Friday, March 25, 2011

Kafe Sukan...satu reviu

Sekejap saja rasanya aku asalnya berasa kekok di studio. Kafe Sukan, seperti mana Astro Arena, sudah mencapai usia setahun. Tentunya masih ada "room for improvement". Aku sebenarnya lebih gemar Kafe Sukan disiar secara langsung, di depan audiens yang boleh melontarkan soalan kepada tetamu. Harap ia menjadi realiti. Episod pertama Kafe Sukan disiarkan Mac 2010. Baca di sini dan di sini. Apapun aku ucap syabas kepada penerbit kanan, Slamet Sazly Yakub dan penerbit Nasser Zainal Abidin kerana rajin mencari tetamu yang ada nilai berita...serta pengarah studio, penolong penerbit, jurukamera dan krew penerbitan...tidak dilupakan Akbar Sahari yang tidak habis-habis menyakat aku...juga paling penting, terima kasih kepada penonton dan ahli FB Kafe Sukan yang setia memberi pendapat...segmen apa kata anda kadang-kadang terlalu pendek, itu yang tidak sempat nak baca komen...



Bersama ratu skuasy, Datuk Nicol David...aku tanya juara dunia, boleh jadi jurulatih bertaraf dunia? Ada boyfriend? Naik basikal di Amsterdam?


Pernah aku cakap dengan Datuk Hamidin, masa tu dia belum Datuk, "minta maaf, saya tidak menyokong tuan,"...tapi Hamidin PR kelasssss....itu aku respect dia. Di Kafe Sukan, kami bincang kesediaan FAS melepaskan Safee Sali dan akan merelakan pemain lain ikut jejak langkah penyerang kebangsaan itu selepas Selangor lebih stabil.


Sejak pasangan kembar ini mewakili pasukan Bawah 16 kebangsaan di bawah Aminuddin Hussin, aku mengikuti kerjaya mereka...jangan lupa Akbar Sahari pun kembar...dari Nogori jugak...pasangan kembar biasanya ramai peminat


Kafe Sukan edisi Eidul Fitri tahun lalu dirakam awal agar krew boleh balik kampung...


Ah Datuk Misbun...bila lagi hendak ke Kafe Sukan? Mustahil kot...


Krew Kafe Sukan masih menunggu Legenda 17 hantar sekoyan nasi ayam hainan


Dalam program ini aku dedahkan nick FB Pandelela Rinong, Lulu Dolphin...dua jantan mengapit dua awek...


Alex Liew dan R. Puvaneswaran antara atlit yang mewarnai Kafe Sukan


Datuk Danyal Balagopal Abdullah tidak setuju dengan latihan pusat di Ranau manakala Noraseela Mohd Khalid harus berhati-hati kalau tidak mahu jadi mangsa. Aku duduk diam saja 


Datuk Ahmad Ismail timbulkan kontroversi apabila dia belasah pemain sepak takraw dalam Kafe Sukan...


Bersama bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad dan bekas pengarang sukan Berita Harian, Norbakti Alias. Bakti pakar badminton. Dia juga wartawan yang ambik diskette aku untuk dipindahkan ke sistem komputer. Esoknya byline aku keluar, story bek kiri Kuala Lumpur, Nazim Din, berbekam...


Dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh, Rexy Mainaky dan Fairuzizuan Tazari...masa tu kecoh isu Ganga Rao kena pecat...

11 comments:

Nik Zulkhairi said...

congrats bro. skrg ni memang gua peminat setia kafe sukan & formasi di astro arena. dah muak dgn sukan org puteh, especially bpl. semoga terus sukses.

Anonymous said...

thanks bro rizal. aku dgr ko akan handle own program. good for u bro.

Haresh Deol said...

It was good to be on the first episode, and many other episodes after that. Happy 1st anniversary to Arena. Cheers!

MatRock said...

LC, Orang-orang mcm saya tak de peluang dijemput sebagai tetamu kafe sukan ke? Hehehehehe

New Neighbour said...

bro,tahniah dgn effort bro n semua yg terlibat dlm kafe sukan dlm memartabatkan sukan negara.just to add some idea,can u all invite bekas jaguh2 kebangsaan join discussion dlm isu2 yg related dgn sport yg dibincang?atleast diorg ni x terasa in dilema bila menyatakan pendapat compare to current athlete (yala takut persatuan ckp apa nanti).anyway just suggestion.n congrats for ur neww house.welcome to our community.

Anonymous said...

SOKONG SANGAT PENDAPAT NIK ZULKHAIRI, MEMANG SEJAK DARI KECIL KITA DIDEDAHKAN DGAN BPL SEINGAT SYA RANCANGAN STAR SOCCER MCAM LIGA BPL ITU KUAT SGT ENGLAND PN ADA MISS QUALIFIED WORLD CUP,EUROPEAN CUP TAK MCM ITALI,JRMAN DAN SPAIN ....

Mohd Halim 'Vincent' Ho (حليم) said...

Bila pula sukan bina badan berpeluang diundang berbincang bersama di Kafe Sukan?

Anonymous said...

MOHON PIHAK ASTRO ARENA DAPAT MENAYANGKAN LEGENDA2 BOLA KITA YANG BERAKSI DIPESTA BOLA MERDEKA, FINAL PIALA M'SIA DEKAD70AN & 80AN RASANYA RTM ADA DALAM ARKIBNYA

Anonymous said...

satu program yang menarik & berani,teruskan agenda anda untuk kemajuan sukan. jangan lupa basuh pegawai2 yang hanya cari makan dlm persatuan sukan di Malaysia.

ayop selatan said...

tahniah rizal hashim..
aku harap komen dan soalan pedas bin panas ko akan buatkan semua sukan di tanahair kita selalu efisien dan proaktif bagi meningkatkan mutu sukan negara..jangan hanya GAH pada nama sahaja.

epain said...

rindulah dgn kesejukan aircond studio arena...

slamet, bila lagi? hahahah

brader rizal...betul ke ade prog sendiri?

fuh, mesti panas....nanti leh jemput supaya turn tetamu pulak kritik brader rizal....hahaha

anyway, all the best to u n arena...