Monday, January 24, 2011

Nasib berbeza Abe Ya, Azraai - dua mangsa FAM

Dalam dua dekad meliput bola sepak tempatan, aku sudah lalui kes Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991, kes Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dikenakan hukuman yang sama beberapa kali dan Reduan Abdullah digantung setahun pada 2009. Penat menulis isu sebegini...

Oh Abe Ya, panggilan mesra penyokong Kelantan buat pengendali the Red Warriors, B. Sathianathan, aku tidak tahu apa nasib mu...digantung enam bulan berkuatkuasa serta-merta dan digantikan oleh Azraai Khor Abdullah, bekas pengendali Kedah yang memenangi treble sebanyak dua musim berturut-turut.

Kenapa aku tidak setuju dengan tindakan FAM, khususnya jawatankuasa disiplin seterusnya jawatankuasa rayuan?

1. Kerana ramai lagi di kalangan penggiat bola sepak, khususnya dari Negeri Sembilan yang mempertikai keputusan Piala Sumbangsih mempertemukan juara Piala Malaysia dan juara Liga Super, bukan juara Piala FA tapi tidak dipanggil menghadap? Tak silap aku Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan pun ada persoal isu ini, dalam media cetak dan elektronik...bukan Tok Mat ni presiden PBNS? Kenapa ahli exco FAM tak beri nasihat pada Tok Mat, sedangkan dia ada dalam jawatankuasa FAM?

2. Peraturan atau tatatertib FAM terlalu kejam. Harus dipinda. Denda yang tinggi cukup. Melainkan yang mengkritik menghalakan kecaman berunsur peribadi, misalnya tuduh ahli majlis korup, tak handsome, bodoh, dan bodoh sombong, gemuk gedempol macam aku serta ada bukti hitam putih! Takkan ini pun aku nak ajar...

3. Elemen pilih kasih...dulu aku tulis Reduan Abdullah kena gantung setahun, habis kena letak jawatan sebagai jurulatih Felda United. Tapi Kolonel Kamaruddin Sakhari, sebagai kakitangan bergaji FAM kutuk FAM dalam akhbar Berita Harian, tidak ada tindakan diambil...

4. Sebab itu aku selalu tulis, kejayaan Piala Suzuki AFF usah kaburkan mata kita cacat-cela dari segi pengurusan...

5. Usahlah tabur pasir periuk nasi orang...tak cool...

6. Ada orang kata FAM, FA Mengarut, betul ke?

7. Cepat betul orang kita lupa dulu Sultan Ahmad Shah lantik Sathianathan sebagai jurulatih kebangsaan dalam bilik persalinan sejurus team yang ada Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan Adha Abdul Radzak menang Pestabola Merdeka 2007. Juga jasa lebih 10 tahun Sathia di Wisma FAM langsung tidak diambil kira.

8. Apa jadi kes Khairul Anuar Baharum hantuk kepala Haris Safwan Kamal? Aku dengar dia kena tiga bulan aje? So cederakan orang kena tiga bulan, sekadar melontarkan persoalan kena enam bulan? SORRY, tiga perlawanan, bukan tiga bulan...

9. FAM kena uar-uarkan setiap keputusan dan hukuman yang dikenakan terhadap mana-mana pemain, pegawai atau pasukan supaya tidak timbul persepsi Kelantan saja jadi mangsa...

10. Nasihat kepada penyokong Kelantan dan Abe Ya, bersabar...kemukakan bantahan ikut saluran...kalau tak pun bawa kain rentang ke Wisma FAM atau bagi memo...

Pesanan aku kepada mereka yang aktif dalam bola sepak tempatan, berhati-hati kalau menegur atau memberi buah fikiran membabitkan polisi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kalau anda jurulatih atau pegawai pasukan, penggantungan enam bulan hingga dua tahun secara automatik dikenakan jika didapati bersalah melanggar peraturan tatatertib FAM. Peraturan 18 melarang pemain atau pegawai membuat kenyataan akhbar sama ada melalui media massa atau elektronik tanpa kebenaran Persatuan.

Kesalahan 18.1 - Pemain digantung automatik tiga (3) bulan manakala Pegawai digantung automatik enam (6) bulan manakala Pasukan, Pegawai dan pemain (liga Super) dikenakan denda di antara RM1,000 dan RM8,000.

18.2 - Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar tanpa kebenaran Persatuan dan kenyataan tersebut adalah tidak tepat atau salah.

18.3 Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar mengenai pengurusan Persatuan tanpa kebenaran Persatuan atau kenyataan tersebut pada pendapat Jawatankuasa adalah mengaibkan, menghina, mengancam, menggugut atau mencemar imej Persatuan atau Pertandingan.

18.4 Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar tanpa kebenaran Persatuan atau kenyataan tersebut pada pendapat Jawatankuasa adalah untuk bermusuhan, mencemar atau memperlekehkan mana-mana Pegawai Persatuan.

Mangsa pertama peraturan yang kejam ini Reduan, yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin FAM pada Februari 2009 atas tuduhan membuat kenyataan akhbar. Kata-katanya terungkap dalam laporan Harian Metro pada 20 Februari lalu.

Dia dipetik sebagai berkata: "Mana dia pegawai FAM kerana badan induk kebangsaan itu sepatutnya memantau pelaksanaan ujian berkenaan. Apabila tiada pemantauan FAM, maka pemain yang gagal di dalam ujian itu tetap juga mendapat lesen untuk bermain."

"Semuanya diserah bulat-bulat kepada FA negeri atau kelab. Itulah sebabnya ada pasukan yang tetap meluluskan pemain mereka walaupun pada hakikatnya pemain itu gagal di dalam ujian. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan imej bola sepak kita semakin lama semakin buruk."

"Saya tidak menafikan ada pasukan negeri atau kelab yang sengaja meluluskan pemain kerana tetap mahu menggunakan khidmat pemain itu," katanya yang mewakili negara dari 1973 hingga 1978 itu.

Ini teguran yang membina, yang meminta FAM memantau ujian kecergasan sebelum mengeluarkan lesen pemain. Tapi kalau aku cakap, no hal, pasal aku tak pegang jawatan atau bukan pegawai atau jurulatih. Masalahnya, kalau jurulatih tak bercakap dengan media, diaorang kena tuduh tak mesra media pulak.

Kadang-kadang aku rasa penat nak tulis bola ni...tapi pasal minat, aku tulis...penat ke minat?

Satu lagi, jangan lupa kes Azraai. Diakan "terpenjara" dalam Wisma FAM, dibiarkan makan gaji buta selepas peletakan jawatannya dengan meminta pampasan tidak dilayan.

Esok presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa akan umumkan pelantikan Azraai selaku pengganti Sathianathan. Azraai dinasihat menerima pampasan yang ditawarkan FAM dan terus kemas beg untuk ke Kota Bharu.

Kes Abe Ya ini belum selesai. Ia baru bermula...

51 comments:

Anonymous said...

FAM dulu kini dan dan selamanya..

pcb kelate.. said...

bubarkan Fam...........!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

tq rizal....anda terbaik..

joe_cromokk

Anonymous said...

setuju sgt tu bro Rizal..jgn sampai org kate bijak pandai di FAM tak pandai gunakan otak untuk berfikir...mereka terlalu ego dan angkuh sehingga tidak boleh menerima pandangan yg membina....

Anonymous said...

salam bro,

khairul baharom tu bukan 3 bulan tapi 3 game jer kalu x silap aku....ko x takut kena gantung ngan FAM ke sbb kritik FAM ni..hahaha

Anonymous said...

MRH - betul kata demo...kawe setuju 110% apa yang demo tulis...tadak dalam sejarah piala Sumbangsih lawan antara pemenang Piala Liga bertemu dengan pemenang Piala Malaysia dan bermain di gelanggang pemenang Piala Liga..karut FAM ni. pastu Abe Ya kena gantung pulak dah pasal kritik FAM, kesian Abe Ya, takpe penyokong Red Warriors dibelakang demo Abe Ya...apa dah jadi dengan FAM ni dah tak betul la...

ayamserama said...

post rizal memang betul. FAM ni bagaikan satu badan yang buat lawak tak habis-habis dari dulu lagi. lawak pula lawak bodoh dan tak masuk akal.

senang-senang je nak bagi ban 6 bulan kat orang. pe kejadahnye FAM ni? setahu saya B.Sathianatahn hanya mempersoalkan tentang venue perlawanan trengganu v perlis(kalo x silap la). itu saje. bukannya Sathia mengkritik ahli jawatankuasa FAM. mana kebebasan hak bersuara kalo macam ni? kata negara yang demokrasi.

apa yang saya dapat simpulkan adalah FAM selalu membuat keputusan yang tidak rasional. kalo setakat nak berbangga dengan kejayaan skuad negara di piala suzuki, kejayaan tersebut adalah kerana skuad harimau malaya dibimbing oleh seorang jrulatih yangbaik iaitu k.rajagobal dan juga pemain-pemain yang memberi 100% komitmen di atas padang.

masih banyak lagi benda yang perlu di perbaiki didalam badan pengurusan FAM itu sendiri.kalo nak list kan keputusan-keputusan atau kata putus FAM yang tidak masuk dek akal, tulis karangan 10 muka surat pun x hbs lagi.

Anonymous said...

well said. harap tak kena gantung bro hehe

MatRock said...

FAM perlukan seorang penasihat yang boleh bagi pandangan yang tepat supaya kedua-dua pihak berada dalam situasi menang-menang. Bukan macam 2-3 tahun ni, tuan penasihat yang sedia ada keras kepala dan anggap dia saja yang betul.

saiful said...

Arwah Dato' Paduka Ahmad Basri Akil dulu pun dua kali kena gantung makan masa bertahun-tahun. Akhirnya meninggal dalam penggantungan. Terlalu rugi dengan idea yang sarat dalam pemikiran arwah. Begitulah 'Keadilan' FAM. Cuma bila menang Emas Sukan SEA dan Piala AFF Suzuki, ramai yang 'terpedaya' dengan FAM...

Anonymous said...

thanks rizal..kami sebagai penyokong klate akan membuat bantahan di wisma FAM...FAM sedarlah...Anda terlalu rakus dan kapitalis...berikan kembali hak rakyat untuk bola sepak...

Anonymous said...

FAM dan persatuan2 bola semua nya sama. Sekali 2 beranak tu kat atas, setakat asean je la kita boleh. Tupun menang nasib je baru2 ni.

Anonymous said...

FAM akan mencacatkan kembali bola sepak Malaysia yang baru hendak berjogging...

eelobor said...

terima kasih kerana dapat membuka mata banyak pihak dan menepis semua tohmahan2 yang pernah di lemparkan orang2 lain buat bro....

selagi tidak boleh di tegur, sampai tahap itu jer la bola kat Malaysia nih

fauzan said...

bubarkan.....FAM.....

Anonymous said...

brilliant!
- i heart trw

fauzan said...

setuju sgt dgn rizal....

ariffin, bdr baru bangi said...

FAM buat hal lagi....bukan lagi malah dah selalu macam ni.

FAM..kena ingat..kebangkitan bolasepak bukan kerana kemahiran serta kepakaran FAM mengurus pemain.

Pemain naik melalui sekolah dan FA negeri.

FAM hanya pandai menggantung pemain dan jurulatih...tapi FAM tak ada kuasa nak gantung penonton. kalau penonton boikot tengok...hampeh FAM tak ada duit...sposor pun cabut lari.

bila pasukan berjaya maka FAM pun sebuk dan menyebukkan diri.

tapi siapa yang sebenarnya FAM ni ya?

FAM tu hanya persatuan....maleh aku nak meneruskan komen aku ini.

Anonymous said...

Bro,ko kutuk FAM tak takut kena gantung dari menulis blog ke? or dari muncul live kat Arena ke.. FAM ni power bro.. power dgn bebal2

RR

Unknown said...

FAM sepatutnya ubah peraturan sedia ada. Segala jenis hukuman yg terlalu membunuh karier seseorang yg terlibat dgn bola sepak harus dimansuhkan atau diubah kpd yg lebih meringankan. Sbg cth utk Coach Sathia ni, kena gantung 6 bulan, mungkin hukuman2 spt ini diganti dgn gantung selama 3 bulan plg teruk or tukar kpd gantung hanya kpd beberapa match shj. Bukankah 6 bulan tu smpi Liga Super 2011 hampir tamat. Ini dah membunuh karier namanya.

Anonymous said...

bagi jawatan tu dekat individu yg x mempunyai apa2 jawatan dlm fa or club
barulah adil utk dilaksanakan..

Izham said...

FAM = Family and members
Presiden - Bapa
Deputy President - Anak
Committee - Member-member

Enough said

Bidadari Comot said...

FAM xtulus nk bangunkan bola sepak Malaysia... xboleh kritik langsung. mcm mana maju.

Anonymous said...

FAM - Family And Members
President - Bapa
Deputy President -Anak
Committee - Member-member
Enough said

Berto said...

yes, stuju dgn bro rizal, hatta liga eropah sendiri pon x seberat ini, cuma denda kewangan saja yg banyak nak kena bayar.

FAM jgn terlmapau zalim.



http://sokerleaks.blogspot.com/2011/01/cempien-analisis-pasukan-liga-super.html

Anonymous said...

harap FAM membuang ego dgn komen saudara rizal hashim disini..

Tengku Firmino said...

Politic isu bro Rizal..Aku bukanlah anti-FAM sebab dalam blog aku, seboleh2 aku cuba pertahankan diaorang ni.tapi smpai tahap mana...Fikiran orang politik dengan orang2 'bola' sgt lah berbeza..no doubt..Kita sudah lah ketandusan jurulatih berkaliber..Dan aku yakin kalau Rajagobal sendiri terlepas ckp suatu hari nanti..tak mustahil dia sendiri kene cantas dengan FAM ni..Mungkin diaorg nak tunjukkan ketegasan di situ tp bagi aku tidak kene tempat..Walaupun penat..tp kalau dah minat..JALAN TERUS!!!huhuhu

harimau luka akan bangkit said...

FAM terlalu ''TEGUH PENDIRIAN'',

1.fam perlu mencari jalan alternatif kepada bincang dengan bijak pandai,RANCANGAN ALTERNATIF,lebih baik dimanafatkan kepakaran AZRAI KHOI untuk memberikan diberikan portfolio Jangka masa pendek,untuk menubuhkan skuad pelapis kedua untuk Harimau Muda U17,HM U16,HM U15,
dan rangka perlawanan persahabatan dengan skuad HM sebenar...

3.UNTUK AZRAAI KHOI atau adakan forum program kejurulatihan ,road tour untuk program kejurulatihan,INI DAPAT MENDEKATAN PEMINAT kepada fam


untuk FAM terus RELEVAN pula.
3.sukar untuk merobohkan tembok TEGAS FAM,cara yang paling baik dan bersopan santun perlu untuk MEMBERI TEKANAN melalui media massa KEPADA FAM.

4.saudara RH/LC perlu KOLUM KHAS/sisipan KHAS diakhbar KOSMO,ASTOR ARENA untuk TERUS KRITIK FAM ,KRITIK astro perdana league.

dedahkan kelemahan FAM ..dan beri cadangan konstruktif kepada FAM setiap minggu di salura MEDIA MASA,,,lama- kelamaan lembut juga KETEGASAN ORTHODOKS fam...(kalau setiap minggu kena kritik takkanlah TEGAS kot FAM ni,,,

ps,suka dengan idea RH/LC (Cadangan buat stesen tv, free of charge),,harap FAM boleh buat.

kat sini idea blogger ni pun best gak...

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html

sekian,
KE ARAH TRANFOMASI BOLA SEPAK MALAYSIA(FAM)

BERANI BERUBAH FAM.

harimau luka akan bangkit said...

LAGI Kenangan KEADILAN FAM.

ingat lagi tak,,PUBLIC BANK FC & MKLAND UNITED kena denda 3/4/5/6/7 TAHUN( Tak ingat berapa mereka digantung ),,,TIDAK SETUJU tindakan TEGAS fam ..Sebaliknya FAM PELRU Jadi pembimbing untuk mantapkan struktur kelab.

1.sedia manual buku-KIRA -KIRA Untuk penubuhan kelab,

2.sediakan pelan pemasaran CADANGAN PENUBUNAN Kelab penyokong
kepada kelab/FC dan FA.

3.NASIHAT/Pantau kewangan FC dan FA.(fam ni bapak KENA Btanggungjawap jaga ANAK kan.

4.Jika kewangan kelab masih.. GAGAL..beri sebelum tempoh setahun..
jual /lelong kelab kepada PELABUR /ATAU KONSORTIUM kelab peminat.(tapi mesti ramai kat sapa ler nak beli kelab bola sepak kat malaysia ni..)
baru betul...baru ler TAK BUNUH KELAB...

5.adakan forum /persatuan penbuhan kelab di setiap daerah..sediakan struktur kelab bola sepak PRO..Sebelum kelab memasuki liga FAM/NEGERI/DAERAH.
agar setaip kelab boleh berdir dengan kewanga nsendiri...


terus..transformasi FAM..berani sangat BERUBAH untuk MAJU.

Anonymous said...

Saya sebagai penyokong Selangor pun tak setuju dgn tindakan FAM mengantung Sathia. dia hanya beri komen. bukannya mengritik FAM.

Tapi kalau nak kata Selangor anak emas FAM, dakwaan ni meleset sama sekali. tahun lepas Coach Selangor dan pemain di gantung jugak. itu siapa pun tak nampak. Pengadil yq memuat kesilapan di lepaskan sahaja. Pikir-pikir kan lah....

Naim Sa'ari said...

macam ni k nak menaikkan maruah bola sepak...kritik sikit tindakan yang dikenakan....ape sudah jadi dengan FAM.......lebih baik bubar saja FAM..kalau dengan hanya sedikit kritikan sudah kena gantung 6 bulan......dan mcama bro rizal cakap....semua pegawai FAM yg ada jawatan dalam peringkat negeri lebih baik letak jawatan...itu adalah cadangan yang terbaik....

harryz said...

firstly thanks kpd abe rizal cuz prihatin jgk kpd isu ni,wlaupon skrg coach klate yang d gantung dan sebelum ni penyokong klantan tlh mnyerang anda d sbbkan suatu slh faham.. anda memang professional tq n mohon maaf skali lg,mewakili trw fan..

-ada cara kew utk menarik kuasa FAM? buat memo&usul... berpakat semua fan2 n team bola.. tubuhkan 1 badan bola yang baru..dan lantik mereka yang betul2 bersemangat kesukanan utk mnjadi jk persatuan tersebut.. contohnya bekas2 player,n bekas coach2.. kita tinggalkan FAM bersama labu2 nya..

Abu Amzar's said...

bro RH,
hati-hati, nnt awak pula kene gantung dgn FAM 6 tahun. hahahaa.

tp FAM is totally ... rubbishh.

Anonymous said...

Bola baru nk naik dah jdi mcam ni....melumpuhkan smangat pemain and pegawai pasukan red warrior....

Anonymous said...

abe Rizal jutaan terima kasih sebab bagi kritikan yang bernas ini. FAM perlu meneliti semula denda yang telah dijatuhkan kepada B.Sathianatan...

mat where said...

Fools Association of Malaysia

Anonymous said...

Rakyat M'sia sayangkan bolasepak dan bukannya sayangkan FAM, ingat tu..

Menyampah tengok masa final 1 dan 2 piala AFF itu hari, semua pembesar FAM turun padang tunjuk muka tumpang glamer padahal xde pun penonton yg respek mereka. Dasar syok sendiri.

Selagi politik dan feudal dalam sukan anda akan tgok kejatuhan dan kebodohan persatuan tersebut.

FAM=PSM=KOAM=BAM=Rubbish

-JediTRW

Anonymous said...

ini la bola sepak malaysia...sampai bila pun bola sepak malaysia takkan maju...ingat menang AFF orang ramai akan fikir FAM bagus ke..

Anonymous said...

salam,

setakat y aku tahu (time main game manager la, tp rasenye game 2 d asaskn dr rules y sedia ada) klau seseorg manager 2 komen kat press & komen 2 mmg pihak persatuan y salah maka tiada tindakan akan di ambil dan sebaliknya sekiranya komen pengurus itu tidak benar (setelah siasatan dijalankan)maka pihak pengurusan induk persatuan bola sepak akan mengemukakan beberapa kali amaran dan selepas itu baru digantung. itu pun sekadar beberapa perlawanan sahaja...sama2 kita renungkan..

sekadar memerhati...

nizam said...

rizal, masuk paper plz artikel ni.. Ramai org sependapat dgn anda, tp sekadar sembang di kedai kopi jer.

Anonymous said...

Yang patut digantung seumur hidup ialah orang yang dengan bangganya mengumumkan keputusan pergantungan Sathia kepada Media semalam yang juga merupakan orang yang in charge of competitions department di FAM. Patutlah orang panggil dia MR.POSTPONE. Sendiri salah orang lain pula kena hukum.

Podah, budak hingusan pun lebih ARIF.

Anonymous said...

nate r FAM.....wak onar sokmo.....
bilo bola kito nok maju.......

john GG said...

bro

ini lah di katakan fam nak tutp sebelas atas nampak bulu kaki kat kaki, kalau di turunkan ke bawah nampak bulu dada.

sampai bila nak jadi macam ni BERHIJRAH LAH SIKIT, sampai bila nak jadi jahiliah kena lah tukar jadi asabiyah

Lagenda Buaya said...

kelakar plak FAM ni..duli kini dan selamanya tidak berubah..msih ditakuk lama...kalau nak hukum bia adil..'ikan besqr terleps tapi ikan kecik mcm abe ya tersangkut..abe ya komen pun psal FAM itu sendiri tapi peraturan yg tidak telus..abe ya dgn azraai mangsa kezaliman FAM..

Anonymous said...

Dedahkan nama-nama mereka yg duduk dlm J/k Disiplin. Mana tau, jumpa kat tengah jalan blh bagi salam jari tengah.

Bukan Nama Sebenar

Anonymous said...

FAM - dulu kini dan selamanya....tak tahu nak guna bahasa apa? Macam mana bola kita nak maju, kalau puak-puak kat FAM tak PRO langsung.

kemajuan bolasepak kita tak kemana, hanya satu sebab sahaja FAM......

Anonymous said...

tak pernah dengar lagi satu team bola boleh main dua kali sebagai home team..tapi itulah yg tjadi di malaysia..itulah yang diluahkan oleh abe ya..spatutnya game perlis vs terengganu dibuat di stadium berkecuali atau terdekat spt di kedah atau penang..nak pulak kputusan itu dibuat oleh datuk che mat jusoh...

Anonymous said...

kenape? kenape? kenape? kenape? FAM oh FAm.... bila nak MAju bola MAlaysia Ginie GAk..?

HS KAMAL said...

Fam will never-ever change. In fam we have incompetent people running the show... they are there not bcoz of their ability but merely they are yes men(yes tuanku) Can u imagine the damage they have done so far...
Saudara rizal, do u sincerely think we can wipe-out this ancient people at fam(mentality)- i dont think so my friend.

One thing is for sure, one day it will self-explode like 2008 g.election. this people think that they are mortals. look at all the state fa's, the same old people are still there for donkey years.

I was involved in the selangor league as a coach for almost about 10 years. during my time there, i could see how low can the council people can stoop. i was the most promising young coach and i was sidelined becoz i frequently question their stand and decision. Hamidin and sivasundra are also part of the stinking council members.They are surviving for almost 20 years in fas by fixing and buying votes. umno will deal with the malay votes mic will deal with the indian votes. chinese got no power in fas. they are pak turut.

Can we stop all this corrupt leaders in sports. If we can, then i believe fair and god fearing decision can be expected. With this our sports will flourish and bloom to greater level. Any decision or action we take, it must be for the benefit of mankind

we must always refer to our religious teaching for guide-so that no one becomes a prey by our decision. (ALL THE PRAISE TO ALLAH)

Anonymous said...

Mari kita buat liga sendiri..persetan FAM.
Ultras semua boleh kumpul dana. Para profesional dalam kelab penyokong boleh sumbang idea, dapatkan sponsorship, bina jenama.
Persetan FAM.
Ianya hanya persatuan. Yang lain pun boleh bersatu.
Demi Tanah Tumpah Airku!

Anonymous said...

Bubarkan FAM.....bape ramai bakat kelahiran Malaysia yang main kat luar negara yang FAM tidak ambil peduli....