Thursday, March 24, 2011
Arena, 12 bulan kemudian...
Astro Arena Menyambut Ulang Tahun Pertama Dengan Memartabatkan Wira Sukan Malaysia
23 Mac 2011, Kuala Lumpur – Saluran sukan pertama dan satu-satunya yang bersiaran 24 jam di Malaysia, Astro Arena akan menyambut ulang tahun pertama dengan memartabatkan ikon-ikon sukan tempatan di Malam Anugerah Arena.
Malam Anugerah Arena akan menganugerahkan sebanyak enam pengiktirafan terhadap olahragawan dan olahragawati sukan tempatan. Warganegara Malaysia daripada pelbagai golongan masyarakat turut berpeluang untuk mengundi personaliti sukan pilihan mereka untuk kategori Atlit Terbaik Lelaki (Berpasukan), Atlit Terbaik Wanita (Berpasukan), Pasukan Terbaik, Atlit Baru Terbaik, Kemunculan Semula Terbaik dan Anugerah Khas (Buletin Berita Terbaik) di www.arena.my. Keputusan akhir akan diumumkan sewaktu Malam Anugerah Arena pada bulan April ini yang akan ditayangkan secara langsung di Astro Arena (Saluran 801).
Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass berkata, “Astro Arena akan menyambut ulang tahun yang pertama di pelbagai platform menerusi televisyen, online termasuk juga aktiviti bersama komuniti. Penonton Arena akan dapat menonton sebuah rancangan temu bual interaktif terbaru yang dihoskan personaliti sukan terbaik seperti Edleen Ismail, Rashid Salleh, Akbar Sahari, Azura Zainal, Zainal Abidin Rawop dan ramai lagi. Bermula 26 Mac pula, kami akan menayangkan pelbagai program yang lebih menarik seperti ‘Grandstand Ahad’ yang akan dihoskan Burn dalam mengikuti perkembangan terkini arena sukan tempatan, “Ruck & Roll’ yang akan dikemudikan Rashid Salleh dalam mengetengahkan aksi sukan ragbi di Malaysia dan ‘Arena Sukan’ sebuah dokumentari yang memfokuskan Lagenda Sukan Malaysia yang akan diacarakan oleh Dato Rahim Razali.”
Selain menayangkan pelbagai program baru, peminat sukan tempatan juga berpeluang untuk turut serta dalam lebih banyak promosi bergerak seperti Gelanggang 801 di Kangar dan Kejohanan Cub Prix 2011 yang akan ditayangkan secara langsung di Astro Arena.
“Astro Arena telah memenuhi keperluan kandungan sukan tempatan. Saluran ini melengkapkan pejenamaan sukan Astro melalui komitmen Stadium Astro dalam mempromosikan pembangunan sukan tempatan dan para atlit seterusnya menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih mendekati dan menyokong industri sukan dan para atlit negara ini. Ini merupakan kejayaan yang terbesar sepanjang setahun ini dan ucapan terima kasih sewajarnya diberikan kepada para krew yang bertungkus lumus dan amat berdedikasi sehingga meletakkan Arena sebagai pilihan terbaik untuk perkembangan sukan tempatan di negara ini”, tambah Venu Ramadass
Pasukan produksi Astro Arena tidak boleh dinafikan sebagai sebuah pasukan produksi sukan terbaik di rantau ini. Mereka telah melakar sejaarh tersendiri dengan menerbitkan rancangan Berdefinisi Tinggi yang pertama sewaktu menayangkan kejohanan Piala Thomas dan Uber 2010 peringkat separuh akhir dan akhir dan kemudian menjadi pasukan produksi pertama muncul sebagai penyiar rasmi Kejohanan Komenwel pada tahun 2010 untuk acara badminton. Astro Arena juga merupakan penyiar rasmi untuk kejohanan Piala Malaysia 2010 dan Liga Hoki Malaysia pada tahun 2011.
Menerusi tawaran penyiaran secara langsung acara sukan utama di rantau ini dengan liputan yang lebih mendalam dalam kejohanan dan pembangunan sukan dan atlit di Malaysia, Astro Arena yang disiarkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia telah berjaya memupuk minat rakyat negara ini terhadap perkembangan sukan tempatan.
Astro Arena (Saluran 801) boleh ditonton oleh semua pelanggan Astro menerusi pakej asas.
Astro Arena
Astro Arena merupakan satu-satunya saluran sukan yang bersiaran selama 24 jam dengan memfokuskan perkembangan sukan dan atlit di Malaysia dan disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Perlancaran saluran ini bukan sahaja telah memacu Astro ke suatu aras yang tersendiri, tetapi telah melengkapkan tawarannya terhadap Pakej Famili merangkumi hiburan, pendidikan, dan kini sukan untuk capaian 15 juta penonton yang meliputi 2.93 juta kediaman di Malaysia. Pelbagai program utama di Astro Arena termasuklah ‘Nadi Arena’; berita sukan yang bersiaran selama setengah jam pada pukul 7.30 dan 11.30 malam, ‘Kafe Sukan’; temu bual yang membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan sukan dan atlit tempatan, ‘Formasi’; sebuah program yang memfokuskan perkembangan terkini perlawanan liga bola sepak Malaysia dan ‘Aktifpedia’, rancangan gaya hidup yang membawa penonton untuk mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian sukan yang ada di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Tahniah ARENA... walaupun baru setahun... tetapi telah berjaya membuktikan ianya adalah nadi sukan malaysia...
need more ideas and input from sports expert who really understand what is lacking and needed to improve the nations sports(soccer)
The programme should educate to improve the sporting standard by being bold in commenting with the help of an expert(who can understand the issues) pls improve the commenting... need to do some soul searching... Good luck
Tahniah Astro Arena....harap ada rancangan baru. Nadi arena contohnya, tidak perlu diulang kerap kali ulangannya.(2.00-2.30am dan 2.30-3.00am sama sja buletinnya).Kemas kini rancangan supaya menjadi lebih interesting.
correction: Nadi Arena 7.oopm and 11.00pm.
7.30 mlm la..
Bro,
It's high time for you to have your own sports show.
Astro Arena shd start the ball rolling...must think outside the box.
Tq
Sam,
Damansara.
Syabas Arena, anda memang hebat dalam martabatkan sukan negara kita. Kepada BRO Rizal selamat maju jaya.
Post a Comment