Pada Mac 2002, aku menghadiri satu seminar anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang mempelawa bekas jurulatih hoki negara, Terry Walsh, membentangkan konsep perisian video sportscode yang menganalisis permainan tidak kira bola sepak, hoki atau badminton. Walsh membantu membangunkan perisian itu sepanjang kerjayanya merencana hala tuju skuad hoki Australia. Harganya lebih RM50,000. Menjelang Sukan Olimpik 2004, aku menulis artikel pentingnya kehadiran kakitangan ISN, Yeap Soon Lee, di Athens, untuk memberi analisis latihan dan permainan skuad badminton.
Apa saja idea membantu mengangkat martabat sukan kita harus disokong. Baca idea MHI di bawah
Idea muncul ketika mencari solusi untuk coding satu aplikasi yang sedang dibangunkan bersama rakan (dah siap ada dalam iTunes).. Tidak salah mencadangkan demi kemajuan sukan tanahair kerana den percaya, solusi bukan terhad dalam bidang kuasa persatuan sukan ataupun penggiat sukan rasmi semata-mata.
Bagaimana merencanakan idea ini?
Pertama : Bina satu infrastruktur ICT untuk membangunkan satu aplikasi/ perisian khusus sebagai akses data. Pangkalan data akan menjadi tunjang aplikasi/ perisian ini.
Kedua : Sistem pendaftaran mudah alih (mobile) dan dalam talian (maya) khas diwujudkan dimana semua pakar teknikal terdiri daripada jurulatih-jurulatih badminton dari seluruh negara akan menyumbangkan analisa masing-masing terhadap permainan Datuk LCW dan lawan-lawannya.
Ketiga : Maklumat-maklumat ini akan digunakan untuk menganalisa kekuatan dan kelemahan permainan lawan-lawan Datuk LCW untuk persediaan beliau dalam setiap kejohanan yang bakal disertai.
Keempat : Bagaimana menjayakan misi ini? Promosi amat diperlukan supaya setiap jurulatih atau bekas pemain yang benar-benar mahu membantu Datuk LCW memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik dapat menyalurkan maklumat/ analisa tersebut..
Kelima : Tiada sekatan daripada pihak persatuan bahkan bekerjasama penuh dengan pakar-pakar taktikal maya ini untuk mengemaskini analisa-analisa terbaru demi mempelbagaikan taktikal permainan Datuk LCW.
Perkara pokok sudah tentunya ONGKOS untuk membangunkan infrastruktur ini kerana.. membina sistem sebegini memerlukan masa selain kerahan tenaga dalam pasukan. Jadi, soalannya, ADA GERAN ISTIMEWA BOLEH DIBERIKAN UNTUK PROJEK INI? atau, ADA PENAJA TAK?
Klik blog ibnismail di sini. Harap ideanya boleh dipanjangkan kepada ISN/MSN?KBS. Jangan ada orang cilok idea ini pulak, sudah. Malaysia ni ramai kaki cilok.
No comments:
Post a Comment