Saturday, April 2, 2011

Misbun kembali...

Adakah disebabkan semata-mata kenaikan gaji dan kontrak yang lebih lumayan? Entahlah...tapi musykil juga menghantar emel Disember 2010, menarik semula surat meletak jawatan (atau tidak mahu sambung kontrak) hanya pada 1 April...kira lebih empat bulan lah...apapun aku ucap tahniah kepada legenda kita, Datuk Misbun Sidek. Jasanya tidak terkira, sumbangannya masih bernilai. Pada masa yang sama, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak boleh syok dengan kehebatan Datuk Lee Chong Wei saja...kena kaji juga kenapa pemain macam Liew Daren macam tak ke mana saja...apa cerita? Program pembangunan di Bukit Jalil betul ke atau kena kaji semula?

12 comments:

Tengku Firmino said...

Salam Mr Rizal..lama tak menjengah..Isu Gaji dan kontrak lebih lumayan memang tak dapat di elakkan..Memang jasanya tidak terkira..tapi smpai bila kita nak mengharap kepada chong wei saja..Memang program pembangunan kene dikaji semula..kalau tak lepas era Chong Wei memang kita akan 'dibelasah' saja..!!! Tapi yang lagi pelik di peringkat remaja..kita antara yang terhebat!!tapi bila nak ke peringkat senior...rebah ditengah jalann..

Anonymous said...

baliknya misbun kembalikan chong wei kepada yg lama..angin perubahan yg dibawa oleh seu bock jadi terbantut..mahu tngok chong wei yg baruu..

CHE BOB said...

Sokong dgn Tengku Sidek...mana pelapis Lee Chong Wei. Tak nampak pun pemain muda yang boleh di ketengahkan.Apa sudah jadi dgn program pembangunan.? Mcm tak berfungsi jer. Sesuatu perlu dilakukan....

visz said...

mungkin ada terma dan syarat2 tertentu bro..bagus utk kedua dua pihak sudah selesai kan isu ni

Yana said...

Pasti ade yg lebih utama dari isu gaji dan kontrak, hanya misbun sahaja yg tau jawapannya...

Heran lah, macam mana pelapis Chong Wei bole x ade?? ( x kan ini pon missbun kene jawab?...)

Anonymous said...

BAM dah kena jangkit penyakit dari persatuan sukan lain yang tak perform, pelapis tak ada, perancangan jangka panjang tak ada, yang ada pegawai yang berlagak pandai,cerdik, bijak dsbnya........

mdfaizal said...

bagi aku, selagi player2 muda/pelapis nak kalahkan Hafiz Hashim pun payah. selagi tu la xde sapa dpt ganti LCW.

AMIR said...

Ramai Yang Mengatakan Ini Adalah Berita Baik, Baik Atau Buruk Bergantung Kepada Misbun Dan Chong Wei Sendiri.

Anonymous said...

Pi Mai Pi Mai Tang Tu gak...

WATER CANNON

Cikgu Yusri Muharam said...

Datuk Misbun jelas mengenepikan kepentingan peribadi apabila kembali kepada BAM..sejujur mana penerimaan BAM hanya BAM yg akan menjawabnya...tetapi ia tidak semudah yg disangkakan apabila DLCW mengeluarkan sttment berbeza...sedangkan kita semua tahu sekembalinya DMS adalah melunaskan asgment penting iaitu membantu DLCW untuk emas pertama London 2012.. bila keadaan jadi begini...keadaan kembali serabut...mungkin Datuk Misbun merajuk lagi...

Anonymous said...

Bro, apa lah susah sangat. Bagilah Misbun jaga beberapa budak pelapis termasuk anaknya. Dia pun sendiri dah bagi target 3 tahun anaknya untuk jadi juara dunia. Kita mau tgk kemampuan sebenar Misbun, bukan sekadar cakap kosong aje.

Takkan nak jaga Chong Wei aje. Sebenarnya apa peningkatan Chong Wei di bawah MIsbun selepas dia sampai di tahap pemain utama dunia. Standard dah statik. Memang betul dia menang banyak gelaran Super Series, tapi mana gelaran utama dunia?

Mampukah dia menang dengan Lin Dan di kejohanan utama dunia?

http://emasriee.blogspot.com/ said...

Habis madu sepah dibuang....begitulah pepatah yang sesuai untuk diberikan kepada misbun sidek...Chong Wei tak mau lagi dgn Misbun..dia selesa dengan Siew Bock...Apa erti semua nih????...Jika macam tu misbun kena cari alternatif lain..Tubuh kelab baru ...latih budak-budak baru.....
Ex Sports Harian Metro
Mahtar Rejab