Friday, April 8, 2011

ISN, dari perspektif aku

Generasi wartawan hari ini beruntung - mudah dapat story menerusi facebook, dunia siber dan tidak perlu buat legwork.

Sambutan ulang tahun ke-15 Institut Sukan Negara (ISN) 1 April lalu mengingatkan aku kepada zaman bahagian sains sukan KBS berpejabat di Stadium Raja Muda di Kampung Baru.

Zaman itu ada gim tempat peninju berlatih, antaranya Zulkifli Yaacob dan Haron Ismail, bapa Farkhan.

Pernah aku interviu Dr Noordin Darus, Dr Jabar Johari dan Dr Fauzi di situ untuk dimuatkan dalam sisipan Jaguh Berita Harian.


Dr Jabar Johari

Dr Ronnie Yeo yang menjadi pengarah bahagian sains sukan sebelum Dr Noordin ketika itu sudahpun menjalankan tugas-tugas di Wisma FAM.

 

Dr Noordin dan Noh Abdullah


Ketika ISN wujud serentak dengan pindahnya Majlis Sukan Negara (MSN) dari Stadium Negara ke Bukit Jalil, aku selalu meliput Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz. Bukan saja singgah di pejabatnya, bahkan selalu dia akan masuk pejabat ketika aku asyik menemu bual Datuk Wira Mazlan Ahmad.

Pada 2002, aku meminta jasa baik Dr Ramlan membenarkan aku menggunakan kemudahan gim the Jungle. Jadi bayangkanlah aku siap ada personal trainer Roesdi yang jaga fitness Lee Chong Wei hehehe...masa tu kurus sikit lah...sambil aku menggunakan treadmill dengan kelajuan 5km sejam, sebelah kanan aku Paul Lissek, sebelah kiri Yuan Yufang...

Masa tu yang menjadi pakar kecergasan selalu keluar TV Prof Zulkifli Kadir...dia kata: "Kalau u nak guna gim boleh, tapi minta kebenaran bertulis Dr Ramlan."

Tapi lepas kami dikurniakan anak sulung, aku jadi babysitter...tak de lah pergi gim lagi...

Apabila Mazlan dah dekat nak pencen, masa tu kecoh siapa nak jadi pengganti dia...Datuk Zolkples Embong atau ada orang luar...Zol dididik oleh Mazlan, main golf sama dan dianggap Mazlan's anointed successor la...tak caya? Tup tup Dr Ramlan naik pada Ogos 2005...fuhhhh...

Nak tau drama seterusnya?

Kena baca dulu ni...Untuk tahu serba sedikit sejarah ISN, baca nukilan Mazlan dalam kolumnya di Utusan Malaysia. Aku cut and paste kat bawah.


PELAN induk pembangunan ISN termasuk juga pejabat MSN telah disediakan oleh sebuah syarikat swasta yang dilantik secara runding terus.


Pelan induk ini mengalami beberapa perubahan mengikut perkembangan semasa.


Misalnya terdapat rancangan membina lapangan golf 9 lubang tetapi akhirnya rancangan ini dibatalkan oleh kerana tapak yang diperuntukan telah diambil semula untuk membina Lebuhraya KESAS. Demikian juga terdapat beberapa buah padang yang dirancang tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembinaan stadium hoki.
Pembinaan di Bukit Jalil dimulakan dengan bangunan pentadbiran MSN melalui sumbangan RM50 juta dari syarikat Totalisator.


Proses membangunkan fasa awal kompleks sukan di Bukit Jalil ini tergendala sementara oleh kerana kekurangan peruntukan sehingga pihak kerajaan membekalkan peruntukan yang mencukupi sehingga lengkaplah keseluruhan yang terdapat di kawasan MSN dan ISN sekarang ini.


Terpilihnya negara kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-16 pada 1998, telah mempercepatkan proses pembangunan infrastruktur sukan di Bukit Jalil yang juga mengandungi kemudahan sukan penting seperti stadium utama, stadium tertutup, kompleks akuatik, stadium hoki dan gelanggang skuasy.
MSN berpindah ke pejabat yang baru pada tahun 1996. Demikian juga dengan ISN yang dulunya beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda Kampung Baru.


ISN bermula dengan nama Bahagian Perubatan Sukan di KBS yang dipindahkan ke MSN sebagai Bahagian Sains Sukan yang kemudiannya dinamakan sebagai ISN.




Sudah 15 tahun ISN beroperasi di Bukit Jalil dengan kelengkapan yang lebih baik dari apa yang ada di Stadium Raja Muda. ISN perlu dimajukan dan mempunyai potensi yang luas untuk maju setanding dengan institut sukan negara lain yang telah mencipta nama.


Tanpa memerlukan bangunan yang baru, ISN ditempat yang sedia ada boleh mencapai apa yang telah dicapai oleh institut lain yang telah berjaya. Perkara pokok yang perlu dipertingkatkan pada pandangan saya kepakaran pegawai-pegawainya bukan saja dalam bidang sains sukan tetapi juga bidang perubatan sukan yang sekarang ini menjadi teras aktiviti di ISN.




Pada pandangan saya sekiranya ISN mahu menjadi sebuah institut sukan yang berjaya, maka kepakaran dalam bidang sains sukan mestilah dipertingkatkan.


Pegawai-pegawai perlu dihantar untuk mendalami pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang sains sukan melalui pengajian khusus sehingga ke tahap Phd. Hanya pegawai yang mempunyai pengetahuan dan layak akan mempertingkatkan keupayaan ISN untuk disegani oleh semua pihak bukan saja di negara kita tetapi di peringkat antarabangsa.


Saya telah memulakan program ini dengan menghantar seorang pegawai dan telah pun kembali dengan Ijazah Phd dalam bidang Fisiologi Senam.


Oleh itu saya cadangkan supaya satu pelan induk melatih pegawai-pegawai ISN untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan dalam bidang-bidang yang penting perlu disediakan segera dan dana khas untuk ini mestilah disediakan.


Tanpa kepakaran yang tinggi ISN tidak akan ke mana walaupun mempunyai satu kompleks baru yang lebih canggih dari yang ada sekarang. Maka bertindaklah mengikut keutamaan yang lebih tepat.






bahagian 1


SAYA menerima jemputan untuk menjadi salah seorang ahli panel sambutan 15 tahun Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil yang diadakan pada 1 April lalu.
Namun, demikian saya tidak dapat menerima jemputan berkenaan oleh kerana saya telah terikat dengan satu tugasan yang lain.


Saya sebenarnya ingin menghadiri majlis berkenaan sekurang-kurangnya untuk berkongsi maklumat mengenai ISN khususnya yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur keseluruhan yang terdapat di Bukit Jalil termasuk juga ISN sendiri.


Saya tidak dapat bersama pada majlis berkenaan tetapi yang dukacita ketua pengarahnya, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz terpaksa berehat di Hospital Serdang oleh kerana kurang sihat.


Saya dipinjamkan ke Majlis Sukan Negara (MSN) mulai Mac 1983 sekembalinya saya dari mengikuti kursus sarjana dalam pengurusan sukan dari salah sebuah universiti di Iowa, Amerika Syarikat.


Mungkin tidak ada tugas lain yang ada pada waktu itu, maka saya telah diarahkan untuk merancang dan membangunkan ISN.


Sebelum itu, Kementerian Belia dan Sukan telah pun mengambil alih sebidang tanah seluas kira-kira 80 hektar di Bukit Jalil untuk tujuan pembinaan ISN dan kemudahan sukan yang lain.
Kertas konsep ringkas ISN telah pun disediakan dan tugas saya adalah memperincikan konsep berkenaan dan yang paling penting ialah memulakan pembangunan infrastruktur ISN.








Rakan saya Datuk Rosli Ibrahim yang menjadi Pegawai Daerah Kuala Lumpur yang bertanggungjawab mengambil balik tanah tersebut, memudahkan saya mengetahui lebih lanjut mengenai tanah yang disediakan untuk pembangunan kompleks sukan termasuk ISN.


Tapak kompleks sukan Bukit Jalil yang ada sekarang ini dipenuhi dengan pokok getah, kebun buah belimbing besi, kebun sayur serta sebuah kandang lembu.


Mereka ini telah dibayar pampasan dan mengosongkan tanah tersebut apabila kerja-kerja pembinaan dimulakan walaupun ada yang menggunakan pengaruh politik untuk tidak mahu keluar dari kawasan masing-masing.




KBS mendapatkan khidmat perunding dari kerajaan Jerman Barat (pada masa itu) untuk membuat kajian kemungkinan pembinaan sebuah ISN.




Akhirnya datanglah satu pasukan terdiri daripada dua orang pegawai yang diketuai oleh Prof. Helmut Diegel untuk menjalankan kajian berkenaan dan saya menjadi pegawai tempatan kepada pasukan berkenaan.
Kajian telah diselesaikan dan dicadangkan supaya sebuah institut sukan ditubuhkan dengan beberapa jabatan di dalamnya khususnya dalam bidang sains sukan.


Utusan Malaysia

10 comments:

ali young said...

history lesson for those who forget and didnt remember.

Bekas MSN Tgk 4 said...

Aiseh Rizal, ko tulis pasal ISN. Haresh Doel pun tulis pasal ISN.
Kesian MSN. hehehe

Emmet Muhamad said...

prof jaabar johari tu legend, skang lecturer aku!

Man Olimpik said...

from the past for the future...

baru2 ni pergi jenguk Stadium Jalan Raja Muda... tinggal kenangan... dah pun dirobohkan...

saya sokong pendapat Datuk Wira Mazlan... *kepakaran pegawai2 ISN perlu ditingkatkan...

supaya dimasa akan datang kepakaran ISN diiktiraf di peringkat antarabangsa...

& untuk terus menjadi pemangkin kecemerlangan sukan negara...

sepertimana Australia Inst of Sports (AIS), English Inst. of Sports (EIS), Japan ISS dll.





*Thanks to bro Rizal...
* my point of view also nothing personal & not reflective of any org. I'm linked with...

Anonymous said...

Dr. J...is a LEGEND in producing Physical Ed. grads of quality...but sadly his contract was terminated by Datuk Mazlan...........that says alot about the Datuk.... Go Dr. J!

rizal hashim said...

Dr Jabar habis kontrak pinjaman daripada UPM dan pada masa yang sama UPM memerlukan khidmatnya. Jangan tuduh sebarangan jika tidak tahu fakta.

Anonymous said...

Nicol 95% training dan compete ada kat luar negara. Bila pulak pakar isn bantu dia tip top?? Setalar ronald tu dok himpit dia takyah la claim

Anonymous said...

Dato Wira Mazlan talking through his nose! beri pandangan boleh, but don't interfere. Duduk diam2 jaga keluarga, bertaubat dan beribadah lagi baik.

Anonymous said...

Haaaa no mazlan isn no where la. With his credibility isn and msn success. Now days both of msn/isn trouble and full of polemic and politic and glamour which is not happened during Datuk Wira Mazlan yet both are his protege. What comes around goes around

Anonymous said...

Agree with anon (May 24).. Those who do not really know Dato' Wira, both in his personal & professional capacity, shld refrain from making passing remarks based on unsubstantiated perception... True LEGENDS leave behind positive legacies, not popular reputations, but how one defines a person to be a legend is purely subjective, and respected. If local PE grads are of quality, then this knowledge domain should not be in the doldrums, like what it currently is...