Tuesday, February 9, 2010

Pemergian Pak Alwi ditangisi

Harris Fadillah Osman, dulunya dianggap pengganti mutlak Rosman


Datuk Wira Mazlan Ahmad, antara pengasas lumba basikal Kuala Lumpur

Salam takziah kukirimkan kepada keluarga Allahyarham Pak Alwi Ahmad juga kepada Zainal Abidin Hassan atas kematian ibu tercinta.

Pemergian Pak Alwi, seorang pejuang lumba basikal, sudah tentu diratapi. Baca di sini. Baca sumbangan teman sekampung Rosman di sini dan kenanganku mengekori Alfa Pak Alwi di sini.

Arwahnya tidak banyak bercakap. Namun antara watak di balik tabir yang menghidupkan lumba basikal di Kuala Lumpur.

Banyak yang kupelajari membuat liputan lumba basikal sepanjang 90-an, termasuk tuduh-menuduh di kalangan orang kuat sukan itu mengenai "buatan orang".

Al-Fatihah buat Pak Alwi, moga rohnya ditempatkan di kalangan solihin.

3 comments:

shapawi said...

Salam Rizal...

Salam Takziah dari kami sekeluarga pada Rosman,Ishak dan keluarga Arwah Pak Alwi.Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat kepada Arwah.Jasa Arwah kepada negara dan anak bangsa sememangnya tidak ternilai harganya.TERIMA KASIH PAK ALWI!!!

muhammad hakimi said...

Salam takziah kpd 2 sahabat karib Zainal Abidin dan Rosman Alwi yang kehilangan ibu dan bapa tersayang. Kami sekeluarga mendoakan agar roah-rohnya dicucuri rahmat sentiasa. Al-Fatihah

Led said...

al Fatihah