Bersama tepakbersulam (dua dari kiri), Rommi Suhendra Norsal bekas tekong sepak takraw kebangsaan dan Yusafizan Johar, bekas penyerang Negeri Sembilan dan remaja kebangsaan, di luar Stadium Tuanku Abdul Rahman, di Paroi...Tepak ni ada banyak rahsia Majlis Sukan Negara dan bekas bosnya Datuk Seri Azalina Othman Said...mungkin satu hari nanti kami bekerjasama...
Sesekali aku juga pernah kena perli, misalnya tulisan Lucius Maximus di blog indie yang cukup ramai pengikut, sokernet. Lucius tidak bersetuju dengan aku di sini
Tapi bagi penggiat dunia siber, kita setuju untuk tidak bersetuju. Sebab itu aku cadangkan Lucius Maximus dipelawa ke Kafe Sukan untuk berkongsi pendapat dalam lanskap media baru. Jadi penghubungnya Slamet Sazly Yakub, penerbit Dengan Izin, yang patut menukar nama blognya kepada status zero di sini
Istimewanya Lucius, dia sudah menulis dua buku - Cerita Piala Dunia dan Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia, sudah diulang cetak tiga kali! Dalam Kafe Sukan terbitan Rozaini Ahmad, Lucius menyebut media arus perdana terikat dengan beberapa kekangan!
Terima kasih dapat buku
Untuk kenangan
Dapat autograf
Lucius dengan presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia, Ahmad Khawari Isa
Lucius dengan Dez Corkhill, pengulas sanjungan Irfan Bakti Abu Salim
Maaf reviu CMTKPD akan dibuat selepas blogger dan penerbit Astro Arena Razlin KP Hanifah pulangkan buku tu. Siapa Razlin? Baca di sini. Disebabkan Lucius, aku pun teringin nak tulis buku.
13 comments:
Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ni kalau baca seratus lima puluh kali pun tak jemu. Serius!
that was a good episode with Lucifer, eh silap, Lucius Maximus.... keep it up. looking forward to buy his book
abang rizal nak tulis buku cerita ape pulak ye?
Jarang ada orang yang vokal macam Lucius dan terutamanya Sokernet. Carutan dan makian, macam biasalah, orang muda. Darah tengah panas.
Kalau RH nak tulis buku, elok dengan penerbit indie seperti Dubook Press. Mereka ada fanbase yang kuat.
Asalkan bahan yang ditulis itu berani, maka tentu tak ada masalah untuk mendapat sambutan anak-anak muda.
sokernet adalah satu lagi sampah yang berlongok dalam dunia bolasepak malaysia. carutan dan makian adalah lumrah bolasepak tetapi sampai bila dan ke mana? memang mudah untuk memetik sesuatu berita mainstream dan menulis semula dalam bentuk yang baru namum itu tak lebih dari hiburan lapuk semata-mata. dan jika diperhalusi sokernet diawal kemunculannya cuma banyak cerita merepek tentang epl khasnya. hanya selepas kejayaan skuad bolasepak negara kebelakangan ini banyak pula ulasan bola tempatan. contoh klasik pakar bolasepak malaysia yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan! mungkin rizal patut tanya berapa kali setahun budak-budak sokernet ni turun stadium? masa final je kot. tengok bola kat astro sambil pakai jersi arsenal atau liverpool tidak menjadikan anda pakar atau peminat bolasepak sejati. mungkin kau boleh kata suka hati aku lah atau pergi mampos, tapi hakikatnya korang hanya menipu diri sendiri dan beberapa mamat yang follow sokernet sebab tak berapa faham soccernet. korang ni sama je dengan pegawai fam (shahidan kassim dan ahmad ismail termasuk) yang tidak menyumbang satu sen pun kepada bolasepak dan sukan tempatan, politik lebih aksi takde?! turun la stadium atau padang bola dan mencarut dari sana kalau berani. jadi coach team sekolah anak kau ke. bermula dari bawah "and the place where the real action is" bukan berlagak pandai tapi bodoh sombong. jangan jadikan alasan bola kita teruk la, bana sana sini untuk tak support your local team. fan blackburn dan newcastle pun tak puas hati dengan owner dia tapi stadium penuh juga kan? milan lead 3 biji tapi tetap kalah final tu, ada fan dia lari sokong inter? juve relegated sebab match fixing, mana fan dia sekarang? mereka tidak berganjak sebab kesetiaan dan jati diri dengan pasukan masing-masing walau apapun terjadi. be there to be heard and counted! bukan macam korang kat sokonek yang duduk depan tv dan pc then jerk off to football overload! sampai bila-bila tak akan maju. sapa lagi yang nak support local football kalau bukan kita sendiri. kau perlu tahu man utd tetap akan wujud tanpa ramli dan rakyat malaysia. dari indie ke mainstream atau dari epl ke liga super?
p/s cerita malaysia tidak ke piala dunia satu-satunya cerita berhemah dari korang, yang lain hampeh beb!
roger milla
anon 4:46 PM kalau tak ultras, mesti keyboard warrior yg takut identiti didedah. macam fan indon la ni, tak pueh ati, maki dlm internet je la pun yg berani.
anon 4:46 PM: kau pun terer bab bising je la. penulis sokernet dh ke kafe sukan. kau ade?
lagi satu, kau pegi stadium pakai jersi roger milla ke? suka benar dgn awang itam ni ye tak?
-bukan roger milla (kah kah kah)-
A new program, ASTRO Arena & Supersport channels, everyweek in HD, hosted by RIzal. "Malaysian Football-Internet Fans"Guess of the week - Russ from Bola@mamak. wearing T-SHIRT "shoot me as i am right" Malaysian Football xxxx."
So sad with all the tech mumbo jumbo, ipad2, android internet,still our local football matches can only be watched in SD. Do something you people at Arena 801. Before the new season kick-off. I want those matches to be broadcast in HD.
Get the local footballers to do the commercial. Torres & Lampard did it. i don't see why Nazmi & Apek cannot be doing the same thing.
mz3
mz3
Rizal,
Live matches of the M league this season should be in HD. (all sporting events the involve our national team or local team should be in HD)
Enuff said.
mz3
kat mana nk beli cerita malaysia tidak ke piala dunia..tlong inform rizal....
Bro kenape kat Sokernet takde tempat nak komen?
cuma nk bgtau yg sy peminat rancangan Dengan Izin.. mmg terbaek! terjah pemimpin2 sukan kita nih especially sukan2 tido mcm badminton, hoki & takraw! teruskan bg soalan2 yg semua peminat2 sukan nk tanya tp x bpeluang utk tanya atau takut utk tanya sbb almaklum lah pemimpin sukan! haha
p/s: si polan drpd istaf / astaf ari tuh mmg muka tebal
Episod Halim Kadir Istaf mmg mcm Maharaja Lawak Termega. Mcm main2, wayang kulit terbaik. Mcm bdk2 bertekak. Mual dan meloyakan.
-myi-
ha ha Rizal , insyaallah kita akan belerjasama dalam bidang sukan. ha ha ha...
Post a Comment