Thursday, December 1, 2011

Menambah baik anugerah


Wah, tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, walaupun secara peribadi aku tidak setuju dengan beberapa pemilihan. Kalau aku sebut seorang-seorang takut ramai kecil hati, jadi aku lontar soalan sajalah...

1. Apakah kriteria pemilihan?

2. Siapa anggota panel pemilihan?

3. Dulu dipilih ikut SMS, sekarang panel penilai?

Aku nak cadang sedikitlah,

1. Memandangkan Astro Arena hos penyiar, mungkin boleh bikin satu anugerah Pemain Terbaik Perlawanan setiap perlawanan Liga Perdana dan Liga Super. Mekanismenya - lantik panel wartawan yang buat liputan. Jadi setiap pemain diberi mata dari 1 hingga 10 (cemerlang). Krew Arena lebih kerjalah hahahahah....

2. Penilaian dibuat merentasi semua pertandingan semusim - Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Kalau pemain kebangsaan, mata tambahan diberi kepada pemain yang disenarai mengikut kekerapan. Data dan statistik yang Hafizan Halim simpan tu boleh jadi rujukan. Kalau pemain harapan, harus ambil kira semusim juga.

3. Sebagai kemuncak, mata terkumpul sepanjang musim dijadikan kayu pengukur untuk anugerah utama. Jadi pemenang anugerah tidak dipertikai.

Satu lagi, buatlah dress code. Nampaklah kemas sikit naik pentas tu.

Macam mana pilih persatuan? Berdasarkan ISO/KPI? Gunalah prinsip pengurusan kualiti dan dedahkan kepada media kriteria pemilihan. Bila telus, orang tak boleh cakap apa-apa.

Kawan facebook aku Mujahid Rindu cakap: "Saya memohon sangat-sangat Astro Arena mampu melaksanakan Anugerah 100Plus Liga Malaysia ini secara siaran langsung. Pemenang diumumkan di pentas dengan mempamerkan coach-coach tempatan sebagai pemberi anugerah.. kenapa tidak mengikut model seni hiburan seperti Anugerah Bintang Popular (sekadar contoh). Ini penting dalam menaikkan institusi anugerah sukan dalam negara, tak boleh kah kita menaikkan mana setaraf selebriti (atau lebih mungkin) sebab jasa mereka kepada negara?? Minta tahun depan buat Live di Arena Genting pulak.. masuk percuma dan persembahan lagu2 semangt oleh artis kita... dan ada anugerah utk legend khas.....


P/S aku dengar Irfan Bakti Abu Salim ucap terima kasih kepada Dez Corkhill kerana menuturkan kata-kata positif menyokong bola sepak Malaysia..."lastly I thank Mr Corkhill for all your positive comments, but not your colleagues..."

Amboi, belasah pengulas kah lagi? Kasihan pengulas sukan/bola sepak Malaysia, macam tak de jasa langsung...begitulah adat dunia...kena ingat pengulas tak dapat gaji macam CEO pun macam sesetengah jurulatih...dan satu lagi, pengulas dan mana-mana wartawan sukan Malaysia tiada tempat lain untuk hidup, berkongsi idea dan melontar kritikan kecuali di bumi kelahiran mereka kerana sayangkan satu-satu sukan, khususnya bola sepak...orang asing bagaimana?

19 comments:

Tiger Mizie said...

Salam,
Sekali diimbas, mmg kelakar pemilihan pemenang. Sebab apa jadi mcm ini adalah tiada mekanisma yg terlus dan kemas. Tapi biasalah, umpama rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Jika Yuna punya anugerah pun boleh ditarik, inikan anugerah 100plus-Astro. Paling lucu anugerah FA terbaik.
Mengenai dress code, rasanya dari last year ramai tegur. Tak salahkan pemain, sebab SIFUnya persatuan negeri dan FAM sendiri tak sediakan guideline. Kalau next year masih pakai dresscode sama, better buat penyampaian hadiah kat shopping complex aje la, takpun kat area uptown. Belajar2 lah tgk anugerah AFC atau FIFA ? Jadilah professional sebenar.

Unknown said...

Setuju sangat. Tengok dress code macam anugerah biasa-biasa saja. Mungkin kalau anugerah sukan peringkat universiti pun ada dresscode sendiri, ini pulak dah taraf kebangsaan.

Cara dan kriteria pemilihan tak jelas. Ramai pemerhati sukan dalam Malaysia ini, takkan tak mau ambil kira kot? sekurang-kurangnya ambil 20-30% pun okeh la.


Undi SMS mungkin ada buruknya tapi secara tak langsung menunjukkan sifat ambil tahu orang pada perkembangan sukan Malaysia juga.


Harap, anugerah sukan ini dikembangkan lagi pada sukan-sukan lain.

ariffin_Bdr Baru Bangi said...

cantik komen dan cadangan tu rizal

Anonymous said...

Salam,

Setuju sangat pasal dress code. Adakan guideline agar profesional acara tersebut. Tentang pemilihan tu boleh diperbaiki lagi.
Mengenai komen coach Irfan Bakti, bila dia sampaikan komen tu, saya terus teringat rancangan Bola@mamak saluran 811.Def Corkill tu yang bermati-matian pertahankan Harimau Malaya/Muda walaupun dia orang luar. Ada komentator yang lain hentam habis. Memang kita sayangkan football team kita, boleh komen, tapi janganlah kritik sampai tahap mengaibkan atau demoralizing.Komenlah dgn cara yang membina dan positive. Player bukannya perfect atau robot.Mesti ada mistake yang mereka buat. Yang penting player dah cuba sedaya-upaya, bersungguh-sungguh dan bersemangat. Yang lainnya berserah kepada Allah. Kita hanya merancang dan berusaha, pengakhirannya hanya DIA yang tentukan. Saya suka baca komen supporter kat blog Harimau Malaya. Komen dan Idea-idea mereka ada yang refreshing, membina dan uplifting. Kadang-kadang tu ada gak komen "gelap". Ha ha.. Apa-apa pun mereka tu supporter sejati. Tentang wartawan Astro Arena tu, okay. Mereka masih berbudi-bahasa bila komen. Though sekali sekala ada komen keras jugak.

Anonymous said...

Salam,

1) Selangor FA terbaik??? x heran pun, Anak Emas FAM..Fa lg lg bagus daa...N9, Tganu r Kelate..

2) Defender terbaik, Norhafiz Zamani? Kemon la..brape game je mamat tu maen utk season ni?

3) Midfielder terbaek, Safik? tak dinafikan dia byk menyumbang utk Negara, tp utk season 10/11 apakah sumbanganya utk Negara n yg paling penting utk Selangor? either player N9 or Terengganu yg plg lyk...

4) Anugerah Supermokh, Matyo? Dia bagus, byk sumbangan utk Kelate. TP sumbangan utk Negara..xbyk kalo compare ngn Apek..

Sokong bro Riza psl panel pemilihan tu...mcm sorg dua punye dicision jer...

kemahkemim...

Anonymous said...

Satianathan dapat jurulatih terbaik? Bukan nak kata yang dia tak layak. Cuma terfikir, samada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 ini untuk prestasi 2010 ke?

Atau saja nak sindir FAM?

Dresscode macam anugerah FIFA? Tengok la pulak; RM500 untuk penyerang terbaik.

Dari nilai hadiah pun dah tahu apa status anugerah ini dipandang oleh top brass industri bola sepak negara.

Nak tahu juga, apa kriteria untuk Anugerah Persatuan Bola sepak Terbaik dan Anugerah Kelab Penyokong Terbaik.

Mungkin bias tapi tidakkah KAFA paling menyeluruh dan berjaya pembangunannya? Dan tidakkah penyokong Kelantan yang menyebabkan stadium sentiasa hampir penuh?

Kamarul

Anonymous said...

Salam Rizal,

Hanya untuk berkongsi, sebelum ramai lagi menghentam sesuka hati.

Dalam akhbar, sudah dinyatakan bahawa pemilihan pemenang anugerah dibuat oleh jurulatih semua pasukan bertanding dalam Liga Malaysia. Harap saudara semak juga.

Tuan juga pastinya tahu, ini anugerah yang dikendalikan sepenuhnya FAM. 100Plus hanya rakan penaja dan Astro Arena hanya rakan penyiar - dua-dua pihak ini tidak ada suara dalam menentukan cara pemilihan, kerana semuanya ditentukan individu berkuasa dan berselindung dengan tagline 'titah tuanku.'

Saya mohon saudara Rizal lebih teliti, kerana ternampak sangat kurangnya penyelidikan dalam posting kali ini.

Sekian, terima kasih.

PEMERHATI BOLA DARI JAUH.

Anonymous said...

kalau cerita bola kat Malaysia, yang pasti FAM yang kena tanggungjawab - kan ramai bijak pandai kat FAM. buatlah segalanya elok sikit.

setuju sangat dgn komen Tan Sri Anuar Musa - Liga M kenalah adalah perubahan yang drastik utk memajukan bolasepak kita. FAM apa rancangan masa depan bolasepak kita?

Anonymous said...

setuju sangat BRO - sebab tu bola kita di ranking yang amat membanggakan kita. bola kita sedang maju dan dilandasan yang tepat - tahniah FAM!

Unknown said...

Kepada pihak penganjur Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ini, sekiranya anda benar - benar ikhlas untuk mencari YANG TERBAIK, aku syorkan mulai tahun hadapan, lebarkanlah kategori anugerah dengan memasukkan setiap posisi bola sepak seperti ini;
Bek Kanan Terbaik, Bek Kiri Terbaik, Bek Tengah Terbaik, Midfielder Bertahan Terbaik, Midfielder Menyerang Terbaik, Sayap Kanan dan Kiri Terbaik serta Penyerang Terbaik.
http://nizam-anakfelda.blogspot.com/2011/11/anu.html

MatRock said...

Anugerah terbaik itu dan terbaik ini tu dinilai dari segi apa? Sepatutnya dinilai dari segala aspek dan secara total. Tapi kalau asyik turun naik tangga FAM kena mengadap DB dan digantung, terbaik apa namanya tu?????

Anonymous said...

Anugerah 2011 utk musim 2011 la...cuma pemilihan mmg dibuat oleh juruletih-juruletih Liga M ni..Jelas apa yg diperkatakan Irfan Bakti bahawa Marzuki pertahanan terbaik tidak diendahkan rakan seperjuangan. Kalau pemain - pemain Harimau Muda tak menang "sumthink rong sumwhere la". Penjaga Gol terbaik mmg sengit tapi di bhg tengah Safiq the rightful winner. Pasal dress-code ana rasa elok disekolahkan jugak FAM dan ahli gabungannya supaya mengajar pemain - pemain supaya datang dgn pakaian yang sesuai dgn tema dan event. Penganjur/Penaja/FAM pun kenalah pastikan calon - calon yg lain juga dijemput dan datang. Kalau tidak dewan sebesar alam tu nampak togel la..jgn la kedekut dan kikir. Persatuan Terbaik...emm ana x mau komen la...biarlah Labu terjun dgn Si Luncainya

PEMERHATI DLM DEWAN

Thearah11 said...

ini baik jika ini merupakan permulaan :)

annaezett said...

Rizal, boleh tak ko suggest kat kementerian belia n sukan or fam or sape2 je yg berkenaan. Boleh tak ko mnta dorang bina satu stadium bolasepak yang khas untuk pasukan negara dan perlawanan akhir piala malaysia? Tak best la tengok bola kat bukit jalil tu. Ada track yg menyebabkan tempat duduk jauh sgt dari padang. Kena pakai teropong baru nampak. Lgpun rasionalnya, kualiti padang akan lebih terjaga jika buat stadium bolasepak je. Klu kos tinggi sgt, suruh la redevelop mana2 stadium. Stadium petaling jaya tu ok kot.

Anonymous said...

PEMERHATI DALAM DEWAN kata anugerah 2011 untuk 2011.

Jadi panel jurulatih-jurulatih ni tahu tak Satianathan kawan mereka tu apa kerjanya masa tahun 2011?

Kamarul

Anonymous said...

sudah jelas sekali panel pemilihan sangat berat sebelah... semua yang tidak layak menerima anugerah diberikan.. apakah anugerah ini dinilai menurusi bilangan seseorang induvidu itu masuk paper atau kontroversi yang melanda? sangat tidak profesional, dan kemungkinan besar ada diselit unsur-unsur politik? ini faktor salah satu faktor yang membawa kesan yang PARAH!

rizal hashim said...

Pemerhati dari jauh,

saya tahu anda pemerhati dari dalam.

Sebagai penaja yang ada dijenamakan di sebelah nama 100Plus dan FAM, Arena harus rebut kesempatan untuk meletakkan beberapa syarat.

Lagipun dengan suntikan tajaan RM30 juta setahun, saya percaya mana-mana syarikat korporat mahu ROI yang tinggi daripada majlis-majlis sebegini.

Kalau saya wakil syarikat dan berdepan dengan individu yang menjual tagline "Titah Tuanku", saya akan cuba pujuk dia "kita ada beberapa syarat yang harus diletakkan agar anugerah ini dilihat sebagai kemuncak musim, demi kepentingan bersama".

Kalau dalam majlis anugerah pun ada unsur-unsur politik, alahai...lecehlah

MUHDKAMALGANESAN said...

siapakah di belakang pemenanag2 anugerah ini semua? cuba kita fikirkan. Kita lupa jasa dan pengorbanan IBU BAPA. Boleh tak kita anugerahkan mereka juga, sebagai insan cemerlang dlm mendidik dan membentuk anak2 mereka?

Anonymous said...

Rizal kata,

"Lagipun dengan suntikan tajaan RM30 juta setahun, saya percaya mana-mana syarikat korporat mahu ROI yang tinggi daripada majlis-majlis sebegini."

Selalunya macam tu lah syarikat di Malaysia (TERMASUK LAH GLC). Pengecualian cukai bagi amaun penajaan masih tidak cukup bagi mereka.

Di satu pihak lagi, FAM dan negeri/kelab juga kurang cekap dalam mengenengahkan penaja mereka.

Kamarul