Thursday, March 31, 2011

Kena tawan Taiwan, Lubnan

Kali terakhir Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Taiwan untuk pertandingan antarabangsa ialah pada pra-Piala Asia 2000. Zaman itu Abdul Rahman Ibrahim kendalikan pasukan kebangsaan. Antara yang jadi watak perancangan Haji Rahman ialah Mohd Noor Derus, orang Melaka yang ada teknik cukup kemas. Boleh main di mana-mana penjuru. Di bek kiri Anuar Jusoh, si kidal yang miliki rembatan kaki kiri cukup padu.

Kalau ikut sejarah, tradisi dan kekuatan semasa, memang anak buah K. Rajagobal boleh mengatasi Taiwan dan seterusnya menempah tempat bertemu Singapura pada pra-Piala Dunia. Kemudian seterusnya ke pusingan akhir kelayakan zon Asia.

Sejarah nampaknya boleh dilakar Rajagobal lagi!

Pra-Olimpik pula agak "tricky" bagi aku. Lubnan kental dan sukar diratah. Tapi senjata utama kita ialah kelebihan bermain di stadium yang penuh (itupun kalau penonton datang la). Di Lubnan, anak buah Ong Kim Swee akan beraksi di Stadium Antarabangsa Saida, dekat tepi laut. Sekurang-kurangnya Malaysia dapat main di stadium dalam dunia yang paling dekat dengan pantai.

Macam mana dengan pemainnya? Bayangkanlah Roda Antar, bekas pemain Hamburg. Bekas pemain antarabangsa Lubnan itu kental, tenang dan kuat fizikal. Jurulatihnya pula Emile Rustom, bekas pemain pertahanan yang cekap sempurnakan sepakan percuma. Jadi pasukannya mungkin tekankan set-pieces.


Emile Rustom

Tuesday, March 29, 2011

JSB v MBH...and the winner is...

Joseph S Blatter (JSB) versus Mohamed bin Hammam Al Abdulla (MBH)...loose cannon suspects Michel Platini will emerge victorious, come 2015.



Whether Sepp Blatter (seen here with loose cannon and CAF president Issa Hayatou) retains his FIFA presidency...


Or Mohamed Hammam Al Abdulla becomes the first ever Asian to helm the world body...


Loose cannon firmly believes former France maestro Michel Platini is the FIFA president-designate come 2015...that means Blatter will win the battle of 2011 before passing the baton to Monsieur Platini...

Mat Redo melaporkan...

Mat Redo dari Terengganu memiliki pemerhatian yang tajam. Di blognya, dia menyentuh keadaan padang, perangai match commissioner, mutu pengadilan dan macam-macam lagi. Ini baru perlawanan di akar umbi membabitkan kanak-kanak...kalau orang dewasa, macam mana agaknya. Baca di sini.

Friday, March 25, 2011

Kafe Sukan...satu reviu

Sekejap saja rasanya aku asalnya berasa kekok di studio. Kafe Sukan, seperti mana Astro Arena, sudah mencapai usia setahun. Tentunya masih ada "room for improvement". Aku sebenarnya lebih gemar Kafe Sukan disiar secara langsung, di depan audiens yang boleh melontarkan soalan kepada tetamu. Harap ia menjadi realiti. Episod pertama Kafe Sukan disiarkan Mac 2010. Baca di sini dan di sini. Apapun aku ucap syabas kepada penerbit kanan, Slamet Sazly Yakub dan penerbit Nasser Zainal Abidin kerana rajin mencari tetamu yang ada nilai berita...serta pengarah studio, penolong penerbit, jurukamera dan krew penerbitan...tidak dilupakan Akbar Sahari yang tidak habis-habis menyakat aku...juga paling penting, terima kasih kepada penonton dan ahli FB Kafe Sukan yang setia memberi pendapat...segmen apa kata anda kadang-kadang terlalu pendek, itu yang tidak sempat nak baca komen...



Bersama ratu skuasy, Datuk Nicol David...aku tanya juara dunia, boleh jadi jurulatih bertaraf dunia? Ada boyfriend? Naik basikal di Amsterdam?


Pernah aku cakap dengan Datuk Hamidin, masa tu dia belum Datuk, "minta maaf, saya tidak menyokong tuan,"...tapi Hamidin PR kelasssss....itu aku respect dia. Di Kafe Sukan, kami bincang kesediaan FAS melepaskan Safee Sali dan akan merelakan pemain lain ikut jejak langkah penyerang kebangsaan itu selepas Selangor lebih stabil.


Sejak pasangan kembar ini mewakili pasukan Bawah 16 kebangsaan di bawah Aminuddin Hussin, aku mengikuti kerjaya mereka...jangan lupa Akbar Sahari pun kembar...dari Nogori jugak...pasangan kembar biasanya ramai peminat


Kafe Sukan edisi Eidul Fitri tahun lalu dirakam awal agar krew boleh balik kampung...


Ah Datuk Misbun...bila lagi hendak ke Kafe Sukan? Mustahil kot...


Krew Kafe Sukan masih menunggu Legenda 17 hantar sekoyan nasi ayam hainan


Dalam program ini aku dedahkan nick FB Pandelela Rinong, Lulu Dolphin...dua jantan mengapit dua awek...


Alex Liew dan R. Puvaneswaran antara atlit yang mewarnai Kafe Sukan


Datuk Danyal Balagopal Abdullah tidak setuju dengan latihan pusat di Ranau manakala Noraseela Mohd Khalid harus berhati-hati kalau tidak mahu jadi mangsa. Aku duduk diam saja 


Datuk Ahmad Ismail timbulkan kontroversi apabila dia belasah pemain sepak takraw dalam Kafe Sukan...


Bersama bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad dan bekas pengarang sukan Berita Harian, Norbakti Alias. Bakti pakar badminton. Dia juga wartawan yang ambik diskette aku untuk dipindahkan ke sistem komputer. Esoknya byline aku keluar, story bek kiri Kuala Lumpur, Nazim Din, berbekam...


Dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh, Rexy Mainaky dan Fairuzizuan Tazari...masa tu kecoh isu Ganga Rao kena pecat...

Thursday, March 24, 2011

Chat online...

Tempoh hari aku cuba meninggalkan komen ketika Utusan Malaysia menganjurkan jom chat online bersama Safee Sali sebelum dia berangkat ke Indonesia. Tapi disebabkan terlalu banyak respons, komen ku tersekat kot. Live@nst juga satu forum diskusi secara interaktif yang cukup berkesan. Personaliti boleh menjawab soalan atau cadangan secara terus. Yang menarik, personaliti RTM, Hafizal Hamad yang terkenal dengan trademark terima kasih, terima kasih, terima kasihnya, memperkenalkan konsep baru. Dia mempelawa personaliti sukan berbincang dengan peminat di wall facebooknya. Baru-baru ini dia pelawa Azraai Khor Abdullah yang dilantik menggantikan Wan Jamak Hassan selaku ketua jurulatih Negeri Sembilan...kemudian jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang...kelak Akmal Rizal Rakhli. Hebat....


Olahragawan Kebangsaan 2010 (kanan) bersembang secara online di facebook Hafizal Hamad baru-baru ini. Yang kiri tu pun mencelah lah...ingatkan nak buat rambut stail Jojohasni tapi tak terdaya...

On Evening Network, Radio24...


I thoroughly enjoyed the chat over Evening Network on Radio24 recently, being interviewed by the Jedi Gerard Ratnam formerly from TraxxFM. The aikido sensei and I are of the same age, hah! We discussed Malaysian sports, personalities and local footie. Thanks to producer, Shawn Tanis, for inviting me.

Arena, 12 bulan kemudian...


Astro Arena Menyambut Ulang Tahun Pertama Dengan Memartabatkan Wira Sukan Malaysia

23 Mac 2011, Kuala Lumpur – Saluran sukan pertama dan satu-satunya yang bersiaran 24 jam di Malaysia, Astro Arena akan menyambut ulang tahun pertama dengan memartabatkan ikon-ikon sukan tempatan di Malam Anugerah Arena.

Malam Anugerah Arena akan menganugerahkan sebanyak enam pengiktirafan terhadap olahragawan dan olahragawati sukan tempatan. Warganegara Malaysia daripada pelbagai golongan masyarakat turut berpeluang untuk mengundi personaliti sukan pilihan mereka untuk kategori Atlit Terbaik Lelaki (Berpasukan), Atlit Terbaik Wanita (Berpasukan), Pasukan Terbaik, Atlit Baru Terbaik, Kemunculan Semula Terbaik dan Anugerah Khas (Buletin Berita Terbaik) di www.arena.my. Keputusan akhir akan diumumkan sewaktu Malam Anugerah Arena pada bulan April ini yang akan ditayangkan secara langsung di Astro Arena (Saluran 801).

Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass berkata, “Astro Arena akan menyambut ulang tahun yang pertama di pelbagai platform menerusi televisyen, online termasuk juga aktiviti bersama komuniti. Penonton Arena akan dapat menonton sebuah rancangan temu bual interaktif terbaru yang dihoskan personaliti sukan terbaik seperti Edleen Ismail, Rashid Salleh, Akbar Sahari, Azura Zainal, Zainal Abidin Rawop dan ramai lagi. Bermula 26 Mac pula, kami akan menayangkan pelbagai program yang lebih menarik seperti ‘Grandstand Ahad’ yang akan dihoskan Burn dalam mengikuti perkembangan terkini arena sukan tempatan, “Ruck & Roll’ yang akan dikemudikan Rashid Salleh dalam mengetengahkan aksi sukan ragbi di Malaysia dan ‘Arena Sukan’ sebuah dokumentari yang memfokuskan Lagenda Sukan Malaysia yang akan diacarakan oleh Dato Rahim Razali.”

Selain menayangkan pelbagai program baru, peminat sukan tempatan juga berpeluang untuk turut serta dalam lebih banyak promosi bergerak seperti Gelanggang 801 di Kangar dan Kejohanan Cub Prix 2011 yang akan ditayangkan secara langsung di Astro Arena.

“Astro Arena telah memenuhi keperluan kandungan sukan tempatan. Saluran ini melengkapkan pejenamaan sukan Astro melalui komitmen Stadium Astro dalam mempromosikan pembangunan sukan tempatan dan para atlit seterusnya menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih mendekati dan menyokong industri sukan dan para atlit negara ini. Ini merupakan kejayaan yang terbesar sepanjang setahun ini dan ucapan terima kasih sewajarnya diberikan kepada para krew yang bertungkus lumus dan amat berdedikasi sehingga meletakkan Arena sebagai pilihan terbaik untuk perkembangan sukan tempatan di negara ini”, tambah Venu Ramadass

Pasukan produksi Astro Arena tidak boleh dinafikan sebagai sebuah pasukan produksi sukan terbaik di rantau ini. Mereka telah melakar sejaarh tersendiri dengan menerbitkan rancangan Berdefinisi Tinggi yang pertama sewaktu menayangkan kejohanan Piala Thomas dan Uber 2010 peringkat separuh akhir dan akhir dan kemudian menjadi pasukan produksi pertama muncul sebagai penyiar rasmi Kejohanan Komenwel pada tahun 2010 untuk acara badminton. Astro Arena juga merupakan penyiar rasmi untuk kejohanan Piala Malaysia 2010 dan Liga Hoki Malaysia pada tahun 2011.

Menerusi tawaran penyiaran secara langsung acara sukan utama di rantau ini dengan liputan yang lebih mendalam dalam kejohanan dan pembangunan sukan dan atlit di Malaysia, Astro Arena yang disiarkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia telah berjaya memupuk minat rakyat negara ini terhadap perkembangan sukan tempatan.

Astro Arena (Saluran 801) boleh ditonton oleh semua pelanggan Astro menerusi pakej asas.



Astro Arena
Astro Arena merupakan satu-satunya saluran sukan yang bersiaran selama 24 jam dengan memfokuskan perkembangan sukan dan atlit di Malaysia dan disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Perlancaran saluran ini bukan sahaja telah memacu Astro ke suatu aras yang tersendiri, tetapi telah melengkapkan tawarannya terhadap Pakej Famili merangkumi hiburan, pendidikan, dan kini sukan untuk capaian 15 juta penonton yang meliputi 2.93 juta kediaman di Malaysia. Pelbagai program utama di Astro Arena termasuklah ‘Nadi Arena’; berita sukan yang bersiaran selama setengah jam pada pukul 7.30 dan 11.30 malam, ‘Kafe Sukan’; temu bual yang membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan sukan dan atlit tempatan, ‘Formasi’; sebuah program yang memfokuskan perkembangan terkini perlawanan liga bola sepak Malaysia dan ‘Aktifpedia’, rancangan gaya hidup yang membawa penonton untuk mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian sukan yang ada di negara ini.

Thursday, March 17, 2011

Lepas Mosthakeen dan HjMat, Wan Jamak pulak...

"Jaga maruah awak, keluarga awak, Datuk Seri dan Negeri Sembilan," amanat Wan Jamak Hassan pada sesi perjumpaan dengan pemain Negeri Sembilan selepas dia meletak jawatan selaku jurulatih Hobin Jang Hobin pagi tadi.

Nasib jurulatih bola sepak. Semalam wira, hari ini orang biasa...macam Felix Magath, Louis van Gaal...

Komen berbisa daripada Datuk Seri Mohamad Hasan dalam akhbar hari ini sukar diterima agaknya oleh mana-mana jurulatih.

"Saya akur dan menerima sepenuhnya tanggungjawab atas keputusan yang tidak memihak kepada pasukan," kata Wan Jamak.

Tapi aku rasa pelik...kenapa hanya dua tahun selepas menamatkan penantian 61 tahun untuk menjulang Piala Malaysia, Wan Jamak berdepan masalah mendapatkan keputusan.

Adakah perubahan dari segi pengurusan membawa perubahan positif yang dikehendaki atau sebaliknya?

Sumber dalaman menyebut kehadiran Faizal Zainal selaku penolong pengurus pasukan dan dua minggu lalu dilantik setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) antara punca suasana yang tidak positif dalam bilik persalinan.

"Dulu ada semangat kekitaan, kekeluargaan...tapi sekarang tidak..." kata seorang bekas pemain.

Faizal menyangkal dakwaan itu sambil menegaskan dia banyak mempertahankan Wan Jamak.

"Saya tak nak komen lebih-lebih, tapi saya mempertahankan Wan Jamak sekalipun ada desakan untuk dia dipecat," kata Faizal, bekas kapten skuad Olimpik 1994-95.

Monday, March 14, 2011

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 jatuh kepada...



InsyaAllah aku hadir ke majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2010 esok. Sudah dijemput. Menariknya, TM, menaja anugerah ini dengan nilai dikhabarkan RM250,000. Bagus juga, sejak tidak menaja bola sepak tempatan, TM cari platform baru.


Agaknya siapa menang?

Previunya...

Seorang juara dunia, seorang bintang yang sudah tiga tahun berada di puncak dunia dan seorang lagi jaguh dalam acara kegemarannya – mereka antara calon Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2010.

Saingan getir dalam menentukan bakal pemenang terserlah dengan kehadiran tiga individu bereputasi besar yang mendahului senarai calon kategori itu pada malam gemilang Anugerah Sukan Negara 2010, esok.

Jaguh lumba basikal, Azizulhasni Awang dan ahli bina badan Sazali Abdul Samad serta bintang badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersaing sesama sendiri dalam kategori yang pernah mereka ungguli.

Jika Azizulhasni melangkah ke podium tahun lalu untuk menerima anugerah 2009, Chong Wei dan Sazali memburu anugerah peribadi ketiga.

Chong Wei ditabal Olahragawan Kebangsaan pada 2005 dan 2008 manakala Sazali diisytihar penerima anugerah prestij itu pada 2000 dan 2006.

Chong Wei menggondol sembilan gelaran sepanjang 2010, termasuk gelaran perseorangan lelaki Seluruh England pada ulang tahun ke-100 kejohanan itu dengan menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun. Chong Wei turut memenangi enam sirkit Super Series selain menakluki pusingan akhir Grand Prix Super Series di Taiwan, pada awal tahun ini.

Sazali pula memenangi gelaran keenam Mr Universe di Varanasi, India November lalu, meneruskan penguasaannya yang bergelar Mr Universe pada 2000, 2004, 2006, 2007 dan 2009.

Anggota polis berpangkat sarjan yang berasal dari Batu Pahat itu turut menikmati kejuaraan berganda, dinobat sebagai Mr Asia buat kali ketujuh pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-44 di Tehran pada Ogos lalu.

Azizulhasni muncul selaku raja keirin dengan kedudukan No 1 di senarai dunia sepanjang 2010 selepas menjadi pelumba pertama memeluk gelaran keseluruhan siri Piala Dunia buat tahun ketiga berturut-turut.

Kejuaraan itu disahkan hasil tempat ketiganya di velodrom di Manchester, apabila pelumba bergelar the Pocketrocketman itu mengheret dirinya melepasi garisan penamat tanpa menyedari serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter yang menusuk betis kirinya.

Pingat emas Sukan Asia di Guangzhou buat Azizul mengubat kecewa kemenangannya yang terbatal di Sukan Komanwel di New Delhi.

Melengkapkan senarai calon olahragawan ialah penjaga gol hoki negara, S. Kumar, pakar karate R. Puvaneswaran, raja skuasy Mohd Azlan Iskandar dan peserta bowling, Alex Liew.

Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2010 dijangka menjadi rebutan enam penjuru membabitkan empat pemenang pingat emas Sukan Komanwel.

Senarai pencalonan diketuai Olahragawati Kebangsaan sebanyak tujuh kali, Datuk Nicol Ann David.
Ratu skuasy dunia itu ditemani tiga lagi pemenang pingat emas Sukan Komanwel, iaitu penerjun muda Pandelela Rinong, peserta gimnastik berirama, Elaine Koon dan penembak negara, Nur Suryani Taibi.
Melengkapkan senarai pendek pencalonan ialah pakar wushu, Chai Fong Ying dan peserta karate-do, Lim Lee Lee.

Nicol berada dalam keadaan yang cukup unik. Di kalangan semua calon, ratu skuasy berasal dari Pulau Pinang itu satu-satunya atlet yang mengutip pingat emas di Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou.

Tahniah Chong Wei, apa khabar Misbun?

Apa khabar Datuk Misbun Sidek? Masih merajuk dan tidak mahu pulang ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)?

Apakah kemenangan Chong Wei di Seluruh England awal pagi tadi menewaskan Lin Dan membuktikan sang juara dari Pulau Pinang itu sudah benar-benar bersedia memutuskan ikatan dengan Misbun dan menyerahkan masa depannya kepada Tey Seu Bock dan Rashid Sidek?

Benarkah Rashid sudah jual rumahnya yang dulu hanya setapak dari rumah abang-abangnya Misbun dan Jalani?

Friday, March 11, 2011

Bola kita sampah/rubbish?

Fuh, Ross Yusof, renowned footy commentator, radio DJ and Man Utd fan, said this on national tv...it goes something like this "over here it's rubbish" in the latest episode of the footy talk show Bola@Mamak over Astro816...hosted by Adrian Jalaludin.

kira bola sepak kita sampah la...


Ross Yusof, a Malaysian-born UK grad, I think...

Funny to think that an Englishman born in Liverpool, Dez Corkhill begged to differ, to the extent of mentioning Mokhtar Dahari...


That's Dez on the left with blogger Nadzry Abu Bakar who runs his blog here

Hmmmm

Tuesday, March 8, 2011

Kasihan Hj Ahmad Yusof

JATUH bangun, turun naik, dilantik dan dipecat - asam garam dunia bola sepak. Kalau team bagus, team dapat kredit, tapi kalau team merudum, jurulatih kena tendang. Lumrah.

Kasihan Haji Ahmad Yusof. Wira negara satu ketika dulu. Mententeramkan keadaan di jentera tengah tugasnya. Bilamana dia tenang, Radhi Mat Din, Subadron Aziz, Lim Teong Kim antaranya bebas meluahkan bisa.

Pada awal 1997, aku menjadi tetamu Allah di tanah suci. Sambil memanjat doa di depan Kaabah, tiba-tiba muncul muka yang familiar. MasyaAllah, Ahmad Yusof rupanya. Kami berjabat tangan, bersyukur bertemu di tanah suci.

Ketika aku merangkak menjadi wartawan sukan, Ahmad Yusof nama besar. Nak interviu pun segan-segan. Tapi dikelilingi bintang seperti Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh, Ahmad Yusof selamba, rileks dan mudah mesra...orang Utaralah katakan...

Zaman itu, pemain berkarakter...salah tulis, diaorang marah! Jiwa kental, kena ludah, kena maki tapi tetap pro dan jarang-jarang sabotaj jurulatih atau pengurus.

"Zaman dulu, jurulatih jadi coach sampai 10 tahun tak de apapun...zaman sekarang, dua kali kalah dah pressure," kata seorang penggiat bola sepak.


Ahmad Yusof sudahpun dilucut jawatannya selaku pengurus Kedah. Khabarnya dia menjadi mangsa keadaan. Pemain tidak berapa suka dengan pengurus Datuk Khazali Din. Ada pemain tidak beri 100 peratus dalam game, tentu ada sebab-musababnya. Jadi Ahmad Yusof barangkali tersepit.

Dalam pada itu, aku terima emel ini:

masalah utama adalah berpunca daripada krisis dalaman pihak pengurusan yang melibatkan pengurus dan barisan kejurulatihan iaitu khazali din, ahmad yusof, radhi mat din dan ahmad sobri.


1) khazali din- dia ni punca utama kemerosotan kedah.
segala galanya berpunca dari dia. dia punya target musim ni mau 3 piala tapi dia kedekut nak sediakan bajet lebih untuk dapatkan playmaker yang bagus. mat yusop dah bagi list playmaker yang ingin dipancing tetapi khazali din menolak dgn alasan mahal dan pakai saja apa yg ada. kalau nak hasil yang lumayan, modal yang perlu dikeluarkan mestilahlah tinggi. baru la kita dapat hasil yang diinginkan. dia pun tau masalah utama kedah ialah ketiadaan pemain yg benar2 mampu mengisi posisi playmaker.
so mengapa beliau menolak request dari jurulatih untuk dapatkan pemain yang amat2 diperlukan bagi menampung kelemahan utama kedah.
yang kedua khazali din ni suka campur tangan dalam soal tektikal pasukan dan pemilihan line up pasukan. adalah tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan jurulatih dan ini pasti akan merencatkan perancangan jurulatih. sudah la mat yusop ni kurang mahir dari segi tektikal, si pengurus pula duk buat pandai atur sana sini. maka hancur berkecai la tektikal pasukan. mana boleh satu kapal ada 2 kapten.
yang ketiga khazali din ni tak berapa friendly dgn para pemain. selaku pengurus beliau seharusnya bertindak sebagai bapa dalam mendidik anak. beri perhatian yang sewajarnya kepada pemain dan kena selalu ambil berat pasal pemain, baru la pemain rasa dihargai dan main dgn semangat. contohilah apa yang arwah DATO AHMAD BASRI terapkan, sentiasa mendampingi pemain dan selalu bertanyakan masalah pemain.


2) mat yusop - sekarang ni majoriti penyokong kedah menyalahkan beliau atas kegagalan pasukan kedah...
memang tak dinafikan mat yusop patut disalahkan. jelas tektikal beliau ternyata tidak berkesan. alasan mat yusop ketika bermula saingan liga ialah masalah kecederaan tonggak utama dan kurang keserasian antara pemain. 2 game terakhir ni beliau dah berpeluang menurunkan barisan idamannya dan hasilnya tetap sama. kedah masih lagi tumpul. ternyata mat yusop gagal dan mengecewakan kita semua.
tak wajar mat yusop bagi alasan kecederaan kerana jika pemain tonggak cedera atau berdepan penggantungan, maknanya kedah akan gagal.. apa fungsi pemain lain?? apakah mat yusop hanya mengharapkan kepada pemain tonggak sahaja???
sebenarnya mat yusop dinilai dari musim lepas, bagi saya beliau tak mampu menggalas tugas selaku ketua jurulatih.
tiada peningkatan yang ditunjukkan dari musim lepas.
ini juga berpunca daripada sikap khazali din yang suka mencampuri urusan mat yusop dalam bab tektikal dan line up pasukan. maka bertambah serabut lagi la mat yusop.
mat yusop (lemah tektikal, suka jadi pak turut) + khazali din (kedekut, suka memandai) = lingkup team kedah


3) radhi mat din dan ahmad sobri - depa 2 orang ini adalah orang yang amat penting kepada mat yusop kerana 2 orang ni dah bersama dgn pasukan sejak dari tahun 2004 lagi. depa lebih mengenali dan memahami peribadi para pemain berbanding mat yusop. selaku pembantu kepada mat yusop (ada yg kata mat yusop sebenarnya pembantu radhi), 2 orang ni juga patut dipertanggungjawabkan atas kegagalan merencanakan tektikal yang berkesan kepada pasukan.
ramai yang tahu radhi juga banyak terlibat dengan tektikal pasukan dan pemilihan pemain.
radhi jelas bersembunyi dibelakang mat yusop dan menjadikan mat yusop sebagai kambing hitam. sebenarnya urusan tektikal pasukan banyak dibuat oleh radhi. perlantikan mat yusop pada 2010 juga atas nasihat dan rancangan radhi. ini semua dah dirancangkan dgn alasan radhi tiada lesen kelas A. Sebenarnya radhi sudah banyak kali membatalkan urusan kursus kejurulatihan lesen kelas A di FAM kerana dia tidak mahu dilantik sebagai ketua jurulatih kedah. radhi sebenarnya tidak mahu menggalas tanggungjawab kerana bimbang jika kedah gagal, namanya akan busuk.
perlantikan mat yusop ibarat sebagai pelengkap sahaja dan dibuat atas dasar mat yusop adalah rakan baik kepada radhi dan ahmad sobri.
masing2 ada kepentingan sendiri (politik dalaman).


akibat dari ketidakpuasan hati pemain kepada sikap angkuh khazali din, ada segelintir pemain bertindak melakukan silent protes ketika beraksi.
mereka sengaja bermain di bawah kemampuan sebenar sebagai tanda tidak suka kepada khazali din dgn harapan agar khazali din dipecat.
sebab tu la kita tengok ada pemain yang seolah olah bermain sambil lewa, hantaran kerap sangkut, malas nak ligan bola dll.
ternyata tindakan pemain ini adalah tidak wajar sama sekali. mereka seharusnya menyuarakan rasa tidak puas hati dgn cara yang betul.
bukan dgn cara mengkhianati penyokong.
tak dinafikan pemain juga hak untuk menyatakan sesuatu tetapi bukan dengan cara sebegini, sepatutnya guna landasan yang betul.


bagi penyokong kedah, semua pihak harus bertanggungjawab termasuklah pemimpin kfa sendiri.
bila dah tau team ada masalah sepatutnya kfa kena ambil tindakan yang segera supaya team tidak terus hanyut.
buat post mortem secara terperinci, cari punca sebenar masalah dan cara mengatasi.
bukannya duk tuding jari satu sama lain.


secara peribadi la berdasarkan situasi pasukan sekarang ni, kalau nak pecat mat yusop lebih baik pecat sekali dengan pengurus dan penolong jurulatih.
amat berharap agar pemimpin kfa mengambil tindakan yang sewajarnya demi mengembalikan semula maruah pasukan kedah.


12 mac 2010, penyokong kedah akan sekali lagi mengadakan demontrasi di perkarangan stadium darulaman selepas perlwanan kedah vs terengganu untuk meminta kfa supaya memecat pengurus pasukan, jurulatih dan penolong jurulatih.

Monday, March 7, 2011

Syabas to all winners


Despite suffering a bout of poisoning, Pandelela (her FB nick is Lulu Dolphin) enjoys the limelight


Pandelela wins 100PLUS-SAM Awards 2010 Best Athlete crown

KUALA LUMPUR (March 6, 2011): National diver Pandelela Rinong received a belated birthday present when she was voted the Best Athlete in the 100PLUS-SAM Awards 2010 today.

The Sarawakian, who turned 18 on Wednesday, is the first diver to win the prestigious award which comes with a cash prize of RM10,000 and a trophy.

Pandalela made history by clinching the first-ever diving gold medal at the Commonwealth Games in New Delhi last year when she defeated Olympic medal winners from Australia and Britain to win the women's 10m platform gold. Pandelela also won a silver medal with Leong Mun Yee in the synchronised 10m platform final.

Pandelela was the toast of the nation when she bagged two silver medals in the individual 3m springboard and 10m platform disciplines at the Youth Olympic Games in Singapore in July last year. Her two silver medals made her the first Malaysian female to mount the podium at a multi-Games meet organised by the International Olympic Council.

She also marked her Asian Games debut with one silver in the synchronised 10m platform and one bronze medal in the individual discipline.

A stunned Pandelela, who was feeling under the weather, said: "I can't believe it. I honestly didn't expect to win the award as I was up against some great champions.

"This is a big honour for me and I hope to build on this success. My main goal is to do well at the World Championships in Shanghai in July as it is an Olympic qualifying event.

"The finalists (top 12) will earn a place in the London Olympics next year and that is my initial goal apart from trying to get a medal," added the Bidayuh.

The other nominess were five-time world squash champion Nicol David, world No. 1 shuttler Lee Chong Wei and Keirin king Azizulhasni Awang and shooter Nur Suryani Taibi.

Meanwhile, wushu exponent Yeap Wai Kin, who won two gold medals in the World Junior Championships was named Most Promising Athlete.

There were also several prizes for reporting with Astro Awani's Mohd Zulhelmi Zainal Azam winning the RM7,000 top prize.

List of winners
Best Athlete: Pandelela Rinong (Diving)
Most Promising Athlete: Yeap Wai Kin (Wushu)
Special Award from National Sports Association: Datuk Lee Chong Wei
Outdo Yourself Award: National football team (Suzuki Cup champions)

Best Report (Print): Wan Mohd Fakhrul Anwar (Kosmo!)
Best Report (Electronic): Ku Mohd Lufti Ku Yahya (RTM)
Best Commentary (Print): Rajes Paul (The Star)
Best Commentary (Eletronic): Rozihan Mohd Raji (RTM)
Best Photographer: Mazlan Samion (Bernama)
Best Special Report: Mohd Zulhelmi Zainal Azam (Astro Awani)
Best Reporter: Mohd Zulhelmi Zainal Azam (Astro Awani)

To the winning sportswriters/sportscasters, congratulations! Rozihan or Yan has bagged a double. Her docu Menggapai Harapan on the Thomas Cup was also adjudged the best sports programme in the recent Anugerah Seri Angkasa. The Star's Rajes Paul is getting bolder in her writings by the day, while Zulhelmi Zainal Azam's special report on the anterior cruciate ligament (ACL) injury - arguably the most devastating injury for a footballer, deservedly won the top prize. Kosmo's Wan Fakhrul Bakar is already a respected football writer.

Read another feather in her cap and Rajes' hard-hitting piece and Wan Fakhrul's blog



From left Zulhelmi, Astro Awani sports editor Fadzrie Hazis and national team captain, Safiq Rahim. Zulhelmi was once a national futsal player under Brazilian coach Lula. Zulhelmi and Safiq were once team mates in the Selangor Under-19 squad.

Saturday, March 5, 2011

Qatar 2022?


While it's hard to envisage any of the Selangor players taking part in the 2022 FIFA World Cup in Qatar, some of the present batch of Qatar Under-19 outfit may have a role...They were in Shah Alam for two weeks recently for a training camp. Originally they wanted to set up camp in Cairo but due to the political turmoil, they shifted the base to Shah Alam. Perhaps it is worth marketing Kuala Lumpur as a training ground for teams from the Middle East.


Qatar Under-19 Dutch coach, Tini Ruys, does not want to foretell the future..."but they are 17 and 18 today...11 years from today, they might be the seniors guiding the team."

When asked the origin of the players, Ruys says: "Although they came from families of various descent, they were born in Doha."

Lulu Dolphin atau Jojo?

Siapakah agaknya pemenang Anugerah Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) esok? Jojohasni atau Lulu Dolphin? Baca di sini



Tuesday, March 1, 2011

Supremo or clerical role for Van Huizen?

Steven van Huizen is the supremo when it comes to technical matters of all national hockey teams. Read here. Van Huizen's role is akin to that of the technical director of national football team, I guess. Malaysian Hockey Federation (MHF) president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah is perhaps imposing something that cannot be done at FAM.

Updated:

An insider contacted loose cannon, saying that van Huizen is in fact the national teams' coordinator and coaching (NTCC) whose key task is to liaise with the relevant stakeholders, namely the players, selectors, MHF, NSC, OCM and the Asian and world bodies. He also acts as secretary to the national team management committee.

Loose cannon is not too clear on van Huizen's role, whether or not his technical expertise will be required now that Beng Hai and Nor Saiful Zaini Nasiruddin are back handling the senior team.

When van Huizen was invited for Kafe Sukan after the silver medal feat in the Guangzhou Asian Games not too long ago, he went out of his way to give credit to Beng Hai.

What MHF is doing is good. It's about putting in place a system or process, similar to what BAM is doing with Datuk James Selvaraj, who is cracking his head to persuade Datuk Misbun Sidek to return to the fold.

What I don't understand is why ensuring national team equipment is accounted for and updating players' profiles, contact details, visa and updating statistics, international caps and goals come under van Huizen's jurisdiction? This means he will be bogged down by clerical duties...and his technical expertise will not be fully utilised!

Looking at his track record, van Huizen is best be appointed as the technical adviser, nothing more, nothing less.

Dahlan Maamor dan celotehnya

Dahlan Maamor, orang Kedah yang tidak mungkin aku lupakan sumbangannya, sekalipun kami pernah berselisih faham satu ketika dulu. "Rizal, u pi cover game Public Bank ni, interviu lah Karel Stromsik ka...Dollah Salleh ka," kata Dahlan, masa tu reporter sukan Harian Metro, kat aku. Masa tu 1991.

Siapa tidak kenal Dahlan sekarang...pengacara TV, bekas setiausaha akhbar, bekas pegawai media FAM, novelis dengan 11 buku...juga seorang blogger. Siapa agaknya yang menjadi mangsa sindirannya
di sini. Dulu pernah ku tulis Kecoh di Angkasapuri, lama sebelum aku dituduh menjadi penulis upahan Astro.