Monday, January 17, 2011

Cadangan buat stesen tv, free of charge

Kalau jururunding, pakar runding, perunding atau consultant dah lama letak invois ratus ribu ringgit untuk cadangan-cadangan berikuta dalam merancakkan senario bola sepak tempatan. Antara cadangan aku, buat program undang-undang permainan. Pengacaranya, pengadil tersohor, Subkhiddin Mohd Salleh!




Impak dan transformasi menerusi media

KESUDIAN Astro membeli hak komersil Liga M dengan membayar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) RM120 juta untuk jangka masa empat tahun harus menyuntik bukan saja dana bahkan mencetus idea-idea baru dalam memasarkan produk yang bergelar bola sepak domestik.

Jumlah itu dijangka diagih kepada ahli gabungan FAM sebagai geran tahunan, manakala tajaan promosi, air time dan kos penerbitan yang bernilai RM100 juta untuk tempoh empat tahun adalah kunci kepada kewujudan budaya bola sepak baru hasil promosi yang agresif.

Penting untuk semua saluran media - arus perdana dan baru - mengoptimum peluang ini dan bekerja secara sinergi demi membawa transformasi, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Tidak kira sama ada kerja-kerja pemasaran dilakukan secara bersama oleh Astro dan Malaysian Super League (MSL) Sdn Bhd di bawah teraju Tan Sri Annuar Musa atau tidak, cabaran utama ialah mengubah mentaliti pembuat dan pelaksana dasar, misalnya penggiat di peringkat negeri, agar bekerja secara ikhlas, memiliki kekuatan jati diri, berprinsip, tidak pilih kasih serta bebas rasuah.

Rembat Kosmo! memberi cadangan secara percuma berhubung cabang media yang harus diberi keutamaan.

Internet

# laman sesawang www.fam.org.my dan www.malaysiansuperleague.com harus digabungkan di bawah satu nama dan satu domain agar peminat tidak keliru untuk mendapatkan maklumat mutakhir. Setiap berita terkini dimuatkan dalam www.fam.org.my. Ia harus dijenamakan semula dan diberi reka bentuk baru bagi memudahkan pelayar melayari maklumat.

# Contohi www.the-afc.com dan pastikan setiap ahli gabungan yang menyertai liga tempatan ada laman sesawang sendiri dan dipautkan kepada www.fam.org.my. Dicadangkan FAM menyediakan geran RM3,000 sebulan setiap pasukan agar memudahkan ahli gabungan mencari penulis dan jurufoto bagi mengemas kini dan meyumbang artikel dan gambar rasmi pasukan masing-masing. Ini kerana kebanyakan ahli gabungan tidak pandai mencari iklan dan tidak mementingkan laman sesawang sebagai sumber maklumat dan pemasaran produk. Sebaliknya laman web persendirian atau kelab penyokong lebih aktif dan sarat dengan informasi.

# Laman sesawang rasmi FAM harus ada video perlawanan-perlawanan lama dan bahan arkib yang dimuat naik untuk tontonan peminat. Bayangkan jaringan Safee Sali dalam Pestabola Merdeka 2007, Piala Antara Benua 2008 dan Piala Suzuki AFF dipaparkan di laman web, bukan saja menarik minat penyokong, bahkan merangsang pemain sendiri bahawa mereka boleh dan pernah beraksi hebat. Hak siaran harus dibincang dengan penyiar rasmi.

# Galeri album dan gambar lama simpanan FAM harus dipaparkan dalam laman web FAM bagi mendidik generasi hari ini mengenai sejarah perkembangan bola sepak tempatan serta siapa Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tan Sri Hamzah Abu Samah, Datuk Kwok Kin Keng, Datuk Teoh Chye Hin, Datuk Paul Mony Samuel, Datuk Dell Akbar Khan, Datuk Seri Ibrahim Saad, Bola Singham dan Koe Ewe Teik D dalam mencorakkan pentadbiran dari 1950-an hingga hari ini.

# Paparan utama dalam mendidik generasi hari ini menghargai sumbangan pasukan terdahulu - skuad pingat gangsa Sukan Asia 1962, skuad Olimpik 1972, skuad pingat gangsa Sukan Asia 1974, skuad Piala Asia 1976 dan 1980, serta skuad pra-Olimpik 1980 dan akhir sekali, skuad Piala Suzuki AFF 2010.

# Artikel ringkas mengenai legenda-legenda negara dari zaman Edwin Dutton, Ghani Minhat, Syed Ahmad Abu Bakar, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan hingga hari ini.

# Pautan kepada semua saluran media Astro yang memiliki laman sesawang masing-masing.

# Jaringan media sosial dan media baru sebagai penyalur maklumat.

Telekomunikasi

# Astro bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi untuk menawarkan khidmat maklumat terkini menerusi sistem pesanan ringkas, MMS dan dicaj kepada akaun pengguna.

Siaran televisyen

# RTM harus bekerjasama dengan Astro, khususnya Astro Arena dalam mempromosi bola sepak kepada audiens lebih besar. Tidak dinafikan Astro Arena menyiarkan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana serta Piala Emas Raja-raja tetapi jumlah penonton RTM lebih besar dan menyeluruh.

# Banyakkan program berkaitan bola sepak, sama ada bual bicara, reviu dan previu atau satu program yang memaparkan gol saja sepanjang minggu. Program seperti Wisel Penamat dan Sebelum Wisel terbitan RTM wajar diubah agar lebih dekat kepada waktu puncak atau prime time.

# Selain menyiarkan perlawanan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala FAM, Piala Emas Raja-raja dan Liga Kementerian Pengajian Tinggi, pertimbang siarkan secara langsung atau rakaman perlawanan Piala Menteri Pelajaran/Piala Super 100Plus Bawah 18 dan Bawah 15 anjuran Kementerian Pendidikan.

# Siarkan program bercorak majalah yang memaparkan temu bual, kisah pemain di sebalik tabir

# Program yang memaparkan jurulatih bertauliah dan bekas pemain kebangsaan menunjuk ajar cara menyepak, menanduk dan asas-asas kemahiran lain.

# Program yang mengikuti perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP).

# Menyiarkan program seperti Junior Community Football League.

# Memastikan promo montaj gol-gol pasukan kebangsaan disiarkan dengan kerap terutama menjelang perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan

# Memastikan Astro SuperSport turut menjalankan tugas mempromosi Liga M kepada segmen bahasa Inggeris.

# Program ringkas undang-undang permainan dikendalikan pengadil tersohor Subkhiddin Mohd Salleh.



Radio

# Semua stesen radio milik Astro menyediakan laporan bola sepak tempatan seminggu sekali, dengan memuatkan temu bual dengan jurulatih, pemain, penyokong dan pengkritik. Wujudkan sinergi di antara stesen radio dan semua rancangan televisyen mengenai bola sepak terbitan Astro untuk memastikan audiens lebih besar.

Wisma FAM

# Harus ada sudut media dengan latar belakang jenama Astro dan penaja lain, jadi temu bual untuk program televisyen atau media cetak boleh dilakukan di situ.

Media cetak

# Jalinan kerjasama di antara Astro dan akhbar untuk berganding bahu memasarkan Liga M.

Papan iklan dan acara sampingan

# Papan iklan gergasi di lokasi strategik, dengan wajah dan aksi pemain terpampang besar.

# Acara sampingan termasuk sepak penalti dan permainan konsol pada satu-satu acara dan perlawanan besar.

12 comments:

harimau luka akan bangkit said...

syukur( kalau) Fam baca &laksanakan,
cadangkan FAM buat pertandingian website terbaru,,terbuka untuk semua individu.....( warganegara malaysia ).

banyak lagi fam boleh buat...FAM sudah ada stuktur kepimpinanan yang BAIK,,tetapi berilah RUANG KEPADA rakyat Malaysia untuk menyumbangkan IDEA untuk memajukan bola sepak Malaysia. FAM PERLU ada saluran khas untuk mendekati pemiant bola sepak, tanpa melalui pihak ketiga ( MEDIA ,TV,AKHBAR )rakyat jelata .

Berto said...

Idea yg sangat2 bernas. Pihak media perlu mengembalikan kembali 'hype' bolasepak Malaysia seperti zaman 80'an. FAM juga kene la update webpage tu, bg menarik sikit.

Sekarang ni dah banyak lamanweb/blog buat ulasan pasal Liga Malaysia ni. Satu contohnya sokerleaks.blogspot.com

harap2 saudara RH boleh terjah sebentar SokerLeaks ini.

Anonymous said...

Kau pandai-pandai je letak Subkhiddin, kau lupa ke orang tua yang terhebat tu .... yg berjambang tu.... kau nak campak kat mana ????????????

Tengku Firmino said...

Laman web FAM semangnya macam ada tak ada sahaja..ada sekadar syarat..info di dalamnya..alahai lemau!!!..blogger2 persendirian jelas menampilkan info yg lebih banyak, menarik dan terkini..we were lacked of info actually..

SADIEHAF said...

Cadangan yang baik dari barisan pencadang (Harap sangat dapat dengar jawapan dari FAM) dan TAHNIAH patut di ucapkan kepada ASTRO kerana BERKEMAMPUAN menaja FAM dengan limpahan kekayaan yang menakjubkan.Sekurang-kurang nya FAM dapat bernafas dan bertambah kukuh dalam tahun 2011.

Tapi yang tak best nya, sepanjang 2010 kat astro arena tak la plak buat live perlawanan yang melibatkan pasukan Sarawak.Khabar nya disebabkan bebanan kos yang terlalu tinggi.Kesian kat astro.Nak hantar 3-4 org cameraman + seorang pengulas pun x mampu.Mungkin kos pengangkutan menggunakan Air Asia ke Kuching untuk seorang menelan belanja hampir Rm1juta.5 orang dah Rm5 juta.

RTM yang ada ofis kat Kuching,Sarawak pun liat nak buat live, ini kan laa plak syarikat penaja UTAMA fam thn 2011.Yang ada tahun 2010 ada ulangan beratus-ratus kali melibatkan pasukan Selangor,pastu rating paling tinggi tengok astro plak kat Sarawak.Hehehehe.Memang mantap laa..

Bro Rizal, macam situasi atas tu bleh ke diategorikan sebagai :-

(1)Dianak tirikan
(2)Layanan Double Standard

Boleh ke bro?

So diharap kan jika cadangan yang hebat ini diluluskan oleh FAM, layanan tu biarlah sama rata yer.Kat Sarawak ni Rumah Panjang 30 Pintu pun ada sampai 10 piring Astro.Haaaaaa.....Tu kat rumah panjang..Tak percaya?cek la rekod kat budak-budak Astro yang gi buat sales kat wilayah tengah Sarawak.

Good Sharing Bro!

Admin said...

Salam, en rizal..saya rasa dan berpendapat cadangan ini sangat bernas..Pihak yang bertanggungjawab perlu mempertimbangkan cadangan ini demi memajukan bola sepak negara...

fayasodlam said...

thanks bro..masih ade yg masih nk mengembangkan sukan negara..mari kite bincangkan kegagalan skuad pelapis semalam.ape dah jadi??

HS kamal (Muhd kamal ganesan) said...

Habislah, wang masuk... dinasor2 kat persatuan negeri, lekatlah mereka kat kerusi mcm pijat hisap darah.
Minta maaf ye...Kita kenalah wipeout(pupuskan) dinasor2 ini dgn The Big Bang... Ianya amat penting. Harus di lakukan dgn segera, kalau tidak kejap aje lesap duit semua di telan dinasor2 yang berbadan besar dan perut boncit. Dgn begitu banyak duit tajaan astro, siapa yg akan pantau ke mana dan bagaimana di belanjakan? Jgn jadi mcm zaman Dunhill. 30 juta semusim tapi hancus bolasepak malaysia selama 20 tahun. Pls put to sleep all the dinasour at the national fa and state fa's - before they telan apa saja di depan mata mereka. Safe malaysian Football from this dinasours.

Anonymous said...

dinasor-dinasor dh mula dgr ckp. kantung dh mula kering. tp bila dpt, ramalan jadi sama mcm zaman dunhill. haha

Anonymous said...

salam saudara rizal..

sy berpandangan peranan media sama pentingnya dengan bolasepak itu sendiri, saya masih ingat sekitar awal 90an, ketika liga bolasepak malaysia tengah memuncak, majalah arena bolasepak masa tu mcm buku teks sekolah, sentiasa dlm beg sekolah,player2 bola sebut je sorang2 semua kenal..boleh cerita dari kecik sampai besar, semua tu peranan media..hari ini kemunculan sisipan kosmo rembat mengingatkan saya kembali kpd majalah arena bolasepak dulu2..tahniah kepada saudara rizal hashim atas penulisan yang ber'aura', kalu terlepas kosmo hari sabtu, hari ahad sy akan pegi kedai cina tanya kosmo semalam..saya rasa saudara rizal perlu buat majalah bola pula lepas ni( ke dah ada saya je yang x tahu??)

khattab

Muaz Razali said...

Salam Bro Rizal, Cadangan Amat Bernas, Harap Pihak Atasan Dapat Mendengar Rintihan "Pihak Bawah Macam Kita Ni" Kadang-Kadang Diorang Berlagak Bagus, Terutama FAM, Berlagak Bijak, Diorang Perlu Juga Mendengar Pandangan Dari Pada Semua Pihak Dan Pihak Kerajaan Perlulah Buat Kerja Mengembalikan Semngat Kesukan Kepada Rakyat-Rakyat Malaysia, Tanamkan Semngat Patriotik Di Setiap Rakyat Malaysia. Saya Harap Semua Cadangan Di Atas Dapat Dilaksankan Dengan Segera.

Anonymous said...

Salam Bro, Berbalik Pada Hak Penyiaran Liga Malaysia, Saya Dengar Astro Tidak Terima Tawaran RTM, Dan Astro Meminta RTM Bayar , Seperti Diorang Bayar FAM , Bagi Saya Tak Fair La Kepada RTM , Diorang Cuma Menumpang Astro, Kenapa Kena Bayar Full? Bagi I La, Astro Terima Jelah Tawaran RTM Tu Kalau Betul2 Astro Nak Martabatkan Sukan Negara, Berkira Sgt Ke? N Then , I Nak Cakp Skit Pasl Astro La, Kite(Rakyat Malaysia) Bayar Astro (Bukan Free) Channel Sukan Di Astro nak Tengok Sport Malaysia, But Astro Buat 7-8 Channel Sport Luar Negara, Kadang2 Entah Ape2 Entah Sport Nye Luar Negara Nya, Sampai Rakyat Malaysia TAK TERTENTGOK PUN, But Kalau Nak Buat 2 Channel For Malaysia Sport, Berkira Sgt Ke? Sedangkan Kita Rakyat Malaysia Ni Yg Bayar Channel Sukan Tu, Bukan Rakyat Lain Pun, Harap Dipertimbangan Cadangan Saya Ni, Dan Bro Rizal Boleh Tolong Salurkan Kepada Pihak Astro,Terima Kasih

- Muaz Razali -