Tuesday, March 8, 2011

Kasihan Hj Ahmad Yusof

JATUH bangun, turun naik, dilantik dan dipecat - asam garam dunia bola sepak. Kalau team bagus, team dapat kredit, tapi kalau team merudum, jurulatih kena tendang. Lumrah.

Kasihan Haji Ahmad Yusof. Wira negara satu ketika dulu. Mententeramkan keadaan di jentera tengah tugasnya. Bilamana dia tenang, Radhi Mat Din, Subadron Aziz, Lim Teong Kim antaranya bebas meluahkan bisa.

Pada awal 1997, aku menjadi tetamu Allah di tanah suci. Sambil memanjat doa di depan Kaabah, tiba-tiba muncul muka yang familiar. MasyaAllah, Ahmad Yusof rupanya. Kami berjabat tangan, bersyukur bertemu di tanah suci.

Ketika aku merangkak menjadi wartawan sukan, Ahmad Yusof nama besar. Nak interviu pun segan-segan. Tapi dikelilingi bintang seperti Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh, Ahmad Yusof selamba, rileks dan mudah mesra...orang Utaralah katakan...

Zaman itu, pemain berkarakter...salah tulis, diaorang marah! Jiwa kental, kena ludah, kena maki tapi tetap pro dan jarang-jarang sabotaj jurulatih atau pengurus.

"Zaman dulu, jurulatih jadi coach sampai 10 tahun tak de apapun...zaman sekarang, dua kali kalah dah pressure," kata seorang penggiat bola sepak.


Ahmad Yusof sudahpun dilucut jawatannya selaku pengurus Kedah. Khabarnya dia menjadi mangsa keadaan. Pemain tidak berapa suka dengan pengurus Datuk Khazali Din. Ada pemain tidak beri 100 peratus dalam game, tentu ada sebab-musababnya. Jadi Ahmad Yusof barangkali tersepit.

Dalam pada itu, aku terima emel ini:

masalah utama adalah berpunca daripada krisis dalaman pihak pengurusan yang melibatkan pengurus dan barisan kejurulatihan iaitu khazali din, ahmad yusof, radhi mat din dan ahmad sobri.


1) khazali din- dia ni punca utama kemerosotan kedah.
segala galanya berpunca dari dia. dia punya target musim ni mau 3 piala tapi dia kedekut nak sediakan bajet lebih untuk dapatkan playmaker yang bagus. mat yusop dah bagi list playmaker yang ingin dipancing tetapi khazali din menolak dgn alasan mahal dan pakai saja apa yg ada. kalau nak hasil yang lumayan, modal yang perlu dikeluarkan mestilahlah tinggi. baru la kita dapat hasil yang diinginkan. dia pun tau masalah utama kedah ialah ketiadaan pemain yg benar2 mampu mengisi posisi playmaker.
so mengapa beliau menolak request dari jurulatih untuk dapatkan pemain yang amat2 diperlukan bagi menampung kelemahan utama kedah.
yang kedua khazali din ni suka campur tangan dalam soal tektikal pasukan dan pemilihan line up pasukan. adalah tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan jurulatih dan ini pasti akan merencatkan perancangan jurulatih. sudah la mat yusop ni kurang mahir dari segi tektikal, si pengurus pula duk buat pandai atur sana sini. maka hancur berkecai la tektikal pasukan. mana boleh satu kapal ada 2 kapten.
yang ketiga khazali din ni tak berapa friendly dgn para pemain. selaku pengurus beliau seharusnya bertindak sebagai bapa dalam mendidik anak. beri perhatian yang sewajarnya kepada pemain dan kena selalu ambil berat pasal pemain, baru la pemain rasa dihargai dan main dgn semangat. contohilah apa yang arwah DATO AHMAD BASRI terapkan, sentiasa mendampingi pemain dan selalu bertanyakan masalah pemain.


2) mat yusop - sekarang ni majoriti penyokong kedah menyalahkan beliau atas kegagalan pasukan kedah...
memang tak dinafikan mat yusop patut disalahkan. jelas tektikal beliau ternyata tidak berkesan. alasan mat yusop ketika bermula saingan liga ialah masalah kecederaan tonggak utama dan kurang keserasian antara pemain. 2 game terakhir ni beliau dah berpeluang menurunkan barisan idamannya dan hasilnya tetap sama. kedah masih lagi tumpul. ternyata mat yusop gagal dan mengecewakan kita semua.
tak wajar mat yusop bagi alasan kecederaan kerana jika pemain tonggak cedera atau berdepan penggantungan, maknanya kedah akan gagal.. apa fungsi pemain lain?? apakah mat yusop hanya mengharapkan kepada pemain tonggak sahaja???
sebenarnya mat yusop dinilai dari musim lepas, bagi saya beliau tak mampu menggalas tugas selaku ketua jurulatih.
tiada peningkatan yang ditunjukkan dari musim lepas.
ini juga berpunca daripada sikap khazali din yang suka mencampuri urusan mat yusop dalam bab tektikal dan line up pasukan. maka bertambah serabut lagi la mat yusop.
mat yusop (lemah tektikal, suka jadi pak turut) + khazali din (kedekut, suka memandai) = lingkup team kedah


3) radhi mat din dan ahmad sobri - depa 2 orang ini adalah orang yang amat penting kepada mat yusop kerana 2 orang ni dah bersama dgn pasukan sejak dari tahun 2004 lagi. depa lebih mengenali dan memahami peribadi para pemain berbanding mat yusop. selaku pembantu kepada mat yusop (ada yg kata mat yusop sebenarnya pembantu radhi), 2 orang ni juga patut dipertanggungjawabkan atas kegagalan merencanakan tektikal yang berkesan kepada pasukan.
ramai yang tahu radhi juga banyak terlibat dengan tektikal pasukan dan pemilihan pemain.
radhi jelas bersembunyi dibelakang mat yusop dan menjadikan mat yusop sebagai kambing hitam. sebenarnya urusan tektikal pasukan banyak dibuat oleh radhi. perlantikan mat yusop pada 2010 juga atas nasihat dan rancangan radhi. ini semua dah dirancangkan dgn alasan radhi tiada lesen kelas A. Sebenarnya radhi sudah banyak kali membatalkan urusan kursus kejurulatihan lesen kelas A di FAM kerana dia tidak mahu dilantik sebagai ketua jurulatih kedah. radhi sebenarnya tidak mahu menggalas tanggungjawab kerana bimbang jika kedah gagal, namanya akan busuk.
perlantikan mat yusop ibarat sebagai pelengkap sahaja dan dibuat atas dasar mat yusop adalah rakan baik kepada radhi dan ahmad sobri.
masing2 ada kepentingan sendiri (politik dalaman).


akibat dari ketidakpuasan hati pemain kepada sikap angkuh khazali din, ada segelintir pemain bertindak melakukan silent protes ketika beraksi.
mereka sengaja bermain di bawah kemampuan sebenar sebagai tanda tidak suka kepada khazali din dgn harapan agar khazali din dipecat.
sebab tu la kita tengok ada pemain yang seolah olah bermain sambil lewa, hantaran kerap sangkut, malas nak ligan bola dll.
ternyata tindakan pemain ini adalah tidak wajar sama sekali. mereka seharusnya menyuarakan rasa tidak puas hati dgn cara yang betul.
bukan dgn cara mengkhianati penyokong.
tak dinafikan pemain juga hak untuk menyatakan sesuatu tetapi bukan dengan cara sebegini, sepatutnya guna landasan yang betul.


bagi penyokong kedah, semua pihak harus bertanggungjawab termasuklah pemimpin kfa sendiri.
bila dah tau team ada masalah sepatutnya kfa kena ambil tindakan yang segera supaya team tidak terus hanyut.
buat post mortem secara terperinci, cari punca sebenar masalah dan cara mengatasi.
bukannya duk tuding jari satu sama lain.


secara peribadi la berdasarkan situasi pasukan sekarang ni, kalau nak pecat mat yusop lebih baik pecat sekali dengan pengurus dan penolong jurulatih.
amat berharap agar pemimpin kfa mengambil tindakan yang sewajarnya demi mengembalikan semula maruah pasukan kedah.


12 mac 2010, penyokong kedah akan sekali lagi mengadakan demontrasi di perkarangan stadium darulaman selepas perlwanan kedah vs terengganu untuk meminta kfa supaya memecat pengurus pasukan, jurulatih dan penolong jurulatih.

52 comments:

norahulfa said...

kenapalah asik tunding jari pada coach? coach hanya bagi tektikal dan teknikal,pada saya kalah menang sesebuah pasukan terletak pada kekuatan mental dan fizikal pemain, bukan coach, coach hanya memberi arahan, management tip top dan boleh menyediakan duit bonus pun, kalau pemain mengambil sikap sambil lewa pun x guna 1 sen pun..just my 10 cents comment..sorry for emo..hahaa

daddyZilhan said...

rasa mcm dh maklumat dr email tu di Hijaukuning.com

saiful said...

Hmmm... Itu hanya simptom... Punca masalah besar masih dalam KFA. Apa pun Coach Ahmad Yusof sudah pun menjadi kambing hitam...

Unknown said...

klau benda mcm ni slalu dtg dari higher-ups... mentaliti pemain dtg dari higher up.

Spit Azhar said...

bak mai balik coach azraai khor!

inamaz said...

Fenomena biasa dalam dunia bolasepak.. bila team tak perform, manager/coach akan jadi mangsa..
kalau betul player main tak bagus..letak je di bangku simpanan..

peminat bola di Malaysia masih belum biasa dengan situasi macam ni..Masa untuk berubah..

How to Be a Professional..Act Like a Professional..


http://simple-mzs.blogspot.com

Anonymous said...

pada sya khazali din perlu di keluarkan dari team kedah secepat mungkin, masalah tktikal @ mental bukan maslah ketara bagi pemain kedah, coz rata2 mereka telah bermain dengan banyak game yg lebih tinggi. so kalau sapa2 pun coach insyaAllah mereka boleh serap pelahan2..cm msalah di sini ialah khazali din yg lebih bersikap mnjatuh kan mental player2 apabila bersuara. sikap khazali din yg xmesra jg mengganggu keseluruhan pembamggunan pasukan...jd sebagao penyokong tegar kedah, sy harap KFA menggantikan khazali din secepat mungkin...

Anonymous said...

Pencapaian dalam sukan adalah total committment semua pihak yang terlibat dan bukan jurulatih seorang sahaja. Semoga KFA akan buat bedahsiasat yang rapi dan Sang Kenari akan kembali terbang tinggi semula.

Anonymous said...

salam...adalah biasa apabila sesuatu team tewas mmg lah jurulatih menjadi mangsa...ini berpandukan dgn permainan tektikal yg teruk sedangkan sudah ada ramuan dan pemain yg hebat...coach 1st..2nd pengurus yg berlgak pandai..kalau pandai xpa..ni pandai2...mencampuri tektikal (kalo btol la tektikal coach) amatlah perkara yg xbetol..jgn masuk campur!!!

p/s: benarlah kata2 legend..pemain yg hebat tidak semestinya menjadi jurulatih yg hebat..~~

Ashraf Norzaimi said...

Lumrah bola sepak zaman sekarang. hhmm. :-?. Tapi, Sir Alex Ferguson boleh plak tahan sampai 20 Tahun. Kita tak boleh nak salahkan coach 100%. Pemain, pengurusan, malahan penyokong juga perlu bertanggungjawab. Kenapa penyokong? Sebab aku tengok, kalau stadium penuh, permainan mesti cantik.

Anonymous said...

jangan bandingkan ngan alex ferguson..sejak alex ferguson bimbing manutd x pernah miss top 4.sebab tu dia kekal.

Anonymous said...

pihak pengurusan tgak yang kalah je..yang menang??...xde pon ambik kira,,

Mazram Idzam Ridzal Mahmud said...

situasi genting bagi pasukan kedah..
permulaan yang cukup hambar menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan liga super. dengan mempunyai ENAM pemain kebangsaan, menggambarkan situasi indah khabar dari rupa..

ditambah dengan tersingkir pada saingan pusingan kedua menambahkan lagi kemarahan peminat setia Hijau Kuning.

ini lumrah dalam bola sepak, jurulatih berhadapan dengan tekanan yang cukup tinggi setelah pasukan bimbingan mencatatkan keputusan mengecewakan. Kesalahan hanya ditudingkan kepada Jurulatih tidak kepada pengurus pasukan, penolong jurulatih atau pun semua pemain.

kepada haji Ahmad Yusof, semoga bertenang menghadapi situasi seperti ini, utuk Haji Muhammad Radhi Mat Din dan Ahmad SAbri Ismail ini merupakan ujian getir menanti anda...kepada fan Hijau Kuning, kadang kala kita perlu sedikit bersama menghadapi isu ini, jangan terlampau emosi, insya Allah Kedah mampu bangkit kembali.

Anonymous said...

Hj Mad mangsa keadaan. Pasti ada tangan2 di belakang kumpulan pendemonstrasi di Std Darulaman dan Shah Alam baru-baru ini. Jangan salahkan pengurus, jurulatih dan pembantu-pembantunya. Lihat barisan pemain - pemain Kodah, semuanya pernah dan bergelar pemain kebangsaan. Kodah satu-satunya pasukan yang memiliki begitu ramai pemain kebangsaan!! Tapi kerap kali beraksi macam budak sekolah. Mereka dah tak ada motivasi untuk menang sebab dah rasa 'hebat' dah menang treble dua kali berturut-turut. Tak perlu bersusah payah lagi sekarang. Jelas ego eko (pemain - pemain) tinggi. Haji Mad jurulatih yang baik. Dia dibantu 2 jurulatih dan bekas pemain yang berpengalaman. Tetapi sayang pemain - pemain tidak pernah mahu belajar macam mana Ahmad Yusof, Radhi dan Ahmad Sobri jadi pemain yang disegani. 3 Abdul dalam skuad jurulatih Kodah ini ada karektor semasa masuk padang. Tetapi pemain Kodah sekarang???? Den bukan orang Kodah tetapi melihat barisan terbaik dalam skuad Kodah den rasa cemboru dan sepatutnya Kodah dok di atas sekarang nie. Mungkin jugak pemain - pemain Kodah buat 'silent protes' mahukan Azrai balik. Kalau itu yang eko nak...poie lah..

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

xpa la buat la mcm mna pon. kami sebagai pnyokong ikot hat mna yg baik. mngharapkn team kedah kembali bangkit. sokongan kami sepanjang zaman. :)

mad redo1 said...

Ahmad Yusof sudah kena. Wan Jamak juga nampak goyah. Tetapi Yunus Alif di T-Team mungkin tidak akan diberi peluang lebih lama. Khabarnya hanya dua perlawanan berikutnya akan menjadi kayu pengukur sama ada dia akan terus kekal atau kemudi akan diserahkan kepada nakhoda lain pula.

Agak meriah juga 'funfair' Liga Malaysia musim ini.

Anonymous said...

Ternyata kerjasama antara jurulatih (ketua, assisst) bersama pengurusan amat penting dlm kemajuan bolasepak..kalau semua tak PRO dan asyik main POLITIK, team takkan sustain performance..
contohilah Felda United dan Kelantan dari segenap aspek jurulatih dan pengurusan..

Anonymous said...

awat yg dok tuduh2 ni... tulih saja x jadi reja. hang bancuh ayaq untuk team lagi baguih.. biaq depa bincang elok2. kalu x jadi jugak nk buat mcam mana. dulu A. ahmad basri pegang awai2 dulu pn bukan terpa dok menang sedia. kalau nk kira tuduh, semua orang patut dipersalahkan. aku pn patut dipersalahkan, sokong bila menang.

Anonymous said...

inilah masalah bolasepak kat Malaysia, dari kelab,negeri dan kebangsaan - campurtangan pegawai yang tak PRO berlagak macam tahu semua. akhir sekali lingkuplah masadepan bola kita.

Cubalah belajar kat Datuk Subahan & Coach Raja tentang peranan masing-masing sebagai manager & coach.

Emoon Zulhilmi said...

kami sentiasa berdiri dibelakang coach tak kira apa jadi pada team.
Situasi begini pernah dialami pasukan Perak tapi itu cerita lain (masalah kewangan) Tapi sebelum ditimpa masalah kewangan,apa puncanya?

Fikirkanlah..

Kritik kerana sayang,bukan menuding jari.

Anonymous said...

kedah perlukan seorang playmaker yg benar2 mantap...ketika zaman nelson sam martin...mereka rasa begitu selesa sehingga terlupa melatih bakat2 baru di bhg mifdield.

Anonymous said...

sedih aku team kedah teruk skang..
pape pon kuar la bajet sket..
cari player yg bagus..

Anonymous said...

Amir Riff...

bila pihak pengurusan ganggu tugas jurulatih beginilah jadinya..ahmad yusof dah direhatkan, lepas ni giliran wan jamak di n9..tp ahmad yusof harus diberi ruang lagi, kerana pada musim lepas beliau brjaya membawa kedah ke perlawanan final piala fa walaupn tewas kpd n9..

Tengku Firmino said...

Kalah=coach dipecat, biasalah tuh..nak pecat yang atas2 payah sikit sebab politik kuat..so yang jadi kambing hitam coach..tapi benda ni mmg normal..cuma kalau dipecat tak kaya macam manager dari eropah yang makan tak habis kalau kena pecat sebab dapat pampasan..contohilah Rafael Benitez..dipecat dua kali dalam tempoh 4 bulan..huhu kayo sungguh!!! tak payah keje sampai 6-7 tahun still hidup mewah..alangkah indahnya...

F Azim Fadzli said...

baru jelas sikit situasi.. kira nampak keseluruhannya... thank u very much

Unknown said...

MRH: kasihan Haji AY tetapi lebih kasihan kpd Haria Penang Haria.
Komen saya di http://nizamanak-felda.blogspot.com

Unknown said...

MRH: kasihan Haji AY tetapi kasihan juga kepada HARIA PENANG HARIA. ulasan saya ada di http;//nizam-anakfelda.blogspot.com
TK Kawan.

alyaa said...

kalau just nk harap kn tonggak je baek x payah simpan player laen..
x pasal pasal penyokong saket hati..

Anonymous said...

AY ni sebenarnya mangsa keadaan juga, disebabkan personaliti beliau yang diam serta tidak melawan pihak atasan adalah satu faktor mengapa beliau dilantik menjadi coach kedah sedangkan pada zaman itu cikgu jan, dollah salleh menjadi fav utk mengantikkan tempat Azrai Khor, kalau dipanggil Sir Alex, jose mourinho, arsene wenger pon kalau pihak pengurusan tidak membantu tiada guna jugak.

Anonymous said...

terasa ada yang tak kena bila pihak pengurusan lantang mengugut jurulatih bakal dilucutkan tugas (atau pemain dipotong gaji) bila kita masih agak di awal musim. nasib baik kerja pejabat KRA tak dinilai secepat tu.

dan situasi di atas seolah-olah sama seperti ahli lembaga pengarah meletakkan salah di atas bahu ketua pegawai eksekutif semata-mata.

agaknya kalau Kedah menang ke atas Terengganu nanti, apa rupa protesnya ye?

jeebsion said...

It's interesting to just point out mistakes from afar, kan? Especially those signing in with "anonymous" :P

It is so disgusting to see all these internet riders orchestrating unnecessary conspiracy just for the sake of doing it. Nevertheless a party or two would be liking it much.

Personally, AY is a good man. Generally, he's the biggest black sheep in the history of KFA .. and there're 3 riders at his back. Oh .. perhaps 4 ...

abb said...

jangan peliklah kat malaysia nie....bila menang di sanjung tapi bila kalah kena kutuk habis habis...perangai ini memang dari dulu pun, tidak pernah berubah.

Anonymous said...

Salam Bro,

Instant result...low budget...emotional management.... wouldn't bring any glory...Poor Hj Ahamad..We see a lot of sacking in football espeacially in middle east..but they have ground to sack as they have spend million of dollar so they want instant glory..but in malaysia..no...no way !!!

Kepada Radhi...kalau takut dilambung ombak...jgn berumah di tepi pantai..get the bloody license and move on....nothing to be scare off laaa...

Anyway...lets hope our olympic team cheers us up tonite!!!

Zul GSM

Anonymous said...

orang kedah bukannya xsuka AY, AY ni sorang yg ada peribadi personal yg sgt baguih.... tpi yg depa xsuka adalah apa yg diterjemahkan di lapangan hijau tuu, menyakitkan hati... buat KD pulak, p jahanam.. men politik buleh la ampa.. men bola xreti pa 1...

Dunia Sukan said...

nasib bdan...

Anonymous said...

mintak-mintak tak ada unsur politik nuuh.

ahmad yusof dan radhi ni satu partikaah?

hiduup bolasepak kedah selamanya.


Mosti Iqimi
Sintok, Kedah

Anonymous said...

Seorang Lagi Bintang Muda Kelahiran Malaysia Nicholas Chan


Nicholas Chan Opsyen Terbaik Untuk Skuad Negara








Nicholas Chan 19 tahun anak kepada pemilik kelab Liga Kejohanan , Cardiff City Dato Chan Tien Ghee mendapat peluang untuk mencuba nasib di kelab itu. Dia tidak pernah beraksi bersama mana - mana kelab di liga super atau liga perdana di Malaysia tapi sebelum ini, dia pernah mencuba nasib di kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United dan Stoke City. Dia boleh dianggap " utility player" kerana boleh bermain di bahagian pertahanan dan tengah.


Seorang lagi pemain yang berbakat terlepas pandang oleh FAM. Hairan jugak kerana tiada sebarang publisiti dan tiada pernah dipelawa untuk beraksi sekurang- kurangnya bersama skuad Harimau Muda. Mungkin ramai akan kata " Mesti dia guna pengaruh ayahnya ". Ok....
Saya akan ceritakan serba sedikit pengalamannya sebelum dia pergi ke tahap ini. Mungkin ini akan merubah segala persepsi para pembaca yang dikasihi sekalian.


Mula belajar bermain bola sepak ketika kecil lagi dan hanya bermain di kawasan rumahnya bersama bekas pemandu ayahnya yang merupakan bekas pemain bola sepak. Ayahnya sendiri kurang berpengetahuan pasal bola sepak dan pembelian kelab Cardiff pun di ketahui melalui Nicholas sendiri ketika dia menghantar permohonan untuk mencuba nasib di kelab - kelab di Britain.


Karier bola sepaknya bermula ketika berusia 15 tahun, ketika itu dia menuntut sekolah Sri KDU dengan menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweden. Piala Gothia bukan calang - calang kejohanan kerana telah melahirkan beberapa pemain yang terkemuka di dunia antaranya Alan Shearer, Andrea Pirlo, Xabi Alonso dan Emanuel Adebayor.

Anonymous said...

Gothia cup, Sweden


Untuk merebut tempatnya ke kejohanan itu, dia terpaksa melalui rejim pemilihan yang agak ketat bermula pada April 2004. Seramai 60 orang termasuknya terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat mereka di mana setiap minggu seorang atau dua orang akan disingkirkan. Dia berjaya dengan segala ujian tersebut dan diterima menyertai pasukan itu yang dinamakan KL International kerana dibarisi oleh pemain - pemain campuran dari beberapa negara seperti Malaysia, India, China, Sri Lanka, Jepun, British dan dari negara penganjur sendiri iaitu Sweden!


Di kejohanan itu, mereka bermain 5 perlawanan di mana mereka menang 3 perlawanan dan mengalami 2 kekalahan untuk menduduki tempat ke 16 dari 42 pasukan dalam kategori yang mereka sertai. Di situlah dia mengutip pengalaman yang amat berharga dan banyak belajar erti disiplin, kerjasama antara rakan sepasukan, kepimpinan, semangat daya juang dan keyakinan.




Tahun lepas dia menjalani percubaan di West Ham melalui kenalannya yang berada di Newcastle. Dia mendapat pengalaman permainan selama 7 minit dalam liga simpanan selepas menggantikan Ricardo Scimeca pada minit 83 dimana perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1 - 1 dan selepas itu diberi peluang untuk beraksi ketika menentang pasukan Hereford.




Ketika di West Ham United




Ketika ini dia masih berada di Malaysia untuk menghabiskan pengajian peringkat A -Level dan selepas tamat, dia dijangka kembali ke sana untuk mencuba nasib untuk beraksi di Cardiff City.
Dia pernah ditawarkan beraksi di Major League Soccer namun menolaknya kerana dia lebih berminat beraksi di Eropah berbanding di sana.


Bagi saya, mungkin dia berjaya ke sana sebab pengaruh bapanya tapi kalau dia tidak ada bakat, mustahil orang Inggeris sanggup menerimanya bukan? Tidak salah menggunakan pengaruh untuk kebaikan, pengurus dan jurulatih di sana seperti kita ketahui amat cerewet dalam membuat pemilihan pemain dan tidak mudah memberi peluang untuk mencuba nasib jika tidak berbakat. Sekali lagi soalan yang sama untuk FAM. Apakah anak muda ini tidak pernah menarik minat anda untuk menyenaraikan dalam pasukan kebangsaan? Setidak - tidaknya pasukan Harimau Muda? Belum cuba belum tahu. Mungkin sukar mendapatkan Brandan Gan ketika ini. Kita perlu masa yang agak lama untuk menunggu Wan Kuzain Wan Kamal dan Tam Sheung Sung beraksi untuk negara kita. Bukalah mata , bukalah minda .


Ini pendapat yang ikhlas dari saya yang amat mencintai sukan bola sepak Malaysia . Apa pula pandangan anda? Mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau mengguris hati sesiapa.


berjumpa di laporan yang akan datang

bunga2hati said...

apa nak buat...mungkin akan ada rezeki yg lebih baik utk beliau selepas ini...

Anonymous said...

bola di malaysia, mana pernah ada nasib yg baik???

dark Nur said...

knape asik nk pecat coach??
knape xpecat pmain yg main xbg0s...

penyokongsetiaKedah said...

bilalah bro rizal nak utarakan tentang kemelut dan krisis dalaman ini dalam kafe sukan...biaq satu malaysia tau apa yg sebenarnya.. duduk semeja dengan Dato khazali din,hj ahmad yusoff dan hj radhi mat din bersama pengacara tersohor kita akhbar...barulah peminat hijaukuning semua tau,tak der lah sampai jadi mcm demonstrasi kt mesir pulak...ini semua kami lakukan sebab kami sgt sayangkan pasukan ini.......

Anonymous said...

bilalah bro rizal nak utarakan tentang kemelut dan krisis dalaman ini dalam kafe sukan...biaq satu malaysia tau apa yg sebenarnya.. duduk semeja dengan Dato khazali din,hj ahmad yusoff dan hj radhi mat din bersama pengacara tersohor kita akhbar...barulah peminat hijaukuning semua tau,tak der lah sampai jadi mcm demonstrasi kt mesir pulak...ini semua kami lakukan sebab kami sgt sayangkan pasukan ini.......

megat said...

naseb badan coach...ksian coach knapa player2 yg xkna tndakan kalo team klah..asyik2 coach ja..bkn coach yg maen player yg maen...sptot plyr kna tndakan

Anonymous said...

Anon: Nicholas Chan sekarang beraksi untuk kelab bolasepak bernama KELANTAN. harap maklum!

jangan salahkan FAM kalau anda juga tidak celik.

Ashraf Norzaimi said...

Anonymous, bukan nak bandingkan bulat-bulat dengan Alex Ferguson. Yang baik itu kita ambil, Yang buruk itu kita buang. Tengok cara pegurusan, pendekatan, taktikal dan sebagainya. :).

Aku rasa ramai yang sangka Man Utd akan kalah teruk dan Arsenal akan menang besar bila tengok formasi dan pemilihan pemain oleh SAF dalam perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris (12 Mac 2011). Tapi sebaliknya berlaku.

Ini sikap yang setiap coach perlu ada. Berani untuk mencuba formasi baru dan mengetengahkan pemain-pemain muda berbakat, tidak terlalu berharap kepada pemain senior, yang ada nama, dsb.

Apa-apa pun, selamat berjaya diucapkan kepada semua jurulatih-jurulatih bola sepak di Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!

Anonymous said...

Memang aku dari dulu lagi rasa yang coach kedah yang sebenarnya bukan mat yusof tapi radhi.Sebab dari pemerhatian aku bila kedah main banyak arahan dari tepi padang kepada pemain byk mai dari radhi.Soal pengurus tue,aku tak tau plak dia jenis macam tue. Tapi aku sering persoalkan kenapa kedah tak cari atau beli pemain2 yg berkualiti utk back up first eleven kita. kalau perhatikan musim lepas, tim kedah boleh pi jauh dalam saingan Piala Malaysia ngan Piala Fa. Tapi liga super tim kedah punya prestasi macam yoyo.Nak TAU SEBAB DIA APA? Sebab kedah mempunyai FIRST ELEVEN YG BAGUS TAPI RESERVE MACAM TAIK..kalau kedah masuk saingan piala msia ngan piala fa kedah leh pi jauh sebab tempoh saingannya yg lebih pendek berbanding saingan liga super.memandangkan kedah terlalu berharap kat first eleven nie,kita boleh pi jauh dalam piala msia ngan fa sebab jumlah perlawanan yg sikit dan tempoh saingan yg singkat berbanding saingan liga.Dengan syarat bila masuk pusingan kalah mati takda kecederaan atau pergantungan melibatkan first eleven tadi.Sebab tuela kita leh pi jauh dlm piala msia ngan fa.Saingan liga plak kita x leh pi jauh sebab first eleven kita keletihan+pengantungan+kecederaan sebb harungi musim yg panjang. Kalau KITA TGK BEtoi2 tahun lepas kita sangkut ngan kelantan semi final piala msia sbb pengantungan dan kecederaan yg melibatkan first eleven kita.MASUK JE RESERVE "JAHANAM". Kes Kedah nie tak ubah macam LIVERPOOL zaman rafa benitez dulu.Tapi LIVERPOOL Masalah dia sebab duit, KITA PLAK TERBALIk (ironi)sebab PENGURUS kita HAJI BAKHIL BIN LEBAI KEDEKUT.Untuk MUSIM NIE PLAK walaupun pemain2 simpanan yg berstatus hiasan atau penumpang nie dah dikick kluar. Tapi barisan simpanan kedah still tak menyakinkan cam musim lepas gak.Dan Lagi kita terlalu berharapkan AZLAN jd tukang boh gol utk kedah,dia nie plak bukan tak bagus cuma dia nie selalu injured.Kalau takda AZLAN KEMARAU GOL LA JAWAB DIA.Tukang SETTING SERANGAN PLAK BADROL BAHTIAR, MCM AZLAN GAK, kita terlalu berharap kat badrol utk settingkan serangan2 berbahaya kedah, TIM Lain dah tau dah TAKTIK BASI KEDAH NIE hantar je DUA ORG KEPUNG BADROL HABISLA SENYAPLA SERANGAN KEDAH.BADROL XLEH WATPA, AZLAN PON IKUT SENYAPLA. NAK SALAH AZLAN TAKLEH SEBB KEJA DIA BOH GOL JA. TAKANLA DIA NAK SETTING NGAN BOH GOL SKALI MAMPUIH AH...RAMALAN AKU KEDAH MUSIM NIE IALAH JUARA LIGA JGN HARAPLA SBB PRESTASI YOYO SEPERTI MUSIM LEPAS AKN BERULANG MUSIM NIE berpunca dari sebab2 yg disebutkan tadi.KALU NAK PI JAUH PUN CUMA DLAM SAINGAN PIALA MSIA je FA PLAK DAH GULUNG. TU PUN TAK GERENTI LAGI DAN MUNGKIN LEBIH PARAH LG TERSINGKIR KE LIGA PREMIER MUSIM DEPAN JIKA MASALAH NIE TAK DITANGANI SEGERA....

Anonymous said...

SAMBUNG LAGI...
KEDAH kena cari coach lainla ganti AHMAD YUSOF. kalau betoila taktik kedah byk dirancang oleh radhi selama nie.AKU KESIAN GAK KAT AY TAPI UTK KEBAIKAN TIM KEDAH KITA MEMERLUKAN COACH YG BAGUS YANG TAHU IN & OUT of what he is doing.He's not fit 4 the job.KITA BUKAN NAK CARI COACH YG BERPERIBADI MULIA MCM PERAMAH,AMANAH,JUJUR,FATONAH,FATIMAH ,SAKINAH,MAK MINAH DSBNYA TP LAST2 KEDAH JAHANAM DAN LAGI BURUK JATUH LIGA PERDANA PLAK.BUAT APA!!.BAIK KITA ANTAR COACH TU MASUK PROGRAM IMAM MUDA.BAIK AKU AMBIK COACH PERANGAI CAM KUTU HAPRAK TAPI KEDAH BERJAYA.KITA TAK BOLEH ADA COACH YG MACAM LALANG (TAKDA PENDIRIAN) UTK BIMBING KEDAH.RADHI plak tolongla be a MAN and learn what's da meaning of accountable (bukan akauntan hat kira duit tue)dan pi amik lesen jgn dok sembunyi belakang AY je.CONTOHI AZRAI KHOR dia tu dulu Assitant gak masa zaman robert alberts dulu tapi skrg dah berjaya.Rupanya Radhi selama nie yg komposkan taktik2 sumbang pasukan kedah dengan menggunakan nama pena "AHMAD YUSOF".UTK PENGURUS PLAK ANDA BUKAN LAGI BERTINDAK SEBAGAI PENGURUS TAPI LEBIH KEPADA PENGUSUT KEADAAN. UTK MAKLUMAN TUAN,KITA HANYA MEMPUNYAI JAWATAN KOSONG DI KFA SELAKU PENGURUS BUKAN PENGUSUT.SILA BERUNDUR,MUNGKIN TERDAPAT KESALAHAN EJAAN JAWATAN DLM SURAT TAWARAN PENGURUS MENJADI PENGUSUT HARAP MAAF..WALAUBAGAIMANAPUN ANDA TELAH BERJAYA BERPERANAN SEBAGAI PENGUSUT DGN CEMERLANGNYA TAPI MALANGNYA IANYA X DIPERLUKAN DI KFA.SEKIAN TIMA KASIH,"BERKHIDMAT UTK NEGARA","JASAMU TAK DIPERLUKAN LG"

tokman said...

Bola tu bulat dan sekarang semua pasukan dah lebih kurang sama mutu permainan walau pun mutu itu tak meningkat macam zaman 60an dan 70an dulu. Bila kalah kita cari 'kambing hitam' dan bila menang semua puji. Sikap buruk ni patut disingkir dan jika pemain2 atau jurulatih2 tak perform pihak pengurusan tidak patut kutuk dan keji tapi 'lepaskan' mereka secara professional. Sebenarnya pihak pengurusan pun dua kali lima tapi dah nak jaga maruah kena tuduh orang lain lah!Perkara ini bukan berlaku diKedah saja tapi bolih dikatakan semua pasukan negeri daripada dulu kerana punca utamanya kerana pihak pengurusan kita yang lemah dan tak professional tapi pandai berlagak saja!

Anonymous said...

Salam,
Memang bola itu bulat,bukan x leh terima kekalahan dan sentiasa nak menang. Masalah dia kedah underperform.Umpama masuk perlumbaan pakai kereta ferrari yg boleh pecut lebih 300km/j tapi dipandu selaju 90km/j je sebab pemandunya x competent atau baru je lulus ujian memandu semalam.

Kes Kedah camtula tim yg byk player kebangsaan tapi prestasi hmmm... paham2 sendirila.Kalau betoila taktik kedah dirancang oleh radhi, jadi apa fungsi AY kat ctu.Jadi PAK PACAK je,kalau cam2 baik radhi(tp xde lesen kelas A) je jd coach kedah.Atau cari coach len,yg memang berperanan betul2 sebagai coach dan bukan hanya ada title coach tapi hakikat dia org len yg jd coach.WHAT's the POINT?

Saya bukan nak cari "KAMBING HITAM" tapi problems must root from somewhere and not out of nowhere.

kalau betoila pengurus kedah macam yg dikata. Then he must go..Taknak belanja lebih skit cari pemain yg bagus utk back up first eleven tapi nak result.Macam meniaga,u expect to gain revenue but at the same tym dont want to invest? HOW?

ORANG GILA>>> MENGHARAPKAN HASIL YG BERBEZA MELALUI KAEDAH YG SAMA..

Kalau x MAMPU len cerita,kalau mampu nak kedekut watpa.dah itu kemahuan coach,sediakanla segala tools yg diperlukan sebaiknya, yg dalam kemampuanla len la kalau AY nak beli TORRES ke DROGBA ke.

Pada aku AY x pandai wat keja sebagai coach. Dia tak tegas,sebb tu wujudnya vakum atau ruang kosong yg cuba diisi oleh pengurus dan radhi yg didorong dengan niat baik iaitu utk melihat kejayaan kedeh tapi lain plak jadinya.Tapi LAIN plak halnya kalau campurtangan mereka nie bwk kejayaan bg kedah.AY DAPAT NAMA.KALAU TAK,HA NIELA JADINYA.JAWATAN AY JD PERTARUHANNYA.

AY sepatutnya kena pikir kemungkinan nie sejak ari pertama lagi.Tapi paling tak patut campur tangan pengurus dalam taktikal,umpama tikus membaiki labu..Kalau AY tegas x jadi camni..

Apa yg aku paling kesalkan bukan sebab AY gagal bawak kedah jd juara liga,piala fa atau malaysia.Dia gagal bukan sebab hasil perancangan dia SENDIRI sbg coach tapi dari perancangan org len.

Pada aku radhi patut stay lagi ngan kedah.. sebb pengetahuan dan pengalaman byk ngan tim kedah.. AY plak sedih nak kata tp lebih baik dilepaskan dari kfa. BUKAN TAK KESIAN,TAPI KALAU TERPAKSA MEMILIH ANTARA SIMPATI AKU NGAN AY DAN MASA DEPAN TIM KEDAH? AKU PILIH MASA DEPAN PASUKAN KEDAH..

PENGURUS PUN SAMA GAK MUST GO...
SORRy,kalu sesapa terasa hanya pandangan saya yg x seberapa..

kuntakinteMsia said...

apa nak dihebohkan sgt hal nie..bolasepak M'sia,bukan ada apa pun..ranking dunia pun lebih dari SERATUS..nak kecoh ape nye..sukan yg glamour aje lebih tapi hakikatnye hampeh..hampeh...korang nie kena la sedar diri...carilah sukan yg boleh membanggakan Malaysia dan bangsa melayu...jgn nak dijaga sgt bolasepak nie..sepaktakraw kena jaga lebih sepatutnye...

HSKAMAL said...

Aku samakan pengurus kedah dgn kerbau. Bolehke dia sepak bola dgn cara yg betul? faham ke, dia tentang asas2 bolasepak sebelum nak masuk campur urusan coach?

Inilah b.sepak Malaysia..post match pun selalau pengurus yg buat komen..
Selagi masalah seperti ini tidak di betulkan,kita tak akan berjaya.. Pengurus dan coach di luar sana masih tidak memahami peranan mereka.
Mat yusuf pun coach yg amat lemak.
Dia tak layak sebagai coach, kena belajar banyak perkara lagi.. "THE ROLE OF A COACH"

Kemahiran komunikasi selaku coach adalah perkara utama dlm melatih.
(PRINCIPAL OF COACHING)Dari pemerhatian aku hampir semua coach yg terlibat dlm membangunkan sukan b.sepak kita, tidak mempunyai kemahiran komunikasi yg berkesan hingga pemain pun tidak faham sepenuh peranan dan t.jawab mereka.

Saya syorkan agar coach sentiasa ulangi dari segi komunikasi supaya pemain faham, sekaligus tidak boleh beri alasan. Ini yg gagal dilakukan oleh coach2 kita dlm latihan dan juga di semua peringkat sukan bolasepak. Hasilnya sukan b.sepak kita di ranking sekarang.

Sedarlah sebelum parah lagi..