InsyaAllah aku hadir ke majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2010 esok. Sudah dijemput. Menariknya, TM, menaja anugerah ini dengan nilai dikhabarkan RM250,000. Bagus juga, sejak tidak menaja bola sepak tempatan, TM cari platform baru.
Agaknya siapa menang?
Previunya...
Seorang juara dunia, seorang bintang yang sudah tiga tahun berada di puncak dunia dan seorang lagi jaguh dalam acara kegemarannya – mereka antara calon Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2010.
Saingan getir dalam menentukan bakal pemenang terserlah dengan kehadiran tiga individu bereputasi besar yang mendahului senarai calon kategori itu pada malam gemilang Anugerah Sukan Negara 2010, esok.
Jaguh lumba basikal, Azizulhasni Awang dan ahli bina badan Sazali Abdul Samad serta bintang badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersaing sesama sendiri dalam kategori yang pernah mereka ungguli.
Jika Azizulhasni melangkah ke podium tahun lalu untuk menerima anugerah 2009, Chong Wei dan Sazali memburu anugerah peribadi ketiga.
Chong Wei ditabal Olahragawan Kebangsaan pada 2005 dan 2008 manakala Sazali diisytihar penerima anugerah prestij itu pada 2000 dan 2006.
Chong Wei menggondol sembilan gelaran sepanjang 2010, termasuk gelaran perseorangan lelaki Seluruh England pada ulang tahun ke-100 kejohanan itu dengan menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun. Chong Wei turut memenangi enam sirkit Super Series selain menakluki pusingan akhir Grand Prix Super Series di Taiwan, pada awal tahun ini.
Sazali pula memenangi gelaran keenam Mr Universe di Varanasi, India November lalu, meneruskan penguasaannya yang bergelar Mr Universe pada 2000, 2004, 2006, 2007 dan 2009.
Anggota polis berpangkat sarjan yang berasal dari Batu Pahat itu turut menikmati kejuaraan berganda, dinobat sebagai Mr Asia buat kali ketujuh pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-44 di Tehran pada Ogos lalu.
Azizulhasni muncul selaku raja keirin dengan kedudukan No 1 di senarai dunia sepanjang 2010 selepas menjadi pelumba pertama memeluk gelaran keseluruhan siri Piala Dunia buat tahun ketiga berturut-turut.
Kejuaraan itu disahkan hasil tempat ketiganya di velodrom di Manchester, apabila pelumba bergelar the Pocketrocketman itu mengheret dirinya melepasi garisan penamat tanpa menyedari serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter yang menusuk betis kirinya.
Pingat emas Sukan Asia di Guangzhou buat Azizul mengubat kecewa kemenangannya yang terbatal di Sukan Komanwel di New Delhi.
Melengkapkan senarai calon olahragawan ialah penjaga gol hoki negara, S. Kumar, pakar karate R. Puvaneswaran, raja skuasy Mohd Azlan Iskandar dan peserta bowling, Alex Liew.
Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2010 dijangka menjadi rebutan enam penjuru membabitkan empat pemenang pingat emas Sukan Komanwel.
Senarai pencalonan diketuai Olahragawati Kebangsaan sebanyak tujuh kali, Datuk Nicol Ann David.
Ratu skuasy dunia itu ditemani tiga lagi pemenang pingat emas Sukan Komanwel, iaitu penerjun muda Pandelela Rinong, peserta gimnastik berirama, Elaine Koon dan penembak negara, Nur Suryani Taibi.
Melengkapkan senarai pendek pencalonan ialah pakar wushu, Chai Fong Ying dan peserta karate-do, Lim Lee Lee.
Nicol berada dalam keadaan yang cukup unik. Di kalangan semua calon, ratu skuasy berasal dari Pulau Pinang itu satu-satunya atlet yang mengutip pingat emas di Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou.
10 comments:
Azizulhasni, Chong Wei, Sazali, Nicol & Pandelela semuanya hebat.
Anda memang juara dan icon sukan kita. The Best Will Win!
Kita percaya olaharagawan atau olahragawati terbaik harus seorang atlet yang telah mempamerkan kecemerlangan tertinggi dalam sukan yang mereka ceburi. Di samping itu faktor adalah karektor mereka sebagai atlet ...kerna olahragawan atau olahragawati perlu penampilan yang tertinggi.
Azizul and Pandelela
Lee Chong Wei
Nicol David
Skuad Harimau Malaya AFF Suzuki
Semua layak diberi penghormatan
Berdasarkan prestasi terkini Datuk Lee Chong Wei & Pandelela "the Lulu Dolphin". Semoga ada emas di London 2012.
ching wei memang hebat!!
Rasanya gelaran Olahragawan 2010 bakal menjadi milik Datuk Lee Chong Wei sementara Pandalela bakal dinobatkan Olahragawati 2010..
semuanya hebat2 belaka, tapi hanya yang terbaik akan menjulang anugerah. teruskan usaha anda utk menjadi lagenda / ikon sukan negara.
Lee Chong Wei..kerana baru kalahkan Lin Dan..
Salam bro,
Tahniah la pada Azizulhasni. Setuju dengan pemilihan beliau walaupun saingan sengit dengan Datuk LCW dan Sazali. Semangat juang walaupun kayu tertusuk kat kaki tiada tandingan
boring la bro anugerah tahun ini. tidak ada perubahan ke?
Post a Comment