Sunday, December 25, 2011

Peranan kewartawanan sukan

Apakah wartawan bantu membangunkan agenda sukan negara? Atau sekadar pak sibuk dan tak layak menulis kerana tiada latar belakang teknikal? Tak tahu amende...? Serba sedikit topik ini dikupas dalam Kafe Sukan minggu lalu.


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun yang kini bertindak sebagai perunding Astro Arena, berkongsi pengalaman ketika wartawan mengirim berita menggunakan telex dan bagaimana dia dituduh pengkhianat oleh pasukan bola sepak negara kerana menyiarkan berita enam pemain Malaysia digantung FIFA pada awal 1980-an menjelang perlawanan penting menentang Liberia dalam Pestabola Merdeka. Mengambil alih unit sukan BH pada 1 April 1994, Hisham merevolusi penulisan sukan dengan membuang laporan berita yang straightforward, sebaliknya menggalakkan anak buahnya menulis angle baru yang mendahului the Malay Mail...


Naib Presiden SAM, Norismadi Abdul Manap yang datang ditaja CIMB, Scomi, QI dan beberapa syarikat lain, menceritakan siri laporan khas mengenai kemelut dalam persatuan memanah kebangsaan ditarik atas arahan bos besar ketika dia mengendalikan unit sukan RTM


Wartawan Utusan Malaysia, Abdul Hafiz Ahmad, ghairah membuat laporan kerana kini turut bergelar aktivis kerana menubuhkan kelab media sepaktakraw

Secara ringkas, Hisham berkata tidak kira sama ada wartawan arus perdana, penulis portal dan blog atau pelayar alam maya, kita adalah warga Malaysia yang dahagakan kejayaan. Pada masa yang sama, bekas bos aku itu percaya generasi dahulu lebih turun padang bagi mengenali atlet berbanding generasi wartawan hari ini yang gemar mengharapkan dunia siber untuk berkongsi maklumat.

Soal sama ada pengkhususan lebih baik atau seorang wartawan itu harus jadi jack of all trades, Hisham lebih setuju pengkhususan manakala Hafiz kata jack of all trades penting agar seseorang itu mudah membuat liputan temasya sukan seperti Sukan SEA.

Apakah kewartawanan sukan dapat membantu membangunkan sukan? Sudah tentu...tapi dengan syarat wartawan itu berpegang kepada prinsip kewartawanan, tidak prejudis, berat sebelah dan bersikap profesional...susah tu hahahah


Wartawan dan jurufoto Kumpulan NSTP goyang kaki di pusat media di Sukan SEA Jakarta 1997. Dari kiri Rosli Rahmat, Khairul Mazzaman Ghazali, Tun Izhar Tun Ishak, aku, Fariq Rahman, Dan Guen Chin, Datuk Hisham, Zakri Baharuddin, Vijesh Rai, Lukman Salleh, berdiri belakang Lukman Khalid Redza, Norbakti Alias dan M.K. Megan. Geng Harian Metro sama ada dekat gelanggang atau dalam bilik hotel hahah. Selain menyampaikan laporan, wartawan menganalisis dan menegur. Gambar ihsan Lukman.

5 comments:

Anonymous said...

Saudara Rizal

Sekarang nampak mcm BAM tidak mahu Mengaku demotion of Misbun Dan Rexy adalah langkah yg salah Dan bermotifkan politik untuk favor seseorang.

Sangat aneh Chong Dan beregu utama mengalami kekalahan Demi kekalahan . Nampak mcm Ada excuse bodoh seperti China Ada camera banyak penjuru ,Ada juga alasan Chong Wei belum peak lagi .

Kalau mcm tu kenapa Misbun Dan Rexy dipinggirkan?

Sekarang BAM , banyak sebut Nama rashid sebagai jurulatih , bukan sue Bock , sebab asyik kalah . Rasanya kalau menang , Nama rashid tak Akan disebut .
Sekarang ni Cuba menghulur leher rashid untuk dipancung bila Chong Wei asyik kalah .
Bukan ka sue bock yg ganti Misbun .

HSKAMAL said...

ramai juga wartawan sukan di malaysia yang mampu. ada juga yg lembik... Tapi yg penting mereka harus dpt memberi kesedaran biarpun limited untuk mengubah perangai pemimpin2 sukan yg sudah expired.
Contoh yg nyata KOAM. pemimpinya bukan expert tapi cakap mcm tahu semua. Org2 cam ini perlu dihentam kaw2 oleh wartawan sukan kita agar mereka sedar dan malu keatas perbuatan mereka yg mejijikan.
Saya harap satu hari nanti saya dpt ruang di media atau di tv untuk bincangkan "PERANAN MASYARAKAT KITA DLM SUKAN" drp hasil kajian saya selama hampir 20 tahun sebagai jurulatih dan pengurus sukan bolasepak di peringkat kelab, daerah dan negeri.

rizal hashim said...

HSKamal, emel saya rizal.hashim@yahoo.com

Anonymous said...

Apakah sumbangan media dalam pembangunan sukan? Kenapa media cetak & elektronik tidak memperuntukkan ruang dan masa untuk tayangkan acara sukan peringkat sekolah dan remaja. Saya pernah mendengar saudara Haresh Deol mengatakan masih ada media alternatif yang boleh digunakan untuk mempromosikan sukan peringkat sekolah (pohon maaf jika saya tersalah dengar). Jika pihak media alternatif yang harus digunakan biar wartawan media alternatif yang menyoal tentang prestasi sukan.

Anonymous said...

Apakah sumbangan media dalam pembangunan sukan? Kenapa media cetak & elektronik tidak memperuntukkan ruang dan masa untuk tayangkan acara sukan peringkat sekolah dan remaja. Saya pernah mendengar saudara Haresh Deol mengatakan masih ada media alternatif yang boleh digunakan untuk mempromosikan sukan peringkat sekolah (pohon maaf jika saya tersalah dengar). Jika pihak media alternatif yang harus digunakan biar wartawan media alternatif yang menyoal tentang prestasi sukan.