Saturday, January 22, 2011

Penjana industri sukan negara?

Tugas memikir cara terbaik menjana industri sukan untuk tempoh dua tahun ini jatuh kepada seorang penggiat sukan, bekas konsultan media dan pengiklanan serta pemikir belakang tabir, Safirul Azli Abu Bakar (dua dari kiri). Anak Kedah/Perlis ini baru dilantik menjadi Pengarah Industri Sukan, Kementerian Belia dan Sukan 2011/2012. Maaf, jawatan sebenar Safirul Pengarah Tahun Industri Sukan...dia sedang mencari seorang pengurus media...sesiapa berminat, boleh hubungi dia...

17 comments:

Hazwan said...

siapakah dia?

Menteri Monte Carlo said...

bodek menteri semua dapat. malaysia boleh!

Tengku Firmino said...

Salam saudara Rizal..Safirul Azli ni pernah bersama team my team dulu kan?
Rasanya dalam masa dua tahun adalah jangka masa yang pendek..perancangan mungkn banyak boleh dilakukan tetapi perlaksanaan mungkin memerlukan lebih masa..so pendapat saudara rizal pula..susah nak komen sebab saya tidak beberapa mengenali beliau..huuu

Anonymous said...

Pengarah Tahun Industri Sukan kot. Bahagian industri Sukan ada Setiausaha Bahagiannya sendiri.

CHE BOB said...

Tunggu dan lihat, bagaimanakah beliau menjanakan industri sukan negara. Satu langkah positif....tapi jgn separuh jalan shj.Nanti duit habis program entah kemana.

Badang arena said...

Pengurus media gaji berapa? Kalu gaji lagi besar dari arena, nak try kot.

rizal hashim said...

Hazwan,
Safirul graduate dari US dan aktif dalam sukan, pernah jadi orang kuat Illusions Ska, firma iklan yang famous satu ketika dulu.

Tengku Sidek, betul Safirul media officer MyTeam dulu.

Anon, betul, Safirul sebenarnya Pengarah Tahun Industri Sukan 2011/2012. terima kasih

Che Bob, kita harap yang sama.

Badang Arena, gaji RM5,000 sebulan, kontrak dua tahun.

Anonymous said...

Cara Menteri Monte Carlo cakap macam dia biasa buat kerja membodek je...
Mungkin frust sebab menteri kali ni tak makan bodek-bodek ni.

pejabat menteri monte carlo said...

Menteri Monte Carlo gua stuju sama lu!

HS KAMAL said...

Salam saudara Rizal..In the first place, kita faham tak maksud industri sukan? Sedap mulut aje sebut.. Setahu saya kita nak buat business kan? Target customer kita siapa? Bolehka kita export teknologi atau pun produk sukan buatan malaysia ke luar negara? Setahu saya, produk yg kita boleh bangga, hanyalah bola s.takraw. Hanya dgn dua,tiga sukan yg menyerlah seperti batminton,skuash yg konsisten disamping sukan yg tak konsisten seperti hoki, boling dan bolasepak yg dalam pandangan saya masih palsu dan mencurigakan-tak payahlah kita nak cerita pasal nak jadi negara industri sukan. Kita bukan negara R&D dalam sukan. So, kita belajarlah dulu, jgnlah bazir duit rakyat sesuka hati kerana nak standout. Yg habis duit rakyat. Kita perlu ada talent yg secukup ti semua peringkat sukan dan usia. Kembangkan usaha ini dahulu sebelum kita sibuk nak promote malaysia sebagai player dlm industri tersebut. "WHAT IS THE ROLE OF OUR SOCIETY IN SPORTS" Kerajaan perlu mengajar dan melengkapkan masyarakat kita dahulu tentang peranan dan t.jawab yg sebenar(bukan yg palsu dan yg berpura2)agar satu hari nanti kita dapat import ilmu dan pendekatan kita sekurang2nya ke negara2 jiran. Inilah yg akan membantu negara kita untuk digelar sports industry nation.

HS KAMAL said...

Saudara rizal, minta maaf.. ada bembetulan sedikit.. Kita harus export ilmu bukannya import. i'm sory..

tokman said...

Lebih wajar diadakan satu k/kuasa daripada bekas2 athlete2 daripada lantik seorang yang hanya pandai bercakap untuk menjana industri sukan negara kalau kerajaan benar2 serious dalam perkara ini. J/kuasa ini bolih dipengerusikan olih Dato Wira Mazlan, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.....

Anonymous said...

Brother Rizal, kiranya kita menghalusi semua aspek sukan sukar bagi industri sukan berkembang maju di Malaysia.
Sebelum itu cuba lihat papan tanda di CASA 1 MSN. Ejaan "Athlete" pun salah.. Macam manalah pihak MSN tak perasan hal ini..

Anonymous said...

Spy dengar salah satu program dalam tahun industri sukan ialah Debat Sukan. Kerjasama dengan media televisyen. Barulah syiok semua blogger-blogger boleh menyerlah. Setakat sembang kedai kopi je tak jadi ape pun. Amacam


The Mole...yes he's back

Anonymous said...

HS Kamal..bleh kita berkongsi pendapat..sport industry bkn hnye pd merchandising sahaja..sy setuju dgn pendapat tuan..tp bg sy pendapat tuan hnye berdasarkan kpd sport merchandising..sport industry meliputi ruang lingkup yg besar..sbg cth prasaran yg ada..bagaimana kita nk menjadikan malaysia sebgai negra penganjur yg mampu menjana ekonomi..sbg cth kita memiliki stadium putra dan juga stadium nasional..negara mengaut untung yg tinggi terhadap stadium putra manakala terpaksa menaggung/menampung rm 30k terhdap stadium nasional sebulan..so utk menggerakkan malaysia kpd negara industri sukan benda2 mcm ni wajar diberi perhatian..

Anonymous said...

salam saudara rizal,En Safirul merupakan salah seorang team member dalam menganjurkan Tahun Industri Sukan 2011/12 (SIY 2011/12) yang keseluruhannya diterajui oleh CEO SIY2011/12 yang dilantik oleh KBS, pasukan ini akan berkerjasama rapat dengan Bahagian Industri Sukan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Industri Sukan. suka saya nak maklum bahawa En Safirul bukan lah individu yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menjana industri sukan negara. Kuasa sebenar untuk menjana sukan sebagai penjana ekonomi negara adalah pihak industri itu sendiri, KBS berfungsi sebagai fasilitator kepada pihak industri, menyediakan platform dan ruang bagi pihak industri memajukan perniagaan berkaitan sukan meliputi barangan, infrastruktur dan perkhidmatan. perkara yang penting dalam memajukan industri sukan ialah dengan meningkatkan kesedaran bahawa Malaysia mempunyai potensi yang besar yang harus dieksploitasi oleh sports entrepreneur. ini harus disokong dengan amalan atau budaya sukan di kalangan rakyat. berdasarkan kajian, pada tahun 2009 sumbangan sukan kepada KDNK berjumlah RM30b, saudara HS Kamal perlu lihat dengan skop yang lebih luas, kalau saudara HS Kamal seorg yang bersukan,ini bermakna saudara HS Kamal adalah penyumbang kepada industri sukan itu sendiri, sport industry nation akan terbentuk dengan sendirinya sekiranya rakyat mengamalkan budaya sukan sebagai amalan, seterusnya menyediakan pool of talent sebagai atlit, disokong pula oleh pihak usahawan sukan yang menawarkan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak rakyat. dengan adanya putaran ekonomi dari rakyat - industri dan sebaliknya, sukan boleh menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara, sepertimana nilai sukan di USA yang lebih besar daripada nilai industri hollywood & automotif.

Anonymous said...

ada rakaman temubual ni x?