Thursday, December 22, 2011

Safee cari team baru?

Kekalutan bola sepak Indonesia menjejaskan masa depan Safee Sali di Pelita Jaya. Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hanya mengiktiraf IPL, atau Indonesian Premier League sedangkan Pelita Jaya milik keluarga Bakrie bersaing dalam ISL, Indonesian Super League.

IPL diurus Liga Prima Indonesia Sportindo, manakala ISL dikendali oleh Liga Indonesia. Liga rasmi PSSI ialah IPL, manakala ISL dianggap liga penentang. Ada kemungkinan Pelita Jaya dikenakan tindakan oleh PSSI, sekaligus menyulitkan kerjaya Safee yang berhijrah ke sana selepas muncul penjaring terbanyak Piala AFF tahun lalu.

Safee khabarnya sedang mengintai peluang ke A-League. Simpatiku kepada Safee. Bagi penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar yang berhajat ke Jakarta, berwaspada.

19 comments:

Anonymous said...

Harap rakan-rakan media tidak melupakan Safee Sali, ikon bola sepak kita ini memerlukan sokongan kita ketika ini.

Difahamkan dia mahu terus beraksi di luar negara dan dia memerlukan galakan untuk terus mengembangkan bakatnya di luar negara, biarpun bola sepak Indoensia dilanda kemelut dalaman.

Fadzrie Hazis

Editor Sukan Astro Awani

mista kuku said...

ragam PSSI cmni, jgn FAM bt ragam plak sudh..ckup2 la kerenah FAM stakat ni!!format tuka lagi

Tiger Mizie said...

Issue ini nampak remeh tetapi merupakan issue yg rumit. Bukan pada Safee sahaja, tetapi secara amnya kepada Malaysia dimana Safee dianggap pemain utama kepada negara. FAM diharapkan bukan sekadar pantau. Jika sekadar pantau, peminat pun boleh buat. FAM perlu dptkan sedikit panduan dari AFC dan FIFA. Sekurang2nya boleh dijadikan panduan kemudian hari, bukan hanya utk kes di Indonesia.
Adalah tidak menghairankan perkara sebegini berlaku diIndonesia. Sebuah negara dimana pengaruh dan wang adalah segala-galanya.
Untuk beraksi diluar negara bukan semudah ABC. Safee harus jalani ujian pemilihan dan mesti mengikuti window transfer setiap liga. Tidak terkecuali Safee harus fahami terma2 contract beliau sekarang.
Jika gagal mendapat tempat dimana2 pasukan luar negara, dinasihatkan Safee kembali ke MSL dan wakililah negeri2 yang beraksi di AFC. Gunakanlah sebaiknya peluang beraksi di AFC Cup. Jgn buat tindakkan bodoh mewakili kelab yg akan menyusahkan.

Once a Tiger Always a Tiger
Mizielyn

Anonymous said...

susah2 balik je maen dgn liga m, x kemana pn bakat tu kalo stakat maen liga indon. stakat gaji yg pelita jaya tu bg, aku rasa selangor pn mampu bayar.

Anonymous said...

susah2 balik je maen dgn liga m, x kemana pn bakat tu kalo stakat maen liga indon. stakat gaji yg pelita jaya tu bg, aku rasa selangor pn mampu bayar.

Anonymous said...

feeSali_10 Official
Liga ISL tidak diharamkam FIFA. Kongres PSSI di Bali yg lalu telah memutuskan hanya liga ISL yang tetap diadakan, tiada liga lain. Pelita Jaya dan semua kelab utama di Indonesia (18 kelab) sedang rancak mengharungi jadual liga masing2 seperti yang diperakui di Kongres. Manakala IPL yang hanya mengandungi 10 kelab terpaksa dihentikan kerana masalah jadual dan kekurangan pasukan bertanding. Berita diharamkan oleh FIFA adalah palsu dan hanya interpretasi salah oleh penyebarnya dan media telah mengutipnya tanpa mendapatkan penjelasan dari sumber yang benar dan ini menimbulkan suasana kurang senang banyak pihak. Safee masih lagi pemain skuad Harimau Malaya selagi diperlukan negara begitu juga pemain timnas yang lain. 95% pemain timnas Indonesia bermain di ISL. Harap maklum.

Kurast said...

Intai saja tidak cukup, kerna adat mengintai, bila nampak saja pasti akan senyap-senyap ataupun heboh bercerita kepada kawan.

Apapun, good luck Safee, kalau ada peluang bermain di A-Leag..jgn lepaskannya!

Anonymous said...

Fam pun apa kurangnya. Sama2 kalut. Bdk2 B23 ke Australia, dicanang hebat mng kesemua 3 perlawanan. Apa taknya, lwn Sydney FC dan Central coast Mariners yg turunkan dua tiga player senior mrk. Ramainya, bdk2 AYL.

-myi-

Anonymous said...

Kalau dia nak berhijrah dari indo,baik dia gi ausiie.mereka dah pegi world cup jadi liga dorang mungkin Gred A.

Anonymous said...

Bukan senang nak beraksi di liga australia, peminat malaysia tolong sedar, ya, safee sali terbaik, tapi untuk beraksi di sana bukan sesuatu perkara yang mudah, kena jalani pemilihan dahulu dan macam-macam perlu dilakukan lagi. Rakyat malaysia tolong sedar dari mimpi, martabatkan liga kita dahulu, baru kita boleh lahir pemain yang terbaik. Majulah sukan untuk negara.

Anonymous said...

Safee kena berhati2. Salah langkah semua org akan rugi.

Dah tiba masanya dlm era "profesional" pemain2 ni punyai ejen utk menjaga mereka. Ingat nak bukak syarikat sports agent mcm kat UK tu.

mz3
p/s tgh tunggu apa RH nak tulis pasal LCW & Misbun.

Craft Cempaka said...

Mendoakan yg terbaik utk Safee SAli...

MatRock said...

Ni mana satu betul ni bro? Bukan ke IPL tu liga masyuuk yang baru diwujudkan dan tidak diikhtiraf oleh PSSI manakala ISL tu la yg betul-betul punya liga PSSI?

Nazri Abdul Razak said...

Safee sali mesti keberatan nak tinggalkan pelita jaya kerana sokongan dan ditambah dengan gaji yang lumayan agak sukar dia nak buat keputusan. Kalau dia masih berjiwa patriotik dan sayangkan negara dia harus mencari pasukan lain. Saya nasihatkan beliau balik ke liga super malaysia kerana liga kita sudah mempunyai ramai pemain import.

Nazri Abdul Razak said...

Marilah safee balik ke perak. Bila lagi nak keluarkan kudrat dan berbakti pada tempat lahir mu

Anonymous said...

Aniss Faisal : :(

Anonymous said...

QPR dan Cardiff City aper citer?

Anonymous said...

safee kalo balik liga m pn dia hnya akn maen dgn selangor jek. fan negeri laen jgn nk berangan!!!

e-blogger2u said...

Safee berhak pilih team yg dia suka la..:)