Tuesday, January 3, 2012

Bola dan harapanku

Tahniah ku ucapkan kepada MSL Sdn Bhd kerana melancarkan logo baru Liga Super dan Liga Perdana. 

Harapanku untuk bola sepak musim 2012

1. Liputan media lebih meluas, termasuk infografik dan profil pemain

2. Mutu permainan yang lebih tinggi dan menarik

3. Tiada keputusan-keputusan pelik

4. Tiada keputusan di kalangan pembuat dasar FAM yang boleh dipertikaikan

5. Ada pemain muda yang menonjol

6. Pasukan negara mempertahankan kejuaraan AFF hujung tahun ini

7. Jurulatih-jurulatih tempatan diharap tidak sombong dan asyik ingat macam dah menang Piala Dunia saja

8. Penggiat bola sepak diharap lebih mesra media



Logo yang simple tetapi menarik


 Kenali pasukan anda, segmen di Berita Harian...mengingatkan aku zaman 90-an, apabila BH unit sukan terbaik di Malaysia



Nampaknya TV9 pun sudah ada program bola!


22 comments:

fadzlijaafar said...

Harap pihak media tidak memfokuskan kepada satu-satu pasukan sahaja dan liputan yang lebih lagi bagi Liga Perdana.

HSKAMAL said...

Muliakan sukam kita.

Pentadbiran,pengurusan,pembangunan dan anjuran harus di muliakan sebelum terlambat...

Semua pemegang amanah kena buat "Soul searching"Bersihkan dalaman mereka kalau nak terlibat dlm membangukan modal insan.

Perlu ada kesedaran yg tulin untuk Memberi dan Menampong dlm segala keputusan dan tindakan. (Murni)

Perkara2 diatas adalah intipati kepada sesuatu kemakmuran dan kejayaan.

Jgn leka dan lupa diri dgn kedudukan dan sokongan yg diterima.

Tonjolkan keperibadian murni.

Amalan yg baik akan di balas dgn kejayaan.

MZZ said...

Salam Tuan Rizal,

Saya harap ada usaha dari FAM untuk menghantar pemain2 muda kita menjalani ujian pemilihan bagi kelab-kelab di Korea Selatan dan Australia (sekurang-kurang nya). Kita tidak boleh mengharap agar mereka memanggil pemain2 kita.

Nizar Irman Nordin (NIN) said...

untuk musim 2012: saya mahu

1. Tahap teknik, taktik dan fitness pemain meningkat.
2. Lebih banyak pasukan berstatus kelab lebih berjaya dari segi pencapaian tanga liga, dan peningkatan fan base.
3. Kelantan dan Terengganu berjaya di piala AFC, lantas meningkatkan profil MSL
4. Pasukan harimau malaya pertahankan piala AFF.
5. Pasukan harimau Malaya tingkatkan ranking FIFA
6. Skuad harimau muda cuba dapatkan mata pertama di kelayakan olimpik.

kueh bakar said...

harap berita harian buat macam dulu...ada point untuk pemain setiap game macam goal.com...

akhir tahun dapatlah tahu siapa 'pemain paling bernilai'.

kerana berita harian sukan bolanya best dulu itulah dah jadi tabiat baca paper ikut muka belakang dulu..

harimau luka akan bangkit said...

SOKONG MSLC (MRH) 1000.9%.
Dan ini pula,penambahan yang difikirkan perlu untuk memantapkan BOLASEPAK MALAYSIA.
1-FAM mendedahkan Road MAP astro liga Malaysia untuk ke saingan AFC CHAMPIONS LEAGUE.
2-pada 2012 keputusan Fam untuk mengekalkan format 14 pasukan pada saingan astro liga super 2013,dan lebih banyak pasukan asean bertanding di astro liga super 2013,contoh menjemput pasukan seperti BRUNEI FA di musim akan datang.(keuntungan dari segi penjualan hak penyiaran akan menambah pendapatan LIGA MALAYSIA.)
3-Pemimpin POLITIK secara sukareka berundur diri dari pasukan bolasepak negeri dan kelab.
4-Program memantapkan system kejurulatihan yang lebih baik,DATO K.RAJAGOPAL & OKS perlu menyertai program sabatikal di liga GERMAN atau JEPUN.( There is always space for improvement! )
5- semakin ramai pemain bolasepak Malaysia MULA berani untuk berhijrah di liga –liga yang terbaik di ASIA,(sebaiknya liga yang layak bertanding di AFC champions league.)RAMAI pemain Malaysia bermain di AFC champions league.
6-Kelantan menang AFC cup.(dan semua pasukan liga Malaysia berebut untuk bertanding di AFC cup,kehadiran penonton untuk afc cup meriah.Terengganu layak ke semi final.
7-Media perlu lebih lantang dan konstruktif dalam mengkritik FAM.
8-Setiap pasukan FA & FC yang bertanding di astro liga Malaysia mempunyai laman web yang interaktif,laman peminat facebook.
9-MSL sdn bhd atau LIGA MALAYSIA membuka laman peminat di facebook.
10-lebih banyak jurulatih tempatan dari kalangan bekas pemain, melatih pasukan luar Negara samada Pasukan kelab atau pasukan Negara.
11.Semua pasukan FA negeri dibubarkan untuk menjadi pasukan bolasepak swasta dan tugasan FA negeri hanya perlu menguruskan system liga negeri yang teratur .
12.Pasukan bolasepak Malaysia bersedia untuk mecabar ASIA. FAM perlu menyediakan road map yang mantap.
13.Countdown AFF Suzuki cup di ruang sukan akhbar tempatan,bertujuan untuk memeriahkan dan memberikan perhatian yang serius untuk persedian pasukan bola sepak Malaysia.dan media perlu pantau perkembangan skuad kebangsaan setiap bulan.
14.setiap pemain sentiasa menuntut untuk enjadi pemain kebangsaan persaingan untuk mendaptkan panggilan latihan untuk layak menjadi pasukan kebangssaan,peranan media pula perlu lah
15.liga fam,liga negeri ,liga simpanan,liga u21 turut diberli perhatian media.
16.presiden FAM dan putera meletak jawatan,revolusi FAM.

harimau luka akan bangkit said...

mari kita baca 1 luahan yg cukup berisi DARI BRADER ABD RAHIM KHAMIS... bak kata Dato Azzudin Ahmad iaitu setiausaha agung FAM, tahun 2012 adalah tahun untuk pasukan bola sepak Malaysia memperbaiki ranking dan meningkatkan prestasi..saya bukan lah berjawatan besar dalam FAM, tapi kalau betul itu sasaran FAM, sepatutnya jadual persahabatan pasukan kebangsaan sudah penuh hingga JUN..lawan yg akan ditentang mestilah yg setaraf atau lebih kuat..tapi perancangan FAM dalam masa 6 bulan yg sudah pasti adalah kehadiran QPR untuk perlawanan persahabatan...dato rasa,lawan QPR nanti, ranking kita boleh tak potong Vietnam..? ataupun sekurang2 nya pasukan Malaysia akan merasai perlawanan dengan kelab2 yang diminati oleh pemegang jawatan dlm FAM..dan mereka akan tersenyum bangga apabila disidang media, wakil kelab2 terbabit memberi penghargaan berupa jersey yang disemai indah didalam frim serta tertulis nama siPENERIMA..manakala si pemain perlu kuatkan mental 2 kali ganda untuk berdepan cemuhan dan makian jika melakukan kesilapan..ke mana arah untuk mereka raikan apabila menjaringkan gol dikala kiri kanan depan dan belakang semuanya apa??? dan apakah mereka akan terus ditandatangani oleh kelab tersebut jika bermain cemerlang? tidak sama sekali..tetapi, demi menjaga AIR MUKA FAM maka,dijemputnya pemain berbakat kita untuk menjalani latihan walaupun sudah tahu kail hanya panjang sejengkal,tapi masih berani hendak menduga lautan yg dalam..peminat disini pula tertanya berjaya atau tidak,dpat atau tidak..Kalau FAM benar2 ikhlas untuk memberi pendedahan atau menimba ilmu..kenapa harus ENGLAND? oh..saya terlupa, Presiden FAM melancarkan dasar pandang ke ENGLAND sebaik saja Allan Harris berjaya menghadiahkan seluruh rakyat Malaysia pingat perak sukan sea 2001...sejak dari itu, saban tahun, perlawanan persahabatan yg sepatutnya diadakan digantikan dengan perlawanan hiburan..ada yang kata itu adalah medan mereka timba pengalaman? itu hanya ayat FAM sejak 10 tahun dahulu..Apakah VALUE EPL tanpa pemain import? bilakah kali terakhir ENGLAND julang piala dunia..atau saya ingin sedikit biadap untuk tnya bilakah kali terakhir ENGLAND ke separuh akhir Piala Dunia..atau ingin lebih biadap lagi saya akan tanya BILAKAH KALI PERTAMA ENGLAND JULANG KEJUARAAN EURO????? bila? ada tertulis sejarahnya...??tetapi FA mereka angkuh kononya untuk menjaga kualiti liga tersebut..

harimau luka akan bangkit said...

saya ingin tanya sekali lagi,apakah kualiti EPL jika hanya pemain England saja didalamnya..?tapi saya terlupa, FAM dan FA England pandang reputasi,bukan prestasi..jadi mereka terus memeterai usahasama yang tidak ada faedahnya..Jepun sudah boleh bermain tap dan one touch..kerana apa? kerana pemain mereka memilih Germany..pasukan yg sentiasa konsisten dan liga mereka kompetitif...tidak ada sekatan atau biokrasi...tapi FAM kenal siapa Germany? sudah tentu tidak!!kerana mereka masih utuh dengan DASAR MEREKA..pemain yg ingin ke luar negara,mestilah WAJIB singgah di Kepulauan British..Apakah FAM bertidak tegas bila Safee Sali sudah ada 60% peluang untuk bermain bersama Cardiff City..Apa FAM lakukan? Rayuan?? bertegas? cuba menghapuskan DASAR?? tidak sama sekali..mereka duduk bersilang kaki dan hanya memanggil media dan memberi jawapan " kita akan berunding"..yang kecewa bukan saja Safee, peminat setia juga turut kecewa..dan jika begitu tindakan FAM, kenapa harus teruskan lagi negara yg penuh dgn biokrasi ? apa kurang Germany? Belgium?Portugal? Australia? mahupun Sepanyol dimana Espanyol sudahpun mengikat pemain remaja Indonesia..sekali lagi sy ulang MENGIKAT..bukan LATIHAN 2 MINGGU....jika posting sy ini akan menyebabkan peminat kelab2 EPL marah..saya tidak kisah..tapi mesti berhujah kenapa mesti mempertahankan mereka? (saya persoalkan disini adalah tentang kewajaran kelab EPL dtg lagi ke sini dan terus menjanjikan harapan palsu, bukan tentang sokongan anda terhadap kelab pilihan masing2..itu adalah minat..tidak salah..jgn ada yang salah faham)..saya membesar dengan rembatan Arwah Supermokh..saya begitu cinta kepada bola sepak Malaysia sejak kali pertama menjejak kaki ke Stadium Merdeka pada 1974...

Spit Azhar said...

logo baru nampak mcm bola golf daa...

Anonymous said...

4. Tiada keputusan di kalangan pembuat dasar FAM yang boleh dipertikaikan

- Belum apa2 dah dilanggarnya. Kata pendaftaran pemain import dah ditutup. Alih2 Tganu boleh pula daftar pemain baru melepasi tarikh.
- Charity Shield lps ni terus main di BJ atau SA la. Bagi main d SSMIV, alih2 pindah ke BJ. Alasan, hujan. Cakap la, nk untung lebih.

-myi-

Anonymous said...

Kalau kat Malaysia, semua yang terlibat dalam bolasepak ada quality & PRO - bola kita dah lama meningkat - ranking FIFA pun mesti bagus! FAM buat kerja sungguh2 jangan......

Anonymous said...

Kalau kat Malaysia, semua yang terlibat dalam bolasepak ada quality & PRO - bola kita dah lama meningkat - ranking FIFA pun mesti bagus! FAM buat kerja sungguh2 jangan......

Anonymous said...

Salam,

Isu hangat. FAM benarkn pasukan XXX register import player even slps due date?

Betul ke?

kemahkemim...

Anonymous said...

Game M League patut di siarkan dalam HD.

Anonymous said...

Of Course logo menarik.. sebab ada logo your paymaster ( ASTRO).. PUIKK

Anonymous said...

Hope for 2012

1) Olympic team at least get 6 points out of 9 points in the remaining matches.

2) Senior team defend the Suzuki Cup.

3) The two coaches, that is the Olympic team and Senior Team must be receptive to new ideas and also be able to take constructive criticism.

4) Our ranking in FIFA goes up from the current 148.

mimya said...

i like your point #7.gua masih lagi respect dgn ke'humble'an coach azraai khor...

hrpn gua kita kena maju selangkah lagi i.e. 2 wakil kita Kelantan & T'ganu perform dlm AFC Cup, HM improve ranking,Harimau Muda menang at least 1 game dlm baki 3 perlawanan kelayakan olimpik, Harimau Muda perform dlm Liga-S dan 2-3 org players dipancing kelab luar.

Anonymous said...

1.RANKING

a)Melonjak sebagai pemegang ranking tertinggi di kalangan negara-negara asean.

b)Melonjak kedalam kalangan top 10 negara-negara diseluruh Asia.

2.PEGAWAI PR / PEGAWAI PUBLISITI BAGI SETIAP PASUKAN (NEGARA, NEGERI DAN KELAB)

a)Berfungsi penuh sebagai orang tengah pasukan dan media.

b)Berfungsi sepenuhnya sebagai orang tengah antara pasukan dengan penaja.

c)Berfungsi sepenuhnya sebagai orang tengah antara individu dengan penaja.

3.ASTRO

a)Buang la nama Astro dari logo tu. Bukannya dia tayang cara free.

b)Jangan sampai negeri dan kelab pun mula buat amalan macam ini.

4.EKSPORT

a)Mulakan menghantar pemain untuk "try-out" dari umur 15 lagi.

5.KELAB PEMINAT

a)Diharap media boleh menyokong mereka dengan lebih ketara.

Salam. Mohon mencadang.

Kamarul

skip said...

saya rasa peningkatan pemain kita akan merosot dgn adanya pemain import yg berbadan besar yg secara langsung menggunakan fiZikal utk mengawal bola yg berkumungkinan mencederakan pemain kita
pada saya alang-alang nak menggunakan pemain import biarlah dibuka terus seperti yg dilakukan di liga england yg mana kita akan menghasilkan pemain kita yg betul2 kualiti kerana perlu bersaing dgn pemain import..
percaya lah liga malaysia skrg ini akan digol dan digol atau dijaringkan oleh pemain import...membosankan

skip said...

pemain import akan merosotkan pemain kita dan liga malaysiakan membosankan kerana gol gol akan dijaringkan mat import dan muka mat import akan terpampang diakhbar dan media dan penumpang muka muka pemain kita sekali sekla lama lama hilang penyokong akan berkurang
pada saya alang alang menyeluk pekasam jikalau ingin mengguunakan mat import buatlah seperti liga j atau epl krn pemain kita akn bersungguh untuk mendapat tempat dan persaingan yg hebat ....dan pemain itu akan berkualiti kalu dua org saje xde makna dan mat import ini akan sombong dan berlagak..

Anonymous said...

test

Unknown said...

salam en rizal...saya ingin bertanya kenapa Malaysia tidak menghantar Zulfadzli Zulkifli untuk Terbuka Korea tempohari..bila saya melihat senarai pemain yang akan bertanding di pusingan kelayakan terbuka malaysia juga namanya tiada...kenapa beliau tidak diberi peluang oleh BAM untuk bermain?