Tuesday, December 6, 2011

Untuk wartawan sukan dan pelajar pengurusan sukan

Untuk memahami apa yang berlaku hari ini, kita harus kaji apa yang berlaku pada masa lampau. Individu macam Datuk Wira Mazlan Ahmad patutnya kena jadi lecturer kerana dia ada pengalaman secara real dalam mengurus sukan, sama ada sebagai sukarelawan mahupun pegawai kerajaan. Baca perspektifnya dalam kolumnya di Utusan Malaysia hari ini. Bagi wartawan sukan dan budak-budak universiti yang nak belajar, baca.

SAYA telah maklumkan sebelum ini bahawa saya menceburi pengurusan sukan negara pada tahun 71 menerusi Persatuan Lumba Basikal Selangor.


Saya diberi kepercayaan menjadi Penolong Setiausaha persatuan dan akhirnya menjadi Setiausaha sebelum melangkah ke peringkat kebangsaan dengan jawatan - jawatan yang sama.


Akhirnya saya bersara dengan jawatan Naib Presiden bagi badan induk sukan berkenaan pada tahun 1987.


Pengalaman ini dan kemudiannya diperkukuhkan dengan pengajian saya pada peringkat Sarjana dalam bidang pengurusan sukan dari pertengahan tahun 1981 sehingga awal tahun 1983 amat berguna kepada saya semasa di Majlis Sukan Negara (MSN).


Sekembalinya ke tanah air perkhidmatan saya diteruskan ke MSN secara pinjaman.


Salah satu tugas yang diberikan kepada saya ialah membangunkan Institut Sukan Negara (ISN) dan kawasan Bukit Jalil sebagai Kompleks Sukan yang kemudiannya diperlukan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 1998.


Persatuan sukan, sama ada peringkat kebangsaan atau negeri atau daerah ditubuhkan lebih awal dari jabatan kerajaan yang menguruskan hal ehwal sukan.


Organisasi sukan yang penting selepas persatuan sukan ini yang ditubuhkan kemudiannya adalah Majlis Olimpik Malaysia (MOM), bersempena dengan Sukan Olimpik di Melbourne tahun 1956.


Organisasi kerajaan pada peringkat jabatan atau kementerian yang menyelia sukan ditubuhkan pada tahun 1964 yang tidak banyak memberi apa -apa bantuan kepada aktiviti sukan tanah air pada masa tersebut.


Persatuan-persatuan sukan sebelum dan sehingga saya masih lagi berkecimpung dalam persatuan lumba basikal menguruskan hal masing-masing, termasuk mencari dan menambah punca kewangan sendiri.


Ini berterusan sehingga MSN dipulihkan semula pada penghujung tahun 1982 di mana bantuan kewangan telah mula disalurkan kepada persatuan sukan kebangsaan. Sebelum itu, bantuan kewangan dilakukan melalui Bahagian Sukan Kementerian Belia dan Sukan, yang juga memainkan peranan dan tugas MSN.


Bantuan kewangan kepada persatuan sukan kebangsaan bertambah dengan ketara mulai tahun 1993 apabila negara kita dipilih menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.


Perkara pokok yang perlu diketahui ialah wujudnya persatuan sukan dan MOM terlebih dahulu dari organisasi kerajaan yang menguruskan sukan.


Ini penting. Pada prinsipnya persatuan sukan boleh bergerak sendiri tanpa apa - apa hubungannya dengan organisasi kerajaan termasuk bantuan kewangannya. Demikian juga dengan MOM mereka boleh wujud tanpa apa-apa kaitannya dengan kerajaan.


Persatuan sukan boleh menghantar atlet masing - masing menyertai pertandingan secara bersendirian atau melalui MOM kalau menyertai temasya sukan seperti Sukan SEA, Asia, Komanwel dan Sukan Olimpik.


Atlet dipunyai oleh persatuan sukan kebangsaan bukannya MOM ataupun MSN.


Hanya persatuan sukan kebangsaan yang boleh mengambil tindakan disiplin ke atas atlet masing - masing. Kalau persatuan kebangsaan tidak memberi kebenaran atlet yang bertanding payah untuk MOM atau MSN untuk menghantar atlet tersebut mengambil bahagian.

7 comments:

Man Olimpik said...

nak belajar kena ada buku teks...
ini buku teks nya... untuk rujukan bersama...

recommended to the Sports Administrator, Athletes, Coaches and media also...

http://isnlibrary.blogspot.com/2011/04/sport-administration-manual-ioc-olympic.html

rizal hashim said...

saudara damanhuri,

ya terima kasih atas pautan.

kita juga belajar hingga ke hujung nyawa. jelas sekali banyak yang ada di luar tidak boleh dipelajari buku teks dan manual SOP terbaik dunia.

kalau dari segi realitinya, tidak ramai yang boleh berkongsi pengalaman dan pengajaran mengurus tadbir sukan.

tidak ramai juga sedar mengurus sukan sebenarnya tidak mudah kerana antara cabaran bagi seorang pegawai ialah menghadapi kerenah manusia yang tidak tertulis dalam mana-mana manual.

Anonymous said...

Bro - kat Malaysia masalah problem ialah ramai yang pandai sukan ditepikan - manakala yang "memandai" pula dibagi jawatan. sebab tu sukan kita susah nak maju & selalu kontroversi!

Man Olimpik said...

yup.. learning is learning from experience...

we learn through experience and experiencing...

Khairul Amar said...

Sesiapa yang ingin menjadi pengerusi atau ketua sesebuah persatuan sukan mestilah berpengalaman supaya tidak menjadi ketua membuta tuli saja seperti goyang kaki di pejabat...

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

Tak boleh ubah ker..dah lama dah..kalau persatuan malap ajer cam ner..last2 kerajaan juga kena tangung..

Tok Bet said...

Salam Bro..

Memang benar, dengan izin " Jelas sekali banyak yang ada diluar tidak boleh dipelajari dari buku teks dan manual SOP terbaik dunia".

Wartawan Sukan, terutama yang baru harus mendampingi pegawai2 Sukan bukan sekadar mencari berita tetapi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

Sekiranya berpeluang membuat liputan sesuatu Temasya sukan.. Sukan Asia, Sukan Komonwel atau Olimpik.. jangan hanya ulang alik dari Gelanggang perlawanan dan Press Center sahaja. Kunjungi juga Urusetia kerana disana ada bahan2 mengenai Pengurusan Sukan tersebut yang boleh diperolihi.