Monday, July 18, 2011

Kosong dari Kobe

Zaman aku buat reporting olahraga dulu, banyak kali story aku pergi muka belakang...

antaranya kepala tajuk muka belakang Berita Harian - Khalid lembutkan hati Shanti - tak silap 1994 apabila bekas Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Datuk Khalid Yunus memujuk ratu pecut G. Shanti supaya jangan bersara. Pada 1998, muka belakang the Malay Mail - Junket Junkies (maksudnya kaki jalan/makan angin percuma), aku menulis mengenai sikap sesetengah pemimpin KOAM sekadar suka makan angin temankan atlet ke misi luar negara, membentangkan nama-nama dan destinasi mereka. Juga beberapa bulan sebelum Sukan SEA Jakarta, atlet ancam boikot jika elaun mereka tidak dinaikkan...back page macam biasa...story scoop...


aku dengan Roslin Mat Tahir bersama Watson Nyambek di Indonesia 2000

Aku juga meliput empat Sukan SEA (1995, 1997, 2001 dan 2003), dua Kejohanan Olahraga Asia, atau lebih dikenali sebagai Asian Track and Field championship (ATF) walaupun nama rasminya Asian Athletics Championship pada 2000 di Jakarta dan 2003 di Manila, satu kejohanan remaja Asia di Bangkok pada 2002, Sukan Olimpik di Athens pada 2004 dan Sukan Asia di Doha pada 2006, memberi aku sedikit sebanyak gambaran siapa ikhlas, siapa culas dalam keluarga olahraga tempatan. Contacts aku tidak terhad kepada olahraga tempatan, bahkan kenal rapat dengan kebanyakan pegawai Asia...


Aku dengan Anat Ratanapol, juara 100m pecut Sukan Asia 1970 dan 1974...di pejabatnya di Bangkok

Kegagalan kontinjen negara untuk membawa pulang sebarang pingat daripada edisi terbaru Kejohanan Olahraga Asia cukup mengecewakan, lebih-lebih lagi apabila rekod menunjukkan sejak Ishtiaq Mobarak Sher Ahmad (110m lari berpagar), Nashatar Singh (rejam lembing) dan Gladys Chai (lompat tinggi) memenangi pingat perak manakala Ismail Yon gangsa dalam acara masing-masing di edisi sulung di Manila pada 1973, kita tidak pernah gagal menuai pingat. Bahkan, Khoo Cong Beng (20km jalan kaki - 1975), team 4x400m pada 1981, B. Rajkumar (800m - 1985), Nur Herman Majid (110m lari berpagar - 1991) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi) serta Roslinda Samsu (lompat bergalah) (2007) tergolong dalam kelompok elit atlet negara yang mengutip emas sepanjang sejarah kejohanan.

Dari Kobe, isu terbaru, baca laporan Kosmo di sini

7 comments:

Pecinta olahraga said...

Apa dah jadi dgn sukan olahraga? Pihak berkuasa tak putus2 menyalahkan atlet dan tidak pernah saya membaca ulasan positif atau mengalakkan dr pihak KOAM.
Dah lah kes lari dr doping tak diselesaikan dan pihak KOAM sendiri sponsor atlet tu di Bulgaria......ini merupakan kesalahan yang besar, tak kira doping tu nanti positive atau tidak.
Pihak Koam tak pernah ada system yg sistematik untuk pembangunan sukan olahraga. Rasanya sudah dua dekad atau lebih org yang sama dlm persatuan dan ada yang dah dikeluakkan- Karim- boleh masuk balik dlm jawatan yg lebih tinggi.
Ramai pihak, termasuk bekas atlet, bekas jurulatih atau terkini dah sangat kecewa dgn pihak Koam terutamanya dr segi pengurusan dan pembangunan atlet.
Ini merupakan punca utama sukan olahraga tercundang.
Jika tiada tindakan atau perubahan diambil, saya pasti kita akan lihat lebih banyak prestasi merosot dr sukan olahraga.

Anonymous said...

dah baca article kosmo bertajuk : "Norseela terpaksa bersendirian"... setuju and rasa kesian kat Norseela, tanpa coach, mmg akan kehilangan satu faktor yg penting for success. one may be able to have good nutrition, good fitness, good mentality, dicipline and attitude towards training, but as one factor is not present, such as in this case, a coach for guidance.. seorg atlit tu tak dpt capai performance yang optimum! perhaps MAAU, should not neglect helping our in any way to show some support. Scr umum, keputusan dan performance malaysian athletics' tng merosot over the years, WHAT IS the CAUSE ? tu la persoalan yg perlu diatasi.

Anonymous said...

Bro Rizal,

It appears that Karim and Sieh Kok Chi are the "untouchables" in Malaysian sports !
Karim is a disgrace...did you catch his bungling face on Kafe Sukan ? This guy is a shame for all Malaysians....he can't even string a logical reason in our beautiful Bahasa language when asked about the criteria for selection.This nut has problems speaking BM lah bro ! Since the GE is around the corner....baik dia jadi calun(BN or PR gua tak kisah) and get the hell out of the ohlaraga fraternity.
A cunning fox who preys on innocent athletes and coaches (especially pompan)

Emperor Sieh Kok Chi seems not to realise that his shelf life has expired some time ago.His hold on OCM is iron grip and none dares to question him.This Emperor has taken the OCM seat as his own.And in all the donkey years that he has led,he intentionally failed to groom someone to take over his position.And he has the cheek to say there are no one to take over his place !!!

Karim and Sieh are not relevant to Malaysian sports anymore.

However, come London Olympics....both will be seen boarding their flights to London and my gut feeling is Karim will be in Economy Class while Emperor Sieh will be in Business Class !

I can see my tax money being misused by these assholes for their sightseeing lah bro.

Cheers
Manoharan

Unknown said...

Saya tersinggah blog tuan dan terpanggil utk memberi komen. Kenapa prestasi atlit-atlit olahraga Malaysia kian menurun? Rasanya utk Sukan SEA di Palembang ini, kita makin tertinggal jauh dgn Thailand. Vietnam dah pintas kita, Indonesia & Filipina pun sama. Singapura pun dah merangka baik utk maju dlm bidang olahraga. Apa masalahnya dengan pengurusan KOAM? Takkan takde peruntukan kot. Hantarlah atlit-atlit muda yg berpotensi pergi kejohanan luar. Pengganti Roslinda Samsu, Malek Tobias, Noraseela Khalid tak nampak-nampak lagi?
Saya pernah terkilan mana perginya Petra Nabila Mustafa & Fauziah Abdul Razak, mereka benar-benar berpotensi, tapi kenapa Malaysia mempersiakan bakat mereka? Utk acara pecut 100m & 200m, masih tiada pengganti lagi G Shanti & Nazmizan Mohamad. Untuk acara lompat tinggi wanita, kenapa org Malaysia tak boleh / susah nak lepas 1.80m? Atlit Thailand tiap-tiap penggal ada muka baru utk acara ini dan boleh bila-bila masa kalahkan atlit Malaysia dalam acara ini. Fizikal kita sama, pelik bin ajaib lah takde orang Malaysia boleh lepas 1.8m. Atlit Thailand dah lepas 1.8m sejak 1990an lagi rasanya. Skrg dh 1.9m rekod lompat tinggi wanita mereka.
Begitu juga dengan acara heptatlon, kita ketandusan bakat sudah lama betul. Sejak zaman 1990-an lagi; lepas Zaiton othman bersara. Itu belum cerita lari jarak jauh & sederhana. Kita mmg dah terkebelakang untuk acara wanita lebih-lebih lagi. Acara jalan kaki pun dah tiada pengganti yg setanding. Muka-muka lama masih menguasai gelanggang.
Di mana silap sebenarnya? Apa peranan persatuan dan kerjaan dalam hal ini? Sila beri penjelasan. Saya orang luar bidang, mungkin boleh sesiapa beri jawapan?

MUHAMMAD KHAIRI BIN AMRI said...

KOAM OH KOAM!sudah2 la duk sibuk hal2 peribadi...atlet perlukan perhatian...yang paling penting jaga dan prihatin dengan atlet muda yang ada dibangku sekolah kerana mereka akan bergerak dengan lebih jauh lagi....jangan kita pandang di sekolah sukan bukit jalil saja sebab disekolah harian biasa juga telah mempunyai atlet pelapis yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang dan adalh lebih baik karim hormatlah si "abang"(MSN).abang tetap abang adik tetap adik.akurlah dengan MSN.Tak rugi pun kalu kita menerima apa saja yang MSN mahukan sebab yang untuknya atlet juga.

MUHAMMAD KHAIRI BIN AMRI said...

KOAM OH KOAM!sudah2 la duk sibuk hal2 peribadi...atlet perlukan perhatian...yang paling penting jaga dan prihatin dengan atlet muda yang ada dibangku sekolah kerana mereka akan bergerak dengan lebih jauh lagi....jangan kita pandang di sekolah sukan bukit jalil saja sebab disekolah harian biasa juga telah mempunyai atlet pelapis yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang dan adalh lebih baik karim hormatlah si "abang"(MSN).abang tetap abang adik tetap adik.akurlah dengan MSN.Tak rugi pun kalu kita menerima apa saja yang MSN mahukan sebab yang untungnya atlet juga.

Anonymous said...

ak xske ngn rizal hashim..poyo! ske mkritik xsdar dri ko sape