Tuesday, January 4, 2011

Nasib 2A

Simpatiku kepada Azraai Khor dan Azman Eusoff. Di saat bola sepak Malaysia memuncak dengan kemenangan Piala AFF, mereka makan gaji buta di Wisma FAM.


Sudahlah dilucut daripada jawatan mengendalikan Harimau Muda A, mereka tidak dilepaskan daripada jawatan selaku jurulatih di FAM. Beberapa anak buah mereka seperti Mahali Jasuli, Faizal Muhammad, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan dan K. Gurusamy, anggota skuad Piala AFF, berguru dengan 2A di Slovakia tetapi timbul kontroversi selepas perselisihan faham di antara Azraai dan jurulatih penjaga gol, Mohana Sundram.

Lepaskanlah mereka...jadi Azraai dan Azman boleh cari rezeki di tempat lain.

12 comments:

Tengku Firmino said...

Pelik juga.Mungkin ke mereka menunggu sehingga kontrak mereka habis..Nanti FAM kene bayar pampasan pula..Atau mereka ada tanggungjawab lain dibelakang tabir..

Anonymous said...

jangan lah gantung tak bertali, lepaskan mereka dgn cara baik demi kemajuan bolasepak negara

saiful said...

Amat amat rugi kerana kepakaran mereka terbazir begitu sahaja...

daddyZilhan said...

sayang sekali kelebihan dan kebolehan mereka tidak digunakan dengan sebaik-baiknya oleh FAM. Pengalaman mereka berdua sebagai jurulatih memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Jeroe said...

Saya pernah berdialog dengan seorang bekas orang kuat FAM suatu ketika dahulu... antara soalan yang saya tanyakan ....

Saya : Kenapa ''Si Polan'' resign dari FAM?

Si Polan : Kalau lama aku dalam FAM, jawabnya aku boleh mati sambil berdiri je...

terus saya terdiam dan berpikir ... teruk sangat ke FAM ni?

Blonde Arrow said...

nampaknya , kisah pergantungan x bertali ni mmg betul rupanya...

erm.. di khabarkan , sebab2 x dilepaskan adalah coach azrai dan coach azman mintak pampasan gaji sebanyak 6 bulan untuk menamatkan kontrak mereka but FAM only agree to pay 3 month.. last2...x dak persetujuan dan mereka berdua gantung x bertali mcm 2 ja...

professional sungguh FAM... benda boleh di selesaikan tetapi buat2 susah.... herm...

Emmet Muhamad said...

la, pulak dah. ingat dah takde kontrak. dulu B.Sathianathan pun sama kan? kena tunggu kontrak habis dgn FAM, baru boleh carik job lain. Aniaya namanya tu

Anonymous said...

lantik Azraai dan Azman eusoff jadi jurulatih team muda di FAM tak pun di sekolah sukan bukit jalil.

Anonymous said...

apa lagi bro lu kan baik dengan DAA, itu hari dah lambung tinggi lu jadi org tengah lah selesaikan yg dua jurulatih yang kena gantung tak ber tali ni> ini lah yang di namakan FAM. yang dia nampak kuman kat seberang laut, gajah yang besar depan mata tak nampak

harious

akok_kedut710 said...

selesaikan lah dengan cara baik....
demi sukan bola kebanggaan negara

Anonymous said...

FAM ni kalau buat benda betul dia tak suka. Tapi kalau yg tak betul tu, sampai matipun dia sanggup pertahankan

Anonymous said...

kalau camni sampai bila-bila malaysia ni akan jadi juara jamban jer...