Wednesday, April 20, 2011

Ke angkasa


Dengan penonton masih menanti Liga M disiarkan di RTM (khabarnya tidak jadi bayar RM6 juta kepada Astro), program Stadium Angkasa yang disiarkan secara langsung setiap Selasa cuba mengubat kerinduan pencinta sukan. Segmen menarik, imbasan daripada footage yang hanya ada dalam arkib RTM. Tahniah Hafizal Hamad dan rakan-rakan.

19 comments:

Anonymous said...

eN RIZAL APA KATA KAU PERGI JUMPA BOS ASTRO SURUH ASTRO SIARKAN LIGA M DLM SIARAN HD,YANG KAU SIBUK2 PAKSA ORNG YNG X BERMINAT BUAT APA..
TOLONG SIARKAN LIGA M SIARAN HD PLEASE!!!

ibun_jogho said...

Apalah rasional SA disiarkan pd pkl 10-11 mlm, Selasa? Masa ni Liga Super sdg berlansung. Org ke stadium pun blm balik rumah. Org ka rumah pun blm "balik" Tv dr Arena 801 ke TV1.

Sape la yg nk tgk. Ubahlah siaran pkl 11-12 mlm ke. Xpun ubah hari. Skurang2nya ada jg nk jeling2 tgk, walaupun skrg ni ramai yg dah menyampah dgn RTM ni!!

Tengku Firmino said...

susah kita nak puas kan hati semua orang sebenarnya..biasa lah ader yg kurang ada yang lebih..apapun thats a good info..sempat tengok atau tak.itu terpulang kepada masing2..thx bro rizal,..

Kaki Sukan said...

Salam Bro Rizal,Kalau ada kemampuan bolehlah langgan ASTRO, mana nak bayar bil ASTRO, yang sudah monopoli banyak aktiviti sukan negara, OCM pun galakkan persatuan-persatuan beri peluang/laluan pada ASTRO. Harga langganan ASTRO pun meningkat tanpa sebarang sekatan, kalau adapun tak berkesan. Bagi Persatuan yang tak berapa popular digalak oleh OCM berkerjasama dengan ASTRO. Mengapa OCM tak galakan persatun jumpa dengan RTM? Tapi tak boleh salahkan OCM kerana mensyorkan ASTRO. Bagaimanapun satu pendekatan yang baik bagi memberi hak penyiaran kepada ASTRO kerana ia boleh dimanafaat oleh sukan-sukan yang kurang mendapat sambutan rakyat. Dalam pada itu RTM, saluran komunikasi rakyat, perlu juga mengambil iktibar dan menerima cabaran ini dan memperluaskan capaian dengan mempertingkatkan cara cara pemasaran dan menarik dana lebih bagi membeli Hak siaran. Rangkaian RTM yang memberi laluan menayangkan aktiviti sukan negara, SUKMA contohnya, mampu mencelikan ramai peminat/bakal peminat mengenai kebaikan sukan. Bilangan penonton yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat dapat memberi impak yang lebih berkesan. ASTRO yang membuat kontrak penyiaran dengan mana mana persatuan akan mengikat persatuan tersebut dengan membeli hak penyiaran mutlak, justeru menidakkan penonton lain yang tak melanggan ASTRO menonton acara sukan tersebut. Adakala, kita bernasib baik, sukan berprofil tinggi dapatlah juga penonton yang tak mampu melanggan ASTRO untuk menonton acara siaran langsung dengan ehsan RTM. Perlulah RTM mencari satu pendekatan yang unik, agar masalah ini dapat di atasi. Kita tidak mahu ASTRO gagal, dalam pada itu monopoli ASTRO perlu ditangani dengan sebaik-baiknya supaya rakyat tidak rugi. Melalui siaran RTM, hujan atau panas masih boleh dapat liputan, malangnya bukan begitu dengan ASTRO. Kiranya kita mahukan sistem penyiaran menjadi pemangkin sukan untuk semua,maka saya rasa perkara Hak penyiaraan mutlak perlu diteliti oleh semua pihak. W.Salam Bro Rizal

Anonymous said...

Abe Ibun..rilek la. Terpulanglah pada sesiapa yang nak tengok atau tidak. Jange le mare..Skrange dah banyak stesen so kepada penonton tepuk dada tanya saluran mane mu nak tengok..tak de hal la

WARER CANNON

mad redo1 said...

Tahniah kepada saudara Hafiza dan RTM dengan rancangan Stadium Angkasa (SA). Tetapi seiring dengan pendapat 'ibun jogho' hamba terasa ianya sesuatu yang merugikan dengan waktu siarannya sekarang. Mungkin pihak RTM sudah sedia maklum dengan situasi itu tetapi mereka mungkin mempunyai sebab tersendiri untuk memilih slot tersebut. Sudah pasti SA akan mempunyai pengikutnya sendiri selepas beberapa lama, tetapi sayang perkongsian pendapat serta hebahan maklumat dalam rancangan tersebut tidak dapat dikongsi dengan mereka yang memilih untuk hadir ke stadium untuk menyokong liga bolasepak tempatan pada masa yang sama.

SA atau Liga M? Sudah tentu Liga M buat hamba di sini.

Anonymous said...

lu tak balance report berat sebelah, tak telus dan bagi yang betul2nya

Anonymous said...

KAKI SUKAN

SAYA SOKONG PENDAPAT ANDA SEPATUTNYA RTM PERLU AMBIL INSIATIF BUKAN SEMUA ORANG YANG DAPAT LANGGAN ASTRO TERUTAMANYA LIGA M'SIA YANG HANGAT DIPERKATAKAN SIARANYA.

PEMINAT SUKAN

Anonymous said...

Satu Program yang boring, Hafizal ini ada agenda tersendiri, dulu jadi KP punya special officer lepas itu balik news room ... pandai bodek la tu ... Kena jaga jaga HH ini pandai kelentong.. Siapa nak tengok SA pukul 10-11 orang tido la ...

Anonymous said...

Setuju dengan Anon tadi memang pun HH punya program begitu teruk sekali.. Tak Ada kerja di RtM PASAL ITU sibuk buat komen komen yang sinis dalam facebook .. Nak cari glamour sendiri.. banyak masuk sehingga asyik minum teh dan kopi di Subang Grand Dorsett ... Manusia biasa jaga periuk nasi sendiri

Anonymous said...

dulu rizal kata Media prima ( tv3 )nak beli hak siaran liga M, tunggu tunggu tak ada jugak.

- siapa lagi yang rizal nak tuduh mahu sabotaj astro

Anonymous said...

Bila ada siaran langsung MSL orang kampung macam kami ni terpaksa berkejaran cari kedai kopi kerana minat, walaupun harga getah tinggi tapi kami masih belum mampu bayar bill ASTRO.. Kalau macam ni bolih kalah pilihanraya

Anonymous said...

Kaki Sukan (April 21, 1:58pm);

Setinggi-tinggi tahniah di atas kepekaan dan keprihatinan saudara mengenai penguasaan hak penyiaran sukan(dan juga 'hak' lain) kepada Astro.
Memang jelas Astro dengan 'bijak' menakluki persatuan sukan tempatan yang nampaknya kini terdesak!. Cuma, kita perlu diingatkan bahawa apa yang dilakukan Astro secara tidak langsung (kadangkala langsung) menyekat hak dan perkhidmatan untuk rakyat amnya.
Perlu ada mekanisme baru dicetuskan oleh Kerajaan Malaysia mengenai dominasi 'cable TV' ke atas 'free to air TV' supaya ia tidak merugikan rakyat!

ABA

Anonymous said...

kita nak tgk perlawanan tumpuan liga super live @ secara langsung di rtm.bukan nk tgk yg dah delay,yg dah basi dari arkib rtm tu.

Anonymous said...

PASAL HH SYOK SENDIRI...LANTAK DIA LA..KORANG NI PUN MASALAH GAK...KALAU ORG BUAT SEMUA TAK BETUL..KORANG AJE BTUL...AKU PUN BUKAN LAH PENYOKONG HH...TAPI ADA DIA KISAH KALAU KORANG CKP DIA APA SEKALI PUN..BUANG MASA AJE LA...

Anonymous said...

Saudara Rizal Hashim... kalau nak kritik biar berdasarkan FAKTA... awak dah tengok SA...? bila masa plak program ini guna bahan ARKIB ja??.... cuba jelaskan.... nak kritik org sedap... tapi bila diri sendiri kena kritik .. gelabah .. kecoh.. kenapa dengki sangat dengan RTM??.... sbb dah tak jadi tetamu program diorang ke?.... kalau RTM ke Angkasa.... Astro ke mana?... ke laut?.. takda kemeriahan pun.... kritik astro dulu dari segi kualiti siaran liga malaysia.... baru nak kritik RTM... berat sebelah ke?.....

rizal hashim said...

Anonymous 11.03, saya puji siarkan arkib yang hanya ada di RTM...merujuk kepada kemenangan pasukan sepak takraw pada 1994 dan 1990...footage itu tidak ada dengan mana-mana rangkaian lain...nampaknya bahasa Melayu yang mudah pun tidak faham...bahaya kerja media kalau tak faham bahasa, takut diperbodoh, dikaldai dan diperkudakan...

Anonymous said...

apa yg x kene dgn Rtm di mata En Rizal??

Anonymous said...

rizal dakwa rtm tak jadi bayar astro 6 juta,apa astro tunggu lagi sampai setengah tahun,jual saja pada stesen lain,sekurang kurangnya dapatlah bayar fam 30 juta dan pasukan negeri dapat geran tahunan dari fam.