Thursday, March 24, 2011

Chat online...

Tempoh hari aku cuba meninggalkan komen ketika Utusan Malaysia menganjurkan jom chat online bersama Safee Sali sebelum dia berangkat ke Indonesia. Tapi disebabkan terlalu banyak respons, komen ku tersekat kot. Live@nst juga satu forum diskusi secara interaktif yang cukup berkesan. Personaliti boleh menjawab soalan atau cadangan secara terus. Yang menarik, personaliti RTM, Hafizal Hamad yang terkenal dengan trademark terima kasih, terima kasih, terima kasihnya, memperkenalkan konsep baru. Dia mempelawa personaliti sukan berbincang dengan peminat di wall facebooknya. Baru-baru ini dia pelawa Azraai Khor Abdullah yang dilantik menggantikan Wan Jamak Hassan selaku ketua jurulatih Negeri Sembilan...kemudian jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang...kelak Akmal Rizal Rakhli. Hebat....


Olahragawan Kebangsaan 2010 (kanan) bersembang secara online di facebook Hafizal Hamad baru-baru ini. Yang kiri tu pun mencelah lah...ingatkan nak buat rambut stail Jojohasni tapi tak terdaya...

3 comments:

Anonymous said...

http://www.loginwang.com/?a=rozaimiera

CHE BOB said...

Mencari sesuatu idea yang baru merupakan kreativiti seseorang yang bagi pendapat saya personaliti tersebut cuba menjadi perantaraan antara peminat dgn atlit.
Atlit memerlu wartawan bagi mempopularkan mereka. Wartawan pula perlukan peminat bagi menjulang nama mereka....so konsep yang diperkenalkan sesuatu yang bagus. Keep it up.

Anonymous said...

teruskan idea-idea yang boleh bawa kebaikkan kepada mereka yang terlibat dalam sukan utk kegemilangan sukan Malaysia