Saturday, April 2, 2011

Occupational hazard

Terkejut aku apabila menerima SMS semalam mengatakan Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung. Syukur Alhamdulillah Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) itu dipindahkan ke wad biasa daripada ICU semalam. Dr Ramlan kini berada di Wad 8 Hospital Serdang.

Aku rasa serangan jantung ini occupational hazard untuk mereka yang pegang jawatan di ISN atau Majlis Sukan Negara (MSN). Dulu KP MSN Datuk Wira Mazlan Ahmad menjalani pembedahan pintasan pada 2000. Dr Ramlan mengambil alih teraju MSN dari 2005 hingga 2007 apabila Datuk Zolkples Embong diangkat secara politik. Zol kemudian menjalani pembedahan pintasan pada Mei 2009.

Apapun aku ucap Get Well Soon to Dr Ramlan, seorang gentleman. Kebetulan ia berlaku pada hari ISN menyambut ulang tahun ke-15!

DIKEMAS KINI! Ahmad Shapawi Ismail memaklumkan aku Dr Ramlan sihat dan sebenarnya terkena stress ulcer. Mujur tiada pendarahan.

"Lega lah juga kami tengok dia sihat," kata Shapawi yang kembali menjawat tugas selaku pengarah bahagian persediaan atlit selepas pulang dari Bristol.

9 comments:

Anonymous said...

pandangan menarik dari loose cannon.

'dato zol diangkat secara politik.'
'dr ramlan seorang gentleman.'
shapawi berkata 'legalah juga kami tengok dia dah ok...'

aik, ada angin perubahan sepoi-sepoi bahasa ke bro rizal?

Aku pun gentil-man said...

Rizal kan org MAzlan, Mazlan pulak tak ngam dgn si Zol

So pandai2 la...haha

Anonymous said...

Semoga beliau cepat sembuh

CHE BOB said...

Semoga Dr Ramlan cepat sembuh....

Anonymous said...

hallo bro

tertanya2 jugak bila baca posting ini samaada LC nak cerita pasal Dato' Ramlan masuk hospital atau ada agenda lain apabila merangkumkan mazlan,ramlan,zolkples dan shapawi dalam satu posting.
nampak macam LC cuba melaga2kan mereka>>> betul ke?

Anonymous said...

salam bro rizal,

setuju dgn pendapat anonymous 2 april......nmpk dlm akhbar mingguan smalam dato zol visit dato malik noor....jiran sebelah masuk hospital di hospital serdang dia tak visit kerr....yang sudah, sudah-sudah lah...buang yang keruh ambil yang jernih.....kita hidup pun tak lama di dunia ni...tak elok musuh berpanjangannnn....

Anonymous said...

Rizal, itulah masalahnya bila orang kuat MSN suka main politik. Jiran sebelah pun tak mau tgk. Apa punyalah manusia.

I salute u bro, walaupun sebelum ini dalam saudara dalam kem Datuk Zol dan bila dia tak betul u tetap hentam. Maybe Datuk Zol lupa dia dalam kerusi panas. Kabarnya ada cita-cita nak dapat pangkat Datuk Seri> Itulah parahnya jika nak jawatan untuk dapat agenda peribadi.

Anonymous said...

yeeaah...rizal

kacang lupakan kulit berangan nk dpt gelaran "Dato' Seri". Gelaran dan publisiti juga yang dikejar2knnye. tp kabarnye kantung MSN yg semakin kempis dek kempen makan angin bersama orang kanannya tidakla dikisahkn. (den punyo claim x dapek laieeee.....) sesekali dtg MSN sepi jee...apa dah jadi haaa........

Anonymous said...

from tax payer. Betol! we give our money to them to do their work, get good treatment and enhance athletes performance untuk martabatkan sukan, bangsa & negara kita bukannya suruh perabihkan duit kita untuk keseronokan, kedudukan dan pangkat die tu..DSeri konon..suruh die pegi cari bini dulu lah itu KPI die sekarang ni. Ikhlas from Tax Payer.