Friday, January 27, 2012

LCW good mood...

Salam Jumaat. Aku masih ingat temasya Olimpik di Athens, gelanggang badmintonnya digelar Goudi Hall, tidak jauh dari pusat bandar. Aku ingat lagi Datuk Misbun Sidek yang terbang ke ibu kota Greece lewat kerana masalah imigresen.


Dewan Goudi

Sukan Olimpik Athens hadir setahun setengah selepas Muhammad Hafiz Hashim diangkat sebagai wira badminton negara selepas menjulang gelaran Seluruh England, kali pertama buat seorang anak Malaysia selepas Tan Aik Huang pada 1966. Hafiz siap disambut di KLIA dengan tengkolok. Malangnya, prestasinya merudum sesudah itu, lalu tempat Hafiz ke Athens menjadi rebutan Lee Chong Wei dan abang Hafiz, Roslin, dengan Wong Choong Hann selaku teraju utama.

Sayangnya, badminton gersang lagi. Choong Hann tewas kepada Taufik Hidayat, Chong Wei tumbang di tangan Chen Hong seawal pusingan kedua, manakala Roslin tersangkut di pusingan pertama sesudah kalah kepada Sony Dwi Kuncoro.

Maka masuklah bab Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said yang mahu campur tangan dan merevolusi struktur badminton dan BAM...kononnya. Bahaya pengaruh seorang politikus dan anggota Jemaah Menteri jika memikirkan dia seorang saja betul...

Sekalipun melihat anak didiknya tewas, Misbun membisikkan kepada aku: "Rizal, awak tengok dalam masa setahun...Chong Wei akan jadi top player. Biar dia kalah hari ini...perjalanannya masih panjang"

Aku mengingatkan Datuk LCW kenangan di Athens dalam Kafe Sukan baru-baru ini, biarpun aku dilabel tidak intelek dan malas macam jurnalis lain...

Rakaman program dibuat sehari selepas LCW merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali kelapan. Mengenali LCW, dia pun ada mood. Pada hari terbaiknya, dia boleh bersembang panjang. Mujur dia good mood dalam set.

Selain memberi komen "wah saya tengok abang interviu Chin Chai (Ng, setiausaha BAM), saya takutlah..." dan membincangkan pelayar dunia siber yang menyatakan LCW bermakna "Let China Win" tetapi sudah bergelar Datuk ada DLCW jadi bertukar "Don't Let China Win", Chong Wei cukup ceria sepanjang rakaman, sambil menceritakan pelancaran bukunya Dare to be a Champion.



Sebagai jurnalis yang tiada intelek, aku seronok dapat buku yang ditanda tangani LCW

LCW dalam program Kafe Sukan dua minggu lalu memberi penghormatan kepada Misbun selaku penggerak kerjayanya...



LCW meluangkan masa bertemu peminat dalam Gelanggang 801, siri kedua jelajah Astro Arena dalam mendekatkan diri dengan penonton. Jarang-jarang peminat diberi peluang bersemuka dengan LCW...

Aku mengajaknya: "Datuk, jom masuk Dengan Izin"..."eh tak maulah...lepas Olimpik boleh...

Dia juga menceritakan kepada aku, tidak lama lagi Yonex akan melancarkan satu set jersi, seluar, raket dan kasut yang berwarna emas...khas untuk kegunaannya...dengan ketegangan tali raket ditarik sehingga 32lbs, bayangkan kekuatan tangan dan ketepatan pukulan...

Rumusan aku, agak malang LCW lahir satu generasi dengan Lin Dan...barangkali kita boleh mulakan atas talian cara-cara menewaskan Lin Dan untuk disumbang pakar-pakar teknikal? Seperti yang dicadangkan MHI...seorang blogger sukan yang tech-savvy.

15 comments:

kueh bakar said...

agak malang bagi ziana zain/ning/nora lahir satu generasi dengan siti nurhaliza.kehkeh.

atau
malang cr7 sezaman dengan messi, lebih untung pele dan maradona.

tiada mahathir tiadalah anwar.ahaks.

tiada 'jika' dalam realiti..

syahril ishak said...

jay_seventeen@yahoo.com

saudara rizal hashim . . .

terima kasih atas post yang menarik. imbauan sebegini jarang ditemui di media arus perdana. suatu koleksi milik saudara yang dikongsi untuk semua. semoga terus bersemarak sukan negara. selamat maju jaya untuk datuk lee chong wei...

Anonymous said...

Salam...

At least, kita dpt rasakan peluang utk DLCW merangkul emas olimpik.

Apapn, sy lbh sedih memikirkan peluang kita dgn Piala Thomas yg tlh lama jauh dr genggaman kita. N skrg ni, bkn shj utk merangkul ttp utk layak ke peringkat akhir 50/50...

BAM!!!

Pls do something to improve our young players!!!..

Kemahkemim...

alongading said...

kadang2 betul juga yang difikirkan.. kenapa la DLCW sezaman dgn Lin Dan.. tapi saya yakin emas pertama olimpik dalam genggaman MALAYSIA..

DLCW lain dari yg lain..

Man Olimpik said...

mengikut ramalan semasa.. DLCW masih lagi diramalkan pemain yg paling layak untuk merangkul EMAS olimpik London 2012...

sumber disini: http://www.dailytelegraph.com.au/sport/london-olympics/medal-table by infostrasda

namun DLCW masih dibayangi oleh Lin Dan & 2 Chen...

*China ada program "sports intelligence" mereka tersendiri..
malah sumber-sumber maklumat mereka dipercayai lebih besar..

Malaysia juga perlu ada program "sports intelligence" yg lebih sistematik bagi mencapai EMAS Olimpik pertama negara...

all the best to DLCW!

mimya said...

Bagi gua Lin Dan berjaya bukan hanya krn faktor skill,talent dan fitness dia je.Faktor yg byk membantu dia juga adalah support system di keliling dia.Dalam satu2 masa, dia ada sekurang2nya 2 orang world top players dijadikan sbg rakan sparring. Selain itu dia diurus oleh pasukan China yg begitu serius menguasai sukan badminton - tengoklah bila Lin Dan lwn DLCW, at least 2 org coach ada di court, campur li Yongbo di tmpt penonton, campur players China yg dah kalah2 tu...semuanya mempelajari cara2 mengatasi DLCW.bagi gua, kalau lah Lin Dan main badminton mewakili negara mcm Taiwan, Jepun atau England maybe dia x jadi seunggul sekarang.

Jadi pointnya adalah BAM bukan kena pelajari cara nak kalahkan Lin Dan, sebaliknya pelajari cara bagaimana China mengurus tadbir sebuah organisasi badminton.maybe DLCW x boleh menandingi Lin Dan tp kita perlu ada player lain yg teruskan kesinambungan slps era Lin Dan nnt...lihatlah China,mula2 era Lin Dan-Chunlai, then Lin Dan-Chen Jin, skang ni Lin Dan-Chen Long-Chen Jin, then Chen Long-Du Pengyu dan seterusnya lagi dan lagi dan lagi. Kita mcm mana?kenapa takut sgt kita nak beri pendedahan kpd arif latif, liew darren,zulfadli?tu belum tgk double lagi....kenapa kita masih nak harapkan koo-tan?siap org buat lawak la ni...harga emas semua naik skang kecuali beregu 'emas'.

Gua bercakap atas dasar peminat dan pemerhati saja....tiada pengalaman dan pengetahuan luas.Cuma jgn lah kita berasa angkuh dan sombong utk akui kesilapan kita dan belajar drp org yg berjaya.

Good luck DLCW!

Anonymous said...

kueh bakar & mimya....good comments! Tertarik baca komen RH mengenai politikus yang beranggapan dia saja yang tau semua; pemberita macam saudara 2 x 5 aje. Komen anda saja yang betul...dengar hanya menengok; bertanya soalan dan melapor berita...berlagak pakar!

Anonymous said...

Anon 11.04,

apa kejadahnya kamu ni. Kalau tak suka jangan baca atau jangan tonton. Kenapa nak bodohkan diri buat semua itu kalau dah ada pendapat yang mencerminkan kecetekan ilmu?

Itulah susahnya manusia ini pantang nak lihat orang boleh buat. At least pendapat RH dah keluar tv dan suratkhabar, not like u setakat masukkan comment atau takat berhujah di kedai kopi. Atau saudara pula nak rasa saudara yang serba tau semuanya dan betul? piiiirahhhhh.

syahril ishak said...

jay_seventeen@yahoo.com

saudara rizal hashim . . .

sedar tak sedar, agak jauh kita ketinggalan dalam sukan yang sekian lama menjadi kebanggaan kita. saat bola sepak merundum dan permata squash belum lagi muncul, badminton adalah pengubat malah penyelamat maruah negara tercinta ini.

nyata zaman berubah. masyarakat berbeza. didikan, asuhan dan pendekatan yang amat berlainan. dikala perkembangan pesat teknologi. permainan video dan gajet terkini terhidang buat santapan generasi hari ini. keterujaan bersukan menurun mendadak.

lewat hari ini badminton tidak lagi dimainkan di tempat terbuka. dewan tertutup menjadi pilihan. faktor cuaca dan aliran angin menjadi timbang tara. kemudahan gelanggang menjadi antara kekangan yang amat ketara kerna ia ibarat tuntutan wajib.

maaf jika saya tersilap. namun pada pandangan kasar, tidak semua sekolah yang dilengkapi dengan prasarana sedemikian. tidak seperti sekolah jenis kebangsaan dan sekolah berasrama penuh yang lain.

selain itu, daripada kacamata saya sebagai orang kebanyakan yang tidak 'ahli' tentang senario badminton semasa ini, merasakan seakan pengurusan tertinggi BAM (kecuali Presiden) dikuasai oleh satu pihak yang amat berpengaruh.

seolah-olah peluang pemain pelapis seperti Arif Latif, Syawal Ismail, Iskandar Zulkarnain serta Misbun Ramdan Misbun terpinggir sementelah Liew Daren dan rakan-rakan yang lain dilihat kurang menyinar seperti yang dicita dan diharapkan.

sekadar sebuah pandangan. andai salah fakta. silap meneka. ampun maaf dipinta. sekian. terima kasih.

Anonymous said...

Bukan nasib malang yang harus diratap...Bukankah pada Malaysia Open di Kuching DLCW juga pernah bermain dengan LD yang waktu itu sama-sama berada di dalam prestasi terbaik... Pada waktu itu, DLCW berjaya menewaskan LD walaupun pada satu ketika beliau ketinggalan di belakang dan LD hampir memenangi perlawanan itu. Waktu itu, tak ada siapa pun yang mengatakan DLCW menang kerana LD mengatur perlawanan dan sebagainya.. Mana perginya DLCW yang itu? Adakah LD sahaja yang meningkat permainannya? Apa kurangnya skill DLCW? BAgi saya tiada kekurangan di dalam skill permainan DLCW kalau nak dibandingkan dengan LD... Keyakinan yang menjadi faktor utama DLCW sering ditewaskan LD.. Bukan sahaja kurang yakin malah pada pertemuan Olimpik Beijing Terlebih yakin juga telah memakan diri di mana DLCW kalah mudah di peringkat akhir dan terpaksa pulang dengan pingat perak... Jadi, diharap untuk Olimpik 2012 ini DLCW akan lebih bersedia... Jangan jadikan persembahan LD dan CL di beberapa kejohanan kini sebagai kayu pengukur keupayaan mereka kerana biasanya banyak helah yang dimainkan oleh pemain-pemain China apabila menjelang Olimpik... Kuku mereka juga disembunyikan bagi menjerat lawan nanti... DLCW harus lebih bersedia mentalnya dan boleh melakukan inovasi sewaktu di dalam gelanggang tanpa berharap pada jurulatih di tepi gelanggang kerana ada kalanya jurulatih juga gagal mengesan apa yang berlaku di dalam gelanggang.. Ahkir sekali DLCW jadilah pemain yang berdikari dan matang agar anda tidak mudah tertekan sewaktu di dalam gelanggang....

Anonymous said...

lcw xkn dapat pingat emas, percayalah kata aku. lin dan adalah pemaen badminton paling hebat dlm dunia.

Anonymous said...

lcw xkn dapat pingat emas, percayalah kata aku. lin dan adalah pemaen badminton paling hebat dlm dunia.

kaki sukan said...

Salam
Mungkin benar ramalan yang LCW akan gagal merampas pingat emas di sukan Olimpik... saya tak dapat menyangkal atau setuju. Walau apapun pencapaian dan tahap kecergasaan fizikal dan kommitment LCW tidak boleh diragui.Sukan badminton adalah sukan yang menagih 100 peratus daripada atlet-atletnya. Kiranya tidak ada kesungguhan manakan pencapaian atlet badminton dapat mencapai top 4 atau 5 di dunia. Sukan ini dimainkan di negara-negara di benua Afrika, Asia, Eropah, Oceania dan Pan America dengan pertandingan badminton diadakan berkali ganda setiap minggu dalam setahun. Dan Malaysia di tempat ke 4 atau ke 5. Ini kita perlu bangga dan teruskan usaha hingga dapat mencari formula untuk menangkis cabaran dari China,Denmark, Indonesia , Korea dll. Tetapi ianya memerlukan perancangan jangka panjang dan komitment dari semua pihak termasuk pengkritik-pengkritik. Apa yang sekian hari diperkatakan oleh pengkritik sekelian yang komitment ala kadar tidak boleh diterima. Ianya adalah benar dalam segala aspek kehidupan kita kini dan bagi genarasi masa depan ..seperti yang dikatakan oleh Thomas L Friedman dalam ekonomi ...untuk mencapai kejayaan perlu ada sesuatu yang lebih dari pesaing yang terdekat... kesederhanan dari atlet, kesederhanan dari jurulatih, kesederhanan dari pegawai pentadbir, kesederhanan dari segi urusan persatuan, kesederhanan dari penaja ...semua ini perlu dikikiskan dari sanubari kita bagi menjadi masyarakat yang diikuti dunia.. biarlah sukan badminton menjadi pelopor dalam ikhtibar menerajui usaha ini. Olehitu, titik permulaan bagi badminton ialah dari tahap pembangunan. Ini penting bagi menyediakan sumber atlet cemerlang untuk masa hadapan. Yang perlu dipersoalkan pengkritik ialah perlu turun padang dan lihat apa yang dibuat diperingkat ini..kaliber jurulatih, pertandingan2 yang disertai oleh atlet2..dari peringkat negeri, daerah, mukim apa yang dilakukan. Satu lagi ialah disiplin atlet2. Mengapa disiplin mereka buruk bila naik ke peringkat Elite.(bukan semua)Komitmen pun entah ke mana. asal dapat beli kereta mewah,, cukup duit untuk belanja secara mewah bagi dua tahun ... puaslah kehendak mereka...keinginan yang membara untuk menang menang dan terus berusaha untuk memenangi pertandingan hilang entah kemana..tanpa semangat waja kesederahanlah tahap pencapaian kita.. WSalam.

Anonymous said...

lin dan adalah pemaen badminton paling sempurna pernah d lahirkn. corak permainan lin dan jaoh berbeza dg lcw.

Anonymous said...

LCW xde sparring partner yg top notch.lin dan boleh sparring dgn chen long chen jin etc.barai betul.