Thursday, March 31, 2011

Kena tawan Taiwan, Lubnan

Kali terakhir Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Taiwan untuk pertandingan antarabangsa ialah pada pra-Piala Asia 2000. Zaman itu Abdul Rahman Ibrahim kendalikan pasukan kebangsaan. Antara yang jadi watak perancangan Haji Rahman ialah Mohd Noor Derus, orang Melaka yang ada teknik cukup kemas. Boleh main di mana-mana penjuru. Di bek kiri Anuar Jusoh, si kidal yang miliki rembatan kaki kiri cukup padu.

Kalau ikut sejarah, tradisi dan kekuatan semasa, memang anak buah K. Rajagobal boleh mengatasi Taiwan dan seterusnya menempah tempat bertemu Singapura pada pra-Piala Dunia. Kemudian seterusnya ke pusingan akhir kelayakan zon Asia.

Sejarah nampaknya boleh dilakar Rajagobal lagi!

Pra-Olimpik pula agak "tricky" bagi aku. Lubnan kental dan sukar diratah. Tapi senjata utama kita ialah kelebihan bermain di stadium yang penuh (itupun kalau penonton datang la). Di Lubnan, anak buah Ong Kim Swee akan beraksi di Stadium Antarabangsa Saida, dekat tepi laut. Sekurang-kurangnya Malaysia dapat main di stadium dalam dunia yang paling dekat dengan pantai.

Macam mana dengan pemainnya? Bayangkanlah Roda Antar, bekas pemain Hamburg. Bekas pemain antarabangsa Lubnan itu kental, tenang dan kuat fizikal. Jurulatihnya pula Emile Rustom, bekas pemain pertahanan yang cekap sempurnakan sepakan percuma. Jadi pasukannya mungkin tekankan set-pieces.


Emile Rustom

12 comments:

ZLATANERA x said...

Kita boleh!

kalau tak kita yang bagi moral support sape lagi?
Masih ada masa untuk perbaiki Harimau Muda..Come on Bro Rizal..jangan mudah menyerah kalah

http://simple-mzs.blogspot.com/

asmar caruk kapas said...

Saya Malaysia boleh mengalahkan taiwan...MALAYSIA BOLEH!!!

Anonymous said...

Malaysia boleh..
Inilah peluang untuk team Harimau untuk melangkah lebih jauh..boleh dikatakan inilah generasi EMAS team bolesepak kita...sekurang - kurangnya dapat melangkah ke pusingan akhir zon asia adalah sangat baik...ayuh..teruskan

zul husin said...

untuk team k.rajagopal...nampak tidak menghadapi masalah untuk ke pusingan akhir zon asia untuk wold cup.coz klu tngok kemampuan Malaysia skang saya yakin 100%.mungkin sejarah akan tercipta lgi.untuk skuad ong kim swee.nampak macam berliku skit,tapi tiada ape yang mustahil.tpi ong kim swee perlu mempertajamkan lgi bahagian penyerang kerana saya lihat kat situ kelemahan yg paling ketara..
untuk Krajagopa dan Ong kim swee anda berdua tak perlu risau saya percaya jutaan rakyat malaysia akan berdoa untuk kejayaan skuad bola sepak kita....
ayuh semua rakyat Malaysia penuhkan stadium untuk kedua2 kelayakan ini...

Anonymous said...

insyaallah...

team world cup malaysia & olimpik malaysia boleh pergi jauh berdasarkan prestasi semasa pemain yg ada skrg ni.

perbanyakkan perlawanan persahabatan yg kompetetif..

Anonymous said...

Tolong la panggil player2 malaysia yg beraksi di liga australia, jepun dan mana2... gunakan semua tenaga yg ade.. Tuah undian berada pada pihak kita.. FAM, terimakasih sbb tangguh kan game.. bila lak nak panggil player??

Anonymous said...

Bro - kalau setakat Taiwan & Lubnan kita tak boleh tawan, lupakan kebangkitan bolasepak kita. Ayuh, Coach Raja & OKS anda pasti ada ramuan utk berjaya.

CHE BOB said...

Secara jujur saya tidak mahu menaruh harapan yang tinggi. Bukan apa dari dulu banyak kali dah terkena.Mungkin Taiwan dan Singapura kita boleh tapi Lubnan kena fikir dua kali. Apa pun harapan tu masih ada. Orang kata kalau ada "ong" tue kat mana.

Foo said...

saya ada harapan tinggi ke team malaysia ni. morale masih tinggi dan kita sepatutnya takda masalah untuk memenangi taiwan and lubnan. saya rasa memang tak mustahil kita menyertai jepun, south korea dan australia masa 2014 nanti. yang penting pemain kita perlu berusaha dengan kuat dan tidak haruslah lupa diri setelah memenang Piala Aff. olimpik team saya rasa hanya perlu baiki area penyerang, yang lain dah ok.
PS: kalau boleh fam ambik la brendan gan dari sydney fc tu, dia baik pemainnya. memang layak untuk mewakili malaysia, lagipun peluang dia untuk bermain for australia tak begitu cerah.

@Rizal: Link exchange boleh? Ikutilah blog gosip pemain bola sepak Malaysia:
http://khabarbola.blogspot.com

Anonymous said...

Salam.. saya ade tulis minggu lepas mengharap kan FAM memanggil player2 luar.. seolah2 tak mendengar suara rakyat.. Ni ke tokoh yg kita nak menerajui negara??

Saya blk umah jumaat lepas pada 1hb.04.2011 berkesempatan melihat permaainan harimau muda menentang kelantan.. ape yg saya blh katakan:-
1. Player berjalan2 diatas padang..
2. Pemain malaysia takut utk memengang bola.
3.Ketandusan idea..
4. Kesilapan yg mudah..
5. Ong kim swee selalu uat pertukaran pemain.. sampai bila nak serasi!!
6. Ong kim swee patut ditukarkan kepada jurulatih luar.. jgn sampai nasi sudah menjadi bubur.. lihat la kesan malaysia lawan lubnan nanti.. Klu tak dilaksanakan skrng, jgn menyesal dikemudian hari.. renung2 kan lah

AMIR said...

Yang pasti Jangan Kene TAWAN Dengan Taiwan Sudah.
Bagi Pasukan Olimpik, Harapan Masih Menyinar Peluang Terbuka Luas.

Anonymous said...

Sdr Anon April 4 1201pm. Boleh saya tambah dan komen ckit?? Tak salah untuk tukar pemain sebab nak bagi peluang sama rata pada semua. Inilah akibatnya kalau jarang beraksi tup tup tahan bola kena curi dek Chanturu. Tu 1st time dia main selepas dah terlalu lama main kat bench aje..Mereka dah ada keserasian sebab mereka dah makan, main dan tido bersama selama 2 tahun lebih dah termasuk ke Slovak. Jadi x de problem keserasian tu..Idea boleh datang kalau kerap lawan team yang cukup kompetitif. Kalau kat M'sia ni mcm Kelantan, S'gor, Perak & maybe Felda. Tentang Ong tu saya setuju dan tidak. Tapi kalau sekarang lah ditukar lagi bungkus kita sebab players akan konfuse. Skrg Ong kena dapatkan juga pengalaman coach lama macam Hj. Rahman atau Irfan untuk berjaya lawan Lebenon. Jgn fikir asal yang luar tu baik Bro..

WATER CANNON