Thursday, March 17, 2011

Lepas Mosthakeen dan HjMat, Wan Jamak pulak...

"Jaga maruah awak, keluarga awak, Datuk Seri dan Negeri Sembilan," amanat Wan Jamak Hassan pada sesi perjumpaan dengan pemain Negeri Sembilan selepas dia meletak jawatan selaku jurulatih Hobin Jang Hobin pagi tadi.

Nasib jurulatih bola sepak. Semalam wira, hari ini orang biasa...macam Felix Magath, Louis van Gaal...

Komen berbisa daripada Datuk Seri Mohamad Hasan dalam akhbar hari ini sukar diterima agaknya oleh mana-mana jurulatih.

"Saya akur dan menerima sepenuhnya tanggungjawab atas keputusan yang tidak memihak kepada pasukan," kata Wan Jamak.

Tapi aku rasa pelik...kenapa hanya dua tahun selepas menamatkan penantian 61 tahun untuk menjulang Piala Malaysia, Wan Jamak berdepan masalah mendapatkan keputusan.

Adakah perubahan dari segi pengurusan membawa perubahan positif yang dikehendaki atau sebaliknya?

Sumber dalaman menyebut kehadiran Faizal Zainal selaku penolong pengurus pasukan dan dua minggu lalu dilantik setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) antara punca suasana yang tidak positif dalam bilik persalinan.

"Dulu ada semangat kekitaan, kekeluargaan...tapi sekarang tidak..." kata seorang bekas pemain.

Faizal menyangkal dakwaan itu sambil menegaskan dia banyak mempertahankan Wan Jamak.

"Saya tak nak komen lebih-lebih, tapi saya mempertahankan Wan Jamak sekalipun ada desakan untuk dia dipecat," kata Faizal, bekas kapten skuad Olimpik 1994-95.

26 comments:

Anonymous said...

ayam den lapeh ooi ooi..ayam den lapeh...

Unknown said...

Faizal Zainal dan Wan Jamak sudah berkolobrasi sejak musim 2010 lagi. Bagi aku, kegagalan mereka berdua menyatukan bintang - bintang lama dlm pasukan itulah yg menjadi punca kegagalan NS mendapatkan keputusan cemerlang. Kpd sesiapa yang berminat untuk menjadi pengganti Faizal dan Wan Jamak, baca dulu Rumah Kaca Di Medan Rahang....http://nizam-anakfelda.blog spot.com/

Unknown said...

Faizal dan Wan Jamak telah berkolobrasi sejak musim 2010 lagi.namun kegagalan mereka menyatukan bintang - bintang lama dan baru dalam pasukan membuatkan pasukan gagal mencapai keputusan baik. yg berminat untuk menggantikan mereka, silakan. ttp baca dahulu Rumah Kaca Di Medan Rahang di http://nizam-anakfelda.blogspot.com

Anonymous said...

What most people fail to notice is that those coaches start to get in trouble after their teams were defeated by newboys Felda United.

An all-star N9 getting defeated 1-0 by 10-men Felda was unforgivable, and WJ started to get in trouble since then.
Even worse for Mosthakeen, getting sacked right after losing 2-0 to - again- 10-men Felda.
Ahmad Yusof too was rested after Felda's 1-0 win over Kedah.

Could this mean something or just a coincidence? Well, we only need to see the FA Cup QF 2nd leg result between Felda United and Kelantan to find out. Its good to get a big surprise once in a while in Malaysian League anyway.

Anonymous said...

Menteri Besar patutnya tak perlu campur tangan dalam isu2 camni. Dah tiba masanya mereka yang betul2 layak dan profesional dilantik menaungi kelab & persatuan sukan di Malaysia.

MZZ said...

"Jaga maruah awak, keluarga awak, Datuk Seri dan Negeri Sembilan,"
ayat ini seperti mengingatkan pemain N9 tentang amalan rasuah ermmm...mungkinkah?

Anonymous said...

come on wan jamak johor sedia terima kembali melatih skuad johor..
rindu sentuhan ajaib wan jamak

zul husin said...

sudah lumrah......bila menang akan disanjung dan dipuja.....tpi bila kalah terus nak menuding jari pada coach.....ape la nasib coach malaysia skang nie....yg terbaru wan jamak.....persatuan n9 buat bodoh je bila dia nak resign....seperti merelakan je.....cube tahun lepas wan jamak cube resign mesti sume org cube halang mcm kes dato' misbun......coz taun lepas beliau bgi piala kat n9.skang bila kalah salah coach....sepatutnye sume kne tnye diri sendiri apakah cukup sumbangan yg diberikan dri persatuan,kejurulatihan dan juga pemain itu sendiri....
kepada peminat pula...jangan asik selalu menuding jari kepada seseorg saje...kene la ingt pemainan bola sepak nie ade 11 pemain utama,5 pemain simpanan 3 jurulatih utama,dan juga persatuan....itu suma yg perlu kita lihat....dimana tahun lepas pun perkara ini pernah terjadi kepada pasukan kelantan dan sathianathan dimana pemint mendesat agar sathianathan untuk berundur....tetapi persatuan negeri kelantan yg diketuai oleh tan sri Anuar Musa terus memberi kepercayaan terhadapnye....dan hasilnye beliau menghadiahkan kelantan piala malaysia yg pertama untuk kelantan,peminat yg dulunya mencemuh dirinya dan juga yg terpenting kpada tan sri sndiri....sekarang B.Sathianathan sudah menjadi ikon di kelantan,walaupun didenda oleh FAM tetapi kelantan tetap tidak mahu melepaskannye kerana Kelantan tahu sentuhan B.Sathianathan masih diperlukan.....
sekian......

zul husin said...

sudah lumrah......bila menang akan disanjung dan dipuja.....tpi bila kalah terus nak menuding jari pada coach.....ape la nasib coach malaysia skang nie....yg terbaru wan jamak.....persatuan n9 buat bodoh je bila dia nak resign....seperti merelakan je.....cube tahun lepas wan jamak cube resign mesti sume org cube halang mcm kes dato' misbun......coz taun lepas beliau bgi piala kat n9.skang bila kalah salah coach....sepatutnye sume kne tnye diri sendiri apakah cukup sumbangan yg diberikan dri persatuan,kejurulatihan dan juga pemain itu sendiri....
kepada peminat pula...jangan asik selalu menuding jari kepada seseorg saje...kene la ingt pemainan bola sepak nie ade 11 pemain utama,5 pemain simpanan 3 jurulatih utama,dan juga persatuan....itu suma yg perlu kita lihat....dimana tahun lepas pun perkara ini pernah terjadi kepada pasukan kelantan dan sathianathan dimana pemint mendesat agar sathianathan untuk berundur....tetapi persatuan negeri kelantan yg diketuai oleh tan sri Anuar Musa terus memberi kepercayaan terhadapnye....dan hasilnye beliau menghadiahkan kelantan piala malaysia yg pertama untuk kelantan,peminat yg dulunya mencemuh dirinya dan juga yg terpenting kpada tan sri sndiri....sekarang B.Sathianathan sudah menjadi ikon di kelantan,walaupun didenda oleh FAM tetapi kelantan tetap tidak mahu melepaskannye kerana Kelantan tahu sentuhan B.Sathianathan masih diperlukan.....
sekian......

D'Shahrul said...

Kita selalu mengharap penglibatan lebih ramai technical people/x-players dalam pengurusan bola. Tapi bila FZ join N9 futbol mgmt, ada isu pulak. Btol ke?
Saya still rasa sacking of coach is just a political/commercial decision, and unlikely to solve problems. Harap Wan Jamak leh menyumbang di team lain plak. Maybe Johor.

Anonymous said...

hahaha...lawak2..
rasuah bro...bola kita ada lagi rasuah...tak kisah gaji beribu2 pun...p siasat tu..tak yah lah tulis 2-3 benda kat blog ni nak kasi panas...org tu lah,org ni lah...faizal lah...radhi lah..bile 2-3 tak kene,mesti ada kambing hitam...org melayu...biasalah...

Anonymous said...

You have proven coach who fulfilled his responsibility to coach a team but unfortunately you have proven players who didnt deliver as a team. The players should take responsibility too. Bar legal consequences, rules and regulations, the FA president should be brave enough to sack players too. Not just give them warning. What about players or hidden hands within association who orchestrated defeat just to get rid of Wan Jamak? They're free to this again to whoever they 'see fit'. If this is really happening, I pity the fans as there are quite a few of them are playing in the national and chances are...take this 'game' to national level.

Bukan Nama Sebenar

Anonymous said...

Salam Bro Rizal,

In this case, the result is expected in N9 by the management..however i salute WJ as he took all the responsibility and step down. So the next in line/management have things to prove wether the prob in the former coach or the star itself. However there must be tonnes of team waiting to have WJ as their coach i believe.

Maybe WJ can prove himself in Kedah...Perlis....or even other league in this region. I prefer him to groom back his hometown Johor and bring back the old glory..

However, I agree with Nizamhasan...maybe the star in N9 x sempat bersatu lagi...give them time...i think N9 will bounce back..but do they have the time?

Zul GSM

Unknown said...

Jangan salah faham "WJ meletakkan jawatan bkn dipecat".. satu tindakan yg sepatut dipuji dan professional bagi seorg jurulatih yg bertanggungjawab atas kemerosotan pasukan.. Jarang berlaku coach sanggup melepaskan jawatan sehingga dipecat.. keputusan beliau patut dihormati.. Apa yang saya fahami terdapat juga anasir2 luar yg mencampuri tugas beliau yg juga mendorong kpd perletakan jawatan.. Hanya Wan Jamak dan kem N9 shj yg mengetahui apa yg berlaku.. Tetapi yang paling utama jasa Wan Jamak kpd pasukan N9 pasti tak dpt dilupakan..


::Penyokong Setia Nogori

hskamal19.blogspot said...

samapi bila2 pun bolasepak tak akan berubah. Selagi pihak pengurusan membuat keputusan tanpa merujuk pada pakar2 bebas tentang penilaian dari segi kejurulatihan, selagi itu, mereka akan berada dlm kegelapan...
Saya syorkan, agar semua pihak pengurusan bolasepak ligaM, supaya mengambil satu pendekatan dgn mewujudkan satu jawatan atau sesorang yg bebas untuk menilai dan memberi input dan pandangan terhadap peranan jurulatih dan pihak pengurusan dlm membuat keputusan2.Supaya ianya, lebih teratur dan pro.

Anonymous said...

bola kita memang hebat dari segi pergolakan & camputangan pihak politik yang dangkal dgn bolasepak. tapi dari segi mutu permainan bola kitalah yang hampa.

hskamal said...

Siapa ini faizal? Layak ke dia untuk memberi pandangan tentang ini semua?
Cukup ke ilmu dia dlm pengurusan atau kejurulatihan- Saya berani cakap, dia budak mentah dan perlu di rotan(belajar lagi)sebelum nak pandai2 membela sesiapa.
M.Besar N9 pergilah buat kerja tadbir negeri. Jgnlah buat perkara2 bodoh. Apa yg MB tahu tentang bolasepak? siapa yg nasihat dia dlm membuat keputusan, atau dia nak jadi profesor serba tahu.
Tlglah, ubahlah cara pentadbiran dan pengurusan. masih ketinggalan zaman. Jgn nak tunjuk pandai, tapi nampak tak kena dan bodoh di kaca mata umum. Pastikan dulu kewangan negeri tak defisit, sebelum nak pandai2 cari kelemahan orang lain.
Malaysian politicians are making a mockery out of them-self with bad administration and management function in sports. Goodluck...

Anonymous said...

Menteri Besar NS ni nampaknya mempolitikkan bolasepak negerinya sendiri.

MB ni tahu menang dan gondol piala saja demi kepentingannya. Apakah beliau ingat boleh menjadi MB selama-lamanya?

Cakap MB ni ikut sedap mulut, sedap hati dengan memperlekehkan jurulatih, pegawai dan pemain sendiri.

Alamat lingkuplah kalau tak tahu bezakan peranan MB dengan Presiden Persatuan Bolasepak NS.

Abang Lang.
Linggi

Anonymous said...

era proffesional sama seperti liga eropah , kejayaan sesebuah pasukan adalah kemenangan "what you give what you get back" pelaburan yang dibuat mestilah bebaloi pulanganya

Anonymous said...

era proffesional sama seperti liga eropah , kejayaan sesebuah pasukan adalah kemenangan "what you give what you get back" pelaburan yang dibuat mestilah bebaloi pulanganya

alancinak said...

pemain N9 berat kocek penoh ngn duit.............. semangat kenegerian langsung xde... iulah padah suka curi pemain luar dr negeri sendiri. lain kali lahirkan produk dr negeri sendiri, jgn sibuk nak mencuri pemain dr pasukan lain.

tokman said...

Sukan apa pun akan berubah nasibnya dari masa kesemasa. Hari ini kita mungkin jadi Johan dan satu hari jatuh kerana pemain dah kurang minat dan ada dibeli olih pasukan lain, pegawai2 juga bertukar dan yang baru tiada jujur, pasukan2 lawan dah lebih cemerlang serta banyak lagi sebab2 tertentu. Untuk menjadi pemimpin2 sukan yang disegani kita kena sabar dan berhemah dan sedia terima kekecewaan dan kekalahan. Yang mustahaknya jangan salahkan orang lain salahkan diri sendiri dan terima kekalahan sebagai ketua yang beriman. Kalau dah tak berminat berhenti saja dan beri peluang kepada muka baru yang mungkin lebih dinamik dan berpengalaman. Hari ini kita MB mungkin satu hari dia yang lebih berkuasa. Jangan sombong dan bongkak kerana kita ada kuasa sekarang (sebenarnya kita hanya manusia biasa) kerana Allah swt yang sebenarnya mempunyai MAHAKUASA!

Kabonyor said...

Lumrah Bola Sepak Malaysia masa kini, jatuh di buang, naik di sanjung.. contohi presiden Kelantan Tan Sri Annuar Musa, walaupun B.Sathianathan di gantung masih di kekalkan untuk melatih ARMY..

Anonymous said...

Langit tidak slolu corah...ingat tu YAB Montori Bosar Nogori..Eko bagi masa la kek Wan Jamak. Dio pun dah bagi 2 Pialo kek NS. Syukurlah. Mungkin takat nie bolum laie rezeki dia nak monang tapi sapa tau lepas bebudak yang injured tu sombuh baik la team Nogori nie hah. Eko jago je lah kebajikan team dan players. Eko jago nogori pun blum tentu bagus laie. Agak2 kalau Najib jentik sikit eko nak lotak jawatan ko? Tu la kadang2 tak elok gak baie Montori Bosar jadi presiden..

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Lepas ni Ketua Jurulatih T-Team pula..

haziqqqqq said...

sepatutnya pbns memberi peluang kepada wan jamak untuk mencuba kesebelasan utamanya,apabila kesebelasan utamanya pulih daripada kecderaan