, para pemain berasa selesa dengan diri mereka. Asra tahu dia tetap akan main walaupun bermain dengan buruk. Amar tahu dia akan berada dalam padang walaupun dia bermain buruk. Fadhli tahu dia akan bermain walaupun permainannya seperti tahi.

Kenapa? Mudah.

Kerana DKR telah membuatkan mereka selesa di posisi masing-masing. Ashaari tidak diberikan peluang, Manaf dipinggirkan, Joseph Kalang ditinggalkan, Subra disisihkan. Sedangkan mereka semua sedang dalam prestasi terbaik dalam liga. Reputasi mereka sudah terbukti.

Apa guna Fakri dalam pasukan sedangkan prestasi beliau ke longkang?

Geram rasanya kalau difikirkan lanjut. Bottomlinenya, DKR perlu push para pemain supaya tidak berasa selesa dengan jaminan mereka dalam pasukan. Kalau tidak, kita akan dapat melihat kekalahan demi kekalahan bermula daripada perlawanan di Taipei.

Maaf, agak emosi sedikit.

Anonymous said...

aq nk cdngkan FAM bwat satu pdng sentetik kt mlysia khas utk team HARIMAU MALAYA belatih bg hadapi plawanan yg gune kn pdg truan ni klau da maen kt world cup mne ad lg pdg ori dorang sume maen pdg truan jd wat lar pdg truan sbjik mlysia ni kan bsr...

Anonymous said...

saya pilih subramaniam, daudsu

Anonymous said...

nampak macam rajagopal x buat homework....kesilapan sama berlaku dalam 5 match terakhir... saya yakin perkara ini akan berlaku di lagi di bukit jalil khamis ini...

Loose Gunner said...

hgkj

Anonymous said...

Yup..kenapa pemain skuad terengganu yg tunjuk kehebatn musim ini tak dipanggil seperti manaf mamt, joseph kallang?. kenapa ashari hanya diletak di bangku simpanan sedangkan dia memainkan peranan penting dalam AFF Cup yang lalu? Lupakah kita betapa Ashari byk buat hantaran yg baik untuk safee selain dia juga pantas sambar peluang.

Kita amat perlukan penyerang seperti Mat Yo yg bijak cipta peluang untuk rakan-rakan.

Pelik...kenapa Fakri Saarani diletakkan dlm kesebelasan utama? prestasi dia dlm Liga Super teruk..(penyerang yg tak menjaringkan gol)

Anonymous said...

DEFEN MAN TO MAN MARKING SANGATLAH HAMPEH LG X ALERT..AQ PUN HERAN SEBAB AP MENDE NI JADI CAMNI...X BELAJAR DR KESILAPAN...MUNKIN FAKTOR PDG?..ATAUPUN SAIZ FIZIKAL @ KREDEBILITI PEMAIN IMPORT LAWAN....TP MEREKA DH BELATIH D SLOVAKIA...BETEMU KELAB BPL....YG NYATA FAKTOR KEPIMPINAN DN MENTAL STRENGT PERLU DITERAPKAN DLM PEMAIN MUDA NI...

Anonymous said...

masalah team kita dalah raqmai player yg x sepatutnya ada tp bleh ad lm team.trus terang ako ckp sharbinee,mahali,muslim,fadhli n asrar mmg hancur.kita prlukan center back yg kuat seperti zamani n subra.midfield pn sama.kunalan,amar mmg x bleh pergi.ako pn heran cmner fakri boleh main.cmner striker yg x score gol dlm liga tempatan boleh main national.patutnya tempat amar tu shakir yg main.tmpat kunalan ashari yg main.kunalan msalahnya jd wing tp x leh cross.harap laju jer.laju pn kalo bodoh x guna gak.semua nk harap safee mmg susahla.disini nmpk dh kebodohan rajagobal lm pilih player.patut msia main ng 4-4-2 dengan apek,daudsu,zamani,subra and p.gunalan.asrar ng selangor pn x main first team.ako xpaham la ng rajagobal ni.tengah plak amirul main flanker kanan n nurul azwan roya main kiri.syakir n arul perak cover tengah.safee n hadi main striker.second half ashari leh main ganti hadi.we need goal n speed.buat aidil bg ako dia x de tempat lm team.harap glamer jer lebih.main x bagus mana pn.suka wat clumsy tackle...ako harap kita leh menang ng singapore nt for 2nd leg.tp ako dpt rase singapore ak main kaw2 nyer defend iaitu parking bus.sorang jer ad lm kawasan msia.then kalo kita x lepas ng spore mlm tu rajagobal anda dengan hormatnya dipersilakan resign.kalah dengan team EPL ako leh trima tp dengan spore dengan cara x melawan n defend hancur anda bukanlah yg terbaik buat kami.kami perlukan jurulatih yg sentiasa update tacticalnya dan juga yg pandai menilai antara kaca dan permata.
p/s ako harap msia ak menang tp hati kecilku berkata setakat ini sajelah perjalanan kita bg pusingan kelayakan wcup ini

ayamserama said...

setuju dengan pendapat seorang di atas berkenaan dengan tiket. rm50 untuk grandstand? sape yang nak pergi stadium kalau harga mahal macam tu? FAM dan pihak penganjur pun agak2 la..kalau granstand rm30 dan seat biasa rm20 pun kira dah ok..FAM perlu ingt majoriti penonton yang pergi stadium adalah pelajar2 ipt ataupun mereka yang baru sahaja berkerja.mana la ada duit nak belanja rm50 untuk tgk bola, belanja minyak dan pengangkutan pun x termasuk kira lagi tu...

pasal team malaysia sekarang, saya rasa memang ramai dah pun bagi pendapat tentang kelemahan dalam pasukan kebelakangan ini, iaitu di bahagian defense. jadi x perlu la saya ckp byk pasal kelemahan ini/

cuma kalau harimau malaya dapat masuk pusingan ke3 kelayakan world cup, saya harap coach dato k.rajagobal dapat membuat beberapa pertukaran pemain la.

penjaga gol: khairul fahmi dan sharbinee perlu kekal. mereka 2 yang terbaik yang kita ada..cuma farizal marlias perlu kembali dalam skuad untuk memeberi cabaran. farizal baru berusia 25 tahun, masih muda dan layak beraksi untuk pasukan negara.

pertahanan: mahali, aidil, muslim, fadli shahs, asrarudin boleh dikekalkan. tetapi beberapa pemain senior perlu di panggil untuk membimbing pemain-pemain muda ini..norhafiz zamani, s.subramaniam, marzuki yusof, sabree mat abu, farisham ismail dan azizi mat rose perlu di beri perhatian dan mungkin dua atau tiga dari nama terebut di masukkan dalam list pemain.

tengah: pemain-pemain dr skuad olimpik nampaknya lebih berani lari dengan bola berbanding sesetengah pemain-pemain dato raja..wan zack haikal, wan zaharulnizam, irfan fazail, gary seteven robbat, serta fandi othman boleh dipanggil..amirulhadi zainal, safiq rahim, amar rohidan, k.gurusamy, s.kunanlan, dikekalkan tetapi pemain-pemain seperti ashaari shamsuddin, shakir shaari dan badrol baktiar pelu di beri lebih peluang oleh coach. mana ashaari ketika menentang singapore? yang nyata dia lebih layak berada di atas padang berbanding ismail faruqi mahupun ahmad fakri sarani atau izzaq faris ramlan..juga mahu lihat pemain seperti nurul azuan roya, famirul asraf sayuti, joseph kallang tie di beri peluang untuk beraksi.

penyerang: satu posisi yang mungkin tidak perlu banyak perubahan. gandingan safee-norshahrul adalah yang terbaik kita ada. hadi juga banyak improve dalam masa setahun ini dan layak berada dalam pasukan negara..

Anonymous said...

...masih tidak faham,tidak faham,dan tidak faham kenapa coach masih kekalkan fakri saarani,ramai lagi striker yang bgus n tip top condition kt liga super mcm manaf mamat dan lain2.berikanlah peluang mereka yang form betul2 dlm liga.harap ad perubahan dalam line up.ashari sampai bile mahu jadi sub je.coach,moga dapat terima pandangan kami sebagai peminat.1 orang pandangan tidak sama dengan 80,000 orang pandangan. TOLONG jangan hampakan harapan BERJUTA rakyat malaysia.ayuh same2 doa semoga MALAYSIA layak ke peringkat seterusnya.ameen~~

fawaz_budiman said...

Bila bercerita pasal defence, not necessarily kita blame the defender.. bagi aku nombor satu kelemahan adalah kegagalan kita menutup ruang dibahagian midfield... 2 international game malaysia (actually sejak dari AFF lagi) aku tgk midfield kita tenggelam.. player2 midfield lawan bermaharajalela dalam kawasan midfield.. bebudak kita tgk ajer.. so bila midfield diorang dah dekat dgn kawasan gol, baru kita sibuk nak defence.. so kat situ kesilapan paling besar bebudak kita sebenarnyer... bila barisan serangan dan midfield lawan dah terlalu dekat dgn kawasan bahaya, defence kita (yg kebanyakannyer bebudak lagi) akan rase tertekan dan kat situ ler mulanyer segala kesilapan... memang sepatutnyer kita mesti ader sornag (sekurang2nyer) veteran defender utk baca game and lead the defence line.. tapi midfield kita mesti terlebih dahulu diperbaiki.. sebab keje midfield bukan sahaja utk menyerang tapi jugak sebagai early defence dan ini sgt penting.. renung2kanlah....

Anonymous said...

Berjuta pendapat.Ada nasihat yang membina.Banyak yang mengeji, memaki hamun malah ada yang mengaibkan.Mungkin setiap orang rasa bahawa pendapat dia yang betul. Walau apa pun yang terjadi -kalah menang seri - saya tetap menyokong mu Harimau Malaya dan Harimau Muda. Kalah dan menang adat pertandingan. Tak semua yang dirancang atau dimahukan akan dicapai. Cuma saya berdoa bahawa pemain2 Malaysia akan menemui kemenangan.Kecewa? Memang, bila kita kalah di Singapura. Tapi saya tak menghamburkan perkataan yang negatif mengenai pemain kerana saya percaya mereka telah mencuba sedaya-upaya.Kata-kata adalah doa.Jadi saya nak mintak yang baik2saja.Insyaallah, berkat dengan doa penyokong setia HM, kita akan berjaya. HM, Jangan biarkan kata-kata negatif menjatuhkan moralmu. Ayuh bangkit dan buktikan keupayaanmu.Semoga kita berjaya mara ke pusingan ke-3 dengan mencapai kemenangan yang besar.Amin..

Anonymous said...

Sekiranye malaysia gagal dlm pusingan kedua piala dunia ni, rombakan besar - besaran perlu dilakukn dlm skuad kbgsaan terutamanye keeper n bhg prtahanan. Tapi jika rajagobal masih lg gunakn pemain yg sama jgk lepas ni skuad negara bkl brdpn dgn masalah. Xkn kemana. Mgkin rajagobal juga akn kene terajang keluar dr jd coach malaysia.

Argentina, italy, england, brazil, perancis merombak pasukn diorang sebaik shj gagal masa piala dunia yg lepas. Ramai star ditendang keluar walaupun mereka dikatakn hebat utk kelab. So, rajagobal perlu melakukn sesuatu lepas ni.

Jgn terbuai mimpi lg dgn pingat emas sukan sea n piala aff. Perkara tu dh lepas. Must go forward.

Tiger Mizie said...

Rizal,

Maybe you can remaind KingGopal yg asyik2 ckp defend tu adalah defend yg menang AFF. Dia lupa ke prestasi pemain2 tu tak sama langsung walau jasad adalah sama. Kalau dia asyik ckp lagi
inform dia saya kasi dia perumpamaan.... Kalau budak sekolah masa form 3 dpt 7A tapi SPM dpt 3th Grade,
dpat tak budak sekolah nie masuk University (Kejayaan)

Anonymous said...

jurulatih da blh tkar ni....time2 cm ni la kta prlukan jurulatih yg ada passion....irfan bakti calon paling sesuai...jurulatih yg berasal dr kelantan ini mmpunyai passion dan tegas dgn pemain.....lihatlah bagaimana dia membawa trgganu sebagai juara piala FA dan naib juara liga super....

Norman said...

Salam Bro..

"Kita bermula dengan PENJAGA GOL..."(Clude Le Roy). So, tidak sepatutnya Sarbinee dimasukkan pada perlawanan genting hari tu. Tugas penjaga gol bukan hanya menjaga gawang, tetapi meng'control' barisan pertahanan. Lihat apa berlaku ketika M'sia vs Lebanon. Dengan 'APEK' di gawang, beliau berjaya meng'control' barisan pertahanan walaupun tidak kurang setengah jam Lebanon terus terusan menyerang. So, pada pendapat wa, tolong kekalkan barisan pertahanan; Mahali, Muslim, Fadhlisas, Asyarudin Putra. Tetapi tolong mainkan kembali APEK di gawang. Past2 player seperti hafiz zamani, hairuddin omar, etc tolong la jgn diserapkan kembali jika tak mahu Team Malaysia kembali ROSAK seperti zaman akhir 90an dan pertengahan 20 an. Thanks

skarface said...

Tuan Loose Cannon,
Saya berharap tuan dpt menyampaikan concern & pendapat saya kpd D. Rajagobal, cari dia dlm FAM website, facebook & twitter takde.

Moving forward, saya ingin memberi pandangan saya kpd strategi kita pada perlawanan di Bkt Jalil. Oleh kerana Duric seorg yg powerfully built dan kuat di udara, kita patut maintain a high defence line , menjauhkan dia dpd kotak penalti. Tetapi dlm masa yg sama, midfield juga perlu lebih pressing, lebih2 lagi kpd Mustafiq yg menjadi deep lying playmaker spraying passes kepada winger kiri dan kanan sewenang2nya. Kebanyakan org berpendapat bahawa kita perlu letak defensive midfield di depan defence tetapi sebenarnya kita perlu seorang midfield yg ada work rate tggi dan mmpunyai defensive qualities di barisan hadapan pasukan Msia utk menghentikan Mustafiq. (lihat Copa America Final : Uruguay vs Paraguay, Arevalo mengganggu Ortigoza) ataupun El-Clasico (Real Madrid vs Barca, Pepe menganggu Xavi). Bila Amirul dan Hadi masuk second half, Mustafiq tiba2 tidak menonjol kerana Hadi dan Amirul yg masih segar bergilir2 mengganggu kerjanya. Kita juga memerlukan def midfield yg PEKA terhadap larian2 midfield from deep, terutamanya no.14 (lihat gol ke 4 vs Msia) dan kadang2 Mustafiq juga membuat larian (lihat gol ke 3 vs Msia). Tengah perlu pressing dan close down bola cepat. Jgn beri peluang mereka utk mengangkat kepala dan membuat hantaran. Second striker, (kemungkinan Hadi) juga perlu bekerja keras utk close down cepat bahagian midfield.

Wingers juga memerlukan mereka yg mmpunyai defensive qualities & stamina tggi kerana Xiu Li & Jia Yi agak tricky dan rajin. One on one dgn defence kiri or kanan selamba je diorang tapau. Walaupun Mahali mempunyai rekod pertahanan yg boleh dipertikaikan tetapi cross from deep dia agak berbisa. (lihat goal tanduk Safee vs Indo AFF Final & gol Hadi vs Spore baru2 ini). Saya suka dia dipasangkan dgn Amirul kerana Amirul mmpunyai defensive qualities (sampai Rajagobal memakainya utk jadi right back vs Taiwan di Bkt Jalil) so mereka boleh saling lindung melindungi. Juga kerana cross from deep Amirul juga boleh pakai. Safee memang gemar score dari crosses from deep (lihat juga gol lipat di Pelita Jaya from deep freekick). Ini juga membawa maksud, Amirul dan Mahali tak perlu membawa bola nun jauh di byline sebelum cross. Mahali dan Amirul hanya perlu membawa bola ke 3/4 padang sebelum cross. Ini sekaligus menguatkan defence kerana kurang player commit jauh dari kawasan Msia dan mengecilkan jarak antara Amirul dan Mahali supaya mereka boleh bekerjasama dgn lebih dekat dan membuat short passes yg kurang risiko antara mereka. Juga, menjimatkan tenaga mereka dan fokus lebih tenaga pada defending.

(p/s : Minta maaf, tapi memakai fakri sarani di winger tempohari merupakan kesilapan kerana fakri kurang defensive qualities (dia striker), so dia tidak byk membantu Mahali. Juga dia jarang dan/atau kurang kualiti dlm crossing serta selalu naik ke sampai hujung padang (byline) tanpa end product. Ismail faruqi juga tidak byk membantu, kebanyakan defensive worknya secara separuh hati sahaja).

skarface said...

Sambung..

Di belah kiri, boleh dikekalkan Kunanlan. Oleh kerana dia right footed & laju serta rajin, dia boleh diberi peluang utk cut inside from flank dan link up dgn Hadi dan Safee (lihat gol kedua Safee vs Spore) atau/dan midfield. Dia juga mmpunyai incredible fitness level dan rajin menolong defence.

Dgn kedua flanks membuat kerja2 mencari gol, kita memerlukan simple passing midfields yg boleh melorongkan bola direct dan simple (kurang risiko) kpd pemain2 sayap kita. Tak perlu risky thru passes dan gung ho running midfielders (gung ho pressing takpe), just simple passers. Mereka boleh direlievekan dari kerja attack & boleh menyimpan tenaga utk melakukan closing down yg cepat dan high pressing kpd midfield lawan (terutamanya kepada Mustafiq) dan juga tracking back midfield runs (terutamanya no.14) dan juga mark attacking midfield mereka.

Besarlah harapan saya kalau saranan ini dapat disampaikan ke D Rajagobal. Terima kasih Tuan Loose Cannon.

balok gengster said...

saya hanya hairan kenapa norhafiz zamani misbah dan marzuki yusuf tidak di senaraikan ..? pertahanan yg ada skrg sangat longgar..striker singapura dah sebaya ayah saya pun tak dapat kawal..saya tak boleh terima gol ketiga dan gol ke lima..paliing tidak masuk akal muslim hanya membiarkan sahaja tanpa ada usaha tuk menghalang ...

Anonymous said...

setuju dengan pendapat fawaz dan alfazril. football is a team game. semua kena tolong sesama mereka. bak pertahanan ashley cole dan bosingwa (pertahanan chelsea)tolong melancarkan serangan. Dan jugak (jerman) khedira dan sweinstiger(betul ke eja ni?) dibahagian midfield menangkis bola sebelum sampai ke box. sampaikan messi pun tak boleh nak lepaskan killer shot(WCup). sudah-sudah lah tu salahkan sesiapa pun.bagilah kata-kata semangat pada pemain supaya bila depa baca komen taklah demoralized.kita kena suruh mereka terapkan semangat hormat menghormati dan saling mempercayai sesama mereka.jangan ada yang salahkan dan menuding jari sesama sendiri bila team lawan skor.Come on HM, fikirkan Malaysia boleh!!! Be optimis!!!

Anonymous said...

Agree! mantapkan pertahanan.. maaf nk highlight blhkh tuan rizal bukak topic mcmane nk dptkn lbh 1 gol.. lots bincang ape kelemahan singapura utk dieksploitasikan sehabis mungkin.. 1st fan all out, 2nd formasi ape nk guna sbb singafake(pura) pasti akn park d bus n counter..

Anonymous said...

diharap zafuan dpat ganti position syafiq rahim...position sebenar zafuan adalah di bahagian tngah..

datyap said...

Sekiranya skuad Malaysia gagal ke pusingan ketiga disebabkan kesilapan defend lagi pada hari khamis ni, maka wajarlah Datuk K Rajagopal melepaskan jawatannya sbg coach team Malaysia....

Unknown said...

Pada saya kekalkan defend semasa perlawanan dengan singapura...Mahali...Muslim ..Fadhli...dan Asaruddin...atau Azmi Muslim...kalau kita perhatikan mereka kaya dengan pengalaman walaupun masih muda...tapi tak salah kalau serapkan subra dan hafiz zamani...kalau fadhli dan muslim tak menjadi...tapi takkan nak keluarkan kedua-duanya...mungkin salah seorang dari mereka...jangan lupa Aidil Zafuan tonggak belakang yang mampu hasilkan Gol...mungkin Aidil dengan Fadhli dibahagian tengah...

abh said...

My Choice for defending :

Subramaniam - Kelantan
hardworking defender

Azizi Mat Deros - T team(former kelantan defender)
No nonsense tough tackling defender

Marzuki Yussoff - Terengganu
Tall, physical presence, and can read the game well

Rizal Fahmi - Kelantan
Good in the air

abh said...

Rizal,

Antara sebab kita agak bercelaru di dalam pemilihan pemain adalah, adanya friendly games menentang EPL team. (Arsenal and Liverpool)

Saya tahu, pemilihan pemain untuk 1st eleven tempoh hari banyak bergantung kepada performance pemain ketika menentang EPL team. games hanyalah games untuk show, game untuk exercise (fitness) for them. Mereka bermain 60% kesungguhan, kerana belum fit dan takut cedera.

Ada pemain Malaysia yang walaupun sekian lama sebelum ini bermain baik di dalam liga tempatan, bermain kurang baik ketika menentang EPL teams.

Pemilihan berdasarkan prestasi ketika menentang EPL teams adalah tidak tepat sama sekali. Friendly matches sebegitu tidak sesuai dengan masa. Misleading. kalah 3-6, tetapi coverage newspaper seolah olah macam dah menang.

"boleh score 3 goal lawan Liverpool, setakat lawan import Singapore kira kacang butir". misleading.

Sepatutnya highlight "kenapa bolos 6 gol ketika menentang Liverpool". Must be the defending problems, but at the end, Khairul Fahmi not fielded in the first game against Singapore.
Misleading

Lagi sekali saya katakan, pemilihan pemain berdasarkan prestasi pemain ketika menentang game EPL(game suka2, nak glamour, dapat shake hands dengan Torres etc) adalah pemilihan yang salah.

Btw, friendly lawan Thailand, Korea, Jepun adalah lebih memberi manafaat. baru betul betul test power.

Salam
ABH

Wdhyy Xdds said...

apahal coach tu nak dengar cakap kau? cakap macam bagus lah lu ni rizal hashim. esok2 tulis lah suruh letak nicol david kat tengah padang. harap2 coach tu dengar cakap kau. jangan bangga dengan pengalaman menulis kau tu. asyik cakap benda yg sama aje. bosan lah bro!

abh said...

My opinion,

Left flank, I would go for Nurul Azwan Roya, why not, he i one of the few key players for Kelantan(Champion), he is fast, he doesnt cut inside as often s Kunalan, but being a left legger,his crosses are very good, he can curl it low and hard across the goal)danger area), this is very very important for any team.

Strikers Norshahrul, Safee Sali and dont forget the brothers from Negeri Sembilan (kembar from N9, which are now injured (one is a striker , another one is a defender). We have not seen the sriker for quite a while due to injury. With the trio, I tell you, we have a potent strikeforce bro.

On the right, I would go for Norfarhan (T Team). He is strong, quite fast, confortable running with the ball, provide good cross, very involving and dynamic.

Midfield, Shafiq Rahim and the other one from Harimau Muda, now in Slovakia(forgot his name,)and I would put Shakir of Kelantan because he is very composed, can passed the ball well, doesnt give the away the ball cheaply, being a defensive midfielder, hen can help to cool down the play, this can help the defense (I catogorize him as an unsung hero)

Defence, Aidil, Azizi Mohd Derus(T Team, in case you guys are wondering, Azizi who?), These two provide stability at the back, and the other two, Marzuki Yusoff and Rizal Fahmi.

Not a bad line up right??

SK TOK MOTONG said...

To En Rizal..

Saya rasa dlm hal Coach Raja dia ada 2 fenomena:

1-Coach terlalu berharap sangat pada aidil, sbg bekas Kapten aidil amat cemerlang berwibawa dan mempunyai sifat kepemimpinan yg tinggi.. Dia sanggup membawa Aidil ke Kota Singa dan bermain di bukit Jalil walaupun dia tahu aidil injured.. Malangnya semua hancur bla aidil x dpt bermain spt sepatutnye dan strategi serta taktikal dah jd kelam kabut bro.. Sama lah mcm shafik dan mat yo x leh main...

2- Dalm pd itu juga Coach mgkin pikir pemain2 yang ada pengalaman, boleh main tp bermasalah dlm stamina serta kecergasan spt Marzuki Daudsu Farisham Rezal fahmi dll.. Bg dia dgn meletakkan Fazli Muslim dan Asharudin serta Mahali yang mempunyai kecergasan yg mantap serta dapat membantu pasukan skuad Olimpik Datuk(bakal) Ong Kim Swee.. mahali bermain baik spt subri sulong dlu namun lambat utk turun ke bawah...Bg saya apek dah bermain baik(biarpun putus tunang)namun pertahanan hancus habislah nkita.. Macam saudara rizal kata kalau rumah kta x kukuh mcm mana nak masuk rumah org.. Jadi dlm hal ini kita memerlukan Kapten yang berwibawa serta pasukan pertahanan yang bijak dan kreatif spt John Terry dan Puyol... Jadi insyallah dlm liga yang akan datang kita akan dapatkan mereka.. Seoarang pertahanan boleh mengawal kawan2nye utk bertahan dengan emerlang.. itu yg mesti bro..

Anonymous said...

abg rizal..bg saya defence seperti KHAIRUL ANUAR BAHAROM(SELANGOR),SUBRAMANIAM(kelantan),AZIZI MAT ROSE(t team)MARZUKI YUSUF(TERNGGANU) mampu diselitkan di dalam skuad kebangsaan kerana mereka mmpunyai pengalaman yg bnyak ..walaupun boleh diktakan veteran tetapi kemampuan one to one ,delay ,size dan mampu mengawal benteng dengan baik...