Thursday, December 15, 2011

Mana duitnya oi...


Juara badminton kategori khas Kuala Pilah, Akbar Sahari, juara remaja dunia Zulfadli dan ayahnya orang Johor Zulkiffli Sidek yang juga ada sijil peringkat 3 bersama pemain badminton standard rumah (tak sampai standard kampung pun)

Kafe Sukan Isnin lalu menampilkan jaguh muda badminton, Zulfadli Zulkiffli, dalam segmen Kenali Atlet. Berusia 18 tahun, anak kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat ini sudahpun bergelar juara remaja Asia, Komanwel dan Dunia. Jadi modal insan sebegini harus diurus dengan teliti dan berhati-hati. Malangnya, Zulfadli masih menunggu ganjaran daripada skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) di saat budak-budak Sukan SEA sudahpun diraikan oleh Perdana Menteri. Baca laporan The Malay Mail  bertajuk Malaysia is my country. Kena berhati-hati, takut Zulfadli tawar hati dan membawa diri ke Los Angeles, siapa tahu?

8 comments:

ibrahimi said...

sedih bila benda ni mcm nak berlaku lagi..teringat kisah keluarga SAHA..MSLC taknak cuba bongkar ke?

Anonymous said...

salam bro,

den raso la sobab musababnyo Zul berdua ni xnak masuk under BAM..sobab tu la MSN sonyap habis psl imbuhan...

kemahkemim...

p/s; den arap sgt bkn psl racist yo???badminton kan ramai ....

Anonymous said...

tak lama lagi rasanya badminton kita nak layak main kat Thomas Cup pun susah. banyak sangat biokrasi. janganlah bangga sangat dgn LCW yang jadi ranking 1 dunia tapi yang menang kejuaraan utama dunia LIN DAN!

Anonymous said...

Bro Rizal,

elok gak kalau Zulfadli dapat duit itu as nanti taklah seorang saudara terdekatnya asyik nak pinjam duit sana sini. Takut gara-gara saudara terdekatnya ini, Zulfadli jadi mangsa as gunakan pemain ini untuk kepentingan sendiri. Fahamkan maksud saya, saya takut saudara terdekat ini akan gunakan Zulfadli sebagai senjata peras duit tanpa perlu pinjam lagi.
apapun, saya harap MSN dapat percepatkan pembayaran itu apa lagi Datuk Zolkples beria-ia sangat nak pemain ini dimasukkan dalam skuad Piala Thomas tahun depan. Cuma harap kejohanan itu ada dalam senarai kejohanan yang membolehkan pemain layak mendapat ganjaran.

Anonymous said...

Brother Rizal,

kalau 4x400m tak dapat pingat MSN melenting blame KOAM. macam mana kalau Zulfadli lambat dibayar duit kemenangannya. siapa pulak yang patut diblame.

pojiehokage said...

harap msn dapat bayar secepat mngkin agar zulfadli terus bersemangat mengharumkan nama negara..

Anonymous said...

BAM XRELEVEN LG LA WEI...BAM UNTUK ORG POLITIK JA...APA PGLMAN NADZMI DLM BDMINTON???DIA PERNAH JD WKIL NEG KE???WAKIL RUMAH SUKAN SEKOLAH PUN TAK LEPAS

Anonymous said...

This is what happens when you mixed politicians into sports. Everything is being used for self gain.
For our boy Zulfadli, his achievements are truly a testament that of self discipline and dedication. Just sad to see his dedication to his country is not seen under a bigger spotlight.
Lee Chong Wei should make the offer to spar with Zulfadli.
BAM should wake up and smell the coffee that they have fail to produce any talents that is capable of flying the Malaysia flag after Chong Wei retires in 2013.
Zulfadli is the next big badminton name in the global arena. BAM wake up and do your job.