Dalam masa tidak sampai dua bulan, aku jadi zero daripada seorang hero...aku yang pegang bendera tu Gambar New Straits Times
Aku berlari sebagai sebahagian daripada skuad lari berganti-ganti, tanpa disangka-sangka mengutip pingat emas, itupun selepas dikirim ke Sukan SEA pada saat akhir. Kontroversi melanda apabila aku bersama rakan-rakan tidak dapat dikalungkan pingat emas kerana penganjur memutuskan mengadakan penyampaian pingat keesokannya. Malang buat aku, terpaksa pulang awal kerana tiada penerbangan lewat bagi membolehkan aku dikalung pingat idaman.
Mujur ada majlis khas pemberian insentif dan aku bersama tiga lagi rakan aku dapat special treatment, dikalungkan emas oleh Perdana Menteri. Seronok tak terkata. Ada yang membisik, apa special sangat kuartet ini sampai PM sendiri bagi pingat...hah apa aku peduli! Ini rezeki aku.
Jendela 2012 menguak, tapi penganjur Sukan SEA sudah dedahkan aku antara dua atlet Malaysia yang gagal ujian doping. Sampel A aku positif. Memang biasanya sampel B pun positif.
Aku cemas. Coach aku menangis terisak-isak, kerana aku berdepan penggantungan dua tahun. Tiga lagi rakan aku tidak tahu nak cakap apa.
Aku malu, kecewa, fed-up, diaibkan sebegini hanya beberapa minggu selepas aku bertentang mata dengan PM. Aku sebenarnya tiada pilihan. Aku dipaksa menjalani latihan di bawah kendalian seorang jurulatih dari Bulgaria, ditemani seorang rakan senegaranya yang dikhabarkan seorang doktor. Aku menelan pil yang dikatakan vitamin dan diberi suntikan. Aku atlet muda. Tiada track record dan terdesak mencipta nama.
Siapalah aku nak melawan pegawai-pegawai KOM...mereka bos, mereka orang besar. Aku sekadar atlet yang menjalankan tugas demi mengharumkan nama negara. Aku tanya, mereka jawab vitamin dan suntikan untuk bagi cepat pulih tenaga.
Aku tahu keputusan sampel B juga positif. Aku berserah...tetapi tahukah kalian, kami sekadar mengikut arahan?
LC: Beginilah lebih kurang skrip bagi menceritakan skandal terbaru yang melingkari Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Rizal Hashim. Tahniah Nadi Arena, Lukman Salleh, Bazly Azmi dan rakan-rakan kerana membongkar skandal terbaru ini.
12 comments:
kesian bro...mana kenyataan dr KOM????
Dengan Izin leh kupas kot secara terbuka...
Pilunya aku. Adakah esok masih ada untuk ku?
Awat AKU cepat mengaku dan pecah lobang? Bukan ke nama AKU masih dirahsiakan dari pengetahuan public?
This whole episode is embarrasing to Koam and Malaysia.
If the sample B is positive for drugs, both Koam and the athlete concerned must take the blame.
Koam must choose the coaches which have high intergrity for our atheletes. The athelete also must have high moral responsibility and should have reported the incident that happened in Bulgaria. Ignorance should not be an excuse as I am sure the NSC have briefed sports association and athletes on anti-doping measures....
patut la disuruh balik awal, dah tak nak bg emas sbb mungkin tahu ems tu mmg tak layak..
patut suruh balik awal, dah tau emas tu mmg tak layak dapat..
patut la disuruh balik awal, dah tak nak bg emas sbb mungkin tahu ems tu mmg tak layak..
Ini la nasib atlet kerana tidak diberi bersuara. Takut nanti tidak dipilih. KOM..terima lah akibatnya kerana ada pegawai yang high handed.
Atlet yang berani bersuara pun hanyalah yang sudah mahu pencen. DSSK kalau tak boleh displinkan pegawai..baik berundur sajalah!
KOM kini takde backup squad. Hancurlah olahraga Malaysia. But all is not loss kata orang. Baru-baru ini ada berita hangat yang kononnya bekas Timbalan Presiden nak kembali membantu memartabatkan KOM. Dengar cerita bekas Laksamana Muda ini seorang yang tulus dan tegas. Atlet dan coach semua suka kat dia.
Tapi itu tak penting dlm KOM. Yang penting..politik saja la bro.ape lagi. Kalau orang lama itu masuk balik jadi Timbalan ka..No.1 ka boleh KOM diselamatkan?
Aku rasa mesti ada satu Overhaul macam kereta aku baru-baru ini.
Kat KOM tu ujian dadah je yang positif,yang lain semua negatif.
Presiden dan ahli2nya patut kena letak jawatan kerana tak layak nak memimpin KOM.....SEKARANG BEBERAPA ATLIT SAJA YANG BERLATIH KERANA RAMAI DINEGERI2 TAK BERMINAT KERANA KOM LESU!
sepandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua nnti. best of luck aku
Post a Comment