Sunday, January 29, 2012

Footy drills on i-Phone, i-Pad


Pic Four-Four-Two

I've always had the highest degree of respect for Ron Smith, FA of Malaysia's former director of coaching. We spoke about football development at great length and both of us who had the privilege of touring Japan in 1999, were impressed with the footy culture over there which is virtually impossible to emulate and replicate in Malaysia so long we have individuals/politicians with vested interests running the show here.

So when former Perak coach Steve Darby highlighted Ron's latest tech mobile idea, I am only too pleased to share it here.

Steve wrote:


Never done this before, but its good that football people are doing things for the game and not just "take money and run" people. May be of great use to coaches (especially younger ones)


My friend, Ron Smith,(Ex AIS Head Coach and on Socceroo staff) has launched an iPhone App called "Football Practices". There are 30 practices with a sample of a practice for any number of players from 3 right through to 20. They are animated so all you have to do is select the practice you want to see, press play and then just watch and listen to the instructions.


There are three categories to select from, 3-10, 11-20 and Shooting Practices and they are mostly opposed practices. The App is free to download to view the 3 free samples, once you see those you will want to download the other 27 for $1.99.


I think the App is great and could be very handy to have in my phone but it also works on the iPad and iPod. Read the 4-4-2 report on Ron's app.


As soon as my 6 year old downloads it I'll be using it!!!


Ron will be launching a new website in a couple of months so if you want to be notified when it is ready go to www.socceron.com.au and enter your email address and you'll be notified.


Hope its of use.

Mencari solusi menerusi teknologi

Pada Mac 2002, aku menghadiri satu seminar anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang mempelawa bekas jurulatih hoki negara, Terry Walsh, membentangkan konsep perisian video sportscode yang menganalisis permainan tidak kira bola sepak, hoki atau badminton. Walsh membantu membangunkan perisian itu sepanjang kerjayanya merencana hala tuju skuad hoki Australia. Harganya lebih RM50,000. Menjelang Sukan Olimpik 2004, aku menulis artikel pentingnya kehadiran kakitangan ISN, Yeap Soon Lee, di Athens, untuk memberi analisis latihan dan permainan skuad badminton.


Apa saja idea membantu mengangkat martabat sukan kita harus disokong. Baca idea MHI di bawah

Idea muncul ketika mencari solusi untuk coding satu aplikasi yang sedang dibangunkan bersama rakan (dah siap ada dalam iTunes).. Tidak salah mencadangkan demi kemajuan sukan tanahair kerana den percaya, solusi bukan terhad dalam bidang kuasa persatuan sukan ataupun penggiat sukan rasmi semata-mata.
Bagaimana merencanakan idea ini?
Pertama : Bina satu infrastruktur ICT untuk membangunkan satu aplikasi/ perisian khusus sebagai akses data. Pangkalan data akan menjadi tunjang aplikasi/ perisian ini.
Kedua : Sistem pendaftaran mudah alih (mobile) dan dalam talian (maya) khas diwujudkan dimana semua pakar teknikal terdiri daripada jurulatih-jurulatih badminton dari seluruh negara akan menyumbangkan analisa masing-masing terhadap permainan Datuk LCW dan lawan-lawannya.
Ketiga : Maklumat-maklumat ini akan digunakan untuk menganalisa kekuatan dan kelemahan permainan lawan-lawan Datuk LCW untuk persediaan beliau dalam setiap kejohanan yang bakal disertai.
Keempat : Bagaimana menjayakan misi ini? Promosi amat diperlukan supaya setiap jurulatih atau bekas pemain yang benar-benar mahu membantu Datuk LCW memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik dapat menyalurkan maklumat/ analisa tersebut..
Kelima : Tiada sekatan daripada pihak persatuan bahkan bekerjasama penuh dengan pakar-pakar taktikal maya ini untuk mengemaskini analisa-analisa terbaru demi mempelbagaikan taktikal permainan Datuk LCW.
Perkara pokok sudah tentunya ONGKOS untuk membangunkan infrastruktur ini kerana.. membina sistem sebegini memerlukan masa selain kerahan tenaga dalam pasukan. Jadi, soalannya, ADA GERAN ISTIMEWA BOLEH DIBERIKAN UNTUK PROJEK INI? atau, ADA PENAJA TAK?

Klik blog ibnismail di sini. Harap ideanya boleh dipanjangkan kepada ISN/MSN?KBS. Jangan ada orang cilok idea ini pulak, sudah. Malaysia ni ramai kaki cilok.

Friday, January 27, 2012

Al-Fatihah buat Razali Alias

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Aku baru terima berita Razali Alias meninggalkan kita. Takziah buat keluarga Allahyarham.

Aku mengikuti kerjayanya sejak kecil. Daripada isu kewarganegaraannya, hingga kepada corak permainannya mengawal jentera tengah serta jaringan volley dari luar petak penalti pada final Piala Malaysia 1986 kekal dalam memori aku.

Secara peribadi, final itu aku kenang kerana tiga sebab - juara bertahan, Johor negeri kelahiranku tewas teruk, volley Razali dan final terakhir buat Allahyarham Mokhtar Dahari.


Allahyarham Razali (biru tengah) memegang Piala Sumbangsih bersama rakan sepasukannya di Selangor


Apabila Razali mengambil alih jawatan jurulatih Proton FC pada 2007, aku berkesempatan menemuinya beberapa kali...dan kali pertama bersua semula selepas beberapa tahun, aku mengingatkannya kepada gol 1986 itu.

"Eh awak ingat lagi gol tu eh?"

"Tentu sekali, tuan antara pemain tengah yang saya kagumi...pandai shield bola, bijak buat through ball, tenang dan cukup skilful...sayang tuan tidak dapat wakili Malaysia."

Ingat lagi tak zaman Razali muncul botak di tengah padang?

Allahyarham menderita hepatitis B. Baca di sini


Gambar kenangan bekas pengarang majalah Bolasepak, Rodly Fadly (kanan), bersama Razali (tengah). Hubungan Rodly dengan Allahyarham memang akrab. Gambar dirakam pada 1984 ketika Allahyarham mengunjungi pejabat Harian Nasional di Genting Klang, Setapak. 




Selamat jalan Razali. Jaringan anda abadi dalam kenangan. Semoga roh Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehin. Amin.

Tolong google translate

Zaman orang ramai tak pandang bola Malaysia, politikus pun tak ambil pusing, aku sudah menulis mengenai isu-isu dalam FAM. Tak payahlah nak suruh aku komen setiap benda yang berlaku...siapa yang tak faham tulisan bawah ini, google translate...


Artikel ini aku tulis pada Jun 2007, sebelum pusingan akhir Piala Asia 2007...menekankan bahawa kepentingan skuad negara mengatasi segala-galanya...

SELANGOR attacker and national No 1 hitman Akmal Rizal Ahmad Rakhli will undergo a magnetic resonance imaging test today.


If the diagnosis is anything more serious than mere muscle knock on his right knee, who do we blame?


Akmal was not supposed to play for Selangor against Kedah in the FA Cup semi-final second leg on Saturday night.


He, like the rest of the 22 named for the Asian Cup, the continent's showpiece that Malaysia last qualified for in 1980, was being primed for the all-important clash with 2004 runners-up China. That match takes place 16 days from today.


But the FA of Malaysia competitions committee chairman Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar thought otherwise.


FAM felt robbing the four semi-finalists - Kedah, Perlis, Selangor and Johor Pasir Gudang - of their star players would be unfair and take the gloss out of the FA Cup matches.


Little regard was given to national coach Norizan Bakar's needs. As Malaysia will enter the competition as the lowest-ranked nation, Norizan needs to leave no stones unturned to knock his side into decent shape to do justice as hosts.


The only trouble is, his employers, FAM, cared little.


Some may argue at such a crucial stage, the FA Cup needed its best players. Some may also argue that injuries can happen during training. But what about the fact there could be little chance of Malaysia taking part in the Asian Cup after this, considering the limited talent that we have?


Selangor were desperate to have the national quartet of Akmal, Safee Sali, Fadzli Saari and Shukor Adan to overcome a 2-0 deficit in the first leg.


Now compare this to the situation faced by no-nonsense South Korea coach Pim Verbeek.


The Dutchman and the K-League bosses have been feuding over the availability of players ahead of the tournament, with Verbeek slamming the league for playing too many games in the build-up.


Clubs balked at his insistence on summoning the national team last Saturday morning, which would have forced the players to miss league matches scheduled for later that day.


Some teams threatened not to release their players at a board meeting Thursday, but they backed down after the Korean Football Association rejected pleas to delay the call-up.


Malaysia cannot afford to play without Akmal, who netted Malaysia's solitary goal against UAE.


If he is declared unfit for the Asian Cup, then we should demand for Raja Ahmad to swap his expensive Backbenchers suit for the Malaysian jersey.


He can take the pitch on July 10, alongside the likes of FA of Malaysia secretary Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, FA of Selangor secretary Hamidin Mohd Amin and Selangor coach Dollah Salleh.


After all, they are the experts.

Gara-gara tulisan ini, aku "dibelasah" Dollah Salleh yang marah kerana dia tidak terbabit dalam keputusan itu. Raja Ahmad Zainuddin pun mengamuk...tapi last-last dia ajak minum teh tarik...dia politikus yang ada kelas...Hamidin, belum bergelar Datuk, tetap cool dari dulu sampai sekarang...Datuk Seri Dr Ibrahim Saad sedikit pun tak komen...sekadar menyebut "itu depa yang buat keputusan, bukan aku"....

Rosmah kembali

Datin Seri Rosmah Mansor sudah kembali menjadi penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Baca di sini. Sebelum ini Rosmah menarik diri. Baca Rosmah quits YAKEB

LCW good mood...

Salam Jumaat. Aku masih ingat temasya Olimpik di Athens, gelanggang badmintonnya digelar Goudi Hall, tidak jauh dari pusat bandar. Aku ingat lagi Datuk Misbun Sidek yang terbang ke ibu kota Greece lewat kerana masalah imigresen.


Dewan Goudi

Sukan Olimpik Athens hadir setahun setengah selepas Muhammad Hafiz Hashim diangkat sebagai wira badminton negara selepas menjulang gelaran Seluruh England, kali pertama buat seorang anak Malaysia selepas Tan Aik Huang pada 1966. Hafiz siap disambut di KLIA dengan tengkolok. Malangnya, prestasinya merudum sesudah itu, lalu tempat Hafiz ke Athens menjadi rebutan Lee Chong Wei dan abang Hafiz, Roslin, dengan Wong Choong Hann selaku teraju utama.

Sayangnya, badminton gersang lagi. Choong Hann tewas kepada Taufik Hidayat, Chong Wei tumbang di tangan Chen Hong seawal pusingan kedua, manakala Roslin tersangkut di pusingan pertama sesudah kalah kepada Sony Dwi Kuncoro.

Maka masuklah bab Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said yang mahu campur tangan dan merevolusi struktur badminton dan BAM...kononnya. Bahaya pengaruh seorang politikus dan anggota Jemaah Menteri jika memikirkan dia seorang saja betul...

Sekalipun melihat anak didiknya tewas, Misbun membisikkan kepada aku: "Rizal, awak tengok dalam masa setahun...Chong Wei akan jadi top player. Biar dia kalah hari ini...perjalanannya masih panjang"

Aku mengingatkan Datuk LCW kenangan di Athens dalam Kafe Sukan baru-baru ini, biarpun aku dilabel tidak intelek dan malas macam jurnalis lain...

Rakaman program dibuat sehari selepas LCW merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali kelapan. Mengenali LCW, dia pun ada mood. Pada hari terbaiknya, dia boleh bersembang panjang. Mujur dia good mood dalam set.

Selain memberi komen "wah saya tengok abang interviu Chin Chai (Ng, setiausaha BAM), saya takutlah..." dan membincangkan pelayar dunia siber yang menyatakan LCW bermakna "Let China Win" tetapi sudah bergelar Datuk ada DLCW jadi bertukar "Don't Let China Win", Chong Wei cukup ceria sepanjang rakaman, sambil menceritakan pelancaran bukunya Dare to be a Champion.



Sebagai jurnalis yang tiada intelek, aku seronok dapat buku yang ditanda tangani LCW

LCW dalam program Kafe Sukan dua minggu lalu memberi penghormatan kepada Misbun selaku penggerak kerjayanya...



LCW meluangkan masa bertemu peminat dalam Gelanggang 801, siri kedua jelajah Astro Arena dalam mendekatkan diri dengan penonton. Jarang-jarang peminat diberi peluang bersemuka dengan LCW...

Aku mengajaknya: "Datuk, jom masuk Dengan Izin"..."eh tak maulah...lepas Olimpik boleh...

Dia juga menceritakan kepada aku, tidak lama lagi Yonex akan melancarkan satu set jersi, seluar, raket dan kasut yang berwarna emas...khas untuk kegunaannya...dengan ketegangan tali raket ditarik sehingga 32lbs, bayangkan kekuatan tangan dan ketepatan pukulan...

Rumusan aku, agak malang LCW lahir satu generasi dengan Lin Dan...barangkali kita boleh mulakan atas talian cara-cara menewaskan Lin Dan untuk disumbang pakar-pakar teknikal? Seperti yang dicadangkan MHI...seorang blogger sukan yang tech-savvy.

Tuesday, January 24, 2012

Mohon ampun Tuanku Sultan Kelantan

Terlebih dahulu saya merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Kelantan dan kaum kerabat Tuanku jika surat terbuka saya bertajuk Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya disalah tafsir hinggakan ada pihak yang menuduh saya derhaka kepada Tuanku Sultan.

Saya sedikitpun tidak berniat menujukan perenggan itu kepada Tuanku Sultan. Selain menghormati institusi diraja, saya ada kenangan manis dengan Tuanku. Saya bersama tiga lagi sahabat secara peribadi terserempak dan bersalam dengan Tuanku Sultan yang ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, di Hotel Grand Makkah ketika sama-sama menunaikan umrah pada bulan puasa, Oktober 2007.

Sebelum pembaca blog ini melontarkan kata-kata nista, mencaci dan mengugut saya, saya ingin mengajak semua berbincang dengan lapang dada dan minda terbuka tanpa perlu menghasut mana-mana golongan berhubung komentar saya mengenai sepak mula pertemuan Liga Super di antara Kelantan dan Selangor PKNS yang lewat selama 33 minit, 13 Januari lalu.

Impak daripada sepak mula di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dijadual 8.45 malam tetapi bermula jam 9.18 malam, cukup besar.

Antaranya

1. Pemain terdedah kepada kecederaan sesudah melakukan warm-up

2. Soal airtime. Perlawanan itu disiar secara langsung menerusi saluran berbayar Astro Arena dan tamat pada jam 11.15 malam. Sebenarnya tiada stesen televisyen, sama ada berbayar atau percuma (free-to-air seperti RTM dan TV3, TV9) yang gemar berdepan situasi ini kerana ia membabitkan kos airtime dan rancangan seterusnya. Isunya bukan saya menulis kerana saya ada program di Astro Arena, saya tetap tulis kalau perlawanan disiarkan di RTM...menyatakan fakta bukan satu kesalahan. Setiap pemimpin sukan harus faham isu airtime sebagai satu komponen penting dalam industri sukan. Jika perlawanan antarabangsa, tentu sekali hos penyiar akan diberi ganti rugi mengikut nilai airtime. Ini antara tuntutan dunia profesional.

3. Kelewatan ini menyebabkan sesetengah media cetak arus perdana tidak sempat menyelitkan laporan untuk edisi pertama.

4. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan kemungkinan dikenakan tindakan. Ini berdasarkan pengalaman saya yang kurang arif ini. Pernah menjadi pegawai media selama dua bulan di Wisma FAM, mengurus tuntutan media untuk dua perlawanan besar - Malaysia lawan Chelsea di Stadium Shah Alam dan final Piala Malaysia 2008. Sebelum menyertai FAM, pernah menjadi pegawai media Piala Antara Benua di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Mei 2008, ketika Safee Sali menjaringkan tiga gol menarik sepanjang kejohanan. Kita tidak boleh lari daripada protokol pengelolaan perlawanan, sebab itu semua pegawai maklum ada apa yang digelar sebagai OTP...pengelolaan perlawanan mengikut Organisasi Teknikal Perlawanan.

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi mana-mana tatacara OTP boleh dikenakan tindakan lanjut mengikut perkara 2.1.2 dan Perkara 5.7.5 manual Liga M 2012. Pasukan, pegawai pasukan, pegawai pertandingan seperti match commissioner (MC) dan general co-ordinator (GC) boleh dikenakan tindakan lanjut oleh FAM.

Skop OTP meliputi padang dan kawasan sekitarnya, lampu limpah, kelengkapan bilik persalinan.

Perkara 5.6.10 menetapkan pasukan tuan rumah atau GC hendaklah memaklumkan kepada MC/RA (penilai pengadil) kehadiran tetamu diraja atau tetamu kehormat.

Tetamu Diraja
1. Sultan Negeri
2. Yang Dipertuan Negeri
3. Pemangku Sultan
4. Tengku Mahkota/Raja Muda Negeri

Tetamu kehormat
1. Presiden FAM
2. Timbalan Presiden FAM atau wakil presiden FAM
3. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
4. Mana-mana tetamu yang ditetapkan FAM

Tetamu Diraja atau Tetamu Kehormat hendaklah berada di venue pertandingan selewat-lewatnya 15 minit sebelum masa perarakan bendera Fair Play (perarakan biasanya lapan minit sebelum sepak mula).

Perkara 2.1.1 dalam Pematuhan Peraturan dan Piala pula menyebut kejujuran dan keikhlasan untuk mematuhi semua peraturan persatuan dalam pengelolaan Liga M adalah menjadi tanggungjawab dan tertanggungjawab kepada pasukan, pegawai dan pemain. Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang mengingkari mana-mana perkara dalam Perkara 2.1.1 boleh dikenakan tindakan atau hukuman. Pasukan boleh didenda maksimum RM100,000, pegawai denda maksimum RM50,000.

Jadi adalah malang jika the Red Warriors - barisan sang juara yang mencetus satu fenomena sejak 2009 - terpaksa menanggung kesukaran dan masalah akibat kelewatan sepak mula tempoh hari.

Prosedur pengelolaan perlawanan anjuran FIFA pula memberi ruang sepak mula dilewatkan sehingga dua jam atas sebab kilat, padang dinaiki air, lampu limpah dan ancaman keselamatan dan kesihatan. Sepak mula dan penundaan/pembatalan perlawanan pula adalah dua perkara berbeza!

Ini sekadar hujah yang simplistic dan tidak intelektual daripada saya...

Bersambung...

Wednesday, January 18, 2012

Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya

Kepada tetuan di Wisma FAM,

Sebagai pengikut setia bola sepak tempatan lebih 30 tahun, 20 tahun daripadanya selaku wartawan, pengkritik dan penganalisis, saya terpanggil untuk memberi pendapat dua sen saya berhubung beberapa siri kontroversi yang melingkari FAM dan bola sepak tempatan secara amnya.

Sejak kebelakangan ini, kontroversi di FAM seolah-olah tidak bertepi. Yang terbaru, isu Terengganu dan surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 berhubung tarikh tamat pendaftaran pemain import sehingga membawa kepada ugutan saman daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ini belum sentuh premium insurans yang lewat dibayar tahun lalu.

Ini membawa kepada persoalan - wajar atau tidak jika perjalanan Liga M dikendalikan sepenuhnya satu badan bebas dianggotai ahli profesional dalam mengatur jadual perlawanan dan mengurus liga?

Atau kalau ikut perlembagaan FAM sekarang, jawatankuasa pertandingan kekal diberi kuasa menganjur dan menentukan hala tuju Liga M tetapi pengerusinya bukan seorang pemegang jawatan yang aktif di peringkat negeri?

Opsyen pertama menuntut kehadiran petugas sepenuh masa yang mencanai idea dan melaksana dasar agar liga berjalan lancar. Opsyen kedua merelakan sukarelawan untuk menentukan hidup mati liga.

Datuk Hamidin Mohd Amin (yang sudi menjemput saya secara peribadi ke majlis ramah mesra dan hari keluarga di FAM Ahad lalu) setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sekali gus mencetus satu persepsi ada konflik kepentingan dalam merangka dasar dan membuat keputusan. Betul dan cekap macam manapun dia dalam mempengerusi mesyuarat yang menentukan peraturan Liga M, puak pembangkang luar kelompok mesyuarat mesti mahu pertikai keputusan dan sentiasa mencari kelemahan atau konflik kepentingan membabitkan Selangor.

Masih teringat zaman Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Memanglah timbul pelbagai isu tetapi tiada masalah typo error. Yang penting, mereka tidak pegang jawatan di peringkat negeri! Apapun, baca artikel ini. Mungkin FAM juga perlu perkasakan jabatan pertandingan agar sekretariat tidak terus-terusan menanggung persepsi negatif!

Ugutan Terengganu untuk menarik diri daripada Liga Super dan menyaman FAM pula sekadar menampakkan ada lagi puak yang kurang arif. Ketika jawatankuasa pertandingan diterajui Che Mat Jusoh, pun banyak isu timbul.

Politikus macam Ahmad Said nyata tidak faham senario bola sepak dunia, apalagi tidak diberi nasihat yang betul oleh Che Mat Jusoh dan pegawai lain. Apa mahu takut, ini bola sepak, bukan gelanggang politik. Kalau salah tolong tunjukkan! Kalau politik, sudah kena cantas. Baca ahli bersekutu boleh saman

Dalam peraturan FIFA (walaupun FIFA pun tunggang-langgang dari segi moral), proses aduan satu ahli gabungan terhadap persekutuan memakan masa panjang dan mengikut prosedur tertentu, termasuk timbang tara. Apapun, baca artikel ini

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?

Dengar khabar pula Annuar dan KAFA dipulau media di Kelantan. Kasihan kawan-kawan media di Kota Bharu. Khabarnya mereka diberi layanan acuh tidak acuh. Mereka sekadar "happy" buat liputan Peter Butler dan skuad TRW saja.

Tiada siapa dapat nafikan Kelantan antara punca bola sepak Malaysia kembali meriah tetapi kejayaan itu harus diurus dengan baik dan profesional agar satu lonjakan besar dapat dilakukan.

Berbalik kepada isu FAM-Terengganu, sebenarnya, FAM silap, PBSNT pun silap. Kalau FAM tersilap tulis, mana-mana ahli gabungan tak pasti atau yakin, apa salahnya kirim SMS, telefon, hantar private message menerusi media sosial, betulkah ini tarikhnya? Bila tarikh tutup pendaftaran? Adakah dilanjutkan? Piala AFC atau Liga Super?

Untuk golongan yang menjerit mahu perubahan, kita harus jadi contoh pembawa transformasi dan bukan penghasut yang mengamalkan pendekatan populist!

Selagi FAM dikendalikan secara cacamarba sebegini, kurangnya budi bicara dan kurangnya lelaki budiman sezaman Kwok Kin Keng, Lim Kee Siong, Koe Ewe Teik dan Teoh Chye Hin (generasi facebook tak kenal empat nama ini), selagi itulah drama bola sepak Malaysia berkisar sekitar skrip yang sama. Pelakonnya dari 70-an memang berbeza tetapi perwatakan sesetengah pelakon baru kekal bersifat memperjuang kepentingan  peribadi. Selagi keputusan dibuat jawatankuasa tanpa mendapat nasihat yang profesional daripada kakitangan sepenuh masa, skrip yang sama akan berulang 20 tahun dari sekarang.

Tidak lama selepas Malaysia menjulang Piala AFF, saya tulis dalam akhbar Rembat Kosmo!, akhbar yang masih berhutang dengan saya berpuluh ribu ringgit dengan jutaan alasan (harap bosnya tolong settle, tak settle adalah caranya), mengurus kejayaan. Usahlah kejayaan di peringkat serantau menyembunyikan pelbagai kelemahan dalam FAM.

Saya, seperti biasa dan tanpa jemu tetapi sekadar tersenyum sinis, menjadi penonton setia!

Yang tak pernah bosan,

Rizal Hashim
(Juri antarabangsa FIFA Ballon d'Or)

Tuesday, January 17, 2012

How did the Malaysian trio vote in FIFA Ballon d'Or?


In the recent poll among captains, coaches and journalists to name the winner of football's most coveted individual prize - the FIFA Ballon d'Or, national skipper Safiq Rahim picked Xavi, Leo Messi and Andres Iniesta, in that order. Coach Datuk K. Rajagobal chose Messi, Cristiano Ronaldo and Luis Suarez as the top three. For Coach of the Year, Safiq and his sifu picked Joachim Loew as the top candidate.

There were only two coaches who picked Messi, Ronaldo and Suarez in that order - Rajagobal and Bolivia's Gustavo Quinteros. Only two captains - Denmark's Christian Poulsen and Ronald Raldes of Bolivia - felt Messi, Ronaldo and Suarez deserved to be on the top three.

The top three, as everybody is fully aware, are Messi, Ronaldo and Xavi.

As for my vote, I share the sentiments of 10 fellow journalists that Messi, Ronaldo and Suarez were the top three players throughout 2011. His racist remarks to Patrice Evra aside, Suarez was outstanding in Uruguay's relentless march to the Copa America title.

Interesting to note, Rajagobal and I seem to share the same view this time! Haha!

Read the vote details for the players' award here and coach awards here and our vote last year here.

Wednesday, January 11, 2012

Mysukan.com

Bacalah tulisan berbaur sinis di mysukan.com di sini untuk belajar mengenai olahraga dalam dan luar negara. Ada juga beberapa bahan sejarah yang menarik untuk tatapan peminat.

Tuesday, January 10, 2012

A Malaysian for QPR

Neil Warnock's sacking as QPR manager gives club owner Tan Sri Tony Fernandes an opportunity to start afresh and prove that he has the greater interest of the game at heart. A master at branding and re-branding himself, Tony may want to consider putting a Malaysian brand in the QPR coaching set-up. As the owner, he is entitled to impose his thoughts on the QPR Board and give someone like Aminuddin Hussein, a coach who has worked with most of the current internationals in the senior set-up since 2000, the chance to pitch his tent in England.

The likes of Nasril Nourdin, Farizal Marlias, Norshahrul Idlan Talaha, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim, Aidil Zafuan and Zaquan Adha Abdul Radzak are some of the names who had gone through Aminuddin's guidance since the FAM youth programme was introduced at the Bukit Jalil Sports School more than 10 years ago.

No needlah to give our current crop of Malaysian players a two-week attachment. No needlah to send our senior national coaches since they have won everything there is to win in the region (hehe).

Instead, create a bigger impact. Expose the coaches, educate the educators!


Tan Sri Tony, sendlah Amin or any coach involved in the youth set-up for a long-term programme at QPR!

Monday, January 9, 2012

Satu kerusi FAM kosong

Satu kerusi naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kosong. Baca laporan Harian Metro PAFA hilang khidmat Abdullah.

Sunday, January 8, 2012

Emas terlucut jika positif

Jika sampel air kencing B seorang pelari 4x400m negara didapati positif, nampak gaya kena tarik balik pingat emas yang dimenangi dengan penuh dramatik di Palembang, November lalu. Habis, majlis PM kalung pingat kepada mereka, macam sia-sia saja!

Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Palembang/Jakarta, Datuk Naim Mohamad, sampaikan surat rasmi memohon ujian sampel B terhadap pelari 4x400m negara kepada wakil jawatankuasa penganjur Sukan SEA (Inasoc), Indra Kartasasmita sambil diperhati pengurus besar Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Fong Wan Hor..

Ini bukan kes pertama membabitkan atlet kita. Pada 1989, strychnine dikesan dalam sampel pelari berpagar, Zulkifli Mohd Yatim, yang mempertahankan bahawa ia berpunca daripada ubat batuk yang diambilnya. Dia menang pingat emas 110m dengan catatan 14.57s. Pada September 1996, akhbar the Sun mendedahkan Azmi Ibrahim gagal ujian doping setelah contoh air kencingnya mengandungi furosemide. Dia digantung empat tahun tetapi dikurangkan kepada dua tahun setelah IAAF mengurangkan tempoh hukuman. Sambil berehat, Azmi bermain bola...

Mei tahun lalu, tercetus tanda tanya apabila enam pelari gagal menyediakan sampel air kencing kepada Institut Sukan Negara (ISN).

Pelari yang dimaksudkan Nadi Arena sudah sedia menceritakan bagaimana dia diberi suntikan yang membawa kesan sampingan!

Ada satu cara memastikan bahawa ini satu komplot pihak tertentu dan atlet terbabit tiada pilihan. Semua atlet yang menjalani latihan pusat di Miri harus menjalani ujian doping. Jika mereka gagal, bermakna ada sesuatu yang tidak kena!

Saturday, January 7, 2012

Pakar bola kita

Oh Malaysiaku...bila agaknya anak-anak Malaysia yang diiktiraf orang luar dapat menabur bakti di tanah air sendiri? Atau diberi peluang kedua mengurus bola sepak tempatan?


Windsor Paul John dikhabarkan akan menjadi penolong Pep Guardiola? Anak jati Kedah ini bekas ketua penyelidikan dan pembangunan FAM, pernah menjadi penolong jurulatih kepada M. Chandran di Selangor...bayangkan semua orang termasuk Diego Maradona terpaksa minta kebenaran Windsor untuk masuk bilik persalinan Piala Dunia...baca sini. Apabila jawatankuasa pembangunan bola sepak ditubuhkan, aku mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, untuk melantik Cikgu Windsor mengepalai projek itu...hmmmm, aku dah serah CV Windsor kepada YB...


Haji Saifuddin Abu Bakar, pernah jadi penolong setiausaha agung FAM, kini menjadi penolong ketua jabatan pertandingan Qatar Stars League


"Rizal, over there 2 billion people will listen to what I say, but over here," begitulah keluhan Datuk Yap Nyim Keong, yang meletak jawatan selaku penolong setiausaha agung FAM pada 2005. Kini menasihati Chinese FA


Haji Amir Sharifuddin Wong, satu nama yang cukup sinonim sebagai pengadil dalam liga tempatan, kini menyemai bakti di Maldives


Cikgu Mohd Rodzali Yacob adalah instruktur pengadil elit AFC, selalu bantu aku memudahkan tugas selaku pegawai media FAM selama dua bulan pada 2008


Cikgu Subkhiddin Mohd Salleh kini anggota jawatankuasa pengadil FIFA. Baca senarai anggota jawatankuasa pengadil FIFA


Datuk Dell Akbar Khan (kiri) anggota jawatankuasa stadium dan keselamatan FIFA. Adalah menjadi harapan aku untuk mempelawa ketiga-tiga individu ini, termasuk Yap dan Datuk Zolkples Embong bagi program Dengan Izin terbitan Slamet Sazly Yakub


Stuart Ramalingam pula adalah ketua eksekutif MSL Sdn Bhd, cuba membawa angin perubahan tetapi berdepan pelbagai kekangan dan cabaran secara harian. Mungkin Datuk Seri Sepp Blatter boleh bantu


Lim Kim Chon yang pernah bertugas di FAM dan AFC, biasa menjadi anggota TSG FIFA, atau technical study group. Kini menjawat tugas paling penting dalam bola sepak Malaysia, selaku pengarah teknikal FAM merangkap Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Sila baca blog jawatankuasa di sini. Topik pertama aku sebagai blogger pada April 2008 - Kim Chon, baca Anak Melaka for the hotseat


Adik Kim Chon, Teong Kim pula sudah lama berkelana ke Munich, mengambil lesen paling tinggi dalam bola sepak Jerman di Cologne pada Jun 2005. Baca Thomas, Mesut and Lim

Baca pula akhbar the Star dalam artikel bertajuk FAM in La-La land

Very few options for BAM

Two former chief coach of the national team, an academician and one Singaporean are the four individuals shortlisted for the High-Performance Director's post at BA of Malaysia (BAM).  Despite recommendation from the New Straits Times here and the Star's report here, the great Dane Morten Frost will not be renewing ties with Malaysia anytime soon.

Frost and I had our fair share of exchanges when he was the chief coach...the former world champ is not one to mince his words...and I like that in a person. Frost and I agreed to disagree on a lot of things. Read  Nadzmi v Ganga


Thomas Cup Jakarta in 1994 saw the emergence of Yap Kim Hock as a doubles specialist and signalled Razif Sidek's exit from the world scene. Razif became chief coach in 1995 and Kim Hock followed suit much later.

But it is learnt academician Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, a former chairman of the Coaching Board NSC and coaching chairman of Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU), is the favourite for the job. The only problem is Sheikh Kamaruddin, brother of Rajemah, former hurdler and team manager of the athletics squad in the 2011 SEA Games, is not in the good books of many people, including powerful decision makers in the sports fraternity! So where does this leave BAM? They could well end up with someone other than the four candidates! 


Friday, January 6, 2012

Apa pilihan Safee?

Khabarnya Safee Sali tidak menandatangani kontrak baru yang ditawarkan Pelita Jaya lantaran kemelut PSSI, badan induk bola sepak Indonesia. Berdepan pelbagai kemungkinan, Safee dikhabarkan tidak mahu mengambil risiko Pelita Jaya digantung, seterusnya menjejaskan periuk nasinya.

Apa pilihan buat Safee?

# ambil risiko dengan Pelita Jaya sambil mengharap PSSI menyelesaikan masalah dalaman dengan baik tanpa perlu campur tangan FIFA

# kembali ke Selangor, dengan harapan team lain tidak bising pasal sudah lepasi syarat pendaftaran

# paksa wakil Zakaria Ab Rahim hubungi rakan-rakan di Timur Tengah, Australia

# mohon kerjasama Datuk Chan Tien Ghee untuk buka pintu di Eropah menerusi Cardiff City

# wakil Harimau Muda di Liga S buat sementara waktu tapi gaji US$10,000 kena potong sikitlah

Apakah ini skripnya?


Dalam masa tidak sampai dua bulan, aku jadi zero daripada seorang hero...aku yang pegang bendera tu Gambar New Straits Times

Aku berlari sebagai sebahagian daripada skuad lari berganti-ganti, tanpa disangka-sangka mengutip pingat emas, itupun selepas dikirim ke Sukan SEA pada saat akhir. Kontroversi melanda apabila aku bersama rakan-rakan tidak dapat dikalungkan pingat emas kerana penganjur memutuskan mengadakan penyampaian pingat keesokannya. Malang buat aku, terpaksa pulang awal kerana tiada penerbangan lewat bagi membolehkan aku dikalung pingat idaman.

Mujur ada majlis khas pemberian insentif dan aku bersama tiga lagi rakan aku dapat special treatment, dikalungkan emas oleh Perdana Menteri. Seronok tak terkata. Ada yang membisik, apa special sangat kuartet ini sampai PM sendiri bagi pingat...hah apa aku peduli! Ini rezeki aku.

Jendela 2012 menguak, tapi penganjur Sukan SEA sudah dedahkan aku antara dua atlet Malaysia yang gagal ujian doping. Sampel A aku positif. Memang biasanya sampel B pun positif.

Aku cemas. Coach aku menangis terisak-isak, kerana aku berdepan penggantungan dua tahun. Tiga lagi rakan aku tidak tahu nak cakap apa.

Aku malu, kecewa, fed-up, diaibkan sebegini hanya beberapa minggu selepas aku bertentang mata dengan PM. Aku sebenarnya tiada pilihan. Aku dipaksa menjalani latihan di bawah kendalian seorang jurulatih dari Bulgaria, ditemani seorang rakan senegaranya yang dikhabarkan seorang doktor. Aku menelan pil yang dikatakan vitamin dan diberi suntikan. Aku atlet muda. Tiada track record dan terdesak mencipta nama.

Siapalah aku nak melawan pegawai-pegawai KOM...mereka bos, mereka orang besar. Aku sekadar atlet yang menjalankan tugas demi mengharumkan nama negara. Aku tanya, mereka jawab vitamin dan suntikan untuk bagi cepat pulih tenaga.

Aku tahu keputusan sampel B juga positif. Aku berserah...tetapi tahukah kalian, kami sekadar mengikut arahan?

LC: Beginilah lebih kurang skrip bagi menceritakan skandal terbaru yang melingkari Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Rizal Hashim. Tahniah Nadi Arena, Lukman Salleh, Bazly Azmi dan rakan-rakan kerana membongkar skandal terbaru ini.

Tuesday, January 3, 2012

Bola dan harapanku

Tahniah ku ucapkan kepada MSL Sdn Bhd kerana melancarkan logo baru Liga Super dan Liga Perdana. 

Harapanku untuk bola sepak musim 2012

1. Liputan media lebih meluas, termasuk infografik dan profil pemain

2. Mutu permainan yang lebih tinggi dan menarik

3. Tiada keputusan-keputusan pelik

4. Tiada keputusan di kalangan pembuat dasar FAM yang boleh dipertikaikan

5. Ada pemain muda yang menonjol

6. Pasukan negara mempertahankan kejuaraan AFF hujung tahun ini

7. Jurulatih-jurulatih tempatan diharap tidak sombong dan asyik ingat macam dah menang Piala Dunia saja

8. Penggiat bola sepak diharap lebih mesra media



Logo yang simple tetapi menarik


 Kenali pasukan anda, segmen di Berita Harian...mengingatkan aku zaman 90-an, apabila BH unit sukan terbaik di Malaysia



Nampaknya TV9 pun sudah ada program bola!