Artikel Utusan Malaysia mengenai Mumtaz Begum Abdul Jaffar yang dipelawa khas ke Kafe Sukan oleh Zainal
Cikgu Rasu Maniam, nama sebenar R. Supramaniam...digelar Cobra di kalangan penggiat olahraga...hampir 10 tahun aku duduk berbincang mengenai olahraga dan hala tujunya di mejanya selaku pegawai olahraga...dia hafal rekod kebangsaan....
Live di Lagenda17 bersama Akbar, Zainal, Rajagobal dan Safee...
Akbar dapat makan free tajaan Zainal
Rajagobal berbincang mengenai prospek pasukan negara pada pra-Piala Dunia
Apabila Rajagobal menyindir aku dengan berkata Rizal lebih bagus daripada Alex Ferguson, Safee dan aku sekadar senyum manakala Khalid Ali dan Dollah Salleh bertepuk tangan
Body language Mumtaz tension sepanjang masa...masa dia nampak aku, dia cakap: "You don't simply ask questions ah, I will walk out...I came here invited by Zainal..."
Dia kata MSN tidak ada perlindungan insurans...dia juga jemput aku jadi pengarah Yakeb, eh aku cakap PRO Yakeb kan ada...Bila aku tanya benarkah penaung Yakeb Rosmah tarik diri, tak mau jawab pulak...
Bionic Girl jawab balik, ada insurans berkelompok...dan sekiranya berlaku kematian RM100,000 untuk keluarga atlit
Kumpulan panel pertama merangkumi Rajagobal, Zainal dan Safee.
Rajagobal - aku bincang dengan Datuk Azzuddin Ahmad, Datuk Dell Akbar Khan dan Datuk Yap Nyim Keong mengenai kemungkinan dia dilantik menerajui pasukan Bawah 20 tahun, kurang dua minggu daripada pusingan akhir Kejohanan Remaja Asia...Azzuddin buat laporan Jorvan Vieira tidak dapat kenal pasti teras kesebelasannya...aku terus terang kata Rajagobal kan ada...lantik dia lah...Oh di manakah PRO Yakeb ketika itu?
Zainal Abidin - aku tahu dia pulau TV3 dan Berita Harian Kuantan satu ketika dahulu...aku di kalangan penonton ketika dia mewakili Bawah 19 Malaysia di Stadium Merdeka pada 1979...juga aku buat liputan dia di Kuantan 1994, 1995...dia selaku jurulatih Bawah 17 tahun pada 2001...juga penolong Allan Harris satu ketika...di manakah PRO Yakeb ketika itu?
Safee - aku meliput penampilannya untuk pasukan Bawah 21 tahun Rajagobal pada 2003, juga mengingatkan dia hantaran tepatnya kepada Akmal Rizal Rakhli membolehkan penyerang itu menyamakan kedudukan dengan China pada saingan pra-Olimpik di Wuhan pada 2004, serta terkenang jaringan hebatnya sepanjang kempen Piala Antara Benua di Stadium KL, Cheras pada 2008, masa itu aku jaga media...di manakah PRO Yakeb ketika itu?
Kumpulan panel kedua - Mumtaz Jaffar, Rashid Sidek dan Zaiton Othman
Mumtaz - mintak aku tulis pasal anak Rosmah Mansor Ashman yang main bola di Sweden untuk Garden International School...kukenali sejak awal 90-an, husbandnya Dom Amy Hussain aktif dalam Majlis Sukan Bank-bank Malaysia serta orang kuat kejohanan olahraga antara bank...apabila Daniel St Hilaire dipecat selepas Sukan SEA di Jakarta 1997, anak didiknya Watson Nyambek diberikan kepada Mumtaz...Mumtaz catat 11.84 saat untuk mengutip pingat emas Sukan SEA di Manila pada 1981. Pernah offer aku sama-sama tubuhkan kelab olahraga...kemudian pada 2009 lantik aku jadi penulis biografi untuk Yakeb...di manakah PRO Yakeb ketika itu? Juga baca di sini
Rashid - sama-sama dengan aku terperangkap dalam bilik persalinan di Istora Senayan selepas Malaysia tewas kepada Indonesia pada final Piala Thomas 1994. Juga aku di stadium ketika Rashid memenangi mata pertama menewaskan Ardy Wiranata final Piala Thomas 1992. Juga ketika dia meninggalkan BAM untuk menyertai Nusa Mahsuri pada 1994, aku buat liputan bersama Norbakti Alias...
Zaiton - aku lihat Kak Ton, ketika itu pakar psikologi MSN, menangisi pemergian Rabia Abdul Salam, pelari 400m di Hospital Kajang Februari 1994...aku turut mengalirkan air mata...jika Mumtaz anak didik Nashatar Singh, Zaiton berguru dengan C. Ramanathan...
So bila aku tulis Rosmah Mansor tarik diri sebagai Penaung Yakeb, mesti ada problem babe...
Bezanya PRO Yakeb dengan aku, aku tulis fakta...dia tulis SMS daripada seseorang yang tidak dikenali membelasah aku...
Kononnya aku kena bahan oleh atlit dan kena buli, walhal semua orang tahu apabila Rizal Hashim tunjuk muka di trek, semua nak lari...tanyalah Nur Herman Majid, Zaki Sadri...ketika mereka mengadu elaun tak cukup, aku tulis dalam akhbar..selalu aku kena marah dengan Datuk Wira Mazlan Ahmad dan Datuk Khalid Yunus...tapi kena marah pun sampai sekarang aku berkawan kerana kita ambil positif teguran dan tidak ego...sebab itu blog aku pun aku bagi orang komen....tak de masa aku nak komen sendiri...
Pernah aku belasah Jorg Teichmann suruh dia balik Jerman masa dia coach Loo Kum Zee...pasal ada sedikit salah faham...
Apapun Kafe Sukan live buat julung kali satu sukses pada aku...tahniah krew penerbitan,,,