Sunday, May 1, 2011

Aku dan earpiece

Tidak lama selepas Abu Bakar Atan meninggalkan BH/Harian Metro untuk menyertai TV3 pada 1993 tak silap aku, kami bersembang.

"Come and join me, Rizal...television is the future." Heh, aku tersengeh...mana mungkin aku nak kerja stesen TV...gigi jarang, ilmu kurang, latar belakang TV zero, tengok TV adalah...

Pada 2005, Lennon Lim, general manager sukan TV, mengajak aku masuk Scoreboard sebagai tetamu tetap..."We want you to provide hard-hitting comments..." tapi aku tolak..."can you accept me and then have the Minister complaining about me...since KBS have bought airtime with TV3?"...

Hanya pada 2006 aku dapat keyakinan muncul di kaca TV tanpa perlu tampal gigi aku...Hafizal Hamad pelawa ulasan pra-perlawanan dan rehat Liga Super di TV1...secara langsung

Pada 2007, aku dipelawa menjadi pengkritik tetap di studio sepanjang kejohanan bola sepak Piala Asia...setiap kali keluar, dapatlah RM300...

Selesa dengan peranan "armchair critic", aku dijemput ke TV9, Astro Awani hinggalah Astro Arena diwujudkan tahun lalu...

Tapi apabila aku pencen daripada the Malay Mail pada April 2008, sedikit pun aku tidak menyangka menceburkan diri dalam bidang ini...ingatkan sekadar suka-suka keluar sikit-sikit...tanpa sebarang ikatan...

Jika 29 April 2011 dikenang sebagai tarikh Putera William mengahwini Kate Middleton, ia waktu siaran sulung program Dengan Izin, diterbitkan oleh Slamet Sazly Yakub...hosnya? Aku la...sejak dimaklumkan aku dipilih jadi hos sebuah rancangan berunsur  hard talk, aku tak lelap tidur...boleh ke, macam mana hah...



Razif Sidek sudi menjadi tetamu buat episod sulung...sambil pelbagai persoalan bermain dalam kepala aku, yang aku ingat Razif tengok opening montage, fuh, wow...fuhhhh...fuhhhh dari kerusi dia...nasib baik rakaman, kalau live lagi fumble aku...masa nak start, Slamet cakap kat earpiece, OK bang, this is your show, bang, this is your show...lah lagi pressure kepala aku...

Hujung bulan lalu, aku buat penampilan dalam program baru jugak...Grandstand Ahad berbentuk reviu sepanjang minggu tapi kalau ada acara yang disiarkan secara langsung, Grandstand macam jadi pre-show... penyampainya Burn AF, Sharon Wee dan aku...bergilir jadi penyampai bersama...minggu berikut Burn tak de, bercuti ke Newcastle, aku dan Sharon jadi penyampai...biasalah aku fumble..."throw to break", "Bumper in", alpha, beta...Cam 1, Cam 4...semuanya aku dengar menerusi earpiece...earpiece yang aku tolak masa Kafe Sukan Episod 1..."Apa ni Met, tak payahlah ear piece ni, bingit telinga"....hah sekarang baru aku tahu cabarannya selepas berjam-jam menonton Hafizal, Zainal Abidin Rawop, Akbar Sahari beraksi dengan earpiece...dulu syok, orang tanya kita jawab...sekarang...adoiii. Menerusi earpiece jugak lah aku dengar semua dalam control room gelakkan aku pasal fumble...aduhhh...



Mujur ada kata-kata perangsang dan ilmu yang dicurahkan oleh individu seperti Hj Shaukei Kahar


Sherkawi Jirim (aku masih ingat ulasannya sepanjang Sukan Olimpik 1984)


Dan Jason Dasey dari Astro SuperSport...

Dalam melakar beberapa milestones, aku merindui kedua orang tuaku...Ayah dan Mak tidak melihat aku naik pelamin, tidak dapat melihat tiga cucu mereka, tidak juga menonton programku...maklum balas Mak dan Ayah benar-benar kurindui kerana jujur, terus terang, sebagaimana arwah Mak tegur salah ejaan dalam artikel Jaguh aku pada 1992...

Kekuatanku datang dalam bentuk keluargaku yang sarcastic tetapi menyokong, mertua yang memanjakan aku, ipar duai yang menyanjung aku (hehehe) dan tentu sekali Kak Linku yang dulu tunjuk iklan NST...serta kawan-kawan rapat dan sumber yang sentiasa memberi idea dalam melontar soalan dan isu...

Kepada Slamet dan rakan-rakan di Astro Arena, teruskan membimbing aku...aku budak baru belajar....kalau salah tolong tunjukkan....terima kasih..

14 comments:

zoolhealme said...

Kami sokong abang Rizal dari belakang !! ^_^

zoolhealme said...

kami sokong abang Rizal dari belakang !! ^_^

dell said...

tahniah.semoga sukses teruskan usaha dan saya berdoa untuk itu.Anda ada bakat.Biar apapun orang kata anggap kita seperti belakang parang yang harus diasah selalu.Tak semua otai bermula dengan kehebatan.Semua mereka bertatih dari bawah seperti bayi yang baru lahir dia tidak akan terus berjalan.tahniah zal

Nadzry said...

Congrats bro! U deserve this...our sports industry needs sumbody like you to be in the frontline, honest & straight forward about our sports. Hopefully, NOBODY can buy you..so...don't ever change your style!

p/s..bila nak jemput yourmatch-mypoint jadi guest??! ;))

Haresh Deol said...

All the best and enjoy the ride.

CHE BOB said...

Tahniah dari saya!!! Saudara telah melangkah ke era yang baru...Satu peluang yang bagus dalam menjana pendapatan disamping menjadikannya satu platform untuk peminat mengetahui info2 terkini.
Bidang sebegini memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang utuh...harapan saya saudara akan sukses.....semoga berjaya.

Unknown said...

..congratulations and jubilations, lc..great things come in small steps..but can you change your stance when posing for the camera?..methought it is a bvut stiff...:)..relax, lc...we are familiar with your looks...jarang or rapat...hehehe..
..take care..

Anonymous said...

RIZAL

SAYA SUKA ULASAN ZAINAL ABIDIN RAWOP MCM KAT RANCANGAN FORMASI TU,KALAU DIA BUAT ULASAN LIGA M'SIA ADUH.... JGN ULAS PASAL TAKTIK SETIAP PASUKAN.PASAL YANG LAIN OK DAH.YOU TOLONG LAH BAGI TAHU KAT DIA.

PEMINAT SUKAN.

Noraseela said...

Salam Rizal, congrates......;) dont worry, you are the right person to do this. Im sure many will say the same esp us the athletes.

Anonymous said...

salam,ok sesangat dapat peluang menajamkan fikiran, mengocak minda. semoga menjadi pengulas dan host pengkritik yang lebih berjaya. mungkin darah yang mengalir dalam badan itu adalah darah sukan yang kaya dengan kekentalan semangat, kreativiti pemikiran serta ketajaman analisa. teruskan.

kwn selatan

Man Olimpik said...

you are the best...
kini rancangan yg dinanti2 telah keudara..
tahniah bro rizal...
all the best...

amazing grace said...

brother rizal,
tahniah saya ucapkan kerana sudah ada show sendiri.suka tengok bro rizal dgn bro akbar kat kafe sukan, semoga berjaya dan sejahtera selalu.
p/s:suka bila zainal abidin rawop membuat ulasan terutamanya ketika membuat ulasan badminton mahupun bola sepak.ulasannya amat menarik dan 'out of box' sekali.

Anonymous said...

syabas Rizal Hashim, Satu rancangan yang bagus "Dengan Izin" malam tadi.
Sayang soalan yang diutarakan tidak mendapat jawapan yang berbaloi.
Teruskan usaha anda.
Poobalan Subramaniam

mufarz said...

Encik Rizal,

Real achiever comes from such a colourful beginning. In enduring those kind of experiences, it matures us from time to time.

All the best and may Malaysian's sports be blessed due to honest person like you!

Mufarz88