Thursday, December 22, 2011

Al-Fatihah buat Baharin Khamis


Allahyarham Haji Baharin...diambil dari blog cikguazharrodzi

Bekas pemain sayap kanan Perak dan skuad kebangsaan, Tuan Haji Baharin Khamis, meninggal dunia malam tadi  Allahyarham anggota skuad bawah 19 tahun kebangsaan yang muncul naib juara Kejohanan Asia selepas tewas 4-0 kepada Myanmar di Seoul pada Mei 1968, kali terakhir Malaysia mara ke final. Turut menganggotai pasukan itu ialah sayap kanan Mohsein Alias, sayap kiri Zakaria Shariff, yang juga aktif dalam olahraga dan ragbi untuk VI, Chan Kok Leong, Datuk Dell Akbar Khan, Shahruddin Abdullah, Bahwandi Hiralal, Nik Mustapha, Ng Kong dan Au-Yoon.

Bahwandi masa tu baru berusia 17 tahun dan belum ambil Senior Cambridge, diarah duduk ambil periksa selepas Pestabola Merdeka 1968.

"Kita menang dengan Israel 1-0 pada separuh akhir hasil jaringan Mohsein yang merembat dari hampir bulatan tengah. Baharin terpaksa bersaing dengan Shahruddin untuk posisi penyerang tengah," kata Bahwandi, satu-satunya anak Kedah yang membantu pasukan bola sepak Malaysia di Sukan Olimpik 1972.

Turut mewakili negara sekali sekala sehingga pertengahan 1970-an, Baharin menjadi jurulatih Perak pada 1980-an, hingga 1987. Bagi peminat Perak era 60-an dan 70-an, Baharin dikenang selaku penjaring dua gol dalam masa dua minit ketika Perak menumpaskan Kelantan pada final Piala Malaysia 1970. Jika Allahyarham mencipta nama di padang, adik-adiknya Allahyarham Kairel dan Azizul menyerlah dalam bidang hiburan.

 Jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Taman Koperasi Polis Batu Caves.

Gambar di atas diambil dari blog Cikgu Azhar  di sini

Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dikemas kini, ihsan Rais Shaarani, pegawai dari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang bersusah-payah mengirim gambar.



Antara yang menziarah jenazah hingga ke tanah kubur ialah bekas pemain kebangsaan yang juga bekas  setiiausaha agung FAM, Datuk Dell Akbar Khan


Ditemani Rais, bekas penjaga gol yang mengawal gawang di Sukan Olimpik Munich 1972,Wong Kam Fook, menyiram air mawar


Baharin (barisan depan, duduk lima dari kanan) antara anggota skuad Perak yang menjuarai Piala Malaysia Julai 1970, menewaskan Kelantan 2-0 hasil dua jaringan Baharin selang dua minit. Nampak mana V. Krishnasamy, M. Karathu, Rahim Abdullah dan Kam Fook? Ada sesiapa kenal Teoh Chye Hin?


Terima kasih kepada Encik Rais atas kiriman gambar penuh nostalgia ini

1 comment:

Anonymous said...

Takziah dan saya sentiasa mendoakan jenazahnya dicucuri rahmat. Al Fatihah

ZAR