Apa yang tinggal daripada rumah Tok Teh Ali, abang Tok Uda
Isnin lalu, kami menerima berita sedih. Adik kepada Tok Aziz, Tok Uda Hussin, pulang ke Rahmatullah. Dua hari sebelum itu aku menempuh kesesakan di Ayer Keroh dan bandar Melaka untuk menziarahnya di Putra Specialist Centre. Apabila ku sentuh tangannya, memori ketika kecil bersama keluarga belah Mak bermain di fikiran. Setiap kenduri kendara dan majlis berkumpul anak beranak dihiasi gelak tawa, gurau senda stail Melaka.
Apabila doktor menasihatkan agar Tok Uda dibawa pulang selepas dua minggu diberi bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi, aku sedar satu lagi anggota generasi Atokku akan berhijrah ke alam barzakh.
Aku, Bang Long, Kak Lin, Aishah dan Afiq bertolak ke Merlimau pada jam 12 tengah malam, dan pulang ke Kuala Lumpur hampir Subuh tanpa menemani jenazah ke perkuburan.
Takziah kepada Mak Ana, Mak Ani, Pak Loli dan Pak Lan adik-beradik dan seluruh keluarga. Al-Fatihah buat Tok Uda. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.
2 comments:
..salam, lc..macammana pakmat bolih terlepas posting ini?..maaf, lc..mata tua..kekadang kabur diwaktu siang..dan celek diwaktu malam..
..datok saudara pakmat orang Melaka..Alor Gajah,Melaka..Tanjong Rimau..semenjak beliau meninggal, pakmat tidak pula mengambil peluang untuk menjengok anak-anak dan cucu-cucu beliau..terasa jugak kesal..mungkin suatu masa, dihari yang tenang, pakmat akan berkunjong disana utk menyambung semula talian-talian yang sudah lama terbiar..dan Stesen Kereta Api Keluang?..Satu ketika pakmat berkurus diRompin..isteri muda menaiki keretapi dari KL - Keluang..pakmat memandu kereta dari Rompin ke Keluang menjemputnya..jarak yg bukan dekat..jalan yang berbengkang-bengkuk..utk bersarapan diStesen Keretapi, Kluang, bersamanya..tulisan saudara membuat pakmat teringat semua ini..:)
PakMat, Alor Gajah tu tempat Soh Chin Aun haha. Nampaknya jarak memisahkan PakMat dan saudara-mara di Melaka. Nostalgia nampaknya PakMat, enak sekali bersarapan dengan isteri di stesen keretapi Kluang...ah the romance...unbeatable...perhaps like sipping coffee in a bistro somewhere in paris? hehe.
Post a Comment