Wednesday, December 30, 2009

Kena ukur baju di badan sendiri

Tidak salah kita memasang impian. Bacalah laporan Utusan Malaysia di sini. Petikannya,

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersedia menimbang untuk menyenaraikan bola sepak di bawah program Road To London 2012 berikutan kejayaan skuad bawah 23 tahun negara meraih pingat emas dalam Sukan SEA Laos, baru-baru ini.

Katanya, selain cuba membantu menerusi pembiayaan Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, kementerian melihat terdapat ruang untuk memajukan prestasi sukan itu di peringkat lebih tinggi dengan menyenaraikannya bersama memanah, terjun, berbasikal dan badminton dalam program
berkenaan.

"Kita akan cuba menjadikan bola sepak sebagai salah satu
agenda dengan membantu mereka sekiranya menyertai apa-apa kejohanan yang
bersifat kelayakan (ke Olimpik)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat
penyelarasan Program Pembangunan Belia dan Sukan di Hotel Palace of Golden
Horses, Seri Kembangan, semalam.

Tahun depan yang dianggap paling sibuk dalam kalendar sukan bakal menyaksikan sebahagian besar pemain skuad juara Sukan SEA XXV itu, dipertaruhkan semula ke gelanggang lebih besar, Sukan Asia Ke-16 dari 12 hingga 27 November manakala Kelayakan Olimpik bagi bola sepak dijangka
berlangsung, dua tahun lagi.

Road To London 2010 merupakan program
persediaan jangka panjang dengan peruntukan awal RM16 juta disediakan bagi atlet
yang telah disenarai pendek daripada keempat-empat sukan berkenaan untuk
menghadapi Sukan Olimpik 2012 itu dengan sasaran meraih pingat emas pertama
negara.

Skuad bola sepak negara hanya pernah layak ke Sukan Olimpik
Munich 1972 dan Moscow 1980 manakala pusingan kelayakan dua tahun lalu,
menyaksikan anak buah B. Sathianathan terkandas pada peringkat kumpulan lagi
yang dianggotai Jepun, Syria dan Hong Kong.

Terdahulu dalam ucapan
sempena mesyuarat yang dipengerusikan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian
turut menaruh harapan tinggi menjelang Olimpik 2012 untuk menyaksikan skuad
badminton negara menjulang kedua-dua Piala Thomas dan Uber pada tahun tersebut.

Maaflah YB, loose cannon tidak setuju. Benar, kalaupun bola sepak tersenarai dalam sukan teras disebabkan faktor impaknya kepada masyarakat, program Road to London 2012 adalah khas buat atlit elit. Maknanya yang terbaik di kalangan yang terbaik. Maksudnya khas buat atlit yang berpeluang memenangi pingat di temasya Olimpik.
Menang di Sukan SEA bukan bermakna kita sudah bersedia menakluki dunia. Loose cannon pernah menulis sebelum ini agar kita bermula di Sukan SEA, disusuli Piala AFF dan seterusnya Sukan Asia serta pra-Piala Asia. Juga kita harus menilai semula prestasi pasukan remaja kita di peringkat AFF dan Asia, sama ada potensi yang ada digilap dan kekal berkerdipan di peringkat senior.


12 comments:

Anonymous said...

bro Rizal,

setuju, tak salah memasang impian yang tinggi. tapi kalau terpaksa menunggu 8 tahun untuk layak ke separuh akhir Sukan SEA dan pingat emas dalam masa 20 tahun kena pikir banyak2 dulu sebelum hendak ke Olimpik.

pertahankan pingat emas di Jakarta 2 tahun lagi. kalau Sukan Asia tahun depan agaknya amat jauh lah lagi. YB Menteri pikirlah banyak2 dan mintaklah pandangan yang bernas sebelum duit habis tidak tentu tujuannya.

Anonymous said...

sdr Rizal,

patutnya Menteri Sukan kita ni tengok dulu senarai ahli sukan yang ada dalam program Road to London. ada ahli sukan yang patut digugur kerana telah lepas masa kegemilangan masing2 pada masa ini dan pada tahun 2012. lebih ramai ahli sukan yang tidak layak dalam program ini lebih banyak perbelanjaan akan dibazirkan.

kalau nak masukkan pasukan bola sepak kita ke dalam program ini tunggulah lepas Sukan Asia dan Sukan SEA 2011. jangan nampak sangat terlalu taksub dengan pingat emas di Laos.

Anonymous said...

You cannot think too negatively. the Minister is trying to help football regain its past glory. Dont be an armchair critic

sukankini said...

Emas sukan SEA bukan ukuran sebenar kejayaan skuad bolasepak negara...

kita tunggu dan lihat keputusan perlawanan2 seterusnya...

baju saya size M! ;)

Anonymous said...

Ne la masalahnya di Malaysia. Baru menang di peringkat terendah sudah pasang cita2 nak menang di peringkat tertinggi. At the end tabur duit masuk dlm sungai sebab for sure bola takan layak ke olimpik dengan ranking dunia sekarang. Utk layak ke olimpik at least kena duduk dlm lingkungan ranking 70-80 baru boleh cerita peluang. Jika tidak buang masa kecuali berlakunya keajiban. MUNGKIN the 8th wonder of the world bila Malaysia layak ke Olimpik dengan kedudukan ranking 162.anyway YB Menteri kena pikir dalam2 sebeb belanja bola bukan sikit. Terjun murah la sebeb 2 orang bola 25 orang$ sekali menyertai kejohanan luar negara at least 400 ribu. Bukan murah ye. Nak layak kena banyak pendedahan at least 6-8. So kira la sendiri. Itu baru kejohanan pendedahan bukan perlawanan kelayakan. Akhirnya bajet road to london habis kat bola sepak atlet memanah, terjun, basikal dan badminton yang ada peluang menang pingat ngangga tak boleh pergi mana-mana sebab duit dah habis.

-Lu fikirlah sendiri-

hantu bola said...

kerajaan hendak bantu mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak patut dipuji, tetapi cara mana hendak laksanakan tujuan itu perlulah betul.

rasanya kita masih ingat kegelojohan mengadakan CYC yang kosnya rm17 juta lebih tanpa apa-apa hasil. inilah yang ditakuti oleh ramai pihak kerana mesti ada puak-puak yang motifnya yang tak payah dinyatakan. perasaan ini bukan negatif tetapi telah melihat bukti berlaku pada masa yang lalu.

Unknown said...

..lc..I half expected this..grandiose plans from just a teeny bit of success..euphoria that goes to head, causing one to lose grip on reality..and the reality is, can we make it to the SEA Games.?..let us work towards that..step by step..

sama2 pikir said...

kan kita sudah mengalahkan syria 4-1. lepas ni kita akan pukul thailand, vietnam, indonesia, korea selatan, jepun, saudi arabia dan lain2. dengan itu pasukan bola kita akan layak ke Sukan Olimpik 2012.

ini negatif, terlalu positif atau nak menyindir?

Anonymous said...

this is just another case of mouth is faster than brain (if there is any at all)..
if we are still struggling to win with vietnam, laos, thailand and the likes, forget olympic you moron @ YB Mentri!
Nak bagi projek kt suku sakat agak2 ler wei..

Harimaudoha

Anonymous said...

Any minute possibility of making a mountain out of a mole will be used by politicians to look good and at the same time jaga anak buah with $$$$$$$$$$$$$RMRMRMRMRMRM

Anonymous said...

Benar tak salah memasang impian. Tak kena bayor pun kalau berangan-angan samada nak main di Olimpik atau Piala Dunia. Namun biarlah realistik. Saya setuju pendapat sahabat2 yang mendahului saya mengatakan kita jangan taksub dengan Emas Sukan Sea. YB Menteri juga janganlah kerap merapu. Cukuplah 'kerapuan' anda sebelum ini. Semacam je kenyataan pasal team bola kebelakangan ni..ada apa-apa ke yang tersurat??? Boleh kekalkan team U-23 ni tapi tokok tambah dan buanglah mana-mana yang patut. Den dah nampak dah ada sebilangan kecil pemain 'Emas' negara ni, helmet dah tak padan dengan kepala. Cerita cinta ala-ala Hollywood pun makin hebat. Coachpun lepas ni jangan banyak sangat berfalsafah. Tumpukan tugas nak bangunkan balik bola sepak di M'sia dengan menjelmakan semula minat mendalam para pemain nak mewakili negara. Kerjasama dengan coach setiap negeri cukup penting juga. Fikirkanlah cara nak bawa penonton masuk stadium (bukan percuma) macam zaman 80'an dan zaman sebelum rasuah. Selepas Sea Games, buatlah 'road map' nak kekalkan emas di Jakarta, nak qualify final AFF, layak at least quarter final Sukan Asia dan masuk pusingan akhir Sukan Olimpik 2012. Cukupla cerita pasal menang emas Sukan Sea ni...orang boleh jemu beb!!! Sdr. Rizal mungkin boleh nasihatkan kawan-kawan di media cetak agar x payah cerita banyak pasal menang sebutir emas di Laos. Daniel Bego menang sampai 5 hangpa buat senyap je!!! Jadi balik kepada basic untuk selamatkan bola sepak negara. Selamat Tahun Baru Masihi 2010

XABI ALONSO
LARKIN

kontraktor baru said...

FAM tidak bersetuju cadangan menteri tidak bubarkan pasukan Sukan SEA. FAM beri alasan macam2.

cara nak mengatasi problem ini ialah menteri melantik ejen untuk mengendalikan pasukan ini dan kementerian sukan bolehlah membayar ejen secara direct nego.