Wednesday, April 20, 2011

Beli majalah Red Warriors


Penyokong fanatik Kelantan...sila beli terbitan khas hasil tangan Rodly Fadly.

Majalah khas The Red Warriors

PENYOKONG-PENYOKONG setia pasukan Kelantan kini boleh mengenali lebih dekat pemain-pemain skuad The Red Warriors dengan mendapatkan majalah ‘Bola Mania- Edisi Khas The Red Warriors 2011’ yang akan berada di pasaran mulai minggu depan.

Menurut penerbitnya, Rodly Fadly, selain memaparkan kisah-kisah eksklusif bintang-bintang Kelantan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Badri Radzi, Norshahrul Idlan Talaha dan ramai lagi, majalah tersebut  memuatkan poster pemain-pemain yang boleh dijadikan koleksi penyokong-penyokong fanatik The Red Warriors.

Selain boleh didapatkan di kedai-kedai buku sekitar Kelantan, majalah berharga RM4.00 itu juga akan dijual di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV setiap kali Kelantan beraksi.

“Buat permulaan, kami mencetak sebanyak 10,000 naskhah dan akan diulang cetak jika mendapat sambutan. Kami yakin penyokong-penyokong setia Kelantan tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya kerana ia boleh dijadikan koleksi mereka,” kata Rodly.

Rodly berkata, pembelian juga boleh dibuat melalui pesanan pos dengan menghantar sms ke 012 374 9661. 019 287 3817.

10 comments:

Anonymous said...

Gomo Kelate Gomo..terhangat dipasaran!!!

Unknown said...

kelantan famampu menjana aset perniagaan dan mapu berkembang baik..
inilah harus ada dalam setiap pasukan dalam liga M jgn hanya mengharapkan dan dari FAM aje..

CHE BOB said...

Tahniah kepada Rodly Fadly diatas idea menerbitkan majalah Edisi Khas The Red Warriors. Harap di negeri lain akan ada mengikuti langkah seperti beliau. Selain menjana pendapatan secara tidak langsung peminat boleh mengenali pemain secara lebih dekat lagi.....tahniah sekali lagi.

Anonymous said...

tahniah sebab berjaya trbitkn mjlah.. insyaAllah ambo beli.. huhu

Anonymous said...

tahniah kepada kepimpinan bola Kelantan, anda memang inginkan bolasepak maju. pasukan lain macam mana, bila nak jadi pasukan PRO?

Anonymous said...

Nak harap FAM??? Elok lupakanlah..Pada mereka di Kelana Jaya tuh banyak bendaalah lain boleh dipikirkan selain drp nak terbit majalah atau nak huluq info mengenai team maupun players. Tahniah TRW inilah antara pembaharuan yang perlu ada yang sememangnya tidak perlu tunggu FAM atau FAM dan FAM. Team2 lain sepatutnya dah ada benda macam ni. Terengganu & T-Team yang banyak pitih tu pun boleh buat sebenarnya. Perak yang sedang melonjak juga patutnya ambik kesempatan ini untuk buat pitih lebih. Ahhh..Den x payah kobar la kat eko benda-benda ni..

XABI ALONSO
LARKIN

MHN said...

Ok bro kita ramai2 beli petang ni masa tengok game Kelantan/Perlis

kasimselamat said...

tahniah, diharap majalah ini dapat diperluaskan lagi pasaran terutama di negeri2 berhampiran malah boleh juga dihantar ke semua negeri khasnya di Kuala Lumpur tempat ramainya rakyat Kelantan mencari ilmu.... ramai juga rakyat 1Malaysia dari negeri lain ingin mengenali pemain2 Kelantan. Syabas Kelantan...

Anonymous said...

terimakasih saudara rizal hasyim kerana berkongsi info ni untuk kami.. tq3..

Anonymous said...

hahaha...bijok2!!gomo klate gomo....koho panas gu lawe nge sep kito..ahahhaa!!