Sunday, April 24, 2011

Cerita Khalid Ali dan blog Aiman

Sebelum aku muncul di kaca televisyen dalam Grandstand Ahad bersama Sharon Wee, aku menerima panggilan daripada legenda Selangor dan Malaysia, Khalid Ali.

"Zal, apasal ni, kau tulis pasal Yakeb?"

"Ya, saya tulis Datin Seri Rosmah bukan lagi penaung..."

"Apasal kau tak nak Mumtaz, kalau kau tak nak support dia, support siapa yang kau nak jadi calon..."

"Eh, saya tulis pasal Rosmah, bukan pasal Mumtaz...you ni Mumtaz suruh call ke?"

"Eh Zal, aku kenal kau la, apasal kau tulis macam tu"

"Apa ni kau tulis Mumtaz buat duit apa semua ni

"Mana ada, saya hanya tulis Rosmah sudah tarik diri daripada jadi penaung Yakeb"

"Zal kau tahu tak betapa susahnya kita nak jaga bekas atlet kita, macam Bujang Taha, Yahya Jusoh...kita pergi, betapa diaorang suffer,you bukan atlet you tak faham...


"Zal you tahu kan Rosmah dan Mumtaz dari dulu dah kaya...dah 20 tahun kaya, apa nak buat duit daripada Yakeb"

"Ginilah Encik Khalid, you bagitau kat Mumtaz, masa dia jadi coach Watson Nyambek dulu, siapa reporter yang support dia?

Bawah ni pula Aiman, editor in chief YAKEB dan PRO Yakeb dedah ada satu SMS...daripada kononnya alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)...

Bangun pagi, penulis dapati ada mesej daripada Presiden Alumni Bukit Jalil (SSBJ), yang mahu penulis tolong sampaikan pesanan kepada blogger sukan terkenal, Rizal Hashim. Berikut isi kandungan mesej tersebut, tidak ditokok tambah.




Rizal Hashim
~~Apa yang Rizal Hashim tahu pasal sukan? Saya kenal Rizal Hashim, saya tahu sangat siapa dia. Kami pernah bersama dia sewaktu kami atlet. Dia cuma sekadar repoter sukan yang dibayar gaji, ke hulu ke hilir mencari story pasal sukan. Dia selalu kena bahan dengan atlet, even kena buli dengan atlet, Bukan bagus pun dia tulis column dia di suratkhabar. Harapkan baik dengan Zolkples bolehlah. Kalau dia betul-betul professional, tulislah apa masalah atlit MSN sekarang sedang hadapi. Rizal Hashim adalah penulis yang menutup periuk nasi orang dengan mengutuk. Segelintir bekas atlet yg dia kutuk dulu dah berhenti sukan, kerja kilang dan ada kerja buruh biasa .. Kalau betul-betul minat sukan tulislah kebaikan dan beri sikit support kepada atlet ni tak duk kutuk jer memanjang. Memang dasar orang melayu, Rizal Hashim ni dengki ke? Ke nak jadi presiden SAM? Orang SAM pun tak nak kau jadi presiden. Rizal, kau pergi MSN tengok apa dah jadi. Kebanyakan atlet MSN tu Zolkples tak bayar elaun dan buang dari skuad macam tu jer. Wei, ni ke pusat lahir atlet bertaraf antarabangsa. Duk diam merenung nasib ada la. Orang macam Rizal Hashim ada jer perasaan dengki dalam hati dia, Kalau berani jumpa depan-depan cakap face to face dengan aku. Bagi aku ajar camne nak tulis pasal sukan. Ramai atlet di belakang aku tak suka kau Rizal, nak bukti aku boleh kumpulkan. Kau ni ibarat ‘ludah ke langit, kena muka sendiri..’’ – Presiden Alumni Bukit Jalil.


Penulis tak nak komen lebih-lebih, mungkin ini masalah antara Rizal Hashim, dengan Alumni Bukit Jalil, atau bekas atlet. Diingatkan, Suara Sukan, bukan tempat untuk melagakan orang, cuma sekadar menyampaikan, kerana Suara Sukan, adalah Suara Sukan Anda. Buang yang keruh ambil yang jernih, kalau boleh setel baik-baik.

17 comments:

Anonymous said...

Asssalamualaikum dan salam sejahtera.. Apa yg saya baca ni amat mendukacitakan saya selaku atlit dan juga cikgu sekolah sukan bukit jalil.. Kenapa issue mcm ni yg en.rizal ketengahkan? Kenapa encik rizal tak tulis berkenaan ttg sukan semasa.. Ini hal peribadi.. Kenapa en.rizal dulu support watson sekalipun en.rizal nak mengaibkan org.. Bukan ke blog ni blog utk sukan tanahair kita.. Sukan kat malaysia tak macam dulu.. Coach saya V.subramaniam pun ckp dulu dan sekarang amat berbeza.. Dulu takde pun kritik2 mcm ni.. Memang abad ni media massa mainkan peranan penting tapi bukan dgn mendedahkan hal2 macam ni.. Satu lagi, setahu saya tiada presiden alumni d bukit jalil cuma bukit jalil sport school ada tubuhkan protempt commitee tu saja.. Yg di pertua alumni tak akan berkata begitu.. Org yg cerdik dan banyak membantu.. Satu lagi berkenaan MSN, saya sorng atlit pejalan kaki dan mengajar atlit lain juga.. Tapi memang di sebalik itu MSN sekarang ni mempunyai masalah issue atlit dan sebagai nya.. Cuba en.rizal tulis ttg issue atlit tak d bayar elaun, atlit kena buang tak tentu pasal dan masukkan atlit yg tak proffesional dlm MSN.. Mcm mana kita nak berjaya en.rizal.. Cuba fikirkan begitu lagi baik dari cerita mcm ni.. Tolong cari jalan utk pulihkan sukan negara kita..

Benci penjual nama said...

please la nak defend muntaz tapi tak tahu tujuan penubuhan YAKEB. kalau setakat lawat sana lawat sini lepas tu masuk TV tak yah. kita nak YAKEB menjaga kebajikan bekas-bekas atlet bukan kebajikan poket individu.

Dah jual nama banyak sangat..kantoi baru mengelabah. nice try.

Presiden Alumuni SSBJ??? ada ke peranan??faham ke pasal kitaran program??

Salleh Abbas said...

Speak/write/comment when I'm ANGRY and I will make the GREATEST remark that I will ever REGRET

Take it easy bro..

Anonymous said...

Bro Rizal,

rasanya kita tau siapa yang menulis ini sebab nada tulisannya sudah kita tau. Itulah manusia. Keep up your good work!!!

kaki sukan said...

cakap salah tak cakap lagi padah, kata tak proaktif.. Bila YAKEB mula berjinak dalam isu kebajikan atlet atlet negara. pernah tak sesiapa membuat liputan mengenai bilangan ahli dalam YAKEB..sudah pasti YAKEB tak akan dapat memberi jawapan yang tepat. Sebabnya.. borang-borang yang diedarkan kepada persatuan-persatuan bagi diisi maklumat peribadi atlet-atlet tersebut tidak diminta hantarkan balik kepada pejabat YAKEB. Mana data atlet-atlet tersebut? Kiranya YAKEB bersikap profesional dan telus sekurang-kurangnya pernah tak menggesa persatuan hantarkan nama-nama tersebut..atau paparkan dalam akhbar atau buat promosi secara nasional bagi mendapatkan nama-nama. Sayang sekali sikap kita nak hentam "whistle blower" menjadi jalan mudah menutup pekung di dada. Kritikan terhadap ketelusan YAKEB, malangnya dipesongkan kepada persoalan kewibawaan MSN, Dato Zol. Mengapa tidak tanya siapa yang tidak mendapatkan borang-borang pendaftaran yang diedarkan kepada persatuan menjadi bahan kritikan? inilah kenyataan.., seperti penyapu baru sapu bersih satu pelancaran diadakan dan sumbangan diberikan kepada dua atau tiga atlet 2 tahun kemudian sunyi sepi. Mana perginya laporan audit daripada YAKEB? Mengapa YAKEB tidak ada laporan tahunan mengenai aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2 tahun tersebut? Perlu tak MACC membuat siasatan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai prosedur-prosedur yang diguna pakai YAKEB? Inilah persoalan yang patut dikupas dan diselidik..jangan kita serang penghebah pulak.. Kalau begini kebenaran, ketelusan dan keberanian bersuara membela nasib atlet-atlat akan berkubur kerana tidak siapa berani menyinggung perasaan individu yang bertanggung jawab. Ini namanya "yes man" sindorm. Salahlaku tetap salahlaku ..tak perlu kita mengkritik penhebah berita secara peribadi, dapatkan fakta-fakta menangkis kritikan kritikan tersebut dengan rasional, insyalah penyelesaian akan menyusul. Kemajuan tak mungkin dikecapi dengan mentaliti pak turut. Demi kemajuan sukan dan masyarakat, biarlah berani kerana benar, WSalam Rizal

FF13 said...

"Dia selalu kena bahan dengan atlet, even kena buli dengan atlet, Bukan bagus pun dia tulis column dia di suratkhabar."

macam takda point je? bunyinya macam jeles. lol


"Memang dasar orang melayu, Rizal Hashim ni dengki ke?"

main sentimen kaum pulak. macam dia tak melayu je.

biasa la, we cant satisfy everyone. saya yakin, sebagai penggiat sukan seperti saudara, pasti inginkan prasarana dan prestasi yang terbaik bagi negara.
jadi, mungkin ada yang terasa hati dengan komen2 saudara. akan tetapi, itulah hakikat yang mereka harus terima sebagai atlet.

we all want the best results. jadi comments2 daripada saudara kepada atlet, daripada situlah mereka harus memperbaiki kelemahan mereka dan jika mereka tak mampu menerima kritikan, tidak layak mereka bergelar atlet kerana tidak mempunyai mental yang kuat.
pendapat peribadi saya.

Anonymous said...

JANGAN KATA YANG SEORANG ITU AMBIL KESEMPATAN UNTUK MENERAJUI YAKEB, SAUDARA PUN SEKARAN INI MENGAMBIL KESEMPATAN JUGA. YOU BUYERS TAK BALANCED

Anonymous said...

Ada bekas atlet tutup mata bila dapat tempat kat Yakeb atau terima bantuan Yakeb. Yang salah kita kena dedahkan sebab jangan biarkan orang ambil kesempatan.

Nanti kalau dah banyak sangat keuntungan peribadi yang diperolehi, Yakeb akan hancur dan tak ada siapa yang pandang bekas atlit lagi. Nak ke jadi macam tu wahai Khalid Ali atau mereka-mereka yang berselindung di bawah nama amonymous itu.

Tlolonglah lihat daripada skop yang lebih luas, jangan pikir sekarang aje. Apa yang Yakeb buat sekarang bukannya banyak pun, bila keluar suratkhabar masalah atlet, baru nak tunjuk muka. Dah macam parti politik lak. Semua orang boleh buat macam tu. Yakeb hanya cari atlet yang depa dapat tumpang nama tapi yang nama kecik, langsung depa tak pandang.

Macam itu ke nak bantu bekas atlet? So,please lah buka mata, apa yang saudara Rizal dedahkan hanya titik kecil daripda banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh indvidu ini.

Tak salah kalau kita keluarkan mereka yang ibarat barah kepada persatuan. Yakeb itu tetap penting tapi pengurusannya harus telus. Kita bukan hentam Yakeb tapi dedahkan penyelewengan. So fahamilah isu.

Anonymous said...

Bro Rizal,

Bukan ker Presiden Alumni SSBJ ber binkan DOM AMY...hehehehe
Ade kena mengena ngan DMJ la...sebab tu la dia marah sgt kat hang..

lihat link..
http://ssbjalumni.wordpress.com/alumni-commitee/

Anonymous said...

inilah masalah problem kat sukan di Malaysia. bila ramai orang yang tak berjiwa sukan menyibuk kat persatuan/pertubuhan sukan. macam-macam kerenah timbul..... bilalah sukan kita nak maju?

Mat Teropong said...

anon 7:32pm

rasanya saudara gagal mengenalpasti dan menjiwai isu yang cuba diketenggahkan oleh bro rizal ini. Jangan lah mengalihkan pandangan dan kritikan umum kepada YAKEB kepada isu yang diluar skop.

YAKEB perlu buat penjelasan tentang isu yang dibangkitkan. Jangan berdiam diri. Perlu ada transparency atas segala urusan agar tiada tuduhan makan duit, kutip derma yang tidak dimasukkan dalam akaun, resit derma tidak di keluarkan, insuran untuk ahli keluarga sendiri dan sebagainya.

kan dah kena said...

Ahli Alumuni SSBJ

Dzulhailee Akbar Dom Amy (President)

Kamarezmai Kamaruddin (Deputy President)

Norazma Azmi & Mohamad Aderi Yacob (Vice Presidents)

Mohd Shahril Shahidan (Secretary).

Nurul Fatiha Hamid (Treasurer).

Committee members;

Hanizah Hamzah

Mohd Nor Izwan Razali

Saritha Cham Nong

Nur Sabrina Ahmad

Errizal Othman

Asyraf Asbollah

Nasreena Najruddin

Wahidah Ismail

Nor’ain Ibrahim

Noraishah Mohd Jamil

Anonymous said...

Korang ckp ni korang org sukan ke?? Korang cermin dulu sebelum aibkan org. Bukan pasal korang ke sukan malaysia jadi teruk. Korang pergi la merasa diri korang sebagai atlit. Jadi org susah sikit, jadi org miskin sikit pastu korang jadi atlit tgk korang boleh hidup ke?

Anonymous said...

Anon 1.32am

Apa kena mengena atlet sedia ada dengan YAKEB. Yakeb utk bekas atlet laa bukan atlet sedia ada. Nak jadi ahli YAKEB kena la bersara dulu. Then baru komen. Apa la luuu

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Im not an sportmen...but after reading this issue...terdetik hati ni to write something....im not defending my bro rizal....but im writing as a person that knowed him...sometime we do not need a million years to judge/understand a person...

Sometime when you read this blog, somebody may get offended ..somebody may loving it...thats the motive of writing i guess...to bring up issue that arise...kadang kadang issue celah kain or celah gigi that rakyat may not aware were brought up by bro rizal...and this is the best thing about him...to make us aware of isu semasa...

Saya rasa bro rizal tak mungkin nak jatuhkan sesiapa...dia cuma banggit kan isu semasa and its up to us to judge...he never force the reader to believe him 100%...

To mention of the issue..."memang dasar orang melayu...rizal hasim ni dengi ke?" i thinK bangsa lain pun dengki jugak...bukan melayu je...i hope that the person who write that must apologise to all Malay...jgn sebab nila setitik...rosak susu sebelangan...even if bro rizal nak jadi presiden SAM...i think why not? a fresh blood is always welcome in any organisation..

when the sms sender said rizal selalu kena buli...bahan....ngan atlet atlet...kat sini je kita bile nampak what is the mentality and attitude of our atlet...kenapa nak bahan org,kenapa nak buli org...

for those who might offended by what bro rizal tulis tu....terpulang lah....

anyway...bro rizal..YOU NEVER WALK ALONE...

Wa loh...siapa lagi? said...

Blo,

Ini laki bini punya celita manyak buat olang susah loh. Lu takboleh komen. Dia olang manyak kenal itu olang atas atas loh kawan..Lu jaga dili ok. Kita always suppot you.

Thank you thank you

Anonymous said...

Encik rizal cuba cerita psal jurulatih tempatan yang di tindas msn! Coach malaysia di layan macam sampah oleh msn!!!!! Pegawai msn punya kpi base on coaches performance dapat bonus, dapat naik markah dapat naik pangkat dapat apa yang atlit dan coach dapat malah lebih lagi......tapi coach gaji tak base on pefrormance, tak pakai spkk d, pergi luar negara tidur atas sekatil dengan atlit, atau kena duduk sebilik dengan atlit luar negara lain mana kala officer msn yang ikut dapat bilik single. Coach luar negra tak isi pun borang borang kejurulatihan msn, tak ada pulak spkk untuk coach luar negra tuuu, tak ada pulak rumah, elaun perjalanan, ticket pulang ke rumah setahun sekali.....coach malaysia dapat gaji nett dan insurance itu je.tak payah la nak kat coach luar negara tu lebih bertauliah....coach negara kita lebih bertauliah pun tak di sokong msn. Coach malaysia punya peralatan coaching pun tak di beri....sorry la bro msn ambil kesempatan atas coach malaysia.....tak ada hati perut punya msn.....semua staff msn hanya pandai kipas kipas je dato zul tu....saya rasa jatuh lahhh msn bawah dato zul...kerana rakyatnya tidak didahulukan.